Semalam, tetap akan terus berlalu walau diratapi seribu tahun sekalipun. Dan semalam itu juga akan berusia seribu tahun jua.
Ini bukan sebuah sajak,bukan juga sebuah ungkapan kosong yang hanya mahu dicoret dalam entri blog aku kali ini. Tapi ia membawa pelbagai makna yang boleh dihurai sendiri oleh setiap orang yang berakal serta menggunakan akalnya secara berhemah.
Dahulukala, dalam hutan di sempadan antara negeri Pahang dan Kelantan, pokok-pokok hutan, binatang-binatang, jin serta hantu hutannya memang tidak asing pun melihat kelibat aku menyusuri kawasan tersebut. Ini kerana di situ adalah tempat aku bermain dan menghabiskan separuh masa remaja aku. Menemani arwah ayah aku meneroka hutan yang belum diterokai dan dimiliki oleh orang lain. Setelah melepasi kawasan yang sudah milik orang, kami mula membuat tanda dan akan dikerjakan hutan itu sebagai kawasan milik kami. mula mengukur keluasan kawasannya dan mengenalpasti lokasi secara tepat melalui penanda-penanda dari pohon besar,sungai dan sebagainya.
Mula menebas dan membersihkan pokok-pokok kecil, semak samun hutan tersebut supaya terang dan akan diteruskan ke langkah seterusnya. Setelah selesai membersihkan semak samun tersubut,langkah seterusnya adalah menebang pokok hutan yang sebesar balak. Pokok hutan yang berusia ratusan tahun. Bunyinya macam penceroboh dan memusnahkan khazanah hutan Negara. Tapi itu memang benar. Sebab itu adalah hakikat. Dan bila difikirkan dengan bijaksana juga, memang setiap yang diciptakan oleh Allah akan ada manfaatnya.Kalau lah Tanah yang subur itu tidak dimanfaatkan, sekadar hanya disimpan untuk dijadikan khazanah sahaja juga tidak ada gunanya. Ada baiknya kami teroka, dijadikan kebun. Dapat juga menuai hasil untuk kelangsungan hidup. Ya, bijaksana sungguh.
Pokok-pokok yang ditebang tadi akan dikumpulkan ; dengan kudrat emat kerat manusia, sebelum dibakar. Inilah yang zaman sekarang dinamakan pembakaran terbuka. Namun pada 30 tahun dahulu ianya adalah perkara normal dan tidak ada ruangan aduan rakyat untuk mengupas tentangnya. Elektrik juga belum dijana untuk menghidupkan peti television. Jauh sekali untuk memiliki television sebenarnya.
Namun, persepsi pencemaran alam oleh proses pembakaran itu, ai membawa kebaikan pada kami yang akan mengusahakan Tanah tersebut. Kerana dengan selepas itu Tanah itu akan bertambah subur mengikut ilmu yang diwarisi oleh kami secara tradisional. Selepas kawasan itu dibakar, tanaman seperti sayur-sayuran akan sangat subur jika ditanam di situ. Labu, terung, cili dan sebagainya. Disamping itu akan ditanam juga pokok-poko buah yang jangka panjang seperti pokok durian, rambutan, petai. Pisang akan ditanam di celah-celahnya bagi menyejukkan Tanah selama anak-anak pokok itu membesar.
Itu sedikit imbas kembali yang mula menghatui aku sejak kebelakangan ini. Kerana, rasanya sudah tiba masanya aku kembali ke asal dan meneruskan legasi Arwah ayah. Hutan yang sudah diukur, namun masih belum di teruskan untuk langkah seperti yang sepatutnya masih luas. Siapa lagi dikalangan kami ; adik beradik, yang mempunyai pengalaman semua itu. Kekuatan perlu dikumpul untuk memulakannya. Kekuatan jiwa terutamanya. Kemana hendak aku campakkan kelulusan degree yang aku miliki ini untuk meneruskan usaha arwah ayah aku. namun, takkan pula hanya kerana degree yang aku ada ini, segala usaha yang dimulakan oleh arwah ayah ditinggal dan dilepaskan begitu saja. Sungguh payah untuk merungkai dan menjawab persoalan yang diajukan oleh benak sendiri ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan