Pernahkah saudara sekalian bayangkan satu situasi begini
berlaku kepada orang yang terlalu sayang pada anda.
Deringan telefon mengejutkan suasana sunyi
“hello”
“Hello,assalamualaikum”
“waalaikumussalam,Sape ni”
“Maaf,awak kenal Sipolan Bin Sipolan?”
“Ya,dia abang saya.Kenapa?”
“Maaf,dia baru saja meninggal.Tolong hubungi ahli keluarga
yang lain.takziah.”
***
“Hello”
“Sipolan dah mati”
“Bila?Kenapa?”
“……..”
“…”
Dan Sipolan bin Sipolan itu sebenarnya nama kita
sendiri.Agaknya apakah perasaan mereka yang mendapat berita malang tersebut.Dan
apa pula perasaan kita pada waktu itu.Sedangkan kita langsung tidak bersedia
dengan keadaan itu.Kita sibuk merencana pelbagai pelan untuk terus
kaya,berduit,memiliki apa saja yng diinginkan.
Malam tadi,selepas solat Maghrib,saya berasa sangat
sayu.Bila satu khayalan spontan melintas difikiran saya tenteng sebuah kematian
saya sendiri.Saya terbayang bertapa terperanjatnya adik saya yang berada jauh
di pedalaman Serawak bila mendapat berita yang abangnya ini telah meninggal dunia.
Hampir menitiskan air mata membayangkan suasana itu,namun
dikejutkan oleh isteri dengan soalan
“abang,are u ok?”
Bingkas saya dari lamunan dan seterusnya
menunaikan solat Isya’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan