Biarlah Nampak sedikit poyo atau berlebih lebih dalam menjelaskan ayat "pencinta" tu, namun itu adalah hakikat sebenar yang patut ditelan. Walaupun, sebenarnya secara rasminya ini baru pertama kali aku bela kucing kat rumah sendiri. Sebelum ni, hanya menumpang kasih kucing-kucing kat rumah orang tua aku je. Sejak masuk rumah baru, rasa sunyi dan memerlukan seekor kucing berkeliaran dalam rumah.
Dan akhirnya aku dapat la dua ekor budak kucing berketurunan Parsi ketika berkunjung ke Kelantan dalam 2 bulan lepas. Sebab terlalu kecil dan masih menyusu masa ambik tu, salah seekornya mati seminggu kemudian.
Tinggalah seekor budak. Kelihatan sihat dengan pandai menyusu, aktif bermain. Ini mengembirakan aku dan isteri. Dapat mengubat kesunyian rumah kami.
Namun (cerita baru bermula), di sebalik galak bermain tu rupanya ada sesuatu yang kami tak sedar. Di hari yang sama salah seekornya mati tu, dalam pukul 11 pagi macam tu, selepas penat bermain aku telah menyusukan anak kucing yang masih hidup tu. Selepas menyusu, seperti biasa dia akan tidur. Itu normal
Dalam pukul 1,dia masih belum bangun tidur. Dan aku rasakan itu juga normal, mungkin sebab penat bermain pagi tadi.
Dalam pukul 3 petang, aku mula rasa pelik. Dan aku angkatnya dari tidur, alangkah terkejutnya apabila badannya sudah terkulai. Namun masih bernafas. Dicuba bagi susu juga sudah tidak ada respon.
Kami suami isteri mula kalut, dan aku mengambil keputusan untuk hantarnya ke Veterina. kami bergegas ke Kluang (kami dari Simpang Renggam) yang mengambil masa 1/2 jam juga dengan jarak hampir 40km.
Sesampai di Klinik, doctor buat pemeriksaan dan bertanyankan symptom sehingga terjadi demikian. aku jawab la apa yang aku tau dan berlaku. Dan doctor merumuskan, itu adalah jangkitan virus. Memang biasa berlaku pada anak kucing yang tidak menyusu dengan ibunya. Anak anak kucing yang tidak menyusu ibu akan kehilangan immune terhadap penyakit. Jadi anak kucing akan tiba-tiba collapse dan pada skala 9/10 tidak dapat diselamatkan atau pun akan mati la. Tapi kami berharap dia yang 1/10 tu.
Itu je jawapan setelah jumpa doctor, maka kami balik dengan hampa. Dan doctor juga pesan, bahawa kami boleh terus beri sokongan dan kasih sayang. Mungkin akan memanjangkan sikit umurnya. Dari segi perubatan, memang takde apa yang dapat dilakukan oleh doctor.
Dan hari tu baru aku sedar aku rupanya seorang pencinta kucing. Rasa sedih sangat bila tengok keadaan dia macam tu. Keadaan koma. Hanya bernafas. Langsung tidak bergerak,lembik layu, mata terbuka namun tidak berkelip. Lagi sedih bila lihat isteri asyik menangis je sambil bercakap di telinga anak kucing tu.
Bila keadaan begitu, aku mula teringat pada hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3. Pada 10/3/2015, hari tersebut sangat mengharukan seisi keluarga aku, apabila arwah ayah aku pada masa itu sedang terlantar di katil hospital dengan tanggapan kami dia sedang tidur setelah sebelumnya dia mengadapi sesak nafas yang teruk. Apabila dia tidur, kami mula rasa lega sedikit, namun apabila menjelang malam dia masih belum bangun/sedar, kami panggil doctor untuk periksa. Doktor cakap ayah sudah koma. Kami sekeluarga berkumpul, membacakan yasin, membisik ditelinga, merayu untuk ayah sedar, tak lupa juga berdoa pada Allah untuk memberikan keputusan terbaik untuk kami sekeluarga. Malamnya kami berkampung di dalam ward hospital, dan selepas solat subuh ayah disahkan telah pergi buat selamanya. Pada masa itu, hanya tuhan saja yang tahu perasaan kami semua. Namun sesukar mana untuk menghadapinya, kami tetap kena hadapi. Walau secara peribadi, aku telah lama bersedia untuk itu ; bukan mendoakan, tapi sedar bahawa situasi itu akan berlaku. cuma tak tahu bila.
Berbalik pada cerita kucing, aku laki bini sehinggakan tidak menjamah makanan pada hari itu kerana terlalu risau. Silih berganti teman sekiranya nak mandi dan solat. Aku berdoa pada Allah, berikan yang terbaik pada anak kucing aku. Sebab rasanya tak sanggup untuk lihat keadaanya begitu.
Dan dipendekkan cerita, dalam pukul 11 malam, sambil aku mengriba dia tiba-tiba matanya berkelip. aku tiup telinga, juga ada respon. Ini petanda apa? aku mula risau. Tiba-tiba lagi, dia mula bangun dan mencuba untuk berjalan. Tapi masih jatuh. Di cuba lagi, berjalan terhuyung hayang. Sudah boleh berjalan. Dalam beberapa minit kemudian, dia sudah boleh berjalan dengan sempurna. Bukan itu saja, dia sudah boleh berlari dan menggigit seolah-olah takde apa-apa berlaku pun selama hampir 10 jam sebelum tu tadi. Kami suami isteri gembira dalam pelik. Apakah semua ini?
Harapan kami supaya anak kucing kami jadi 1/10 itu nampaknya jadi kenyataan. Ini kuasa Allah. Walaupun bunyinya agak keterlaluan kalau aku bagitau sebenarnya aku juga membaca al fatihah dan tiupkan ke muka anak kucing sedang koma. Sebab aku pernah dengar, surah al fatihah juga merupakan salah satu ayat ruqyah. Tapi bila isteri aku tanya ada baca apa tu bila dia nampak aku tiup muka anak kucing, aku jawab
"Takde apa pun. Tiup saja je"
Nama kucing aku adalah "Mueez"
Sekian
|
Inilah wajah Mueez tengah koma. |