20 April 2012

lama aku cari

Bila dengar lagu ni,sayu hati saya.Kenapa?Sebenarnya teringatkan bulan puasa tahun lepas.Sebab lagu ni digunakan sebagai lagu latar untuk iklan program Singgah Sahur di TV3.Program yang hanya bersiaran di bulan Ramadhan.

Setiap kali bila terkenangkan bulan puasa,hati jadi sayu.Saya pun tak tahu apa sebabnya.Tapi mungkin itu adalah salah satu keistimewaan bulan Ramadhan.Kalau bulan-bulan lain,takde pun rasa sayu bila dikenang.Malah sebenarnya tak ingat pun.

Kalau bagi orang yang beriman,mungkin mereka berasa sedih sebab bulan tersebut menjanjikan pahala yang berlipat ganda.Dan mereka berasa sangat sedih untuk berpisah dengan bulan Ramadhan.Tapi bagi saya yang mungkin imannya agak nipis ni,saya begitu sayu andai saya tidak lagi berpeluang untuk berada di bulan Ramadhan.

Dan bagi mereka yang telah pergi menemui tuhan di pertengahan jarak antara Ramadhan lepas dengan Ramadhan ini,semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.

19 April 2012

beza: kita dan mereka


Hari Isnin hari tu saya ada bertanyakan tentang salah seorang rakan sekerja(miss Manju) yang tidak kelihatan di opis pada hari tersebut.Dan jawapan yang saya terima adalah,"dia balik kampung, Bapa saudara dia meninggal".Saya hanya menerima jawapan itu dengan secebis rasa simpati dan berkata dalam hati,"sejak akhir-akhir ini macam selalu sangat dengar berita tentang kematian. Ayah student, saudara mara staff. Malah bukan lagi perkara yang mengejutkan bila didengar.Perasaan itu bila ianya tiada kaitan dengan kita.

Sebab masih di hari yang sama, ketika saya sedang bersiap untuk tidur.Dalam pukul 12 malam.Saya mendapat panggilan telefon dari jiran di kampung menyampaikan berita bahawa Paksu saya baru saja terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian,ai bukan lagi diterima seperti berita-berita kematian sebelum ini.Ia membuatkan saya mengigil,fikiran melayang-layang,sukar untuk saya membuat tindakan susulan.Terbayangkan sebatang tubuh yang sihat walafiat,gagah perkasa,bersemangat bila berbual,kini terbujur kaku dalam bangkai sebuah kereta yang menjadi nadi perjalanan seisi keluarga.

Selan beberapa minit,saya ambil keputusan untuk terus balik kampung bersama-sama dengan adik yang tinggal di Subang,dan abang yang berada di Sentul.Setelah selesai menjemput mereka berdua di rumah masing-masing,kami bertolak balik kampung lebih kurang pukul 2 pagi.Masa tidur untuk malam itu diganti dengan memandu sepanjang malam disamping fikiran melayang-layang dan terlebihnya simpati terhadap ayah kami yang tidak sihat di kampung.Bagaimana keadaannya apabila dikejutkan dengan berita sebegini ketika sedang lena tidur di tilam usangnya.Hancur dan amat memilukan.Adik bongsu yang sangat akrab kini pergi buat semalanya menemui Allah Pemilik seluruh alam.

Pukul 5.pagi kami tiba diperkarangan rumah.Ternyata apa yang dirisaukan kami tadi tiada sedikitpun menyimpang.Ayah mula beremosi apabila melihat kami tiga beradik muncul di hadapan.Kami tahu itu ketetapan,tapi juga tahu ianya amat menyedihkan.Bertenang selagi mampu bertenang.Menangislah jika ianya akan melegakan.Sebab yang pergi tidak lagi akan kembali.Walau untuk sehari.

Selapas solat subuh di masjid,menyampaikan berita kematian,berurusan dengan imam,menguruskan penyediaan kubur dan segalanya.Saya pergi ke hospital untuk berada di sana dan melakukan apa yang patut.Bacaan yasin sudah semestinya.Melihat jenazah arwah tiada celanya.Air muka tenang seperti tidur sahaja.Dan ketenangan itu jelas mengambarkan tiada apa perlu difikirkan lagi  setelah dijemput oleh Allah dan sepatutnya diterima dengan tenang oleh yang masih hidup.

Arwah selesai dimandikan,disembahyangkan dan seterusnya disemadikan dalam pukul 11 pagi.Sedekahkanlah Al-fatihah kepada arwah Samsudin Bin Seman.Sekian terima kasih

Ayah(kiri) masih lagi merderai air mata ketika imam membaca talkin kepada arwah.


16 April 2012

jangan baca

"Kalau ko pakai tie sebesar papan pun,panjang dua depa,siap cop PTPL atau MSU,kalau tak guna akal,aku nampak ko macam lembu juga."Bisik saya dalam hati dikala diajukan soalan kenapa tidak memakai tie.Sebab kalau perkataan itu diungkapkan di mulut, silap-silap sekarang ni pun sedang bertumbuk lagi.Atau pun dah ke balai polis.Atau kedua-duanya sekali.Macam baca akta pula.

Dan kerana kewarasan akal serta rasional,bibit bertelagah itu terputus begitu sahaja walau ditekan dengan beberapa lagi soalan susulan berkaitan dengan pemakaian tie tersebut.Akhirnya persoalan lain pula ditimbulkan untuk dijadikan bahan bakar kepada api persengketaan.

"Aku dengar ko kena bagi surat tunjuk sebab.Bila aku boleh dapat?Soalan susulan terpacur keluar.
"Aku takkan bagi,lagipun tempoh masa adalah dalam 3 hari saja selepas diminta berbuat demikian.Dan selepas 3 hari tindakan tatatertib akan dikenakan.Sekarang ni dah sebulan pun.Jadi kalau aku bagi sekarang,aku tetap kena tindakan tatatertib juga".Jawapan saya hanya secara spontan dan mengikut logik fikiran saya pada masa itu.Dan ternyata itu adalah bukan jawapan yang diinginkan oleh orang yang bertanya.

Setiap pertanyaan selepas itu juga hanya mendapat jawapan yang sinis kerana pada saya,tiada apa lagi jawapan yang sesuai untuk diberikan.Sebab penilaian yang bersifat subjektif akan terus berpanjangan.Walau saya tulis surat tunjuk sebab setebal quran sekalipun.Selagi penilaian lebih bersifat emosi,tiada apa yang telus.Jadi untuk apa saya tulis surat tunjuk sebab kalau kesan dari kesalahan tersebut terus akan dikenang dan dibawa ke meja penilaian sepanjang hayat.Bagai penagih yang telah insaf,lambat laun disebut orang juga.

memori rumah sewa time study




Sammy Simorangkir ~ Sedang Apa Dan Dimana




14 April 2012

hari yang bosan

Aktiviti yang dapat saya lakukan sepanjang hari ini agaknya ini saja la.Dengar lagu di youtube,main gitar,jawab soduku dan update blog.

Kenapa baru hari ini saya tulis macam ni,semestinya boleh ditafsirkan oleh pemikir-pemikir di luar sana yang berminat dengan hidup saya.Perasan public figure betul saya ni.

Sebenarnya saya boleh saja untuk tidak jadi seorang yang perasan macam tu.Tapi dengan syarat,jangan la asyik bincang pasal hal saya pula.Masa makan,masa kerja(lipat surat),masa hubungan intim dengan suami pun bayang saya apa hal.Perasan public figure la saya kalau macam tu.

Dan kalau menegur saya pun jangan la nampak diri tu baru lepas mengumpat saya.Macam tanya "hai pakai jam sekarang,sebelum ni tak pernah pun pakai jam".Untuk pengetahuan puan-puan,saya ada beli 3 jam.Kalau saya ada 3 jam,dan orang tak pernah nampak saya pakai jam tu maknanya apa?orang tu tak pernah pandang pun saya sebelum ni kecuali selepas dia melalui sesi mengumpat baru dia pandang saya untuk perhatikan semua yang ada pada saya.Bukan public figure ke macam tu?

Maka untuk menambahkan lagi hormon memikirkan tentang kehidupan saya ini;dari segi apa yang berlaku,apa yang saya fikirkan.Dan seterusnya membuat hipotesis yang akhirnya di putuskan sebagai kesimpulan untuk dibincangkan.

Jadi terimalah lagu ini.






12 April 2012

salam semua pembaca


Hari ni agak mengecewakan bagi saya.Sebab takde pun isu-isu yang best untuk diperkatakan dalam entri saya.Sebenarnya boleh je kalau saya nak mengucapkan selamat menunaikan umrah pada kat Yati,dan selamat bersara pada Mr David,tapi mereka baca ke blog saya?Rasanya tidak.Lain la kalau saya cerita tentang keburukan mereka(kalau ada),mesti ramai insan yang mulia akan mencadangkan mereka untuk baca blog saya ni.

Namun begitu,mengikut statistik yang dikeluarkan oleh blogspot, udi jogho dll telah dilawati sebanyak 35 kali oleh pembaca pada hari ini.Mungkin lawatan tersebut secara tidak sengaja,dan mungkin sengaja.Gambar di atas.

Dan kalau lah perkara kebaikan yang saya tulis,dan kebaikan juga yang pembaca faham,secara automatik 35 pahala telah saya dapat.Tapi kalau keburukan yang saya tulis,mungkin berlipat kali ganda dosa yang saya dapat.Al maklum la,keburukan lagi rancak tersebar berbanding kebaikan.Keburukan juga lagi senang faham dan dikenang berbanding dengan kebaikan.Bukan begitu pembaca sekalian?

Ha ada satu perkara yang tak best,esok ada program ke sekolah.Atas sebab apa kereta aku kena jadi jentera pengangkut barang.Kereta tu aku bayar sendiri.Dah la aku ni bukan kaki claim.(ni saya bercakap dalam hati aje)Anda rasa saya berkira ye.Kalau macam tu apa kata kumpul duit RM10 setiap orang,bulan ni bayar duit kereta saya.Kita tengok siapa yang berkira.Orang berakal semua berkira la bang.Yang tak berkira tu unta.

Sekian terima kasih.