Seni adalah untuk semua.
Sememangnya penulisan untuk hari ini adalah berkaitan dengan aktiviti seni.Sebab semalam baru saja buat aktiviti outing ke Taman Rekreasi Ulu Yam.Melukis secara live kat sana.Dah tau kan Jujue?(sebab yang aku tau,Jujue baca blog ni.)
Berbalik pada aktiviti melukis di Ulu Yam semalam, secara objektifnya boleh rumuskan sebagai berjaya juga la.Sebab semua yang pergi berjaya melukis dan boleh dibawa balik hasil lukisan bersebut.Sebagai pengalaman pertama berhadapan dengan alam untuk dihayati dengan cara melukis memang mengujakan sepatutnya.Bagi mereka yang pertama kali la.Bagi aku pula adalah suatu kepuasan dan relaks.
Dan apabila apabila orang menganggap aku suka berfikir.
Memang betul berfikir dan bermonolog adalah perkara yang saya suka lakukan.Memerhatikan tingkah sekeliling.Membandingkan dengan yang lain.Menghayati.Meniru.Menghargai.Mengkritik.
Jadi semasa melukis semalam,sempat juga saya berfikir dan bermonolog mengenai tingkah.Tingkah laku manusia melinium.Yang hidup di zaman ini.Soal adat sopan,budi bahasa dan nilai-nilai murni yang lain sebenarnya sudah diundi keluar dari pemikiran setiap manusia.Menghormati orang lain seolah-olah tidak lagi relevan masa ini.
Dengan kawasan sungai di Ulu Yam tu sepatutnya tidak berlaku seperti yang dilakukan oleh sebuah keluarga yang terdiri dari pangkat datok,nenek,anak,cucu merampas tempat duduk kami kalau mereka masih lagi beradab dan menghormati hak orang lain.Dengan adanya barang kami di situ.Tapi mereka berjaya membuktikan bahawa zaman sekarang bukan masanya untuk menghormati orang lain.
Lebih biadab lagi apabila mereka mandi pula di kawasan kami buat aktiviti melukis itu tanpa sedikit pun rasa bersalah.Padahal keluasan kawasan kami ambil untuk melukis itu tidak sampai pun 10 kaki persegi.Ini bermakna,terlalu banyak lagi kawasan di Ulu Yam itu untuk mereka mandi selain di situ.
Begitukah cara orang-orang zaman sekarang mendidik anak-anak mereka.Dengan menunjukkan sikap tidak mempedulikan orang lain.Sikap mementingkan diri.Kesian generasi akan datang.
Aku hanya melukis,berfikir dan bermonolog.Itulah Aku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan