2 Februari 2011

Bukan Boleh Percaya

"baik kau cakap apa sebenarnya yang berlaku,kalau tidak aku akan bagitahu semua orang".

Mungkin anda tidak pernah jumpa seorang kawan atau pun kenalan yang mengeluarkan kata-kata seperti itu.Sebab anda akan jumpa lebih dari seorang.Sebab ramai orang yang tak malu macam tu atas dunia ni.Tak betul?Kalau saya silap bagus la.Sebab anda sedang berkawan dengan orang yang betul la tu.

Tetapi sekiranya anda berhadapan dengan kawan yang semacam itu kak,dik.Jangan cepat melatah.Jangan cepat menggelabah.Ya,jangan risau.Rahsia anda masih belum tersebar lagi walaupun anda belum cerita pada kawan yang baik hati itu kak.Sebab dia masih lagi tidak tahu semua perkara lagi untuk dijaja,dicerita,dihebohkan kepada semua orang.Jangan tertarik dengan tawaran yang mengatakan sekiranya diceritakan pada dia,rahsia kita selamat.Jangan takut dengan ugutan yang mengatakan kalau tidak diceritakan pada dia maka rahsia kita akan tersebar.Dik.Kak.Bang.Kalau kita ada rahsia,buat apa kita nak kongsi dengan orang lain.Biarlah dia dengan rahsia dia,kita dengan rahsia kita.Bak kata Dato' Siti, Biarlah Rahsia.Betul la tu.Buat apa dia nak ceritakan semua rahsia percintaan dia dengan Datuk K tu.Silap-silap orang lain yang untung.Tulis buku.Buat duit.

Macam mana saudara?Setuju tak dengan kata-kata saya tu.Kalau tak setuju,setuju-setujukan je la.Buat apa kita nak berkongsi masalah dengan orang entah-entah lagi ada masalah.Masalah tak boleh simpan rahsia.Betul tak?Tak betul?Kalau macam tu buatlah apa yang akak rasa betul.

Saya ni perasan pakar motivasi je sebenarnya kn.Setuju?Hah,kan terus setuju tu.Bagus la ada jugak yang anda setuju dengan saya.

Jom baca satu lawak.Sakit perut jugak la saya baca tadi.Anda bagaimana?Renung-renungkan.selamat beramal...







Tiada ulasan: