24 Julai 2016

Cuba Diam Dan Berfikir

Bismillahirohmanirrahim..

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya merakamkan ucapan selamat hari raya untuk tahun ni. Hari ni baru 18 Syawal 1437. Semoga raya tahun ini membawa makna yang besar,berbanding dengan raya-raya sebelum ni. Itu patutnya dikejar oleh setiap insan. Iaitu mahukan yang lebih baik dari segenap segi.Dan yang paling jelas,besifat duniawi la.Walaupun semua tidak menafikan bahawa akhirat yang patut dikejar kita semua.Namun kenaikan gaji,naik pangkat,tukar kereta baru,tambah anak,tambah kekayaan itu lebih dipandang kita manusia.

Puasa sebulan lepas harapnya kita telah lakukan yang terbaik dan paling sempurna la. Kalau ianya lagi kurang kesempurnaannya berbanding tahun-tahun sudah,kita sedang rugi la.Sebab peluang sudah diberi,tapi kita sia-siakan.Cuba imbas dan hitung berapa orang yang kita kenal dan dapat berpuasa dan beribadah dalam bulan ramadhan tahun lepas,tapi tahun ini dia sudah tiada lagi?dia sudah meninggal dunia.Tiada lagi peluang dia untuk tambah ibadah.Hanya berbekalkan apa yang ada saja.Kalau ada anak soleh,kalau ada sedekah jariah dapat la sedikat saham. In sya Allah.

Bagi yang lansung tidak bersedia dengan saham-saham begitu,maka mereka sedang tahu dan percaya sekarang tentang apa yang disampaikan kepada mereka sebelum ini. Sehingga hari kebangkitan.

Kali ini saya bukan berniat untuk berceramah kepada tuan-tuan yang membaca mahunpun terbaca.Cuma terasa ingin berkongsi.Mungkin kalau sebelum ini,saya selalu juga terfikir bila ada orang lain menulis entri atau status facebook,terdetik dihati mengatakan mereka seolah sedang berlagak alim dan berlagak sudah insaf.Riak.Padahal tak seperti yang ditulis pun. Sekadar menunjuk pandai kononnya menghayati dugaan. Itu tanggapan saya dulu pada mereka.Saya ego untuk anggap itu sebuah pengajaran. Jangan hanya sibuk mempersoalkan keikhlas orang lain.

Dalam dua hari ini,saya mula kembali terfikir dan mengenang kembali pincangnya langkah saya.Langkah saya meneruskan hidup dan juga persediaan ke alam abadi yang dijanjikan untuk saya dan semua yang hidup.Bunyi agak serius?Ya,ianya memang serius.Sebabnya apabila diuji,saya akan mula menghadap dan mengadu padaNya.Bila terasa bebas ujian,saya mula kurang mengadu.Hanya buat yang wajib sahaja.

Setakat ini rasanya masih boleh terus membaca tuan-tuan?Sebagai klunya,saya akan menulis bilamana perasaan saya sedang down atau berada dibawah paras normal.Kerana pada masa ini saya akan banyak berfikir dan muhasabah diri.Kurang bercakap,tiada minat pada gurauan mahupun hiburan.

Bagi kawan-kawan yang rapat dan mengikuti facebook saya,pasti sedia maklum apa yang berlaku.Ya,seekor kucing belaan saya telah kembali pada Pencipta.Kalau tuan-tuan senyum,itu normal.Sebab tuan-tuan hanya nampak itu seekor kucing.Tapi saya nampak itu satu nyawa.Saya melihat pucatnya muka dia menahan sakit sakaratul.Saya melihat matanya yang berair.Saya melihat anak matanya bulat penuh dan pandangan kosongnya.

Tuan-tuan mampu senyum,sebab tuan-tuan tidak menyaksikan satu nyawa sedang di ambil kembali setelah dipinjamkan sekejap.Nyawanya dipinjamkan di dalam tubuh seekor haiwan dan dia saya namakan Adik Putih.

Saya terima itu sebagai ujian untuk saya.Ujian diambil apa yang kita sayang.Juga pengajaran bahawa kematian itu sangat hampir dengan kita yang hidup ini.Apa yang berlaku pada Adik Putih itu,tersangat cepat dan tiada amaran.Beberapa minit sebelum kematiannya,dia meleset di kaki saya sibuk-sibuk bersiap untuk pergi kerja.Saya bersarapan,berkongsi roti.Sungguh berselera.Dan bila saya mengundurkan kereta,tiba-tiba terdengar jeritannya dari bawah kereta.Bila keluarkan dari bawah kereta,dia sudah nazak.Mukanya pucat.Badannya kejang dan membiru.

Saya mula merembes peristiwa itu sebagai ujian dari Allah untuk saya berfikir,juga untuk menyedarkan saya sebagai hambanya.Sepertimana beberapa ujian sebelum-sebelum ini.Pemergian arwah ayah saya salah satu ujian yang besar.Dan pengajarannya,saya mula mencari jalan untuk membantu perjalanan panjang ayah saya di alam barzakh.Saya mula mrncari ilmu agama.Mula mendekatkan diri dengan masjid.Mula menepis alasan 'sibuk' yang selama ini menyekat langkah ke arah itu.
Mula belajar sekurang-kurangnya mengimankn tahlil arwah ayah bila balik menziarahi kubur atau berkumpul dengan keluarga sekali sekala.Juga mula membuat persediaan untuk diri sendiri andai dijemput nanti.Mencari jawapan apakah yang boleh teman dalam kubur.Apa saham yang sesuai dilaburkan untuk untungnya sampai ke sana boleh rasa.

Dan bila lama-kelamaan istiqomah itu seolah pudar,tanpa sebab yang konkrit.Malah tanpa sedar pun.Namun,kerana sifat RahimNya itu saya ditarbiyyah dengan satu lagi cara.Saya didatangkan seekor kucing.Mueez.Saya disuntik sifat sayangkan kucing sangat-sangat sehinggakan Mueez itu tidurnya bersama atas katil.Dan setiap 3 atau 4 pagi dia akan mengejutkan saya dengan menggigit hidung meminta susu.Saya belajar jadi ibu dan sabar untuknya.
Apabila setiap malam bangun untuk buat susu,saya mula terfikir sesuatu yang menyentap perasaan.Apakah ada tujuan lain sebenarnya Mueez kejut saya setiap pagi selain minta susu?Dan saya beri jawapan sendiri.Ya,mungkin Allah hadirkan saya Mueez untuk menguji akal dan kesyukuran.Jadi,mengapa tidak Tahajjud alang-alang sudah bangkit malam begitu.?

Saya mula mengenal Tahajjud.Sekali lagi ujian dihantar apabila Mueez tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan sehingga ke hari ini.Saya patah hati.Namun disebalik patah hati itu,saya masih memikirkan bahawa itu ujian Allah.Saya teruskan rutin yang dicipta Mueez untuk saya bangun malam.Sehingga ianya juga kian jarang oleh sebab tertentu dan saya juga tidak sedar.

Kini,Adik Putih pula dijadikan asbab untuk saya mula berfikir akan segalanya pincang langkah itu.
"Ya Allah,ampunkan hambaMu ini yang selalu alpa dan hanyut dibuai nikmat dunia"

27 Februari 2016

MUEEZ


Bismillahirrahmanirrhim. Bersyukur pada Allah yang menciptakan sekalian alam ini. Yang memberi rahmat dan kasih sayang pada kita semua. Namun sebagai manusia kita juga diuji. Itu sudah semestinya. Cuma kita saja yang menerima ujian itu dari persepsi bagaimana. Dan dengan persepsi itu juga penentu siapa kita. Andai kita istiqomah dengan ujian tersebut,kita akan diganjari. Andai pula kita berpura pura istiqomah,maka sama saja dengan kita menolak itu sebagai ujianNya. Inilah yang akan merugikan kita dari dua alam yang berbeza. Rugi di dunia sebab kesusahan tersebut. Manakala rugi akhirat sebab tidak kenal Allah sewaktu sedang diuji.

Saya bukan niat untuk memperkatakan diri ini terlalu tabah,jauh sama sekali ingin berlagak ujud akan istiqomah diri bila berhadapan dengan situasi bilamana berbentuk ujian. Yang mana sekarang sedang berhadapan dengan situasi agak meruntun perasaan. Menyedihkan hati yang terlalu mencurahkan kasih sayang. Berhadapan dengan sebuah kehilangan. Bila terlalu menyayangi,dan tiba tiba yang disayang itu menghilang. Terasa sungguh terentap jiwa. Patah hati. Fikiran melayang layang mengenangkan kenangan. Ruangan mata terbayang memori suka duka tika masih bersama. Kepedihan sukar digambar melalui prosa kata.

Namun hakikat bahawa semua hanya pinjaman harus ditelan dan dihadam sebaiknya supaya jangan sampai terbabas aqidah angkara kasih sayang antara makhluk semata. Mesti percaya, semuanya yang ada (nikmat) atas dunia ni hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa. Semuanya dari Allah. Dia yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan memberi kita pinjam hidup dan segala nikmat ini. Dan sangat pasti,segalanya akan kita pulangkan padaNya. Itu pasti.

 
Oleh kerana penulisan ini hanya bersifat peribadi, ada sedikit luahaan yang terpendem selama ini rasanya ingin dicoret. Terdetik dihati saya akan dosa kerana merampas kasih sayang ibu terhadap anak, dan juga kasih sayang anak dari ibunya apabila saya telah mengambil anak kucing yang baru lebih kurang 2 minggu dilahirkan. Pada masa ambil tu takde rasa bersalah. Namun setelah beberapa minggu jaga, terdetik rasa bersalah apabila melihat kesihatan anak kucing (Mueez) tersebut semakin merosot. Dan lebih parah lagi apabila dia koma. Doktor juga mengatakan itu adalah kesan daripada kekurangan daya tahan badanya melawan penyakit akibat dari terputus susu ibu terlalu awal.

 
Saya mula rasa bersalah, kerana keterujaan saya untuk membela kucing di rumah sendiri membuatkan saya memisahkan Muez dan ibunya terlalu awal. Namun disebalik rasa bersalah itu, saya terlah bertekad dalam hati, Mueez saya aka jaga seperti manusia. Saya akan jaganya seperti anak saya sendiri. Perbelanjaan, susah senang semuanya saya buat dan beri keutamaan. Bila dia tak sihat, saya akan bercuti dari kerja untuk menghantarnya ke klinik dan akan jaganya sepanjang masa.

 
Walaupun belum mampu menebus kesalahan saya terhadapnya kerana memisahkan dia dengan ibunya, saya tetap berusaha sekurang-kurangnya saya tidak akan mengsia-siakan hidup dia bersama saya. Dia antara makhluk Allah dari jenis kucing yang dapat keistimewaan melebihi kebanyakkan kucing-kucing lain rasanya. Kalau mahu keluar rumah, dia akan dibawa bersama dalam kereta. Berjalan-jalan menaiki kereta tidak asing baginya, malah sangat teruja apabila dapat melihat permandangan di luar. Paling bosan pun, dia hanya tidur. Itu juga sangat selesa baginya kerana bagai dibuai oleh pergerakan kereta.

 
Begitu juga waktu malam, Mueez akan masuk tidur bersama kami dan akan tidur sepanjang malam di bantal saya. Itu tersangat janggal bagi saya dan mungkin juga bagi dia andai bantal itu kami tidak kongsi pada satu malam. Dan di setiap malam juga, dalam pukul 3 hingga 4 pagi dia akan mengejutkan saya secara mengigit hidup. Komunikasi itu hanya saya dan Mueez yang faham, itu bermaksud dia mintak susu. Saya akan bangun dan buatkanya susu, dan susukannya menggunakan botol susu untuk kitten.

 
Apabila setiap malam bangun begitu, saya mula terfikir sesuatu. Mengapa tidak saya menggunakan kesempatan itu untuk mengadap Allah seketika? Dengan kesedaran itu, saya sudah melantik Mueez sebagai jam loceng tahajjud saya. Saya mula sedar kehadiran Mueez adalah satu rahmat dari Allah. Walaupun pada awalnya saya merasakan satu penganiayaan terhadapnya kerana merampas dia dari ibunya.

 
Selepas menyusukan dia, dan apabila saya kerjakan solat biasanya dia akan meleset di kaki dan seterusnya naik ke riba bila ada peluang untuk meyambung tidur. Selepas solat, saya akan dukungnya ke katil dan kami akan sambung tidur sehingga waktu subuh.

 
Dalam cerita ini bunyi seperti saya ni bujang pula. Sebenarnya isteri saya ada, tidur di sebelah. Dia selalu juga cemburukan saya sebab Mueez terlalu rapat dengan saya. Sehinggakan susu pun Mueez tak pernah minta dengan isteri saya. Dan komunikasi gigit hidung untuk mengejutkan tidur tu juga Mueez tak pernah lakukan pada isteri saya.

 
Disambung balik cerita tentang Mueez, kencing dan beraknya memang akan ke tandas ke 2 kami. Kerana tanda cangkung itu dia senang untuk melepaskan hajat. Dan akan mengiau selepas selesai supaya saya datang flush. Dia beditu kagum melihat najisnya dihanyutkan air ke dalam tandas.

 
Di waktu makan pula, Mueez lebih selera jika saya menggosok kepalanya sambal dia sedang makan. Jika dia hanya makan bersendirian, sekejap saja dia berhenti  la. Itu la Mueez. Anak yang rasanya sudahpun memahami Bahasa manusia. Sebab setiap suruhan, larangan semuanya dalam bahasa manusia. Sehinggakan, ketika dia cuba menggaru kerusi, saya hanya jerit

“Mueez, jangan!”

Terus dia pandang dan berhenti dari cubaan menggaru.

 
Pada cuti tahun baru cina hari tu, saya balik kampong sebab ada majlis kenduri aqiqah untuk anak sedara. Mueez juga ikut balik bersama. Menempuh perjalanan yang jauh selama 10 jam. Dia tidak sedikit pun meragam. Hanya tidur, makan, main-main dalam kereta. Sesak dalam jem, dia berdiri di deskboard. Jadi hiburan juga untuk pengguna jalan yang lain melihatnya begitu.

 
Sampai dikampung, tau saja dia bawa diri. Di mana bilik yang saya masuk, maka dia rasa itu juga bilik dia. Ke mana saja dia keluar, pasti masuk ke bilik tu untuk tidur. Aktiviti dia di kampong adalah mengejar ayam-ayam. Maklum saja di sini dia tak pernah nampak ayam. Tapi dia paling takut adalah kambing. Sampai sudah, dia tak boleh dekat dengan kambing walaupun saya gosok-gosok kepala kambing, dia tetap takut.

Balik dari kampong, sekali lagi menempuh perjalanan yang lama. Namun saya berhenti di R&R untuk makan dan rehat. Mueez dibirkan bermain sendiri. Dia memang tidak akan jauh dari saya. Saya sempat tidur, dan dia hanya bermain dirumput sebelah kereta saja.

 Namun pada minggu lepas, seperti minggu sebelumnya saya akan membersihkan laman rumah. Dan yang paling seronok sekali tentulah Mueez kerana dapat berbain di luar. Dan seperti biasa juga, selepas seronok bermain di luar, dia akan dimandikan.
 
Saya pula akan keluar untuk membeli sedikit barangan dapur. Dibiarkan Mueez berjemur kat luar, saya meninggalkannya disitu. Setelah balik, kelibatnya sudah tidak kelihatan. Sampai petang. Sampai malam. Saya bagai orang gila keliling taman memanggil nama
"Mueez, Mueez, Mueez"
Balik ke rumah, berdiri di tingkap sepanjang masa. Sampai malam. Sampai pagi. Mueez tidak muncul lagi sehingga hari ini.
 
Tiada lagi pagi saya dikejut Mueez.
 
Ya Allah, adakah ini perasaan apabila saya merampasnya dari ibunya dahulu?
 

15 Februari 2016

Bila Umur 40

Kita selalu dengar orang kata "orang lelaki kalau umur 40 tak berubah, maknanya tak kan berubah(ke arah kebaikan) la tu". Ada benarnya. Ini kisah seorang isteri yang sentiasa diuji dengan ujian berupa nasib malang. Mau tidaknya, bila dapat bersuamikan lelaki yang termasuk dalam kategori  tersebut. Yang mana harapan untuk sang isteri supaya suaminya itu berubah kian pudar. Yang pasti adalah, harapan itu telah terkubur. Kerana selagi hayat dikandung badan, selagi itu juga suaminya itu berdegil tidak akan cuba untuk berubah dan menjalani hidup normal sepertimana lelaki-lelaki lain di luar sana.
Belum pun reda akan jerih yang terpaksa di lalui dulu ketika mana suaminya itu ditangkap dan didakwa dibawah akta 39 akta dadah merbahaya. Kerana mengedar dadah. Manakala si isteri pula diheret sama ke pihak pendakwaan kerana dituduh cuba merasuah anggota polis bagi melepaskan suaminya. Saat itu jelas terbayang susahnya hidup, penatnya jiwa untuk dia menghadapinya. Dalam kepayahan itu, siapa lagi melainkan darah daging yang jadi tempat simpati. Itu adalah lumrah. Dan lumrah juga bahawa seburuk dan sebusuk manapun darah daging akan dibantu. Tidak diberi secara mutlak, sekadar pinjam segala perbelanjaan serta wang jaminan dengan pihak polis dan badan pencegah rasuah. Kerana tidak sanggup melihat darah daging meringkuk dalam kurungan besi penuh penyiksaan fizikal dan rohani itu,selagi boleh diusahakan mengelak. Pada masa suaminya sudah pun meringkuk dalam penjara, dia pula terpaksa berhadapan dengan urusan perbicaraan. Namun masih beri harapan dari sang suami bahawa segala hutang piutang akan dilangsaikan selepas dia keluar dari penjara. Itu janjinya. Janji seorang pesalah. Janji seorang lelaki yang sudah mencecah usia 40 tahun.
Kini, Selepas kurang dari 2 tahun bebas dari hukuman mengedar dadah itu. Suaminya kembali lagi ke dalam pagar besi sebagai banduan. Kali ni kesalahan lebih ringan iaitu mencuri harta benda. Hutang yang dulu janjinya nak dibayar masih belum terbayar, kini dia sudah kembali ke sangkar kebodohan itu lagi. Tiada ungkapan untuk lelaki itu selain dari berpaling dan biarkan dia dengan pilihannya itu. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Jangan dimarah, jangan ditengking. Terimalah nasib bahawa kesudahan kehidupan begini. Dia lelaki sudah tidak boleh berubah, maka pihak isterilah buat pilihan dan lakukan perubahan. Rasanya ia lebih berbaloi.
~ Sekian

13 Februari 2016

"Minje"

Sementara ada peluang untuk menulis hari ni, aku nak perkenalkan satu aktiviti yang sudah dilupakan praktiknya dikalangan masyarakat. Mana tahu, andai ada yang search tentangnya suatu hari nanti, dapat juga memberi sedikit maklumat. "Minje" adalah berasal dari perkataan "pinjam". Namun "minje" lebih tepat lagi singkatan dari "meminjam"

Apakah aktiviti "minje" itu? Bagi generasi yang lahir tahun 80an dan ke bawah di kampong aku (Kampong Mentara Baru, Merapoh 27210 Kuala Lipis, Pahang) memang tidak asing lagi dengan perkataan dan aktiviti tersebut. Kerana sekitar 15-20 tahun dulu, aktiviti itu sangat selalu dilakukan oleh penduduk kampong.

"minje menebas kebun"
"minje bangunkan/dirikan rumah"
"minje gali telaga"
"minje usung/alihkan rumah"

Dan pelbagai "minje" lagi kami penduduk kampong lakukan. "Minje" merupakan aktiviti seumpama gotong royong yang dilakukan beramai-ramai oleh penduduk kampong. Mengapa "minje", jika ianya sama seperti gotong royong? Jawapanya adalah, "minje" biasanya kerahan tenaga/atau pinjaman tenaga penduduk kampong untuk melaksanakan kerja persendirian. Berbeza dengan gotong royong, biasanya untuk melaksanakan kerja yang berkaitan kepentingan masyarakat. Contohnya bersihkan kubur, tebas jalan, cuci surau dan sebagainya.

Tuan rumah yang meminta "minje" akan menyediakan makanan sebagai upah bagi melaksanakan kerja-kerja yang dihajati. Dengan ini, dapat mengurangkan sedikit beban kewangan tuan rumah. Namun sebenarnya pada masa itu, ekonomi penduduk kampong berada di tahap miskin dan amat susah jika dibanding sekarang.

Bagi yang mempunyai kepakaran khas seperti menukang terutamanya, akan diupah lebih sedikit berbanding penduduk kampong lain yang hadir menolong. Mungkin dengan sedikit wang atau barangan seperti beras, gula dan sebagainya.

Aktiviti "minje" juga biasanya tidak mencuri terlalu banyak masa penduduk kampong. Kebiasanya hanya sehari atau setengah hari saja.

Peribahasa ;bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Bersatu teguh,bercerai roboh. Semuanya masih valid dan dipraktikan secara tanpa sedar. Mungkin kerana wang/duit pada masa itu tidak berapa berkuasa. Sebab kalau sekarang, ungkapan "takde duit, semua tak jalan" lagi popular disanubari.