29 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.18

Saya rasa ada orang sedang buat research.
Hidup di dunia yang serba pantas dan tanpa sempadan dan maklumat ada di hujung jari ni,maka saya sarankan supaya kita menyokong kemajuan ini.Iaitu dengan ("apakah pula saudara ini cuba merepek hari ni"bicara anda dalam hati kan?) menyediakan sebanyak mungkin maklumat yang anda tahu.Supaya mudah sekiranya ada individu-individu yang yang ingin membuat kajian atau research mendapatkan maklumat.

Apa yang patut saya tulis saudara?
Kalau soalan yang sebegitu terdetik dalam hati anda semua,jawpannya adalah anda tulis la mengenai diri anda sendiri.Lagi elok sekiranya anda menulis perkara-perkara rahsia atau yang memalukan atau perkara yang menjatuhkan anda.Kerana di luar sana terlalu ramai kawan-kawan anda yang sedang mencari apa saja maklumat untuk memperkatakan tentang anda.Untuk menjatuhkan anda.Dan cerita yang negatif lagi mudah mereka terima berbanding cerita positif.Percayalah cakap abang ni Dik.Sokonglah mereka.Sediakanlah mereka dengan maklumat-maklumat diri anda di internet.Masukkan gambar sekali.

Ini nasihat pakcik Udi
Jadilah seorang manusia yang baik-baik.Dan janganlah menghancurkan diri sendiri.Jangan juga menghancur orang lain walau atas sebab apa sekali pun.Hiduplah dengan aman damai tanpa hasad dengki, fitnah, khianat, mengumpat dan sebagainya.Jagalah hati.Jagalah hati.Jagalah hati~

Selamat menunaikan ibadah puasa...


22 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.17

Puisi Sang Gagak

Apa dipeduli cakap orang
aku memang hitam
hitam aku tetap menawan
aku tetap dapat menikmati kehidupan
sepertimana kalian
kerna dunia ini milik tuhan
milik Pencipta seluruh alam

Aku jua bisa terbang
bukan terkurung untuk tatapan orang
kerna itu bukan tujuan ciptaan
kerna itu bukan impian kehidupan
kerna kehidupan adalah kebebasan
kerna kehidupan adalah kemerdekaan

Bila hari malam menjelang
semua gagak ketawa sinis
sebab Sang cantik juga hilang
hilang dalam gelap malam
hilang dalam pekat malam
sang cantik juga hitam
sehitam hati yang dibiarkan

21 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.16

Sahabat Sejati-UNIC


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

bila dah macam-macam Vol.15

masa itu aku

Aku melihat masa yang berlalu...
melalui sebuah jam dinding
dengan jarum saatnya seakan berlari
jarum minit yang setiap mengekori
dan jarum jam melangkah penuh misteri
namun mereka tidak pernah berhenti
mereka tidak akan menanti
sedang aku hanya memerhati
sambil berbicara dalam hati

masa ku lihat kian berlalu...
melahirkan resah mereka
sang pelajar yang sedang periksa
melahirkan resah aku
yang memikirkan hala tuju
apakah ingin teruskan berlagu
sedang mati kian menghampiri
sedang mati setia menanti
sedang mati itu pasti

Perang aku dengan masa...
monolog kini kian bebas
sebebas burung dari sangkar emas
sebebas agas selepas hujan
kerna akal dibiarkan berjalan
kerna akal dibiarkan terbang
kerna akal dijadikan teman
kerna akal dijadikan kawan



20 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.14

"Have You Ever Really Loved A Women

When you love a woman, you tell her that she's really wanted
When you love a woman, you tell her that she's the one
She needs somebody, to tell her that it's gonna last forever
So tell me have you ever really...really, really ever loved a woman "

Hari ni gua bukan menulis sajak bahasa english.Tapi itu adalah lagu yang dinyanyikan oleh Brian Adam.Dan saya ada sedikit peceritaan yang ingin dikongsikan bersama.Apa yang saya alami.Mungkin anda juga pernah alaminya.Tapi kurang berminat atau pun tiada peluang untuk memperkatakannya.

Dalam tahun 2004, iaitu ketika sedang belajar di UiTM.Lagu tersebut adalah merupakan salah satu lagu kegemaran saya.Dengan suara Brian Adam yang serak-serak basah tu.Lagu tersebut memang best.

Ceritanya,pada hari Khamis minggu lepas saya tiba-tiba menyanyi lagu tersebut dengan penuh perasaan sambil buat kerja kat office.Siap dengan pitching yang betul.Dan semasa dalam perjalanan pulang dari kerja,lagu tersebut dimainkan  dj dalam radio.Ajaib sungguh.

Sekian cerita saya hari ini.

bila dah macam-macam Vol.13

Solat ketika rumah blackout dan keadaan gelap gelita
Tak tau la anda pembaca pernah alami situasi begini.Menunaikan solat dalam keadaan yang gelap gelita.Dan solat itu pula dilakukan di bahagian yang terbuka, iaitu ruang tamu atau ruangan solat yang dapat dilihat oleh orang sekiranya keadaan terang.

Solat tersebut mungkin kurang khusyuknya dan dilakukan secara tergesa-gesa kerana  sebab-sebab yang tertentu.Takut gelap salah satunya.Takut kena cuit belakang (jadi imam).Biasa.

Tapi yang luar buasanya adalah bagi orang yang tak takut gelap,takut malu.Takut malu juga menjadi punca untuk melakukan solat dengan cepat.Takut lampu kembali menyala sebelum selesai solat.Sebab dia pun kurang pasti betulkah kiblat yang dia hadap, adakah dia hampar sejadah dengan betul.Bukan bersujud di bahagian kaki sejadah.Maka malu la nanti kalau lampu menyala sebelum sempat habis solat.

19 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.12

Dalam dunia ni kita ada 6 orang lagi kembar.Maknanya orang yang macam kita yang seiras dari segi fizikal,perangai, dan sebagainya adalah 7 orang.Selain kita yang di sini,maka ada seramai enam orang lagi kembar kita di luar sana bertebaran di mana-mana.Kita pun tak tahu.

Mungkin anda pernah terdengar tentang ni sebelum ni.Mungkin juga pernah terbaca.Dan kalau anda pernah terdengar atau terbaca,maka anda sangat bertuah.Kerana anda telah mendapat dua kali motivasinya.Dan sekiranya anda pertama kali mendengar di sini,anda juga bertuah.Sebab juga tak terkecuali untuk mendapat motivasi dari kembar-kembar anda sendiri.Teruskan membaca ye adik-adik.

Motivasinya dari kembar kita adalah,kita mesti berusaha lebih.Kalau kita belajar,mesti belajar betul-betul.Kalau kita kerja juga,mesti kena kerja betul-betul.Sebab kalau kita belajar main-main,kerja sambil lewa, mungkin kembar kita yang 6 orang lagi tu tengah rancak berusaha dan mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.Jadi tidak ke malu kita dengan kembar-kembar kita tu kalau kita gagal.Muka sama.Suara sama.Pendek kata semua sama.Tapi pencapaian aje yang tak sama.Sebab kita malas.

Jadi ayuh la berusaha dan jangan malas-malas.Buktikan pada diri dan kembar kita bahawa kita juga boleh berjaya macam mereka dan malah lebih lagi.Jadi jangan tunggu lagi.Sia-sia baca blog motivasi macam ni kalau tak termotivasi.Ayuh!