10 Ogos 2012

kejadian semalam

“SAYA tak curi bang. Saya mari nak check duit gaji. Saya nak ambik helmet,sebab helmet saya kena curi”. Penjelasan dari suspek ketika saya melangkah masuk dan duduk di kerusi ala bos di bilik yang menempatkan suspek pencuri yang baru ditangkap oleh En.Syukri dan beberapa orang student. Mungkin dia nampak saya macam seseorang yang berpengaruh di situ,dengan muka serius dan bergaya mewah:kemeja hitam jalur putih,tie ada kerawang,jam tangan berjenama Crocodile,kasut kulit hitam jenama Bonia,mata coklat merenung tajam dan rambut panjang seperti model sambilan.


Tanpa mempedulikan penjelasan suspek itu,saya mengajukan soalan kepada En.Shariman yang berkawal dalam bilik tersebut bersama seorang student.”Mana korang tangkap dia?”. Dan jawapan dari En.Shariman tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya kerana di masa yang sama suspek tersebut sedang memberi penjelasan yang sama seperti mula-mula melihat saya tadi.

Lalu saya menerpa ke arahnya seperti singa lapar lalu membelasahnya bertubi-tubi bagai dirasuk roh jahat sambil memberitahunya “aku masuk dalam bilik ni bukan nak dengar kau mengaku atau kau menafikan. Tapi aku masuk untuk belasah kau. Dah sebulan aku tunggu hari ni”. Sehinggalah saya dihalang oleh En.Shariman dan En.Syukri yang ada dalam bilik itu.

Setiap minggu yang lepas,mesti akan datang beberapa orang pelajar yang datang jumpa saya untuk minta melihat rakaman CCTV kerana barang mereka telah dicuri. Dan apabila melihat rakaman tersebut, wajah orang yang sama akan tertayang sedang rakus menyelongkar beg mereka dan mengambil apasaja barangan yang ada.

Melihat kepada kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang menjadi mangsa perbuatanya tersebut,membuatkan hati saya membara dan mula menyimpan dendam. Kesombongannya yang mengulangi perbuatan mencuri di hari yang sama dan waktu yang sama setiap minggu lagi membuatkan dia diburu. Dan itu juga menyebabkan gambarnya tersimpan dalam poket seluar saya setiap masa. Dan saya akan tunjukkan kepada sesiapa saja supaya mereka kenal dengan buruan saya itu.

Dia juga sebenarnya sangat bertuah kerana,sejak saya hidup selama 30 tahun,dia orang pertama yang saya belasah tanpa perasaan simpati(masa kejadian tadi je,sekarang dah rasa kesian. Sakit tu. Sampai berdarah-darah). Tapi bak kata pepatah;terlajak perahu boleh diundur,terlajak laku buruk padahnya. Perlakuan pencuri tu sudah terima padahnya,tapi terlajak laku saya tadi entah apa padahnya. Wallahualam…

4 ulasan:

alif ha lam alif mim berkata...

sy suka cerita ini

Tanpa Nama berkata...

cerita ini best

Muhammad Aqip berkata...

anda hebat

udi berkata...

bakal pengantin ni siap mengeja tu nama.