Kalau la hidup ni semudah drama-drama slot Akasia kt TV3 tu
kan senang.Walaupun banyak juga endingnya yang menyakitkan hati seperti
Cinta Jannah tu.Ntah apa-apa punya cerita.Watak semua takde
kesudahan.Macam tak belajar sastera pulak si penulis skripnya tu.Tema dan
persoalan,sebab dan akibat semua tidak berjaya digarap.
Macam pandai pula rasa tiba-tiba ni.Komen hasil kerja orang
lain yang dah bersusah payah hasilkan.Tapi apa salahnya kan,hak mengomen dan
bercakap itu samarata.Bukan satu pihak
je yang berhak,macam apa yang berlaku pada kerajaan kita sekarang ni.Terasa
seolah Malaysia ni tak merdeka pun lagi.Bila rakyat hanya boleh dengar apa-apa
dari kerajaan saja.Suara dari lain yang tidak berpihak atas apa yang dilakukan
oleh kerajaan dibisukan.Baik mereka tarik hak untuk bercakap.biar mereka saja
yang bercakap.
Tapi kalau saya punya kuasa untuk menghentikan orang dari
bercakap tanpa menyinggung perasaannya,sudah lama saya lakukan pada seorang ibu
ni.Sebab sepanjang masa dia hanya menyuruh anaknya mandi saja.Sedangkan anaknya
itu sudah tua bangka.Dan padahal anaknya itu juga sebenarnya tidak pernah pun
terus pergi mandi apabila disuruh sebegitu.
Bila diamati dengan situasi itu,jelas terbukti bahawa cara
didikan anak sebenarnya ramai orang tidak tahu.Mereka terlalu bersikap seperti
gelas yang dipenuhi air.Tidak mahu menerima pengetahuan lain selain dari
memberi makan pakai,kasih sayang,jaga perasaan dan emosi.
Anak merupakan seorang raja,ketika mereka berumur 0 hingga 6
tahun.Pada usia ini setiap keperluan dan kehendak anak-anak mestilah ditunaikan
demi tumbesaran mereka.Walaupun mereka meminta untuk bermain pasir di halaman
rumah.Namun dengan pengawasan.Seperti seorang raja katakan.
Seterusnya umur 6 hingga 12 tahun,status raja mereka mula
ditarik perlahan-lahan.Mereka akan diturunkan tahta dan menjadi golongan yang
diperintah pula.Maksudnya mereka harus mengikut perintah.Mereka akan dipaksa
belajar.Sebab itu juga dalam islam menyarankan,anak yang berumur 8 hingga
sepuluh tahun mesti menunaikan solat dan boleh dipukul sekiranya mengingkari.
Selepas dipaksa untuk belajar dengan asas-asas
kehidupan,umur 12 hingga 17 tahun pula menjadi zaman peralihan.Iaitu antara
kawalan dan juga berdikari.Jadi yang terbaik pada usia ini,mereka memasuki
asrama.Kerana di asrama,mereka akan mula berdikari dalam sesetengah hal seperti
menguruskan hidup.Mencuci pakaian,belanja keperluan peribadi dan juga
berkawan.Tetapi itu semua masih lagi dibawah pengawasan pihak sekolah dan juga
ibubapa.
Dan 18 hingga 21,mereka melanjutkan pengajian yang lebih
tinggi.Jauh dari keluarga.Begitu juga bagi yang tidak meneruskan pengajian
masing-masing.mereka mula keluar untuk mencari pengalaman berbekalkan
pembelajaran-pembelajaran di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah
berasrama tadi.Selama tiga tahun mencari pengalaman,dan seterusnya mereka akan
keluar pada umur 21 tahun sebagai manusia dewasa yang mula matang sedikit demi
sedikit.
Tapi sebenarnya siapa peduli dengan itu
semua.Kalau saya perkatakan ini pada ibubapa,mungkin akan dibalas dengan
kata-kata yang kurang enak didengar saja.Maklum lah,gelas yang dipenuhi air.Mana
akan terima air lain lagi.