19 Februari 2010

apa itu idea?

Sejak balik kampung kat Simpang Renggam(sebelah isteri) raya cina hari tu,ni je la entry baru yang mampu aku tulis.Ni pun sebab aku paksa otak aku untuk mengeluarkan sesuatu.IDEA.Sebab kalau aku tak menulis,ataupun tak berkarya atas alasan takde idea,adalah sesuatu yang tak boleh diterima.

Kalau masa study dulu,perkataan "takde idea" memang jadi musuh la kepada lectrure2 aku.Sebab idea tu lahir dari mahkluk yang berakal sahaja.Mahkluk yang berakal tu adalah aku,kami,kita,kita semua.Manusia.Bagi aku idea adalah buah fikiran.Yang tersimpan dalam otak.Dan dikeluarkan melalui proses pemikiran;tu la jawapan aku masa en.Bad persoalkan tentang maksud idea dalam kelas drawing dulu.Tapi aku jawab dalam hati je.hehe.

Idea juga tak semestinya kita perlu cipta kapal angkasa.Tak payah la kita fikir nak buat kereta berkelajuan cahaya.Tak perlu kita fikir nak buat lawak sampai orang siap ajak kawan2 diorang lagi baca blog kita.

Idea tu berada di sekeliling kita je.Pengalaman kita.Kenangan kita.Perasaan kita.Semua tu adalah idea bila kita keluarkan semula dari kotak fikiran kita.Tapi kadang2 kita tak tahu nak olahkan idea tersebut.Mungkin sebab kita terlalu berharap idea kita tu terlalu best.Ataupun kita nak bagi nampak idea kita tu lagi best dari yang sepatutnya.
................................
Kali ni aku cuba mengimbaskan kembali zaman kanak2 aku dan ada sesetengah kanak2 lain juga lalui.ni pun mungkin satu idea juga.Ia merupakan teori2 pelik yang pernah digunapakai masa zaman kanak.Tempat aku la.contohnya.
1.jari akan kudung(putus) kalau tunjuk ke arah pelangi
2.sekiranya pensil diasah(ditajamkan) kedua2 hujungnya.
3.sharpener tak boleh ditiup untuk mengelakkan dari cepat tumpul.(sampai sekarang aku percaya.hehehe)
4.melukis figura manusia perlu pangkah(x) di lehernya,kalau tidak dia akan ambik sedikit nyawa kita(pelukis).
5.duduk atas bantal,naik bisul kat bontot.
6. hantuk kepala lagi sekali sekiranya terhantuk dengan kepala orang.
7.jelir lidah bila pertama kali jumpa dengan orang sakit mata untuk mengelakkan dari berjangkit sakit mata tu.(juga sampai sekarang aku buat.hehehe.)


Tu la antara beberapa yang aku ingat.Tapi mungkin anda semua tak pernah dengar pun semua yang aku senaraikan tu.......

2 ulasan:

Kak Shida berkata...

Aah, lama tak de entry. Cerita pasal idea pun adalah suatu idea.
Suka dengan teori-teori pelik tu, baca sambil ketawa, tapi masih mengiakannya, cuma saya tak la jelir lidah kepada orang yang sakit mata, sian orang tu. Logiknya pasal shaperner tu ialah nanti bila tiup, kena air liur, akan menyebabkan karat dan menjadi tumpul.

udi berkata...

oye ke..tapi kwn sye siap asah pensil bwh meja takot shaperner tu kena angin.hehehe