Solat ketika rumah blackout dan keadaan gelap gelita
Tak tau la anda pembaca pernah alami situasi begini.Menunaikan solat dalam keadaan yang gelap gelita.Dan solat itu pula dilakukan di bahagian yang terbuka, iaitu ruang tamu atau ruangan solat yang dapat dilihat oleh orang sekiranya keadaan terang.
Solat tersebut mungkin kurang khusyuknya dan dilakukan secara tergesa-gesa kerana sebab-sebab yang tertentu.Takut gelap salah satunya.Takut kena cuit belakang (jadi imam).Biasa.
Tapi yang luar buasanya adalah bagi orang yang tak takut gelap,takut malu.Takut malu juga menjadi punca untuk melakukan solat dengan cepat.Takut lampu kembali menyala sebelum selesai solat.Sebab dia pun kurang pasti betulkah kiblat yang dia hadap, adakah dia hampar sejadah dengan betul.Bukan bersujud di bahagian kaki sejadah.Maka malu la nanti kalau lampu menyala sebelum sempat habis solat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan