7 Februari 2011

Cina Punya Raya

Macam biasa la kalau ada peluang menulis,lagi-lagi bila balik dari bercuti di kampong,lagi-lagi jugak la bila cuti tu adalah cuti umum.Semua orang cuti.Jalan jem.Maka ada saja la kritikal sosial yang cuba aku sampaikan.Dan jadi sekali lagi la entri aku ni akan jadi membosankan.Maklum la,aku bukan akan bercerita tentang lawak,atau jenaka yang menghiburkan.Tapi aku akan bercakap tentang idea.Kritikan.Pemerhatian terhadap masyarakat kita ketika memandu.Orang malaysia.Bukan orang melayu sahaja.Tapi semua;Cina,India,Mahmeri,Jah Hud,beruk (kalau ada yang boleh memandu la.Eh tapi beliau bukan orang).Semua sama.

 Menggunakan lorong kecemasan sudah menjadi satu perkara yang sudah tidak asing lagi bagi mereka.Guna la,aku sebenarnya tak berapa kesah sangat pun.Yang menjadikan aku sedikit kesah,bukan sedikit sebenarnya.Banyak!Bilamana lorong kecemasan yang dilalui mereka tu ada halangan kat depan,maka mereka mula menyusur menghimpit ke tengah.Dan lagi aku kesah bila tak pasal-pasal kereta aku pulak jadi berada di tengah-tengah jalan.Dan lagi-lagi aku kesah bila motor dari belakang datang dan hon yang seolah-olah aku yang bersalah menghalang laluan mereka untuk mencelah.Jadi kepada pengguna lorong kecemasan,"anda memang menyusahkan orang!Sekian terima kasih".

Lagi satu yang aku bersimpati adalah tentang kesedaran penunggang motorsikal.Kenapa mereka begitu berani?Meluncur laju di celah-celah kereta,memotong di selekoh-selekoh yang terlindung dan menjanjikan apa saja di hadapan.Walaupun aku rasa mereka belum pernah lagi membaca di akhbar mahupun menonton dalam television berita tentang kereta terputus dua akibat dilanggar motosikal.Atau mereka memang sudah memilih risiko dan bergantung pada nasib 'ada kenderaan(mati), tiada kenderaan (hidup)' semasa memotong.Tapi apa-apa pun, ajal maut,jodoh pertemuan semua ketentuan tuhan kan bro?Jadi teruskan la buat apa yang anda suka.

Apa-apa pun,malam tadi jalan memang jem teruk.Naik kebas kaki aku.Muka keras.Minum air pun lupa buka penutup.Adoi tension betul...


Tiada ulasan: