14 Februari 2011

9 Februari 2011

Bina la matlamat dulu

Matlamat perlu besar,baru usaha lagi gigih untuk mencapai matlamat tersebut.Tak betul ke saudara sekalian?Cuba bayangkan kalau anda hanya nak memandu kereta kancil saja.Tu pun secondhand punya beli.Jadi tak perlu la fikir nak nak cari duit banyak-banyak.Cukup la setakat seribu sebulan.Tapi cuba anda bayangkan nak pakai BMW.Sudah semestinya anda akan berusaha untuk berpendapatan RM5k sebulan.Kalau tidak,memang tak akan tercapai la matlamat tu kan..

Begitu juga dengan apa saja yang anda lakukan adik-adik.Belajar terutamanya.Kalau anda besarkan matlamat belajar anda tu,nak jadi yang paling cemerlang,nak dapat markah paling tinggi.Maka usaha perlulah ke arah itu.Tapi kalau matlamat hanya nak lulus.Atas pagar pulak tu.Adoi usaha pun atas pagar aje la kan.

Jadi jom lah bina matlamat yang besar dalam hidup.Baru best...

8 Februari 2011

Andai Kubermimpi ~ Mastura Abdullah


Idayu mencari dirinya yang hilang bersama dengan kesamaran jalan yang dilaluinya. Ketika jatuh, dia terlihat sejalur cahaya yang diyakini dapat membantunya meneruskan perjalanan hidup. Sedikit demi sedikit dia cuba bangun dari kepayahan dan apabila berjaya menemui dirinya kembali, jalur cahaya itu menghilang dengan tiba-tiba. Begitulah yang terjadi dalam hidup Idayu.

Setelah kehilangan sahabat sejatinya, Nora Hashima, Idayu bagai mencari dirinya sendiri. Tuah menyebelahi dirinya apabila dia bertemu dengan Danish Ifwat. Hanya lelaki itu yang mempercayainya dan berbekalkan sedikit kepercayaan, dia mengaharungi segala cabaran. Berbahagiakah mereka di akhir cerita atau derita itu sentiasa mengejarnya hingga ke titik penamat?



7 Februari 2011

Cina Punya Raya

Macam biasa la kalau ada peluang menulis,lagi-lagi bila balik dari bercuti di kampong,lagi-lagi jugak la bila cuti tu adalah cuti umum.Semua orang cuti.Jalan jem.Maka ada saja la kritikal sosial yang cuba aku sampaikan.Dan jadi sekali lagi la entri aku ni akan jadi membosankan.Maklum la,aku bukan akan bercerita tentang lawak,atau jenaka yang menghiburkan.Tapi aku akan bercakap tentang idea.Kritikan.Pemerhatian terhadap masyarakat kita ketika memandu.Orang malaysia.Bukan orang melayu sahaja.Tapi semua;Cina,India,Mahmeri,Jah Hud,beruk (kalau ada yang boleh memandu la.Eh tapi beliau bukan orang).Semua sama.

 Menggunakan lorong kecemasan sudah menjadi satu perkara yang sudah tidak asing lagi bagi mereka.Guna la,aku sebenarnya tak berapa kesah sangat pun.Yang menjadikan aku sedikit kesah,bukan sedikit sebenarnya.Banyak!Bilamana lorong kecemasan yang dilalui mereka tu ada halangan kat depan,maka mereka mula menyusur menghimpit ke tengah.Dan lagi aku kesah bila tak pasal-pasal kereta aku pulak jadi berada di tengah-tengah jalan.Dan lagi-lagi aku kesah bila motor dari belakang datang dan hon yang seolah-olah aku yang bersalah menghalang laluan mereka untuk mencelah.Jadi kepada pengguna lorong kecemasan,"anda memang menyusahkan orang!Sekian terima kasih".

Lagi satu yang aku bersimpati adalah tentang kesedaran penunggang motorsikal.Kenapa mereka begitu berani?Meluncur laju di celah-celah kereta,memotong di selekoh-selekoh yang terlindung dan menjanjikan apa saja di hadapan.Walaupun aku rasa mereka belum pernah lagi membaca di akhbar mahupun menonton dalam television berita tentang kereta terputus dua akibat dilanggar motosikal.Atau mereka memang sudah memilih risiko dan bergantung pada nasib 'ada kenderaan(mati), tiada kenderaan (hidup)' semasa memotong.Tapi apa-apa pun, ajal maut,jodoh pertemuan semua ketentuan tuhan kan bro?Jadi teruskan la buat apa yang anda suka.

Apa-apa pun,malam tadi jalan memang jem teruk.Naik kebas kaki aku.Muka keras.Minum air pun lupa buka penutup.Adoi tension betul...


2 Februari 2011

Bukan Boleh Percaya

"baik kau cakap apa sebenarnya yang berlaku,kalau tidak aku akan bagitahu semua orang".

Mungkin anda tidak pernah jumpa seorang kawan atau pun kenalan yang mengeluarkan kata-kata seperti itu.Sebab anda akan jumpa lebih dari seorang.Sebab ramai orang yang tak malu macam tu atas dunia ni.Tak betul?Kalau saya silap bagus la.Sebab anda sedang berkawan dengan orang yang betul la tu.

Tetapi sekiranya anda berhadapan dengan kawan yang semacam itu kak,dik.Jangan cepat melatah.Jangan cepat menggelabah.Ya,jangan risau.Rahsia anda masih belum tersebar lagi walaupun anda belum cerita pada kawan yang baik hati itu kak.Sebab dia masih lagi tidak tahu semua perkara lagi untuk dijaja,dicerita,dihebohkan kepada semua orang.Jangan tertarik dengan tawaran yang mengatakan sekiranya diceritakan pada dia,rahsia kita selamat.Jangan takut dengan ugutan yang mengatakan kalau tidak diceritakan pada dia maka rahsia kita akan tersebar.Dik.Kak.Bang.Kalau kita ada rahsia,buat apa kita nak kongsi dengan orang lain.Biarlah dia dengan rahsia dia,kita dengan rahsia kita.Bak kata Dato' Siti, Biarlah Rahsia.Betul la tu.Buat apa dia nak ceritakan semua rahsia percintaan dia dengan Datuk K tu.Silap-silap orang lain yang untung.Tulis buku.Buat duit.

Macam mana saudara?Setuju tak dengan kata-kata saya tu.Kalau tak setuju,setuju-setujukan je la.Buat apa kita nak berkongsi masalah dengan orang entah-entah lagi ada masalah.Masalah tak boleh simpan rahsia.Betul tak?Tak betul?Kalau macam tu buatlah apa yang akak rasa betul.

Saya ni perasan pakar motivasi je sebenarnya kn.Setuju?Hah,kan terus setuju tu.Bagus la ada jugak yang anda setuju dengan saya.

Jom baca satu lawak.Sakit perut jugak la saya baca tadi.Anda bagaimana?Renung-renungkan.selamat beramal...







1 Februari 2011

untitle

Sudah pukul 5 ptg.

Bila jam menunjukkan pukul 5.00ptg.Maka kami rakyat Malaysia berikrar...(buat lawak je ye).Sebenarnya kami pekerja-pekerja yang berwawasan 2020 ini akan meningkatkan lagi semangat sebanyak sekali ganda berbanding pada jam 9.00pg tadi.Tapi itu dulu.Sebelum 1 Februari 2011.Kerana waktu berkerja kami adalah 9-5ptg setiap hari.Tapi kini kami sudah mula berkerja 9-6ptg.Bermula hari ini.Dan akan berkerja 5 hari seminggu.Hari Sabtu bukan lagi hari berkerja.Tapi kena datang pejabat juga.Tapi bukan untuk berkerja.Tapi kena datang kolej juga.Tapi....Adoi aku sendiri pun dah pening macam mana nak tulis.Sebab bila aku fikir hari Sabtu bukan lagi hari berkerja,tapi aku kena juga datang ke tempat kerja ni,aku terus macam tak berapa nak faham.Macam orang yang sedang baca entri aku ni la.Tak faham apa yang aku cuba sampaikan.Betul tak?

Tapi yang pastinya,masa yang ditambah 1 jam selepas pukul 5 setiap hari adalah untuk menggantikan masa kerja hari Sabtu.Kan hari Sabtu sudah bukan hari berkerja lagi.Jadi kami perlu kerja 9 jam sehari seperti mana kompeni-kompeni swasta lain yang berada di Malaysia ni.Kat negara lain aku tak tahu la.Aku tak pernah pula kerja kat luar negara.Tapi pedulikan la kompeni orang lain semua tu.Yang pasti kami kena datang ofis juga.Okey la,tak nak bunyi entri ni tak adil sangat untuk kompeni,sebenarnya kami kena datang ke ofis 2 kali Sabtu je dalam sebulan.Sabtu selebihnya kami tak perlu datang ofis yang tak berkerja.

Jadi oleh kerana sejam selepas pukul 5ptg ni adalah ganti waktu kerja pada hari Sabtu,maka kami rakyat Malaysia..(adoi buat lawak lagi..).Maka kami,aku akan membuat aktiviti-aktiviti yang hampir sama seperti hari Sabtu sebelum ni la.Kalau aku la; merancang untuk mengambil gambar artwork pelajar untuk dimasukkan dalam fail,tanda kuiz,tanda tugasan,projek.Tapi macam biasa la,sekadar merancang je la.Sebab apa yang aku buat adalah layan facebook,menulis entri baru (macam yang aku tengah buat sekarang ni)..hehe

Selamat menghabiskan masa sejam anda dengan perkara yang berfaedah wahai kawan-kawan sekerjaku semua.Contohnya baca blog aku ni.Ingat ya,walau sepatah perkataan yang kita baca,itu adalah ilmu.Mungkin kita sudah tahu lebih dari orang lain yang tak baca blog aku ni.Betul.Aku tak pernah tipu orang..babai