29 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.18

Saya rasa ada orang sedang buat research.
Hidup di dunia yang serba pantas dan tanpa sempadan dan maklumat ada di hujung jari ni,maka saya sarankan supaya kita menyokong kemajuan ini.Iaitu dengan ("apakah pula saudara ini cuba merepek hari ni"bicara anda dalam hati kan?) menyediakan sebanyak mungkin maklumat yang anda tahu.Supaya mudah sekiranya ada individu-individu yang yang ingin membuat kajian atau research mendapatkan maklumat.

Apa yang patut saya tulis saudara?
Kalau soalan yang sebegitu terdetik dalam hati anda semua,jawpannya adalah anda tulis la mengenai diri anda sendiri.Lagi elok sekiranya anda menulis perkara-perkara rahsia atau yang memalukan atau perkara yang menjatuhkan anda.Kerana di luar sana terlalu ramai kawan-kawan anda yang sedang mencari apa saja maklumat untuk memperkatakan tentang anda.Untuk menjatuhkan anda.Dan cerita yang negatif lagi mudah mereka terima berbanding cerita positif.Percayalah cakap abang ni Dik.Sokonglah mereka.Sediakanlah mereka dengan maklumat-maklumat diri anda di internet.Masukkan gambar sekali.

Ini nasihat pakcik Udi
Jadilah seorang manusia yang baik-baik.Dan janganlah menghancurkan diri sendiri.Jangan juga menghancur orang lain walau atas sebab apa sekali pun.Hiduplah dengan aman damai tanpa hasad dengki, fitnah, khianat, mengumpat dan sebagainya.Jagalah hati.Jagalah hati.Jagalah hati~

Selamat menunaikan ibadah puasa...


22 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.17

Puisi Sang Gagak

Apa dipeduli cakap orang
aku memang hitam
hitam aku tetap menawan
aku tetap dapat menikmati kehidupan
sepertimana kalian
kerna dunia ini milik tuhan
milik Pencipta seluruh alam

Aku jua bisa terbang
bukan terkurung untuk tatapan orang
kerna itu bukan tujuan ciptaan
kerna itu bukan impian kehidupan
kerna kehidupan adalah kebebasan
kerna kehidupan adalah kemerdekaan

Bila hari malam menjelang
semua gagak ketawa sinis
sebab Sang cantik juga hilang
hilang dalam gelap malam
hilang dalam pekat malam
sang cantik juga hitam
sehitam hati yang dibiarkan

21 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.16

Sahabat Sejati-UNIC


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

bila dah macam-macam Vol.15

masa itu aku

Aku melihat masa yang berlalu...
melalui sebuah jam dinding
dengan jarum saatnya seakan berlari
jarum minit yang setiap mengekori
dan jarum jam melangkah penuh misteri
namun mereka tidak pernah berhenti
mereka tidak akan menanti
sedang aku hanya memerhati
sambil berbicara dalam hati

masa ku lihat kian berlalu...
melahirkan resah mereka
sang pelajar yang sedang periksa
melahirkan resah aku
yang memikirkan hala tuju
apakah ingin teruskan berlagu
sedang mati kian menghampiri
sedang mati setia menanti
sedang mati itu pasti

Perang aku dengan masa...
monolog kini kian bebas
sebebas burung dari sangkar emas
sebebas agas selepas hujan
kerna akal dibiarkan berjalan
kerna akal dibiarkan terbang
kerna akal dijadikan teman
kerna akal dijadikan kawan



20 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.14

"Have You Ever Really Loved A Women

When you love a woman, you tell her that she's really wanted
When you love a woman, you tell her that she's the one
She needs somebody, to tell her that it's gonna last forever
So tell me have you ever really...really, really ever loved a woman "

Hari ni gua bukan menulis sajak bahasa english.Tapi itu adalah lagu yang dinyanyikan oleh Brian Adam.Dan saya ada sedikit peceritaan yang ingin dikongsikan bersama.Apa yang saya alami.Mungkin anda juga pernah alaminya.Tapi kurang berminat atau pun tiada peluang untuk memperkatakannya.

Dalam tahun 2004, iaitu ketika sedang belajar di UiTM.Lagu tersebut adalah merupakan salah satu lagu kegemaran saya.Dengan suara Brian Adam yang serak-serak basah tu.Lagu tersebut memang best.

Ceritanya,pada hari Khamis minggu lepas saya tiba-tiba menyanyi lagu tersebut dengan penuh perasaan sambil buat kerja kat office.Siap dengan pitching yang betul.Dan semasa dalam perjalanan pulang dari kerja,lagu tersebut dimainkan  dj dalam radio.Ajaib sungguh.

Sekian cerita saya hari ini.

bila dah macam-macam Vol.13

Solat ketika rumah blackout dan keadaan gelap gelita
Tak tau la anda pembaca pernah alami situasi begini.Menunaikan solat dalam keadaan yang gelap gelita.Dan solat itu pula dilakukan di bahagian yang terbuka, iaitu ruang tamu atau ruangan solat yang dapat dilihat oleh orang sekiranya keadaan terang.

Solat tersebut mungkin kurang khusyuknya dan dilakukan secara tergesa-gesa kerana  sebab-sebab yang tertentu.Takut gelap salah satunya.Takut kena cuit belakang (jadi imam).Biasa.

Tapi yang luar buasanya adalah bagi orang yang tak takut gelap,takut malu.Takut malu juga menjadi punca untuk melakukan solat dengan cepat.Takut lampu kembali menyala sebelum selesai solat.Sebab dia pun kurang pasti betulkah kiblat yang dia hadap, adakah dia hampar sejadah dengan betul.Bukan bersujud di bahagian kaki sejadah.Maka malu la nanti kalau lampu menyala sebelum sempat habis solat.

19 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.12

Dalam dunia ni kita ada 6 orang lagi kembar.Maknanya orang yang macam kita yang seiras dari segi fizikal,perangai, dan sebagainya adalah 7 orang.Selain kita yang di sini,maka ada seramai enam orang lagi kembar kita di luar sana bertebaran di mana-mana.Kita pun tak tahu.

Mungkin anda pernah terdengar tentang ni sebelum ni.Mungkin juga pernah terbaca.Dan kalau anda pernah terdengar atau terbaca,maka anda sangat bertuah.Kerana anda telah mendapat dua kali motivasinya.Dan sekiranya anda pertama kali mendengar di sini,anda juga bertuah.Sebab juga tak terkecuali untuk mendapat motivasi dari kembar-kembar anda sendiri.Teruskan membaca ye adik-adik.

Motivasinya dari kembar kita adalah,kita mesti berusaha lebih.Kalau kita belajar,mesti belajar betul-betul.Kalau kita kerja juga,mesti kena kerja betul-betul.Sebab kalau kita belajar main-main,kerja sambil lewa, mungkin kembar kita yang 6 orang lagi tu tengah rancak berusaha dan mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.Jadi tidak ke malu kita dengan kembar-kembar kita tu kalau kita gagal.Muka sama.Suara sama.Pendek kata semua sama.Tapi pencapaian aje yang tak sama.Sebab kita malas.

Jadi ayuh la berusaha dan jangan malas-malas.Buktikan pada diri dan kembar kita bahawa kita juga boleh berjaya macam mereka dan malah lebih lagi.Jadi jangan tunggu lagi.Sia-sia baca blog motivasi macam ni kalau tak termotivasi.Ayuh!

18 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.11

senja bila tiba

semua orang tahu
semua orang mengerti
semua orang mengakui
bila senja tiba,hari ini akan berakhir

namun tiada siapa peduli
bahawa malam setia menanti
malam akan tetap mengganti
malam menjanjikan mimpi
dan bila senja tiba,hari akan berganti lagi

hari ini akan di tinggalkan sepi
hari ini akan bersemadi dalam memori
hari ini tidak akan tiba sekali lagi
walau sejuta tahun ditangisi
kerana senja tiba jua hari ini

menutup mentari
merubah warna bumi
hasilkan monolog berseni
si musafir yang merentasi hari





15 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.10

apa yang kamu tahu

cerita tentang sesuatu
cerita tentang suatu
cerita tentang satu
semua adalah cerita

dari aku
dari kamu
dari dia
dari mereka
dan dari sesiapa saja

adalah kata kata yang terbit
dari monolog hati
dari kupasan akal
dari gelodak jiwa
dari emosi
dari apa saja



erti sebuah harapan

sebatang jalan
yang sibuk dengan kenderaan
berdiri seorang lelaki
membelakangkan selekoh tajam
yang menantikan seseorang
yang menantikan seorang
yang menantikan orang

selekoh tajam
yang langsung menghalang pandangan
tentang apa yang bakal datang

dikala hari masih siang
suasana juga terang
walau hanya satu pandangan
walau dengan seribu pandangan

namun sedikit
sedikit pun tidak terkesan
tidak merasa bosan

bagi dia
bagi lelaki itu
bagi kita
bagi mereka
bagi kalian
bagi semua
yang masih punya sebuah
HARAPAN







bila dah macam-macam Vol.9

(Ulu Yam,Selangor. water color. July 2011)

13 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.8

Seni adalah untuk semua.
Sememangnya penulisan untuk hari ini adalah berkaitan dengan aktiviti seni.Sebab semalam baru saja buat aktiviti outing ke Taman Rekreasi Ulu Yam.Melukis secara live kat sana.Dah tau kan Jujue?(sebab yang aku tau,Jujue baca blog ni.)

Berbalik pada aktiviti melukis di Ulu Yam semalam, secara objektifnya boleh rumuskan sebagai berjaya juga la.Sebab semua yang pergi berjaya melukis dan boleh dibawa balik hasil lukisan bersebut.Sebagai pengalaman pertama berhadapan dengan alam untuk dihayati dengan cara melukis memang mengujakan sepatutnya.Bagi mereka yang pertama kali la.Bagi aku pula adalah suatu kepuasan dan relaks.

Dan apabila apabila orang menganggap aku suka berfikir.
Memang betul berfikir dan bermonolog adalah perkara yang saya suka lakukan.Memerhatikan tingkah sekeliling.Membandingkan dengan yang lain.Menghayati.Meniru.Menghargai.Mengkritik.

Jadi semasa melukis semalam,sempat juga saya berfikir dan bermonolog mengenai tingkah.Tingkah laku manusia melinium.Yang hidup di zaman ini.Soal adat sopan,budi bahasa dan nilai-nilai murni yang lain sebenarnya sudah diundi keluar dari pemikiran setiap manusia.Menghormati orang lain seolah-olah tidak lagi relevan masa ini.

Dengan kawasan sungai di Ulu Yam tu sepatutnya tidak berlaku seperti yang dilakukan oleh sebuah keluarga yang terdiri dari pangkat datok,nenek,anak,cucu merampas tempat duduk kami kalau mereka masih lagi beradab dan menghormati hak orang lain.Dengan adanya barang kami di situ.Tapi mereka berjaya membuktikan bahawa zaman sekarang bukan masanya untuk menghormati orang lain.

Lebih biadab lagi apabila mereka mandi pula di kawasan kami buat aktiviti melukis itu tanpa sedikit pun rasa bersalah.Padahal keluasan kawasan kami ambil untuk melukis itu tidak sampai pun 10 kaki persegi.Ini bermakna,terlalu banyak lagi kawasan di Ulu Yam itu untuk mereka mandi selain di situ.

Begitukah cara orang-orang zaman sekarang mendidik anak-anak mereka.Dengan menunjukkan sikap tidak mempedulikan orang lain.Sikap mementingkan diri.Kesian generasi akan datang.
Aku hanya melukis,berfikir dan bermonolog.Itulah Aku

11 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.7

Selesai sudah misi BERSIH.Dan aku rasa misi yang boleh dianggap berjaya bagi mereka pihak penganjur.Sebab aku rasa penganjur memang sudah merangcang untuk kesudahan perhimpunan itu adalah begitu.Dihadiri oleh manusia.Mendapat liputan dan respon dari pihak-pihak yang tertentu dengan pelbagai nada.

Mungkin sekarang ni pihak penganjur sedang bergelak ketawa dengan telatah mereka yang melatah dan suka ambil kesempatan.Dengan mereka yang suka mengeksploitasi apa saja demi mendapat peluang berkuasa, membuat duit, membina empayar dan sebagainya.

Media adalah salah satu yang mungkin memainkan watak penting dalam membuat jenaka kepada pihak penganjur BERSIH.Sebab pihak media nampak sangat terlalu taksub untuk membuat liputan dan menjadi rangkaian yang terbaik.Dan sehinggakan perkara yang tidak perlu dilaporkan pun mereka perkatakan.Sampah bertaburan.Jalan jem.Peniaga rugi.

Temuramah dengan peniaga kain di pasar malam yang mengatakan mereka rugi RM10k untuk hari itu agak kelakar.Sebab setahu aku,kedai-kedai mereka tu orang keluar masuk je sebelum ni.Kalau kita lalu depan,sibuk tawarkan diskaun sebab barang tak laku.Tapi bila tak dapat berniaga,dah RM10k ruginya.Dah macam report orang hilang beg duit,mesti dalam tu ada 5,6 ratus cakap kat polis tu.

bila dah macam-macam Vol.6

Perjalanan ke Shah Alam dengan kak Ros di suatu senja.
Sempat berkongsi tentang pandangan-pandangan peribadi dan juga mungkin sedikit pengakuan tentang hati.Pada hemat kami dan dipersetujui bersama,hati memang ada satu tanggapan buruk pada setiap perkara.Terutamanya perkara yang tidak memihak kepada kita.Jauh di sudut hati,bagi kami ada tanggapan buruk yang terlahir dari hati.Tapi bergantung pada tahap penguasaan emosi dan kepercayaan terhadap individu untuk diperkatakan mengenainya.

Ini berbalik pada peluang kita memberi keselesaan kepada pihak lain.Pihak yang rasa langsung tidak terancam hidupnya.Budaya kita yang melatih diri untuk tidak membesarkan perkara yang dianggap kecil.Dan sekiranya itu yang dilakukan maka orang itu dianggap baik dan bertimbang rasa.Walaupun menafikan hak sendiri.

Tak perlu tengok isu yang besar,cuma pandang kiri dan kanan kita saja.Dan cuba fikirkan hak kita untuk menghirup udara yang bebas asap rokok.Sebab kita bukan seorang perokok.Tapi hak itu dinafikan dengan hembusan asap rokok oleh para perokok dan secara tidak langsung kita juga berhadapan risiko kesan dari rokok itu.Sebab kita mengamal budaya "Takpe".

Sekian terima kasih
Ucapan terima kasih bukanlah susah sangat kalau nak dituturkan.Namun Kementerian Penerangan terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membiayai perbelanjaan bagi mengadakan kempen "budi bahasa budaya kita".

Budaya berbudi bahasa dikalangan penghuni kota terutamanya terlalu kritikal.Mungkin terlalu sibuk dengan urusan masing-masing.Terlalu memikirkan hal sendiri.Sehinggakan hidup seolah-olah sekumpulan haiwan di taman negara.Saling berebut.Yang kuat dapat makanan.

Contohnya ketika berebut di atas jalan yang sedang jem.Bila dapat aje masuk ke laluan dengan cara berebut,buat muka selamber dan berlagak seolah-olah dia adalah seorang yang hebat sehingga dapat mencelah.Padahal orang yang bagi dia peluang.Apa salahnya kalau angkat tangan dan senyum.

8 Julai 2011

Baby Boy

Macam exited pun ada untuk fly ke Kuantan sekarang.Tengok orang baru.Anak buah ke-2 baru dilahirkan pukul 7.30 pagi tadi(waktu tempatan).

Mesti baby tu comel seperti mana Pak Ngah(Aku la tu) dia masa bayi dulu.Tapi bukan masa bayi saja,dah dewasa ni pun segak bergaya juga Pak Ngahnya.

Tapi apa-apa pun tahniah juga la untuk abang aku dan kakak ipar aku yang rancak membina keluarga bahagia dan semoga berbahagia selamanya.Dan tapi sekali lagi,bila la agaknya aku pula akan dapat menikmati rezeki Allah seperti mereka itu yang  memiliki sebuah keluarga bahagia dan anak-anak comel.

Namun apa-apa pun,bak kata pepatah "ada umur,ada rezeki".Jadi berusahalah dengan umur yang diberikan untuk mencari rezeki.Terutamanya rezeki ke jalan Allah.

Salam Jumaat.Wassalam

7 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.5

bila dah macam-macam Vol.4

Bersembang dengan En.Solihin.
Kami mengupas tentang berkerja dengan goverment sebagai Sub-topik perbualan kami.Menjadi tenaga pengajar di institusi-institusi pendidikan kerajaan adalah lebih memberi jaminan untuk masa akan datang terutamanya bagi pekerja muda macam aku katanya.Memang tiada sebab untuk tidak setuju dengan statement beliau itu.Pelbagai kelebihan dan keuntungan yang diberikan untuk pekerja-pekerja goverment berbanding dengan kerja di company yang mengejar keuntungan semata.Lebih teruk lagi sekiranya company yang bersikap terlalu selesa dengan sistem yang digunapakai mereka.Jadi mereka akan langsung tidak menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya.Sebab bagi mereka,seorang pekerja berhenti akan ada 10 lagi orang yang akan memohon kerja.Dan mereka akan bermula dengan bayaran yang paling minimun.

Bercakap dengan pegawai Bank Islam.
"kerja gov or swasta?Kalau swasta gaji RM3k dan ke atas saja layak untuk memohon Pinjaman peribadi."Ringkas dan padat statement yang terpacul keluar dari mulut pekerja bank itu.Tapi itu adalah hakikatnya bagi seorang pekerja swasta.Terutamanya yang bergaji kurang dari RM3k.Untuk menyimpan duit gaji bulanan agak mustahil,dan untuk membuat pinjaman dengan bank pula lagi mustahil.Jadi di manakah jalan untuk mereka yang berkerja dengan company swasta dan bergaji kurang dari RM3k sekiranya memerlukan sedikit lebih wang untuk sesuatu urusan?Ini masalah akar umbi yang perlu diselesaikan.

6 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.3

Bangun pagi,fikir malas nak gi kerja.
Bila bangun tidur je dah bermotivasikan malas,maka setiap langkah yang dilalui sepanjang hari ni akan berlangsung dengan motivasi malas la.Atau pun dengan kata lain,tak bermotivasi.Tu bagi orang yang berkerja.Bagaimana kalau anda seorang pelajar.Kalau anda bermotivasikan malas setiap hari untuk belajar?Jawabnya anda belajar dalam keadaan yang malas.Kalau belajar dalam keadaan malas,faham la sendiri apa hasilnya.Merugikan.Masa.Tenaga.Duit.Wang.Bla bla bla

Sudah la bermotivasikan malas,motor pulak meragam.
Meragam bukan kanak-kanak saja.Motor pun reti juga meragam.Bukan tak nak mandi atau tak nak makan nestum.Tapi tak boleh start.Naik berpeluh juga la pagi-pagi lagi.Tapi berpeluh pagi sememangnya memberikan aku sedikit lebih semangat dan motivasi positif.Pengalaman berkerja di kampong.Menoreh getah.Menebas dalam dusun.Itu adalah kerja-kerja aku dahulu yang menjanjikan berpeluh di setiap pagi sebelum aku meneruskan pengajian di UiTM.Jadi semestinya aku mempunyai lebih motivasi untuk tidak mengsia-siakan masa belajar untuk tidak lagi kembali menjalani rutin kehidupan kampong seperti itu.Walaupun hidup bebas seperti burung-burung yang berterbangan.

5 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.2

Baru lepas gi lunch dengan Khairul.Khairul adalah salah seorang pekerja di tempat aku berkerja sekarang ini.Maaf ya,sebab mengikut polisi syarikat ini,aku tidak boleh dedahkan aku kerja di mana.Terutamanya di internet.Mungkin mereka risau sekiranya aku ter'tulis apa-apa yang tidak menyebelahi atau pun statement yang tidak berpihak kepada keuntungan mereka di masa-masa akan datang.

Okey kita berbalik pada Khairul.Khairul memegang tanggungjawab sebagai computer's technician di tempat aku berkerja ini.Tempat yang tidak menggalakkan staff nya menulis,membuat kenyataan,berfikir untuk membuat kenyataan,berfikir untuk mempersoalkan apa-apa dasar yang diubah atau ditambah secara tiba-tiba oleh lembaga pengarah.Senang cerita sebenarnya company ini tidak menggalakkan staffnya menggunakan otak untuk berfikir sangat.Kalau nak berfikir pun,fikir la macam mana untuk memberikan keuntungan kepada company tahun ni supaya para lembaga pengarahnya dapat tukar kereta beramai-ramai dan beli rumah baru yang ada kolam renang air masin.huh

Tapi aku dan Khairul baru saja balik dari lunch di kedai lori(gelaran dari budak-budak kolej) hujung kampong yang merupakan menjadi lokasi pilihan pelajar-pelajar yang dari keluarga berpendapatan sederhana.Anak orang kaya mungkin tak berapa gemar masuk kedai macam tu kot.Panas.Panas.Juga sebenarnya menjadi pilihan pekerja-pekerja yang berpendapatan sederhana dan rendah.Ahli lembaga pengarah mana mungkin makan kat gerai macam tu.Panas.





bila dah macam-macam

Beberapa persoalan kritikal berjaya aku fikirkan, antaranya ialah;
  • memang orang suka rembat(curi) towel ker masa check out hotel?
  • agak-agak berapa peratus orang yang sembunyikan lauk masa makan di kedai.
  • macam mana semua perokok boleh cenderung merokok semasa berak
  • bila kebetulan menyanyi lagu yang lama tak dengar,tiba-tiba lagu betul-betul kedengaran di udara.Dan bila cerita kat orang,diorang cakap "ko dah dengar lagu tu tadi,tu ko nyanyi.Kebetulan konon".
  • tersalah beli perapi, padahal nak beli syampoo walaupun dah baca botol tersebut hampir 2 minit.
  • terletak tangan atas taik cicak walaupun kawasan tersebut seluas 20 kaki persegi.
  • rasa nak kentut ketika wudud masih ada dan semasa azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat bagi kawasan yang sama waktu dengannya.
  • kenapa masa aku nak menulis ni la orang sibuk lalu lalang?hampeh!!!