Saya begitu pasti bahawa orang kampung saya tak akan baca pun blog ni.Dan bukan blog ni saja,malah semua blog yang ada di dunia siber ni mereka tak baca.Sebab mereka lebih cenderung untuk pergi memancing berbanding ke CC untuk melayari internet sekiranya ada masa.Dan kalau sekiranya mereka ke CC pun sekadar untuk main game atau print borang tertentu sahaja.Jadi saya tak perlu risau akan disaman sekiranya saya menulis apa saja tentang orang kampung saya disini.
Tapi yang saya tidak la bercadang untuk menburuk-burukkan orang kampung saya.Itu macam memburuk kan diri sendiri pula.Jadi saya nak cerita tentang kehebatan orang kampung saya.Sepertimana hebatnya saya.Dan saya jarang dapat dengar dari kampung lain,walaupun hanya kampung sebelah.Mereka(orang kampung saya) lebih kreatif untuk menamakan sesuatu atau me'metafora'kan sesuatu benda.Tak tahu 'metafora'?Rujuk Kamus Dewan.
MOTOR KAMBING
~adalah gelaran yang diberikan pada motosikal jenis Yamaha atau Suzuki 110cc.Dan pernah hampir terjadi pergaduhan saya dengan budak kampung sebelah kerana menyapanya dengan "hai,datang sekolah demgan kambing ye hari ni?"Dan dia balas'"ko cakap motor aku kambing?".
PAK TOLOL
~gelaran untuk watak dalam filem yang sentiasa bersama watak utama dan selalunya berperwatakan kelakar,bodoh-bodoh dan sebagainya.Dan saya tak pernah dengar kawan-kawan dari kawasan lain yang menggelarkan watak-watak tersebut sebagai "Pak Tolol".
DATSUN BAHULU
~nama ini diberikan pada kereta lama iaitu Datsun 1200,dan namanya adalah sempena bentuknya yang mirip dengan bentuk kuih Bahulu.Dan saya pernah dituduh cuba mereka-reka term bila saya cakap "tu Datsun Bahulu kalau kat kampung aku".
Itu saja untuk kali ini,dan untuk mengakhiri penulisan kali ini ingin saya beri sedikit mantera untuk diamalkan
terutamanya pembaca-pembaca saya yang bercita-cita nak jadi Rapper

~tubuh tegak bulu dada
soro sedak tuan semak
jalan jauh jakoh luah
timbul tepat air tohol
tenggele tepat air dale
batu putih belumut ijau~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan