Seperti yang semua orang tahu, hari ni dah hari ke-4 kita berada dalam tahun 2010. dengan itu juga,tahun dalam usia kita semua dah bertambahlah 1 lagi walaupun mungkin bulan dan tarikhnya tak lagi genap. tapi yang pastinya kita dah makin tua. kalau secara fitrahnya kita semakin hampir ke suatu destinasi yang abadi. namun begitu, kita jangan alpa, kerana tidak mustahil dedaun hijau pun jatuh berguguran sebelum sempat menikmati hari- hari tua dan kekeringan.
Aku teringat kata-kata imam Al Ghazali kepada murid-muridnya tentang kehidupan ni,katanya "benda yang paling dekat dengan kita semua adalah kematian, benda yang paling jauh pula adalah masa lalu".
Aku yakin,semua orang tahu tentang tu kan?
Semua orang tahu bahawa benda yang paling dekat dan mungkin sedang mendapingi kita sekarang ini adalah kematian. kerana kematian tu boleh datang menemui kita bila-bila masa je. mungkin sekarang ni,selepas ni,malam ni,esok,lusa...kita tak tahu kn?
Benda yang paling jauh pula katanya adalah masa lalu. masa lalu yang kita tinggalkan walaupun sesaat kita tak mungkin dapat kembali. kita hanya dapat merinduinya selamanya.
Jadi sempena dengan tahun baru 2010 yang baru bermula ni,aku menyeru kepada kawan-kawan dan juga diri aku sendiri, marilah kita menjaga masa. muhasabah diri. perbaiki apa yang terkurang dan terlebih di tahun lepas. kerana mungkin ni je peluang yang kita ada. sape tahu kan?
Lagi satu,kalu ada apa-apa yang melibatkan password tu, pastikan yang senang diingat dan selalu digunakan.sebab tadi sekali lagi aku lupa password nak sign in blog ni.hampeh!!!
masuk ni dah tiga blog aku ada.semua lupa password.hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan