12 November 2013

Saja mengomen


Kalau la hidup ni semudah drama-drama slot Akasia kt TV3 tu kan senang.Walaupun banyak juga endingnya yang menyakitkan hati seperti Cinta Jannah tu.Ntah apa-apa punya cerita.Watak semua takde kesudahan.Macam tak belajar sastera pulak si penulis skripnya tu.Tema dan persoalan,sebab dan akibat semua tidak berjaya digarap.

Macam pandai pula rasa tiba-tiba ni.Komen hasil kerja orang lain yang dah bersusah payah hasilkan.Tapi apa salahnya kan,hak mengomen dan bercakap itu samarata.Bukan  satu pihak je yang berhak,macam apa yang berlaku pada kerajaan kita sekarang ni.Terasa seolah Malaysia ni tak merdeka pun lagi.Bila rakyat hanya boleh dengar apa-apa dari kerajaan saja.Suara dari lain yang tidak berpihak atas apa yang dilakukan oleh kerajaan dibisukan.Baik mereka tarik hak untuk bercakap.biar mereka saja yang bercakap.

Tapi kalau saya punya kuasa untuk menghentikan orang dari bercakap tanpa menyinggung perasaannya,sudah lama saya lakukan pada seorang ibu ni.Sebab sepanjang masa dia hanya menyuruh anaknya mandi saja.Sedangkan anaknya itu sudah tua bangka.Dan padahal anaknya itu juga sebenarnya tidak pernah pun terus pergi mandi apabila disuruh sebegitu.

Bila diamati dengan situasi itu,jelas terbukti bahawa cara didikan anak sebenarnya ramai orang tidak tahu.Mereka terlalu bersikap seperti gelas yang dipenuhi air.Tidak mahu menerima pengetahuan lain selain dari memberi makan pakai,kasih sayang,jaga perasaan dan emosi.

Anak merupakan seorang raja,ketika mereka berumur 0 hingga 6 tahun.Pada usia ini setiap keperluan dan kehendak anak-anak mestilah ditunaikan demi tumbesaran mereka.Walaupun mereka meminta untuk bermain pasir di halaman rumah.Namun dengan pengawasan.Seperti seorang raja katakan.
Seterusnya umur 6 hingga 12 tahun,status raja mereka mula ditarik perlahan-lahan.Mereka akan diturunkan tahta dan menjadi golongan yang diperintah pula.Maksudnya mereka harus mengikut perintah.Mereka akan dipaksa belajar.Sebab itu juga dalam islam menyarankan,anak yang berumur 8 hingga sepuluh tahun mesti menunaikan solat dan boleh dipukul sekiranya mengingkari.

Selepas dipaksa untuk belajar dengan asas-asas kehidupan,umur 12 hingga 17 tahun pula menjadi zaman peralihan.Iaitu antara kawalan dan juga berdikari.Jadi yang terbaik pada usia ini,mereka memasuki asrama.Kerana di asrama,mereka akan mula berdikari dalam sesetengah hal seperti menguruskan hidup.Mencuci pakaian,belanja keperluan peribadi dan juga berkawan.Tetapi itu semua masih lagi dibawah pengawasan pihak sekolah dan juga ibubapa.

Dan 18 hingga 21,mereka melanjutkan pengajian yang lebih tinggi.Jauh dari keluarga.Begitu juga bagi yang tidak meneruskan pengajian masing-masing.mereka mula keluar untuk mencari pengalaman berbekalkan pembelajaran-pembelajaran di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah berasrama tadi.Selama tiga tahun mencari pengalaman,dan seterusnya mereka akan keluar pada umur 21 tahun sebagai manusia dewasa yang mula matang sedikit demi sedikit.
 
Tapi sebenarnya siapa peduli dengan itu semua.Kalau saya perkatakan ini pada ibubapa,mungkin akan dibalas dengan kata-kata yang kurang enak didengar saja.Maklum lah,gelas yang dipenuhi air.Mana akan terima air lain lagi.

Tiada ulasan: