30 Mac 2012

Terima Kasih

Hari ni agak kritis untuk otak saya berfungsi dan merembes info yang masuk sehingga terpaksa memasukkan sebuah lagi entri.Kalau kebiasaannya hanya satu entri sahaja.Tapi oelh kerana tiada had diberikan oleh google untuk mengupdate blog dan tidak juga jadi dosa yang tidak terampun bak kata Siraj tadi.Ya tadi ada parti hari jadi di kolej PTPL untuk staff yang lahir bulan January,February dan Mac.Dan sebagai salah seorang orang yang diraikan saya mengucap terima kasihlah.Seikhlas tujuan majlis tersebut diadakan.

Dan saya juga mengucapkan terima kasih pada insan yang menghargai bakat saya selain melukis, iaitu menulis.Kerana insan tersebut telah meluangkan sedikit masa yang berharganya itu untuk membaca penulisan saya serta memperkenalkan kepada teman-taman lain.Sehinggakan tangga-tangga,pasu-pasu bunga dan cicak-cicak pun turut berpandangan bila saya melintas di hadapan mereka.Dan mengatakan "oh inilah orangnya yang suka berfikir dan menulis tu?"

Sebagai penjelasan kepada pembaca-pembaca baru yang baik hati dan bijak-bijak semua,anda sedang membaca blog yang menggunakan dua kategori penulisan.Iaitu tentang idea dan satu lagi tentang emosi.Dan untuk kategori idea,penulisan adalah berbentuk essay.Dan untuk penulisan berbentuk emosi atau luahan,penulisan saya pula berbentu puisi atau sajak.

Jadi jangan salah faham,saya bukan meluahkan perasaan tidak puas hati dalam blog saya ni.Saya hanya bercakap tentang idea.Tentang pendapat.Tentang pemikiran.Sekian terima kasih.

29 Mac 2012

sihir II

Badan yang ramping mula betukar jadi wanita gemuk kesan dari pengambilan ubat penenang (tidur) bagi mengelakkan dia terus berjaga dan mungkin melakukan aktiviti abnormalnya.Berhalusinasi,menjerit,bercakap sendirian dan sebagainya.

Harapan untuk sembuh dari penyakitnya setelah dibawa berubat oleh keluarga angkat merangkap keluarga mertuanya tidaklah ternyata hanya tinggal harapan.Kerana terpaksa juga bergantung pada ubat penenang dan telah bertukar pula ke masalah kemurungan.

Dan bila dia menghadapi masalah kemurungan,keluarga suaminya itu telah menghantar pulang ke rumah ibubapanya di kampung.Sebenarnya itu merangkap "pulangkan" atau "buang" dari hidup mereka kerana selepas dia dihantar kepada ibubapa mereka,langsung tiada dipedulikan lagi oleh suami dan mertuanya.

Setelah bertahu-tahun berurusan turun naik mahkamah syariah untuk memjelaskan status perkahwinan yang ditinggalkan begitu saja atau yang disifatkan "gantung tak bertali" itu.Sekali lagi ibubapanya terpaksa mersusah payah dalam menguruskannya.Tapi itu tidak menimbulkan keluhan,kerana ibubapa tidak akan berkira dengan anak-anaknya.Walau sesusah mana sekalipun.

Urusan mahkamah sudah selesai,penyakit yang dialami juga sudah semakin reda.Boleh disifatkan "reda" kerana dia sudah mula boleh berkerja.Dan orang sekeliling juga memahami akan situasi jiwanya.Jadi mereka juga sama-sama memainkan peranan dalam memulihkan jiwanya yang dulu "sakit".Dia berkerja di sebuah restoran tempat persinggahan bas ekspress.

Di situ juga dia bertemu jodoh untuk sekali lagi dan kekal sehingga sekarang.Walau hanya hidup sederhana dengan suami barunya,dia tampak bahagia.

Persoalannya adalah apa punca terjadinya semua itu pada dia.Rosnita.Adakah angkara sihir atau sebaliknya.Sebab kalau secara logiknya,tiada benda yang berlaku tanpa sebab.Tanpa ada dalangnya.Dan sekiranya angkara sihir itu semua berlaku.Semestinya dilakukan oleh seorang manusia.Manusia tersebut semestinya manusia yang paling kejam,kerana dia telah merampas hidup seorang manusia lain dengan perbuatan jahatnya.

Semoga Rosnita terus hidup bahagia bersama suami,anak-anak tiri dan juga anak angkat yang baru diambilnya.

28 Mac 2012

sihir I

Usia baru mencecah 14 tahun, dan sememangnya sedang melayari zaman remaja yang sekali dalam seumur hidup bagi setiap orang. Namun seorang gadis ini terpaksa terima yang hidupnya sudah dirampas dan seterusnya merubah seluruh geografi hidupnya selepas itu. Dan melalui ungkapan positif yang tidak dapat membaiki apa-apa "ini takhdirnya" dan juga merupakan perkataan redha yang mungkin langsung tidak ikhlas jauh di sudut hati.

Sebagai kakak sulung yang penyayang, dia tidak pernah lupa untuk membawa jajan kepada adik-adiknya setiap kali pulang dari asrama pada hujung minggu.Biasanya setiap dua minggu.Menghabiskan cuti hujung minggu bersama adik-adik,mengajar bahasa arab,ilmu hisab dan sebagainya.

Pada suatu hari,dia di bawa pulang ke rumah dalam keadaan yang bukan lagi seperti selalu.Menjerit-jerit,meronta-ronta dan sampai tahap perlu diikat.Adik-adik hanya mampu memandang dan tidak faham apa sebenarnya sedang berlaku.Berhari-hari,berminggu-minggu,berbulan-bulan dan bertahun-tahun.Terkadang dia ketawa,terkadang dia menangis,dia berlari dan ada masa dia diam membatu mengikut kitaran musimnya sendiri tanpa ada siapa tahu jadualnya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkannya.Bermacam cara perubatan telah dilakukan.Segenap pelusuk negeri dibawa selagi terdaya dan termampu dilakukan oleh bapanya namun semuanya sia-sia semata.Dia tetap telah kehilangan kehidupan remajanya.Yang sepatutnya berada di sekolah, mengejar cita-cita.Dan mungkin bercinta.Tapi dia kini terpaksa melalui dugaan yang sangat hebat.Menjadi seorang pesakit jiwa atau dengan bahasa lebih melukakan,"gila".

5 tahun berlalu,keadaannya masih lagi tiada siapa dapat meramal.Sebab dia tetap akan ketawa jika mahu.Menangis.Berlari.Membisu.Sehingga dikunjungi oleh sepasang suami isteri yang meminta kebenaran dari bapanya untuk dijaga dan cuba dibawa berubat.Bapanya merelakan dan dengan harapan anak gadisnya itu dapat dipulihkan seperti sediakala.

Dia dikahwinkan dengan anak kepada pasangan yang menjaganya itu supaya mereka boleh hidup dalam satu keluarga.Dia  bernama Rosnita...Bersambung

23 Mac 2012



tunas yang bercambah akhirnya patah
pokok yang diharapkan buah sudah rebah
kesekiankalinya harapan musnah
namun langkah tetap akan melangkah

siapa tahu akan resah
siapa tahu diri payah
sakit bukan kepalang
perit tetap ditelan
sebab bukan empunya kuasa menentukan

p/s: Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.Ini adalah berkaitan saya dengan kehidupan,saya dengan tuhan.

22 Mac 2012

Tempat selamat

Sebuah lokasi rahsia untuk bersembunyi dengan selamat.

Dan sememangnya tempat bersembunyi itu menyimpan 1001 rahsia tersembunyi sepanjang hayat. Antaranya di sebalik pokok bunga tersebut.(nak tulis nama pokok bunga tu tak pasti ejaannya). 25 tahun dahulu...

Belakang pokok bunga tersebut terdapat sebuah tandas (Tapi kedudukan rumah bukan di situ la.Tak kan pula tandas depan rumah).Tandas yang dibina menggunakan papan dan zink saja sebagai dinding.Pada suatu hari, sedang saya menggunakan tandas tersebut.Saya dikunjungi oleh tetamu tan tidak diundang.

Seekor ular tedung selar sebesar lengan orang dewasa tiba-tiba masuk melalui bawah pintu tandas dan berdiri tegak di hadapan saya sambil mengeluarkan bunyi pssssstttt. Hampir 5 minit keadaan tersebut berlaku dan akhirnya ular tersebut berlalu.

Kesannya,sehingga sekarang saya fobia dengan ular.Sampai sekarang saya masih gerun untuk berlegar di sekitar pokok bunga tersebut.

21 Mac 2012

 Antara gambar kenangan penulis.