Bismillahirrahmanirrhim.
Bersyukur pada Allah yang menciptakan sekalian alam ini. Yang memberi rahmat
dan kasih sayang pada kita semua. Namun sebagai manusia kita juga diuji. Itu
sudah semestinya. Cuma kita saja yang menerima ujian itu dari persepsi bagaimana.
Dan dengan persepsi itu juga penentu siapa kita. Andai kita istiqomah dengan
ujian tersebut,kita akan diganjari. Andai pula kita berpura pura istiqomah,maka
sama saja dengan kita menolak itu sebagai ujianNya. Inilah yang akan merugikan
kita dari dua alam yang berbeza. Rugi di dunia sebab kesusahan tersebut.
Manakala rugi akhirat sebab tidak kenal Allah sewaktu sedang diuji.
Saya bukan
niat untuk memperkatakan diri ini terlalu tabah,jauh sama sekali ingin berlagak
ujud akan istiqomah diri bila berhadapan dengan situasi bilamana berbentuk
ujian. Yang mana sekarang sedang berhadapan dengan situasi agak meruntun
perasaan. Menyedihkan hati yang terlalu mencurahkan kasih sayang. Berhadapan
dengan sebuah kehilangan. Bila terlalu menyayangi,dan tiba tiba yang disayang
itu menghilang. Terasa sungguh terentap jiwa. Patah hati. Fikiran melayang
layang mengenangkan kenangan. Ruangan mata terbayang memori suka duka tika
masih bersama. Kepedihan sukar digambar melalui prosa kata.
Namun hakikat bahawa semua hanya pinjaman harus ditelan dan dihadam
sebaiknya supaya jangan sampai terbabas aqidah angkara kasih sayang antara
makhluk semata. Mesti percaya, semuanya yang ada (nikmat) atas dunia ni
hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa. Semuanya dari Allah. Dia yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang dan memberi kita pinjam hidup dan segala nikmat ini. Dan
sangat pasti,segalanya akan kita pulangkan padaNya. Itu pasti.
Oleh kerana penulisan ini hanya bersifat
peribadi, ada sedikit luahaan yang terpendem selama ini rasanya ingin dicoret. Terdetik
dihati saya akan dosa kerana merampas kasih sayang ibu terhadap anak, dan juga
kasih sayang anak dari ibunya apabila saya telah mengambil anak kucing yang baru
lebih kurang 2 minggu dilahirkan. Pada masa ambil tu takde rasa bersalah. Namun
setelah beberapa minggu jaga, terdetik rasa bersalah apabila melihat kesihatan
anak kucing (Mueez) tersebut semakin merosot. Dan lebih parah lagi apabila dia
koma. Doktor juga mengatakan itu adalah kesan daripada kekurangan daya tahan
badanya melawan penyakit akibat dari terputus susu ibu terlalu awal.
Saya mula rasa bersalah, kerana keterujaan saya untuk membela kucing di
rumah sendiri membuatkan saya memisahkan Muez dan ibunya terlalu awal. Namun disebalik
rasa bersalah itu, saya terlah bertekad dalam hati, Mueez saya aka jaga seperti
manusia. Saya akan jaganya seperti anak saya sendiri. Perbelanjaan, susah
senang semuanya saya buat dan beri keutamaan. Bila dia tak sihat, saya akan
bercuti dari kerja untuk menghantarnya ke klinik dan akan jaganya sepanjang
masa.
Walaupun belum mampu menebus kesalahan saya terhadapnya kerana
memisahkan dia dengan ibunya, saya tetap berusaha sekurang-kurangnya saya tidak
akan mengsia-siakan hidup dia bersama saya. Dia antara makhluk Allah dari jenis
kucing yang dapat keistimewaan melebihi kebanyakkan kucing-kucing lain rasanya.
Kalau mahu keluar rumah, dia akan dibawa bersama dalam kereta. Berjalan-jalan
menaiki kereta tidak asing baginya, malah sangat teruja apabila dapat melihat
permandangan di luar. Paling bosan pun, dia hanya tidur. Itu juga sangat selesa
baginya kerana bagai dibuai oleh pergerakan kereta.
Begitu juga waktu malam, Mueez akan masuk tidur bersama kami dan akan
tidur sepanjang malam di bantal saya. Itu tersangat janggal bagi saya dan
mungkin juga bagi dia andai bantal itu kami tidak kongsi pada satu malam. Dan
di setiap malam juga, dalam pukul 3 hingga 4 pagi dia akan mengejutkan saya
secara mengigit hidup. Komunikasi itu hanya saya dan Mueez yang faham, itu
bermaksud dia mintak susu. Saya akan bangun dan buatkanya susu, dan susukannya
menggunakan botol susu untuk kitten.
Apabila setiap malam bangun begitu, saya mula terfikir sesuatu. Mengapa
tidak saya menggunakan kesempatan itu untuk mengadap Allah seketika? Dengan kesedaran
itu, saya sudah melantik Mueez sebagai jam loceng tahajjud saya. Saya mula
sedar kehadiran Mueez adalah satu rahmat dari Allah. Walaupun pada awalnya saya
merasakan satu penganiayaan terhadapnya kerana merampas dia dari ibunya.
Selepas menyusukan dia, dan apabila saya kerjakan solat biasanya dia
akan meleset di kaki dan seterusnya naik ke riba bila ada peluang untuk
meyambung tidur. Selepas solat, saya akan dukungnya ke katil dan kami akan
sambung tidur sehingga waktu subuh.
Dalam cerita ini bunyi seperti saya ni bujang pula. Sebenarnya isteri
saya ada, tidur di sebelah. Dia selalu juga cemburukan saya sebab Mueez terlalu
rapat dengan saya. Sehinggakan susu pun Mueez tak pernah minta dengan isteri
saya. Dan komunikasi gigit hidung untuk mengejutkan tidur tu juga Mueez tak
pernah lakukan pada isteri saya.
Disambung balik cerita tentang Mueez, kencing dan beraknya memang akan
ke tandas ke 2 kami. Kerana tanda cangkung itu dia senang untuk melepaskan
hajat. Dan akan mengiau selepas selesai supaya saya datang flush. Dia beditu
kagum melihat najisnya dihanyutkan air ke dalam tandas.
Di waktu makan pula, Mueez lebih selera jika saya menggosok kepalanya sambal
dia sedang makan. Jika dia hanya makan bersendirian, sekejap saja dia
berhenti la. Itu la Mueez. Anak yang
rasanya sudahpun memahami Bahasa manusia. Sebab setiap suruhan, larangan
semuanya dalam bahasa manusia. Sehinggakan, ketika dia cuba menggaru kerusi,
saya hanya jerit
“Mueez, jangan!”
Terus dia pandang dan berhenti dari cubaan menggaru.
Pada cuti tahun baru cina hari tu, saya balik kampong sebab ada majlis
kenduri aqiqah untuk anak sedara. Mueez juga ikut balik bersama. Menempuh perjalanan
yang jauh selama 10 jam. Dia tidak sedikit pun meragam. Hanya tidur, makan,
main-main dalam kereta. Sesak dalam jem, dia berdiri di deskboard. Jadi hiburan
juga untuk pengguna jalan yang lain melihatnya begitu.
Sampai dikampung, tau saja dia bawa diri. Di mana bilik yang saya
masuk, maka dia rasa itu juga bilik dia. Ke mana saja dia keluar, pasti masuk
ke bilik tu untuk tidur. Aktiviti dia di kampong adalah mengejar ayam-ayam. Maklum
saja di sini dia tak pernah nampak ayam. Tapi dia paling takut adalah kambing. Sampai
sudah, dia tak boleh dekat dengan kambing walaupun saya gosok-gosok kepala
kambing, dia tetap takut.
Balik dari kampong, sekali lagi menempuh perjalanan yang lama. Namun saya
berhenti di R&R untuk makan dan rehat. Mueez dibirkan bermain sendiri. Dia memang
tidak akan jauh dari saya. Saya sempat tidur, dan dia hanya bermain dirumput
sebelah kereta saja.
1 ulasan:
Tumpang sedih.... kerana ku laluinya berkali-kali kehilangan mereka...
Catat Ulasan