10 Disember 2010

menyesal baca

malam tetap malam walau dipasang dengan sejuta lampu.
hari ini akan tetap berlalu tanpa mempedulikan kita suka atau sebaliknya

30 minit selepas aku menulis ungkap di atas, baru aku dapat meneruskan penulisan aku ini. Pergelutan idea yang ingin keluar dari kotak pemikiran aku menjadikan proses penulisan ini terbantut. Namun akhirnya aku memilih topik asal yang aku nak tulis hari ni. Menyesal.

Aku pun tidak berapa pasti sangat kenapa aku harus tulis tentang "menyesal" ni. Dan aku juga tidak pasti adakah aku akan menyesal atau sebaliknya tentang penulisan ini di suatu hari nanti. Tapi seboleh mungkin aku akan cuba untuk mengelak supaya aku tidak akan menyesal.

suatu langkah yang penuh seni
ditemani setia bayang dan matahari
kami bertiga adalah sahabat sejati
yang menyusuri perjalanan abadi

 tidak pernah bertelagah tentang siapa yang patut berjalan di depan
kerana kami bertiga adalah kawan yang saling memerlukan

Sajak di atas tu sebenarnya memang tiada kaitan pun dengan tajuk menyesal yang aku cuba perkatakan pada entri hari ni. Sebab apa yang aku cuba sampaikan adalah, janganlah kita lakukan perkara yang menyebabkan kita akan menyesal.Tak faham? Maka anda masih tak cukup bijak.haha

Untuk tidak menyesal suatu hari nanti, marilah kita jaga diri.Jaga tindakan.Jaga kata-kata.Jaga...Yang penting, berjaga-jaga.

23 November 2010

Mari Kita Cuba Dulu

Kadang-kadang kita berharapkan sebuah kejayaan dalam apa saja.Yang kita lakukan.Tapi kalau kita tidak berani untuk memulakan langkah yang pertama,maka kejayaan yang dimaksudkan itu tidak akan tercapai bila-bila pun saudara.Setuju tak?

Jadi berani-beranikanlah mencuba.Biarlah sumbang macam mana pun,sekurang-kurangnya anda telah mencuba untuk menjadi penyanyi.Kalau nak jadi penyanyi la.Kalau nak jadi pelukis,cuba la melukis.Tengok apa hasilnya.Begitu juga kalau nak jadi penulis blog,cuba menulis dulu.Tengok berapa ramai pembaca,berapa banyak komen.

22 November 2010

Biar lambat,jangan tak sampai langsung.

Dalam perjalanan balik raya haji(aidiladha) hari tu,terfikirlah saya akan sesuatu tentang masyarakat Malaysia ni.Nak tau apa yang saya fikirkan saudara dan saudari?Ye bagus sebab nak tau.Kalau tak nak tau pun saudara akan tau juga sebab anda teruskan membaca kan.Betul tak?Bukan apa pun.Ni untuk kita.Untuk motivasi kita.Kata kan bermotivasi.

Masyarakat kita di Malaysia ni saya rasa ramai yang sombong la.Tapi bukan saudara saudari yang sedang membaca ni la.Anda semua tak sombong.Baik.Bertimbang rasa.Berhemah di jalan raya.Bukan macam masyarakat kita yang kat luar sana tu.Yang kat atas jalan raya.Yang nak balik beraya.Yang macam hantu raya.

Tidakkah nampak sombong dan angkuhnya bila jalan jem,dengan selamber je dia memotong seolah-olah hanya dia saje yang mampu buat macam tu.Memotong.Orang lain yang beratur panjang tu semua hanya mampu tengok saja kehebatan pemanduan dia.Sombong kan?Tapi bila dia nak masuk tiba-tiba kat depan kereta orang lain tu yang mengundang bahaya tu.Buat orang brek tiba-tiba.Mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

Jadi jangan la membahayakan diri sendiri dan juga membahayakan nyawa orang lain.Apa salahnya beratur sikit.Potong pun duk depan tu je juga.Kata kita bermotivasi kan.Betul tak bang?
Puisi Rumah Sakit II

cebisan kertas yang ku cari tak tersua lagi
yang ada cuma kertas tandas pelbagai fungsi
selain untuk mengelap hingus
kutemui satu lagi medium baru buat menulis puisi.

                                         H.K.L, 5 NOV 2010

16 November 2010

Jom Jadi Bagus...

Bangun je tidur terus bertekad nak jadi orang bagus.Luar biasa bagus.Lagi bagus dari orang yang luar biasa bagus.Kan ke bagus macam tu.

Tapi kalau ada orang yang bagun tidur je terus fikir nak jadi orang yang tak bagus tu mesti ada masalah la gamaknya.Ada la wayer yang putus tu.Ke ada kenalan saudara yang macam tu?Em dah boleh la kalau nak lupakan dia tu.Sebab macam tak bagus je terus berkawan dengan dia.Tadi kan kata nak jadi bagus.

Bagusnya kita bukan setelah dipuji oleh majikan sebab kita kerja rajin, bukan setelah dipuji oleh kawan kita sebab selalu belanja dia makan.Sebab, Nabi kita Muhammad s.a.w pernah melarang seorang sahabat yang memuji kawannya dengan berkata "sesungguhnya kamu sedang membunuh kawanmu itu".Sebab pujian tu akan membuatkan seseorang akan jadi riak,takbur.

Jadi jom kita buat sesuatu yang bagus untuk diri kita sendiri je dulu.Untuk keluarga.Untuk agama.Untuk Allah.Baru untuk orang lain.

apa macam, ok tak?Jom gelak tanda setuju..


15 November 2010

Luahkanlah, dengarkanlah, bacalah...

Aku rasa aku pernah tulis tentang ni, jadilah seorang pendengar. Ye aku pasti, aku pernah menulisnya.Tapi kali ni aku nak juga menulis tentangnya. Kerana seorang pendengar memang sangat perlu wujud atas muka bumi ini. Nak tau kenapa? Ya kalau nak tau, sebab semua orang ada masalah. Masalah besar.Masalah kecil.Masalah sederhana besar.Masalah sederhana kecil.Tapi yang pastinya itu semua adalah masalah.Dan salah satu pendekatan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan dan seterusnya mungkin dapat menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan cara mencerita, meluahkan, memberitahukan masalah tersebut pada seseorang. Di sini lah perlunya seorang yang boleh di percayai,seorang yang rapat, seorang sahabat, seorang kekasih, seseorang yang boleh jadi pendengar.

Ok aku berterus terang la cerita sebenar. Baru sekejap tadi aku masuk kereta nak keluar beli topup. Seperti biasa bila enjin dihidupkan, serentak dengan itu aku akan mendengar radio.Dan seperti biasa juga, radio Hot.fm la yang akan aku dengar.Dan seperti biasa...Cukup la kot "seperti biasa" aku tu.hehe. Ceritanya begini...

Ada seorang pemanggil sedang ke udara menceritakan kebengangan tentang suatu perkara yang agak serius aku fikir.Tentang masalah seorang kawan.

Ceritanya tentang kawan yang membuat panggilan telefon  malam tadi.Namun panggilan tu tidak dijawab olehnya dan hanya sekadar menjadi misscall saja.Diceritakan di sini, kawannya itu juga merupakan kawan pemanggil tersebut dan mereka baru saja berjumpa 2 hari lepas. Tapi yang membuatkan pemanggil itu membual panggilan ke radio, dan seterusnya membuatkan aku menulis di sini malam ni adalah, pada lebih kurang pukul 5 pagi tadi kawannya itu telah gantung diri di rumahnya. Dan pada masa ini, kawannya itu sudah tidak bernyawa lagi.

Kalau kita tidak mampu menyelesaikan masalah, jadi pendengar pun memadai aku rasa.Dan bila dah dengar cerita tu,jangan la pulak kita ceritakan pada orang lain. Sebab kepercayaan tidak akan dapat digenggam kembali setelah ianya terlepas.

13 November 2010

Taman Etnobotani-Gua Musang


Lukisan hanyalah sebuah lukisan bagi sesetengah orang.Digantung di dinding-dinding sebagai hiasan memenuhi ruang.

Tapi bagi sesetengah orang yang lain pula,lukisan adalah sebuah kehidupan.Lukisan adalah sebuah penghayatan.Lukisan adalah lafaz kesyukuran.Lukisan adalah anugerah.Dan lukisan juga adalah berbagai-bagai "adalah" lagi.




Friday, May 8 2009 (entri dari blog gua yang lupa password)

mari berjemaah."mengumpat"


hari ni memang boring la aku kat rumah.dah 2 hari tak dapat menoreh.hujan.jadi untuk menghilangkan boring aku ni,datang la gua musang ni.cari cc.boleh la boleh la mengeluarkan sedikit sebanyak apa yang ada dalam kepala aku ni.kebanyakkannya yang xpuas hati je la.yang puas hati takde la aku simpan lame2 sehingga ada masa datang menulis ni.

sebut pasal menoreh ni,ada la minggu lepas semasa aku baru balik dari menoreh.duduk la lepak2 bawah pokok ciku depan rumah aku.melepaskan lelah.sambil kepala aku melayang.bila aku nak dapat kerja yang macam graduan2 lain dapat tu(selain menganggur).aku terdengar la suara2 ahli bergossip kat sebelah rumah aku.jarak lebih kurang 20meter dari tempat aku lepak tadi.aku ingat lagi bait2 katanya itu.

Kak Yah:dengar khabar rumah sewa Mat Aba(adik aku) kena serbu dengan polis malam 2 3 hari lepas.semua kena angkut ke balai.katanya ada orang report kes mengedar dadah.tapi setelah di soal siasat,ternyata takde kes.mungkin orang fitnah je kot.

Mak De:ye ke?kan Mat Aba tu baru je pergi sana.

Kak Yah:tu la pasal.mungkin ada la orang benci kot.tak pun,budak2 tu kan pakai motorsikal je.mungkin jiran2 bising dengan motor diaorang tu,wat report macam2.

Mak De:mungkin jugak.tak pun,mungkin orang dengki dengan Mat Aba tu.maklum la dia kan baru je dapat kerja kat conan tu.dah dapat jadi supervisor dah.tak pun dia berlagak dengan orang yang dah kerja lama kat situ.mungkin orang benci dan wat la report ngedar tu.

tu la sedikit sebanyak ayat2 mereka yang aku dapat ingat.bukan main banyak lagi hipotesis mereka.bersepah perkataan 'mungkin'.bertapa teruknya maklumat yang diterima oleh seseorang itu di olahnya.bayangkan kalau mereka menyampaikan kepada pihak ke 3 dan ke 4.mungkin(aku sendiri pun guna jugak) perkataan 'mungkin' mereka tadi telah hilang.

sifat manusia ni lagi satu,suka mengata hal orang lain.yela kan,aku sendiri pergi hantar Mat Aba tu ke rumah Deli(anak Mak De).dia tumpang sewa kat situ.tapi yang di perkatakan adalah 'rumah Mat Aba'.bukan rumah Deli yang telah menyewa di situ selama 2 tahun.Mat Aba yang duduk tak sampai 20 hari tu jugak yang di perkatakan.

lagi satu,setau aku Mat Aba hanya sebagai technician(aku belasah je eja ni) je.bukan supervisor pun.mana diorang tau semua tu.pelik.

kepada kawan2 aku.jangan la mengumpat ye.berdosa nanti.tuhan marah.aku pun marah.

tapi boleh dikatakan mengambil berat juga mereka kepada Mat Aba ye.berbanding dengan Deli yang langsung tidak disebut dalam perbincangan mereka

10 November 2010

Nasib Baik Ada Handphone

Masa zaman belajar terutamanya zaman buat degree kat Shah Alam, Aktiviti major yang kami aku lakukan adalah melepak di kedai mamak.Restoran Hakim seksyen 7 lama. Maka masa tu banyaklah idea-idea,teori,umpatan dan sebagainya terluah oleh kami. Salah satunya adalah tentang Handphone.

Sepertimana yang diketahui, kegunaannya adalah untuk membuat dan menerima panggilan, menghantar dan terima pesanan ringkas(SMS),Chatting,berbual secara senyap,ambil gambar dan juga sebagai bekas air ke sekolah(aku pernah ada masa sekolah rendah dulu).

Namun kadang-kadang atau mungkin selalu juga orang gunakan tu Handphone untuk mendapat kekuatan, memulihkan semangat,meng'cover' malu,segan dan pelbagai 'meng' lagi.

Contohnya apabila seseorang itu sampai ke suatu destinasi yang mana sudah ramai orang yang tidak dikenali ada di situ.Ditambah pula ada orang di situ memandang ke arahnya.Secara spontan dia keluarkan Handphone dan buat-buat tengok jam.Padahal tak berniat pun nak tahu sekarang pukul berapa.hahaha.Tapi bukan semua la orang buat macam tu.Tapi tak tahu la kalau duduk semeja dengan orang yang tidak dikenali.Mungkin betul la tengok jam atau pun check kredit.Mana la tau nanti orang tu nak pinjam 1 SMS ker.
.....................................................
Suatu hari, aku menaiki KTM Komuter dari Putra ke Shah Alam.Dengan sedikit bergaya memakai kaca mata hitam, aku duduk di suatu sudut.Orang agak ramai,tapi aku berjaya menyambar seat tersebut.Aku duduk berhadapan dengan ruangan iklan yang disediakan.Untuk mengisi masa perjalanan aku tersebut,maka aku baca la iklan-iklan yang ada kat depan aku tu.Dan aku terbaca satu cerita humor bertajuk 'Suatu Pagi'

Pada suatu pagi di sebuah pejabat, seorang bos telah memberi surat memberhentikan seorang pekerjanya.Namun pekerjanya itu mempersoalkan tentang tindakan bosnya itu
Bos : Ini adalah notis pemberhentian awak 24 jam
Pekerja : Tapi kenapa saya diberhentikan bos? Saya tak buat apa-apa pun.
Bos : Sebab itu la awak diberhentikan kerja

Aku rasa tak ada lah lawak sangat cerita tu,tapi aku senyum dan tergelak sorang-sorang dalam komuter tu sehingga orang dah pandang pelik.Maka terpaksalah aku keluarkan handphone dan buat-buat sedang chatting dengan seseorang.

4 November 2010

04 NOV 2010

"saya speechless ni......."
2010
akrilik atas kenves
~sebuah karya yang tersembunyi di belakang(bonet) sebuah kereta Produa Myvi.~

ulasan karya 
sdfgsdjgsd vkjgdvirjvbVFKVBMN JFNLSCMmm cxafc 42646476e2ed;sldc,vman xc mv m cnvkxvaacmzzzssdckvvnvbkbmcmkcfanc  cxvzfxc, kcvxdcfkcmckxm ...sffgssd.

~Sebenarnya setiap karya seni adalah terlalu subjektif untuk dinilai mahupun diulas. Sebab setiap orang mempunyai pengalaman visual yang tersendiri. Pengalaman yang mungkin tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pengalaman yang hanya berada dalam sanubari masing-masing. Selama-lamanya.~



29 Oktober 2010

Hujan Malam

Kalau hujan lebat bermula dari awal pagi dan sehingga membawa ke dinihari adalah sesuatu yang mengamit kenangan bagi budak kampung seperti aku. Seperti mana yang berlaku pada malam tadi. Bukan saja tidurnya terlalu nikmat, tetapi aktiviti bila hari siang juga tidak kurang menariknya. Yang pastinya bagi penoreh getah, mereka akan mendapat cuti tanpa tanpa gaji tanpa mengisi borang, dan tanda tangan sesiapa.

Bangun saja tidur, selalunya belum sempat untuk bersarapan lagi sudah muncul wajah-wajah dikenali yang biasanya tidak lena tidurnya malam tadi. Wajah yang tidak sabar menanti hari siang. Wajah yang kadang-kadang aku terpaksa kecewakan. Terpaksa juga ikutkan. Wajah yang pada masa ini aku terbayang. Tapi semuanya hanya kenangan. Macam cerita aku semalam.

Aktiviti kami selepas hujan biasanya adalah mencari makan. Mencari makanan. Yang lebih tepat lagi adalah mencari ikan. Memancing. Kerana air bukit yang  turun dari hutan Gunung Tahan dan Gunung Rabung selepas hujan akan menaikkan paras air sungai Relau yang merentasi Hutan Simpan Negeri Pahang yang bersebelahan dengan kampung kami. Pada masa itu ikan Baung, ikan Tosan, ikan Jelebek dan banyak lagi akan berenang galak, gembira, riang, leka dalam sungai Relau. Dan pada masa itu jugalah kami akan menawarkan cacing-cacing segar yang dicangkul di tepi car rumah sebelum masuk ke hutan tadi sebagai umpan pancing.

Setelah sehari suntuk berada dalam hutan, biasanya hasil yang diperolehi tidaklah sebanyak mana pun. Namun kepuasan masuk hutan, kepenatan berjalan, itu membuatkan kami seronok. Bersedekah darah pada pacat-pacat dan nyamuk-nyamuk. Balik makan nasi dengan lauk ikan masin pun siap tambah dua tiga kali. Maklumlah seharian di hutan. Biasanya bukan makan  dari hasil memancing pun.

Itu semua sudah berlalu. Walaupun baru 10 tahun berlalu. Ia tetap berlalu dan terus berlalu. Kini apa yang tinggal hanyalah aku dan kenangan itu. Kenangan yang menjadikan aku siapa aku.

28 Oktober 2010

28.10.2010

Hari ni bertarikh 28 Oktober 2010, hari Isnin. Kalau orang di negeri Kelantan cakap hari Sena. Kawan aku di US pula cakap Monday. Leonardo Dicaprio.

Tapi walau panjang mana pun aku merapu pasal hari ni tu, tiada apa yang dapat diubah. Tak dapat mengubah apa-apa. Macam sama je maksud dua ayat tu. Mungkin tarikh tersebut pernah tercipta kenangan manis, kenangan pahit, kenangan masam, kenangan..ah cukup la kot. Siapa tahu.

Kenangan adalah milik yang sangat peribadi bagi setiap orang. Kerana kenangan, pengalaman, memori setiap orang/kita adalah berbeza. Walaupun saat itu dilalui bersama. Contohnya kita menaiki sebuah bot di laut,  tiba-tiba bot itu terbalik. Mungkin pengalaman tu seronok bagi kita, tapi bukan bagi salah seorang dari kita. Sebab mungkin dia jadi fobia dan takut. Adoi macam serius la pulak penulisan aku kali ni.

Sebenarnya apa yang cuba aku tuliskan hari ni adalah tentang kenangan. Apakah begitu perlu kita hidup dalam kenangan? Walaupun kenangan itu terlalu indah, dia tetap akan melukakan kita. Apatah lagi kalau ia sebaliknya. Maka parahlah selamanya.

..............

Disebabkan hari ni adalah 28 Oktber 2010, hari Isnin dan kalau..(dah tau kan apa seterusnya...). Maka dua entri yang aku akan tuliskan.

Entri yang keseterusnya ini pula adalah berkisarkan tentang aku dan berkawan. Aku dan orang yang berkawan rapat. Aku akan jadi tidak berguna lagi  kepada seseorang yang sudah diwartakan sebagai kawan rapat aku. Kerana pada masa itu aku sudah tidak lagi berani menegur, tidak lagi berani bertanya, memberi cadangan dan yang pasti aku tidak lagi berani untuk buat kawan aku malu, segan, marah pada aku.

Cis terlalu serius, jadi takde idea la pulak nak tulis. Tapi yang pasti, maksud penulisan aku adalah melebihi apa yang saudara/saudari baca di atas itu.(ada ke orang baca?..)

15 Oktober 2010

INI DIA..

cis..walaupun sudah agak lama aku bertafakul depan PC ni,tetap juga takde idea untuk aku tulis.Tapi aku tetap juga nak meneruskan niat asal aku berada di depan PC ni.Iaitu aku nak menulis sesuatu.Sebab aku rasa sampai setakat ni saja aku mampu buat kerja untuk hari ni.Otak aku sudah tepu.Tindakan rifleks aku pun dah Slow.Nak reply mesej pun dah salah-salah taip saat ni.Jadi aku cuba mengalihkan perhatian aku,perhatian otak aku ke arah yang lebih bebas.Berfikir sambil bermonolog.

Aku pejam mata.Cuba bayangkan apa saja yang mungkin boleh membuat aku sedikit tenteram.Aku cuba cari sesuatu untuk aku jadikan idea penulisan kali ni.Namun apa yang aku dapat adalah,'INI'.Iaitu coretan yang sedang aku tulis sekarang ni.Itu lah idea.Sesuatu yang bebas.Apa sahaja.Tidak berfomat.Sepertimana format assessment portfolio yang aku bertungkus lumus buat sejak beberapa hari ni.

 

13 Oktober 2010

lagi perihal Facebook

Masa ada lagi kurang lebih 20 minit untuk aku berkarya.Walaupun kehadiran aku ke ofic awal hari ni buka untuk mengambil kesempatan update blog sebelum ianya di block oleh pihak yang konon bijak.Kalau block laman sesawang,blog macam masalah boleh selesai.

argh...Masa aku tulis pendahuluan kat atas tu,sebenarnya lain isi yang nak aku perkatakan di sini.Tapi terpengaruh dengan orang bersembang di belakang aku sekarang,terus idea asal aku berubah.Berubah pada persoalan kenapa orang sekarang terlalu taksub sangat untuk menggunakan Facebook dalam segala hal.Seperti yang tertera di akhbar hari ni.Upload gambar mangsa kemalangan ngeri kat Facebook.Kurang bijak betul apa yang dilakukan itu.

11 Oktober 2010

Kemunculan Semula Gua..

assalamualaikum,salam sejahtera,semoga hensem selalu(sebenarnya aku tahu semua tu hanya untuk aku aje.Maklum la,bukan ada orang baca pun blog aku ni.Kot)

setelah agak lama tidak aku meng'update' laman blog aku ni, otak pun dah agak tepu dalam merangsang pemikiran-pemikiran kritis.Yang ada hanya idea-idea yang mendatar saja.Idea yang lebih bersifat emosi,bersifat sentimental.Idea yang dikira tidak terlalu sinis sekiranya ada sesiapa terbacanya nanti.

contohnya sekarang ni aku tengak dengar lagu Siti Nurhaliza,dan fikiran aku melayang membuat klip video untuk lagu tersebut.Alangkah tidak perlunya aku perkatakan semua itu di sini.
Satu lagi contoh, kalau aku tulis bertapa aku tensionnya nak siapkan assesment portfolio yang aku buat dari masuk kerja pagi tadi ni.Lagi lah tidak perlunya aku nak ceritakan dalam blog.Terlalu mengikut emosi.

Tapi tu pendapat aku,sebab sekarang ni sudah jadi satu trend baru bagi manusia alam siber untuk memperkatakan apa saja yang terlintas di kepala mereka dan di post kan di ruangan sesawang seperti Facebook.Sehinggakan  jatuh wuduk sebab terkentut pun nak di postkan.contohnya la.

Apa-apa pun selamat pengantin baru la untuk kawan aku(Eja & Ejam) yang melangsungkan perkahwinan semalam 10.10.10.Cantik.Tapi apa ada pada nombor tu.Berusaha la untuk mewarnai rumahtangga anda dengan warna keindahan.

nanti kalau ada masa aku tulis lagi.(ni pun untuk aku aje,sebab hanya aku je yang baca blog ni.Kot)

12 Jun 2010

Ikan Bakar...

Menulis ni aku boleh sifatkan seperti makan ikan bakar cecah air asam yang sedap(cukup masin,cukup masam,cukup pedas)di sebuah kedai.Jadi sekiranya ada peluang,sebolehnya ingin pergi dan makan lagi ikan bakar di kedai tersebut.

Suka untuk aku gambarkan situasi pada masa ni;mata aku dah pun mengantuk sebab jam pun dah menunjukkan 1.40 pagi.Dengan keadaan udara yang agak sejuk kerana di luar sana hujan sedang turun dengan lebatnya.Tapi aku,tetap tidak memilih untuk tidur lagi walaupun aku tahu sebenarnya tidur berselimut dikala waktu hujan begini adalah suatu aktiviti penuh nikmat bagi seorang yang belum berumahtangga seperti aku ni.

Ini berlaku adalah kerana menulis dan peluang.Bukan selalu aku dapat peluang bersama laptop dan broadband di rumah macam ni.Jadi bila ada peluang macam ni,aku tidak akan persiakan.Aku akan menulis.Walaupun hanya sekadar penulisan yang berbentuk begini.Penulisan yang tidak mengupas tentang isu dan idea.

Tapi aku rasa,sebenarnya peluang memang patut dihargai.Peluang bukan laptop dan broadband,bukan ikan bakar dan air asam saja.Peluang adalah sesuatu yang jadi milik kita dan rugilah kita kalau tidak menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.Contohnya hidup.Hidup adalah suatu peluang.Jadi janganlah sia-siakannya...

Perlawanan pembukaan World Cup antara Mexico dan Afrika Selatan tidak mengecewakan..

11 Jun 2010

mari mengumpat

agak sedikit kekok bila dah lama tak menulis(update blog).Dari segi memulakan ayat,susun ayat,dan juga menyampaikan idea.Namun begitu aku percaya,situasi sebegini bukan saja dihadapi oleh seorang yang kononya penulis blog macam aku saja,tapi dirasai oleh sesiapa dan apa saja yang dilakukan.Tak kira apa pun alasan yang diberikan.tak sempat,takde masa,takde idea dan sebagainya.Kesannya tetap sama,sekiranya sesuatu ilmu atau kemahiran yang kita ada tidak kita praktiskan selalu,ianya sedikit demi sedikit akan lenyap dari ingatan dan kawalan kita.Lupa.Termasuklah doa makan.

Dengan adanya peluang untuk aku menulis malam ni.maka seperti biasa la,aku akan cuba untuk berkongsi beberapa pendapat peribadi aku terhadap isu-isu semasa ataupun apasaja yang merangsang minda aku.Walaupun mungkin tidak berapa anda setujui.Dan sudah pasti ianya tidak sekelakar anda membaca majalah lawak.Kalau anda harapkan ni satu entri yang kelakar,maka anda silap.

Kalau ada yang tak tahu lagi,hari ni perbentangan Rancangan Malaysia Ke10(RMKe10) oleh PM kita, Dato Seri Najib.Dan aku pun tak tahu apa rancangannya tu.Sebab aku pun tengok tajuk utama je berita malam ni.

Namun bagi dua minggu terakhir ni,isu yang paling hangat diperkatakan media adalah mengenai misi ke Gaza dan insiden sukarelawan diserang oleh tentera Israel la aku rasa.Kalau betul la seperti yang diperkatakan bahawa pihak Israel telah merampas barangan bantuan yang dibawa oleh sukarelawan tersebut.Tu dah tak jadi membantu penduduk Palestin,tapi menolong Israel.Sebab selain makanan,peralatan perubatan dan pembinaan juga turut dibawa dalam misi tersebut.Boleh la mereka tambah penempatan Yahudi lagi.Keji....

Tapi kita jangan la rasa terlalu selesa sangat,mentang-mentang la bangsa yahudi tu telah dilabelkan sebagai bangsa yang jahat.Sebab kita pun boleh dilabelkan sebegitu kalau perangai kita macam mereka.(rasanya aku tak perlu untuk senaraikan apakah perangai-perangai jahat itu)Tepuk dada tanya selera.

Bangsa Yahudi tidak berputus asa,bangsa Yahudi bersatu hati..mengumpat kawan mungkin bukan sifat orang yang bersatu hati kot.Jadi ayuh mari kita mengumpat.

4 Mei 2010

Bukan Macam Aku

Aku harap anda semua bukan macam aku.Aku harap anda semua juga tak seperti aku.Dan aku juga berharap..(macam biasa la ayat aku.jadi jangan ambil port la ya).Namun bait-bait ayat yang dijadikan permulaan bagi setiap entri aku adalah sebenarnya idea yang cuba aku tuliskan.

Berbalik pada perenggan pertama di atas,mengapa aku menyatakan harapan(to express hope) supaya anda para pembaca tidak macam atau seperti aku.Dan apakah maksudnya tentang itu.

Sebenarnya perkara itu aku terfikir semasa aku sedang mandi kat rumah aku malam tadi;kepada yang tak tahu lagi,aku lebih cenderung untuk memikirkan sesuatu semasa berada dalam bilik air.aku pun tak tahu kenapa.Mungkin masa tu fresh kot.Ntah la.

Aku terfikir,tentang aku yang hidup seorang diri di sini,seandainya satu pagi aku bangun tidur dan tiba-tiba aku sudah tidak lagi dapat melihat.Dengan kata lain aku jadi buta.Apakah mampu untuk aku menguruskan hidup aku dalam situasi tu.Ya aku ada henset.Aku mungkin boleh capai henset dan call orang-orang penting.Call office.Call kawan-kawan.

Tapi yang menjadi persoalannya,mampukah aku membuat panggilan tersebut.?Ingatkah aku nombor office?nombor kawan-kawan.dapatkah aku dial dengan betul?Cukupkah kredit aku untuk membuat panggilan-panggilan itu.?Atau kredit aku hanya cukup untuk hantar pesanan ringkas saja.Ya aku boleh hantar SMS.Dan tapi sekali lagi,mampukah aku jumpa function untuk menaip masej dalam henset tersebut tanpa melihat?Ah rumit betul masalah ni.

Baik aku terus mandi dan tak payah fikirkan pasal tu.Rumit.Menakutkan.Anda semua pun tak perlu fikir.Mengarut saja ni.Kan?

Tapi lepas tu aku tetap edit nombor yang penting dalam henset dengan tanda 'A' saja.Sekurang-kurangnya aku dapat cari dengan cepat dan mudah sekiranya berlaku sebarang kecemasan(bukan situasi jadi buta secara mengejut saja).

Mesti anda sudah ada persediaan yang lebih baik dari aku kan.Bukan macam aku.

28 April 2010

kaine ide...

Untuk pengetahuan anda pembaca sekalian, tajuk yang aku tulis kat atas tu adalah dalam bahasa Jerman.Dan bukan tujuan aku untuk membuatkan anda semua mula mencari kamus Bahasa Jerman-Bahasa Melayu untuk mengetahui apa maknanya ayat tersebut dan seterusnya baru mempercayai bahawa aku memang tahu bahasa Jerman.

Sebenarnya,setelah agak lama tidak meluahkan idea-idea penulisan sepertimana yang aku lakukan sekarang ni,memang ada sedikit kesukaran untuk aku memulakan suatu entri.Akan tetapi,dengan hanya satu ayat "kaine ide" tu sekurang-kurangnya aku ada sesuatu untuk menulis.

Memang terlalu banyak sebenarnya isu yang aku tertarik untuk bincangkan dalam blog aku ni,tapi oleh kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan dan juga dengan masalah-masalah lain,jadi idea-idea dan isu-isu itu berlalu dan membasi begitu saja.

Antara isu yang aku paling berminat untuk perkatakan adalah mengenai pilihanraya kecil bagi kerusi perlimen Hulu Selangor minggu lepas.Kalau anda seorang yang peka tentang isu semasa,sudah semestinya anda mengetahui bahawa minggu lepas berlangsungnya pilihanraya kecil.Kenapa aku katakan demikian?Ya sebab ada orang yang tak tahu ada pilihanraya Hulu Selangor hari tu.Tidak mengapa.Itu bukan masalah besar yang boleh menjejaskan akidah pun.

Kembali pada minggu pilihanraya tersebut.Di dada-dada akhbar,hampir 70% cerita adalah mengenai Hulu Selangor.Huh.Dahsyat betul penangan pilihanraya.Begitu juga selepas pilihanraya.Juga sama.Tapi yang pasti ramai rakyat gembira.Bukan saja calon yang menang saja gembira.Banyaklah juga yang rakyat Hulu Selangor dapat.Penantian wang pampasan yang sudah 15 tahun,masjid yang diminta sejak tahun 1980 pun sudah dapat.Baguslah.Tapi pembangkang ambil alih negeri Selangor sejak tahun berapa ye?aku pun lupa.Yang pastinya bukan sejak dari tahun 1980 kan.

Kesimpulannya,Rakyat perlu berterima kasih kepada pembangkan kerana mereka mewujudkan diri...

Harap maaf.entri aku malam ni agak serius sedikit..

Selamat berfikir..

17 April 2010

suspects

Kita boleh menuduh sesiapa saja.Kita juga boleh tuduh sesiapa saja.eh lagi sekali.

Kita boleh fikir apa saja.Kita boleh mereka apa saja cerita.Kita boleh perkatakan apa saja.

Sebab kita berakal.

Sebab kita manusia yang berakal.

Gunakanlah akal kita sebaiknya.

5 April 2010

PERFORMANCE..

Hari ni aku nak bercerita kepada pembaca blog aku tentang sebuah kehidupan.Tapi sebelum tu aku nak anda bayangkan satu situasi  ni.Situasi yang mana telah digunapakai dalam kehidupan dan ada juga yang mengatakanya "lumrah".

Secara sedar mahupun tidak sedar,kita semua terpaksa menerima lumrah tersebut.Yang aku maksudkan di sini adalah lumrah sebuah perjalanan.Perjalanan hidup.Memang sudah jadi satu lumrah,benda yang terakhir yang akan dinilai.Diambil kira.Contohnya seperti cerita seorang lelaki ni.Beliau telah menjalani kehidupnya sebelum ini dengan mengerjakan amal soleh.Sentiasa berada di masjid tiap kali masuk waktu solat.Bersedekah,mengeluarkan zakat,hormat orang tua dan sebagainya.Dengan itu mengambarkan dia adalah seorang yang baik .Tapi malam tadi dia telah ditangkap khalwat bersama seorang janda muda beranak satu.Bayangkan apa tanggapan orang pada lelaki itu.Tentu sekali yang buruk-buruk belaka.Kebaikannya sebelum ini tak mampu pun beri markah untuk mengurangkan tanggapan buruk orang terhadap lelaki tersebut.Memang sudah lumrah.

Suatu penilaian yang begitu subjektif.Penilaian yang tidak boleh diselamatkan dengan  markah coursework yang dilakukan sebelum ni kalau dalam konteks pendidikan.

Itulah aku rasa  penilaian yang dilakukan untuk menentukan PERFORMANCE..

4 April 2010

INI DIA..


Untuk dapat yang betul-betul memuaskan hati,kita kena memilih.Jadi apasalahnya kalau terlalu memilih.

Pilihan yang secara terdesak mungkin akan menyebabkan kita akan menyesal di kemudian hari dengan pilihan tersebut.

Tapi kadang-kadang kita juga boleh memilih benda yang secara kebetulan.Kerana mungkin ianya sudah ditakdirkan untuk kita.

Pilihlah yang memilih kita...

3 April 2010

memang tak kelakar

Kalau anda salah seorang pendengar setia radio Era,terutamanya segmen pagi di Era(sawan cara dan drama sebabak).Hari ni tak ada benda yang kelakar dapat dinikmati di radio dan segmen tu.Kerana watak utama dalam segmen tu dah pergi meninggalkan kita buat selamanya.
Agak tersentuh juga la hati lelaki aku tadi,bila ramai pendengar setia Era membuat panggilan dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah(Din Beramboi) dan ada yang bercucuran air mata kerana tidak dapat menahan sebak.Walaupun panggilan tu daripada seorang lelaki.Tapi tu tak kelakar

Sebab tu adalah tangisan pengahargaan,tangisan kasih sayang,tangisan setiakawan.

Sebab arwah pernah buat mereka,aku ketawa sorang-sorang,dalam kereta,dalam trafik jem.
Huh..Aku kehilangan kata-kata..........

Aku yakin,Pak Nil pun kehilangan kata-kata.Aku tak dapat bayangkan keadaan Pak Nil tanpa arwah dalam konti.

Walau apa pun,yang pergi tetap pergi.Sama-samalah berdoa dan sedekahkan al-fatihah supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amin..

31 Mac 2010

ini satu RAHSIA

Sebagai meneruskan kesinambungan seorang pencerita,setiap apa yang dilalui,didengar,dilihat.Rasanya ingin saja ditulis dan diceritakan.Walaupun tak pasti penulisan tersebut ada pembaca atau tidak,difahami atau pun tidak.Tapi tu bukan suatu alasan yang konkrit untuk aku tidak lagi menulis.Berfikir..

Ini adalah cerita tentang rahsia.Ramai antara kita yang ada rahsia.Bukan ramai,tapi semua orang ada rahsia.Rahsia.benda yang tersembunyi(diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja)mengikut kamus dewan edisi tiga yang aku pinjam dari Ila..

Minggu lepas aku balik kampung sebab ada panggilan kecemasan,atuk sedara sakit.Koma.Orang tua..Tapi bukan itu rahsianya.~
Macam biasa la,bila jarang-jarang je balik kampung.Banyak la cerita-cerita yang terlepas.Dan sekiranya tidak diceritakan secara lisan kelak,maka aku atau kami yang berada diperantauan ni tidak tahu perkembangan di kampung.

Untuk kali ini,cerita yang aku dengar agak tragis juga la.Dan mungkin boleh diambil pengajaran.Cerita tentang sebuah kematian seorang kenalan aku masa di kampung.Kenapa aku katakan tragis?Sebabnya kematiannya adalah rentetan daripada suatu rahsia antara kawan-kawan yang dipercayai.Kerana rahsianya didedahkan oleh kawan tersebut,maka berlakulah pergaduhan.Dalam pergaduhanyang di luar kawalan tersebut dia telah menetak kawannya itu dengan sebilah parang dan menyebabkan kawannya itu koma..Tapi kawan dia tu bukan atok  sedara aku ye.jangan salah faham.~
Kerana ketakutan,dia melarikan diri dengan sebuah motosikal.Sepupu kepada kawan yang dia tetak tadi telah mengejar dan melanggarnya sehingga mati.Tamat.Ini bukan salah satu babak dalam drama TV.ini realiti.

Itu adalah sebuah cerita tentang rahsia.Rahsia akan tetap rahsia selagi kita tidak menceritakan pada orang lain.Rahsia tidak mampu dibeli dengan kepercayaan.

Selain diri kita,adalah orang lain.tak faham,sudah!...babai

terima kasih kpd Lin sebab bagi aku guna laptop dgn broadband sekali malam ni.

24 Mac 2010

PAPA yang bergaya

Belajarlah rajin-rajin wahai anak bangsaku.Jangan pedulikan apa orang nak kata.Dan jangan peduli juga apa yang aku nak kata ni.Memang sifat orang,suka mengata.Dan memang sifat aku juga suka mengata.Tapi aku tak peduli,sebab aku ni jenis yang tak peduli apa orang kata.

Okey.Sebagai intro,yang di atas tu sudah memadai kot.
Memang tiada siapa lagi yang akan menyangkal bahawa pelajaran amat penting untuk sesiapa saja.Kerana dengan belajar la,ilmu dapat diperolehi.Dan dengan ilmu la,segala-galanya akan jadi best.Dan dengan best la,kita akan bertambah best lagi.Huh.

Dengan belajar bersungguh-sungguh,dan ilmu penuh di dada,baru la kita dapat hidup dengan bergaya.Berlagak pun boleh disifatkan juga.Tapi tu adalah yang kebanyakkan berlaku.Tapi ada juga yang seperti padi.Makin berisi,makin menunduk.

Dalam situasi lain pula,dengan belajar bersungguh-sungguh terutamanya sehingga ke menara gading(istilah dulu,tapi sekarang dah tak berapa gading sangat dah) iaitu universiti.Pasangan pun senang dapat.Hehe.
Pernah terjadi pada aku,tapi ni merangkap hipotesis la.Aku pernah berkenalan dengan seorang wanita dalam satu perjalanan.Dalam bas,dia seorang penuntut di sebuah pusat pengajian tinggi.kami bertegur sapa,bercakap sepatah dua.Sebab tak nak dianggap sombong.Orang melayu kan peramah.Mungkin....
Perjalanan tu berjalan seperti biasa.Sehinggalah gadis tersebut bertanyakan secara tepatnya destinasi aku.Dan apakah tujuan aku ke sana.Bila aku cakap yang aku nak balik ke Universiti.Dan aku adalah seorang pelajar universiti,reaksi gadis tersebut pun dah mula berubah.Dah tanya nama,minta nombor phone.hehehe..
Anda bayangkan kalau aku cakap aku nak balik kilang dan aku kerja kilang kayu.Adakah gadis tersebut akan cuba memikat anda?Jadi belajar la betul-betul.

Begitu juga dengan kerja orang yang belajar.Kerja office.Ada aircond.Pakai smart,tie besar,kulit pun bersih,nama jawatan pun bukan calang-calang.Mesti,bakal mertua pun senang hati je nak terima sebagai menantu.
Cuba cakap kita duduk kampung,kerja toreh getah.Berat je hati bakal mertua nak terima.Zaman sekarang..
Walaupun harga getah mahal sekarang ni.
Walaupun gaji kerja office lagi murah dari penoreh.
Tapi penoreh getah tak cukup bergaya

Jadi kepada semua,jangan peduli cakap aku ni.Belajar rajin-rajin.Jangan berhenti belajar dan tanam getah pula.

"biar papa,asal bergaya"

15 Mac 2010

aku yg stress

hidup bukan melabuhkan sauh,tapi berlayar jauh.

Aku tak bercadang pun untuk berhujah panjang tentang  ayat di atas tu.Hari ni aku cuba untuk memberikan sedikit cadangan atau pun tip mengawal,mengurang,mengalih perhatian tentang perasaan marah,tension,stress,moody dan sebagainya.

Entri ini adalah hasil dari pengamatan dan research aku secara tidak formal.Aku dapati ramai orang sekarang menghadapi stress.Masalah kerja,masalah keluarga,masalah hubungan,masalah ekonomi,masalah jiwa,masalah kendiri dan juga tidak kurangnya dengan masalah yang tak tahu apa masalahnya.

Dan ramai yang tak tahu untuk menyelesaikan mahupun mengurangkan sedikit masalah tersebut.Ini yang akan membuatkan masalah ini bertambah rumit dan sukar untuk dihadapi lagi.Maka berlakulah tindakan-tindakan yang diluar kawalan.Tindakan yang mungkin akan memberi kesan yang buruk atau separa buruk.

Untuk makluman,semua orang ada masalah.Mereka,dia,kamu dan aku.Semua orang ada masalah.Memang mustahil kalau cakap tak pernah ada masalah atau pun stress.


Untuk menghadapi masalah..
Pada pendapat aku,kita sepatutnya jangan cuba lari dari masalah tersebut.Jangan cuba untuk tak nak fikir.Sebab kalu kita cuba untuk tak nak fikir masalah tu,maknanya kita sedang cuba fikir masalah tu la.Contohnya kita nak tidur.Tapi kalau kita asyik fikir yang kita nak tidur,kita tak akan dapat tidur la.~betul ke contoh ni.lantak la

Fikirkan perkara lawak yang pernah anda alami juga mungkin dapat mengurangkan sedikit stress.Sekurang-kurangnya dapat la anda tersenyum seketika.Contohnya pengalaman anda sedang berborank dengan kawan,tiba-tiba anda mengeluarkan bau yang dasyat(kentut) dan kawan anda bising-bising.Tapi anda pun turut bising sama kononnya bau tu bukan milik anda.

Untuk mengalih perhatian pula,anda mungkin boleh bercakap dengan kucing kat rumah anda atau pun kucing jiran.Bertanya khabar dengan kucing tu.Dah makan ke belum.Secara tidak langsung anda akan jadi orang gila sekejap.Orang gila takde masalah kan.hehehe

Paling tidak pun,anda akan terfikir kenapa la aku sarankan benda yang macam ni kat anda.

Dan kalau anda berada di aras yang agak tinggi sebuah bangunan dan kebetulan anda berada berhampiran dengan tingkap yang boleh dibuka.Ya.Anda tak perlu fikir panjang lagi.Pergilah.

Yang pastinya masalah atau pun stress kita tu bukan untuk kita kongsi dengan orang atau benda yang kita sayang.Jadi kalau kita ada masalah,cubalah untuk selesaikan.Jangan jadikan orang lain atau benda lain sebagai mangsa keadaan.

4 Mac 2010

cerpen seorang kawan

Di suatu pagi yang agak sejuk.Maklum la sekarang ni adalah musim kemarau.Maka suhu malam dan waktu paginya akan lebih sejuk.Bagi penduduk kampung, pasti dapat merasakan akan keadaan tersebut.Namun bagi penduduk kota,semuanya sama saja tidak kira musim kemarau mahupun musim hujan.Suhunya tetap sama.Panas.
Selepas sarapan pagi bersama dengan keluarga,aku dikejutkan dengan suara seseorang memanggil nama aku dari luar rumah."Di..oo Udi".Aku kenal pemilik suara tu.Jiran sebelah rumah aku.Tapi aku tidak terus menyahut pun panggilan tu.Aku menjengah di jendela terlebih dahulu sebelum menyahutnya."ya Kak Yah.Bakpo??".Aku menyahut panggilan Kak Yah tu disertakan terus dengan satu soalan."bakpo(kenapa)?".
..........
Malam tadi aku sampai di rumah agak lewat.Lebih kurang pukul 7.30.Biasanya waktu tu aku sudah siap mandi dan bersedia untuk sembahyang maghrib.Sebab aku bukan merayau jauh dari rumah pun.Sekitar kampung je.Naik basikal.
Setibanya aku di rumah,mak aku terus bersuara "Kholil baru je balik,lamo dia tunggu mu.Ada hal gapo dengan dia?".Fikiran aku melayang seketika memikirkan apa urusan aku dengan dia.Sehingga dia tunggu aku sebegitu rupa.Tapi aku tak dapat mengagak."tak tahu".Jawab aku ringkas.
Malam tu berlalu seperti biasa.Tapi ada juga sekali sekala aku terfikir dan tertanya tanya kenapa Kholil nak jumpa aku petang tadi.Tapi tak menagapa la.Aku fikir boleh tanya dia petang esok je.Di court badminton.Sebab kami kawan kawan aku berkumpul setiap petang untuk bermain badminton.Tu pun kalau cuaca baik la.Tak hujan.
..........

Kholil adalah salah seorang kawan yang aku ada di kampung.Kawan rapat aku tak ramai.Boleh dikira dengan jari je.Kamal,Jaki,Kholil,Mat Amin,Din dan beberapa lagi watak yang sekejap timbul sekejap tenggelam.
Kholil ni adalah anak yatim kematian ayah.Berasal dari negara jiran iaitu Thailand.Berpindah ke kampung aku setelah maknya berkahwin dengan salah seorang penduduk kampung aku.Kholil tinggal bersama dengan mak,ayah tiri dan seorang adik tiri.

Riwayat hidup Kholil kalau dari pandangan aku agak tidak terlalu mudah sangat.Dengan kehilangan ayah kandung di usia yang masih muda dan seterusnya bertukar kepada ayah baru yang berstatus ayah tiri.Namun ayah tirinya bukanlah seperti ayah ayah tiri yang selalu selalu kita dengar cerita.Garang.Zalim dan sebagainya.Ayah tirinya bukan begitu.Aku tak pernah dengar atau pun lihat ayah tirinya marah pada dia.
Tapi sebaliknya,ibu kandungnya yang seolah olah ibu tiri.Pernah satu hari ibunya me'reket'  Kholil sehingga reket tersebut patah.Lebih kurang 2 minggu juga la aku tak nampak Kholil keluar main badminton.Mungkin sakit.Mungkin takde reket.Tapi kami kawan kawan tak berani melawat dia di rumah.Kerana ibunya terlalu garang.
Ada suatu hari Kholil cuba untuk meminum racun rumpai.Ingin bunuh diri.Namun sempat diselamatkan oleh ayahnya.Terkejut juga kami kawan-kawan bila dengar cerita tu.Tapi kami selamber membuat letahan,"mungkin dia dah tak tahan dengan mak dia kot"

Hari berganti,musin bersilih,tahun bertambah,usia meningkat.Kami sudah pun mengorak langkah ke alam remaja.Aku seperti remaja-remaja lain.Berada di bangku sekolah.Manakala kawan-kawan aku yang tak bersekolah,mula belajar bekerja.Jaki.Kamal.Dan begitu juga Kholil.

Kebetulan di kampung kami ada kilang kayu yang baru dibuka.Kilang memproses kayu getah.Untuk dijadikan perabot.Ramailah budak-budak kampung yang tidak bersekolah berkerja di situ.Dan ini telah membuatkan Kholil untuk mencuba nasib minta kerja di situ juga.Walaupun usianya baru 14 tahun.Tapi mungkin fizikalnya seperti orang dewasa,dia diterima bekerja.Dan akan mula kerja pada minggu depan.14.5.2006.Hari Isnin.

Esok pagi dia akan mula berkerja.
Tapi pada malam tu dia tidak balik ke rumah.Selepas keluar dari rumah aku,dia pergi ke suatu destinasi lain.Mungkin ke madrasah.Biasanya pemuda kampung aku suka tidur di madrasah.Aku pun tak pasti kenapa.Tapi aku juga pernah tidur.Dengan kawan-kawan.Tak ada yang best pun.Sama saja macam tidur di rumah.

Atas sebab-sebab yang tertentu,Kholil ni mengambil keputusan bermalam di madrasah tersebut.Namun dia perlu balik awal pagi esok ke rumahnya yang jaraknya hampir 5 km untuk bersiap dan seterusnya pergi kerja.Kerana terlalu memikirkan pasal kerja,tidurnya tidaklah terlalu lena.Entah apa yang difikirkannya.Tapi mungkin juga sebab dia takut terjaga lewat.Lalu dia pun mengambil keputusan bertolak balik ke rumahnya apabila terjaga dari tidurnya itu.Dalam kabus pagi.Dalam keadaan sejuk.Mengayuh basikal sejauh 5 km.

Setibanya dia di tepi lorong untuk masuk ke rumahnya,dia terpandang motorsikal ayah tirinya masih lagi berada di bawah garaj yang didirikan berhampiran landasan keretapi.Itu bermakna mak dan ayah tirinya belum lagi keluar untuk menoreh getah.Biasanya mereka akan keluar awal.Sesudah subuh.
Hatinya kecut untuk balik ke rumah ketika mak dia masih lagi berada di rumah.Tambahan pula malam tadi dia tidak balik.Mesti dia akan dilontarkan dengan pelbagai soalan.Jadi dia mengambil keputusan.Tunggu sehingga maknya keluar.Baru masuk rumah dan bersiap.

Dengan berselubung dengan kain pelikat yang dibawanya,dia duduk termanggu di atas landasan keretapi sebelah geraj motor ayah tirinya itu.Tunggu.Tunggu.Dan tunggu.Sekejap terlelap.Sekejap tejaga.Terlelap balik.Terjaga balik.Ter...
..........

"Kholil mati doh pagi tadi"jawab Kak Yah.
"keno gapo".Soal aku lagi.
"kena langgar ketapi pagi.".
"innalillah..."
Bermula dari hari tu,aku sudah kehilangan seorang kawan.Dan soalan kenapa dia tunggu aku malam tu tak akan ada jawapan ampai bila-bila.Kalu aku tahu dia dah nak pergi,mesti aku cari dia malam tu untuk tanya kenapa dia nak jumpa aku.Tapi aku tak tahu.
Kalau mak dia sedar anak dia tu akan mati bila-bila masa je,dia tak dera,maki anak dia.Tapi mak dia lupa.
Kalau Kholil tahu dia akan tertidur dan keretapi akan langgar dia kejap lagi,dia pasti tak duduk atas landasan tu.Tapi dia tak tahu.

Allah Maha Kuasa.

al-fatihah untuk arwah Kholil..

2 Mac 2010

aku memang ...

Mungkin ada yg pernah buat,tapi aku yakin tak ramai.Tapi kalau dalam novel atau pun wayang mungkin selalu kot.Ntah la.Sebab aku tak baca novel.Ada juga orang tak buat sebab mungkin kerana ego,atau pun memikirkan perkara lain yang lebih kreatif,lebih mewah dan lebih apa2 je la.Asalkan lebih.

Ahh peduli hape aku Jamie cakap aku jiwang(baru kejap).Aku nak jugak cakap apa yg aku buat malam tadi.Apa yg berlaku malam tadi.Huh.

 Malam tadi adalah bulan mengambang penuh.Purnama.Kalau anda pernah menonton cerita yang berkaitan dengan makhluk jadian,seperti Wolfmen tu.Maka malam tadi lah diceritakan serigala jadian tu muncul.
Pada mulanya aku pun tak sedar malam tadi adalah malam purnama.Sehinggalah aku terpandang ke ruang angkasa dikala aku sedang menjamu selera(nasi goreng paprik dan teh o ais) di kedai biasa aku lepak.

Malam tadi juga bertarikh 01.March.2010 dan merupakan birthday my SYG(lin).heppy birthday my SYG.
Dan malam tadi kami berborak sambil memandang bulan purnama.Itu je la yg mampu kami lakukan sebab kami berada berjauhan.Berborak melalui handset je la.Tapi okey juga la kot.Tak terlibat dengan aktiviti berkhalwat dikala meraikan harijadi pasangan.huhu.

Apa?Korang cakap aku jiwang?Aku memang jiwang pun.

babai...

22 Februari 2010

'KITA'

Manusia akan meletakkan diri sendiri di tempat yang pertama secara normalnya.Tapi mungkin ada yang tidak perasan akan tindakan spontan tersebut.Namun untuk membuktikannya,kita boleh melihat sekeping gambar foto.Terutamanya gambar yang diambil beramai-ramai.Pasti kita akan cari gambar kita terlebih dahulu.Nak tengok muka kita macam mana,senyum kita manis tak,baju kita sesuai tak.Betul tak?ke tak betul?Tapi aku takde la cari gmbar aku sebab nak tengok senyum,baju dan sebagainya tu.Sekadar nak tahu je,aku ada ke tak dalam gambar tu.

Begitu juga kalau kita dalam situasi yang konflik(terutamanya berbincang,gaduh dll).Sekali lagi kita akan meletakkan diri kita di tempat pertama.Di pihak yang benar.Pihak yang betul.Kalau rasa macam kurang betul pun,sedaya mungkin kita cuba pertahankan yang kita punya betul.Kita cuba salahkan pihak yang satu lagi tu juga sebab tak boleh terima pandangan kita.

Ah lupakan saja semua tu.Mungkin korang pembaca bukan macam 'kita' yang  aku tulis tu.Kan?

Tapi ada lagi situasi yang agak dapat menggambarkan apa yang aku perkatakan tu.HUTANG!Semua orang tahu hutang tu wajib dibayar walaupun tak dituntut.Dan semua orang yang berakal akan tahu,apabila seseorang itu memberikan pinjaman ataupun hutang kepada seseorang yang lain,maka orang itu berharap orang yang lain itu membayar balik hutang akan tersebut.Fuh...

Untuk nilai RM250.00.Di awal bulan bukanlah nilai yang besar.Tapi sebaliknya di akhir bulan.

Mungkin bagi pihak yang memberi hutang tu akan cakap kepada yang meminjam,"takkan banyak tu pun tak boleh bayar.Nak kena minta berkali-kali?"

Tapi bagi pihak yang berhutang pula akan cakap,"ala hutang banyak tu pun kecoh,sampai call berkali-kali nak minta hutang".

Maka kalau anda berada dalam situasi di atas,apakah tindakan anda..

Selamat Membayar Hutang..

19 Februari 2010

apa itu idea?

Sejak balik kampung kat Simpang Renggam(sebelah isteri) raya cina hari tu,ni je la entry baru yang mampu aku tulis.Ni pun sebab aku paksa otak aku untuk mengeluarkan sesuatu.IDEA.Sebab kalau aku tak menulis,ataupun tak berkarya atas alasan takde idea,adalah sesuatu yang tak boleh diterima.

Kalau masa study dulu,perkataan "takde idea" memang jadi musuh la kepada lectrure2 aku.Sebab idea tu lahir dari mahkluk yang berakal sahaja.Mahkluk yang berakal tu adalah aku,kami,kita,kita semua.Manusia.Bagi aku idea adalah buah fikiran.Yang tersimpan dalam otak.Dan dikeluarkan melalui proses pemikiran;tu la jawapan aku masa en.Bad persoalkan tentang maksud idea dalam kelas drawing dulu.Tapi aku jawab dalam hati je.hehe.

Idea juga tak semestinya kita perlu cipta kapal angkasa.Tak payah la kita fikir nak buat kereta berkelajuan cahaya.Tak perlu kita fikir nak buat lawak sampai orang siap ajak kawan2 diorang lagi baca blog kita.

Idea tu berada di sekeliling kita je.Pengalaman kita.Kenangan kita.Perasaan kita.Semua tu adalah idea bila kita keluarkan semula dari kotak fikiran kita.Tapi kadang2 kita tak tahu nak olahkan idea tersebut.Mungkin sebab kita terlalu berharap idea kita tu terlalu best.Ataupun kita nak bagi nampak idea kita tu lagi best dari yang sepatutnya.
................................
Kali ni aku cuba mengimbaskan kembali zaman kanak2 aku dan ada sesetengah kanak2 lain juga lalui.ni pun mungkin satu idea juga.Ia merupakan teori2 pelik yang pernah digunapakai masa zaman kanak.Tempat aku la.contohnya.
1.jari akan kudung(putus) kalau tunjuk ke arah pelangi
2.sekiranya pensil diasah(ditajamkan) kedua2 hujungnya.
3.sharpener tak boleh ditiup untuk mengelakkan dari cepat tumpul.(sampai sekarang aku percaya.hehehe)
4.melukis figura manusia perlu pangkah(x) di lehernya,kalau tidak dia akan ambik sedikit nyawa kita(pelukis).
5.duduk atas bantal,naik bisul kat bontot.
6. hantuk kepala lagi sekali sekiranya terhantuk dengan kepala orang.
7.jelir lidah bila pertama kali jumpa dengan orang sakit mata untuk mengelakkan dari berjangkit sakit mata tu.(juga sampai sekarang aku buat.hehehe.)


Tu la antara beberapa yang aku ingat.Tapi mungkin anda semua tak pernah dengar pun semua yang aku senaraikan tu.......

12 Februari 2010

masquerade dinner

yeah.Aku baru lepas training untuk show malam ni.Konsep untuk show malam ni agak mencabar juga la sebab terpaksa menyanyikan lagu midley.Cinta Bertasbih dan lagu Seiring Sejalan.Setakat ni pitching macam tak cukup sampai lagi.Ni aku nak buat research sikit lagi ni.Huh mendebarkan.

Mesti anda para pembaca blog aku ni tertanya-tanya,adakah aku sudah tukar kerjaya atau pun aku rupanya seorang penyanyi sebelum ni atau pun korang fikir aku dah menyertai pertandingan realiti popular AF8.

Jawapannya salah.Aku tak masuk AF pun.Aku tak tukar kerjaya lagi.Cuma malam ni je, aku dijemput untuk menghadiri dinner.Tapi macam jemputan bersyarat la pulak.Sebab aku terpaksa buat persembahan.haha.Nasib baik la aku ni cool.

Harap show malam ni berjalan lancar la.Dan jadi kenangan yang best la.

okey.babai...

11 Februari 2010

 gambar penulis(tiga dari kiri) dengan anak2 semasa trip ke Pangkor tempoh hari..

10 Februari 2010

FOREVER 21

 
Kalau nak bercerita tentang rombongan ke Pulau Pangkor minggu lepas.Aku rasa agak mendatar je.Macam orang2 lain yang gi jugak la kot.Naik feri,turun feri,tangkap gambar,mandi manda,snockling, dll.Yang mungkin berbeza sikitnya adalah bab yg aku kena tinggal la kot.kalau rombongan lain,mesti diaorang kira dulu sebelum bergerak.Ada mantee pun tak ingat bapak..hehe.Tapi xpe,aku tetap cool je.

Kalau nak dibandingkan dengan trip yg aku buat dengan kawan2 aku masa belajar dulu.Yang tu lagi seronok la.Bukan nak cakap rombongan kali ni tak best.Rombongan ni pun okey.Cuma aku tak boleh la nak wat sesuka hati.Tak kan aku nak meng'gila' mengalahkan student pulak.Mengalahkan geng Iyarsyard tu.hehe...Kena la kontrol hensem jugak kan.

.............................

Balik dari Pangkor tu lagi best kot.Mungkin sebab aku dapat lepak dengan seorang kawan.Makan sup. Tulang.Hehe.

Dan yg paling penting aku banyak mendapat pujian keesokkan harinya.Aku nampak biru.Hensem kot.hehe.Thanks to my friend...




5 Februari 2010

JIHAD...

Alhamdulillah.Hari ni aku diberi lagi kesempatan untuk menunaikan Solat Jumaat.Berpeluang lagi mendengar khutbah Jumaat untuk hari ni.Tajuk yang dikupasnya pun agak berkaitan dengan isu yang timbul baru2 ni.di negara kita la.Jihad.Ok la,jihad tak semestinya berperang.Tapi mengikut apa yang aku faham adalah,jihad tu mempertahankan.Mempertahankan agama,negara,bangsa,jiwa dan apa saja hak kita.Kalau agama,negara,bangsa,hak kita tergugat dan digugat,aku rasa kita perlu berjihad.

Aku tak berani cakap panjang pasal ni.Aku tak nak tidur lokap.
..............................

Yang aku nak bercakap tentang semasa Solat Jumaat tadi adalah,mengenai markah solat aku tadi.Mesti dah kurang.Ya la,tengah khusyuk solat,tiba2 terdengar(tak khusyuk sangat rupanya) nada dering sebuah henset(jenama nokia kot).Bukan sekali.Tapi dua kali.Bukan yang aku.Tapi jiran ke2 sebelah jiran ke2 aku.jauh juga la.

Aku apa lagi,mula la aku fikir pasal tu.Mula la tak puas hati.Aku tak marah mamat yang lupa nak silenct tu.Dah dia lupa kan,nak buat macam mana.Aku pun kadang2 lupa.Bukan setakat nak silenct henset dalam masjid je,malah siap pernah lupa nak lock pintu toilet lagi.Nak keluar tu baru perasan.huh bahaya betul.Lupa nak on lampu kereta.hehehe

Berbalik pada deringan henset tadi,aku rasa macam nak tanya beberapa soalan je pada yang membuat panggilan tu.
-penting sangat ke panggilan tu?
-anda tahu ke siapa yang anda call tu?
-adakah anda tidak tahu yang anda sedang call seorang lelaki islam?
-anda tak tahu ke hari ni hari jumaat dan ni adalah waktu orang sembahyang?
-adakah anda fikir orang yang anda call tu jenis yang tak pergi sembahyang Jumaat?

p/s:Jangan lupa lock pintu toilet ye mantee2.hehe

ini cerita aku (part 2)

Seadanya aku di kampung hari tu,aku juga bawa mak aku  keluar gi beli barang2 dapur kat Gua Musang;sebuah pekan yang paling dekat dengan kampung aku.Lebih kurang 25km je jaraknya.

Sambil tunggu mak aku beli barang2 tu, sempat juga la aku pusing2 kat pasaraya tu.Siap beli kemeja kerja lagi.Warna pink lagi tu.hehe..Tapi tak pink sangat la.

Dalam perjalanan tu aku ada la buka cerita pasal adik aku.Bukan mengumpat.Tapi mengambil tahu.Tapi tak bertanyakan pada tuan punya badan sendiri.Ni la salah satu rahsia keluarga aku.Tak tunjuk yang kami saling mengambil berat.Mungkin tak nak buat dia rasa terharu.huhu..
....................
Aku kasihan dan bersimpati dengan adik aku tu.Kenapa aku berkata demikian..
Dia seorang yang rajin,bercita-cita tinggi, dan sebagainya la yang patut ada pada seorang pelajar masa di zaman sekolah dahulu.Kalau nak dibandingkan dengan aku umpama langit dengan bumi la jaraknya.Tapi mungkin Allah menantikan sesuatu yang lebih besar untuknya.

Sejak dari sekolah rendah,sehingga ke sekolah menengah(PMR,SPM)dan sehinggalah STPM resultnya memang tidak menghampakan.Sepanjang tempoh tu aku tak pernah tengok dia main2 dalam pembelajaran dia.Tapi sebagai data entry kontrak kat Gua Musang aku rasa bukanlah harganya usaha dia selama ni.Mungkin Allah menantikan sesuatu yang lebih besar untuk dia.Insyaallah.
..................

Cita2 besarnya terkubur setelah beberapa memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti gagal.Entah apa silapnya.Salah pilih krusus ke,salah isi borang ke.Wallahualam..
Sebagai seorang yang tabah,dia mencuba pula untuk membina kerjaya.Memasuki bidang kerjaya yang diminati.Jadi pegawai Polis.Juga beberapa kali percubaanya.Malah sudah sampai ke peringkat yang terakhir pemilihannya pun.Tapi masih gagal mendapat tempat.Mungkin bukan rezeki dia di situ.Allah Maha Pemurah.

Sekarang ni,setelah kontraknya tamat hujung tahun lepas kat KASEDAR Gua Musang tu,jadi tukang masak sepenuh masa je la kat rumah.Mungkin Allah ada menantikan yang lebih besar untuk dia.Insyaallah.
...................
Aku rasa aku macam tak layak jadi apa yang aku jadi sekarang.Aku rasa tak adil untuk adik aku tu.Tapi aku tahu,Allah Maha Adil.Aku patut bersyukur.Adik aku pun patut bersyukur.Kita semua patut bersyukur.
Allah Maha Kuasa.

3 Februari 2010

Malam tadi

Malam tadi,seperti malam2 yg sebelum ni.Tapi agak berbeda juga la.Sebab biasanya aku keluar makan naik motor je.Tapi malam tadi,aku terpaksa gi dengan kereta.Motor aku tak boleh start plak.Dari pagi.Gi kerja pun sekarang ni dah dengan kereta.Jem tak payah cerita la.

Ok.Kembali pada cerita malam tadi.Aku masuk dalam kereta dan hidupkan enjin.Dan secara automatiknya radio pun terpasang dengan sendirinya.Aku bukan nak cerita yg aku terkejut dengan radio yg hidup sendiri tu.Bukan..

Tapi yg menarik perhatian aku adalah lagu yg sedang ke udara masa tu.Lagu dendangan Achik(spin) dan Nana.Lagu baru mereka.Tapi aku bukan nak ceritakan lagu tu.Bukan..

Yg aku nak ceritakan adalah tentang situasi tu.Adegan tu.Suasana tu.Adegan tu pernah berlaku dalam hidup aku sebelum ni.Adegan di mana aku masuk dalam kereta,hidupkan enjin,radio terpasang,lagu Achik dan Nana ke udara(siap rangkap yg sama lagi).Betul.Aku tak tipu.Sebab aku hafal lagu tu.

Dan tu sebenarnya bukan yg pertama kali aku perasan benda2 yg macam tu.Sebab,2 3 hari sebelum tu pun perkara yg hmpir sama berlaku.Semasa aku dalam perjalanan balik kampung hari tu.Ketika melalui sebuah kampung(Ulu Atok),sambil drive tu,aku terpandang ke langit dan ternampak la yg bulan mengambang penuh malam tu.Purnama.Tapi bukan aku nak cakap aku ternampak kelibat UFO melintasi bulan tu.Bukan.

Yg menjadi persoalan seketika dalam fikiran aku adalah,aku rasa macam pernah alami situasi tu.Lalu kampung tu,nampak bulan purnama.Hampir 2km juga la aku berfikir pasal tu.Dan akhirnya aku dapat jawapannya.Aku memang berada kat situ sebulan yg lalu.Melalui jalan tu.Jawapannya aku balik kampung menjenguk keluarga setiap purnama.
Sayangilah keluarga anda...
....................................

Hidup kita ni sebenarnya berputar di kawasan yg sama je.Kita melakukan kerja yg sama.Rutin yg sama.Tidur,bangun,makan,berak dll.Tapi kita masih boleh berubah.Boleh mengubah.Jangan tak makan,jangan tak tidur,jangan tak tidur,jangan tak berak dan jangan tak dll tu.
Mari muhasabah diri...

1 Februari 2010

ini cerita aku

Sepertimana dinyatakan dalam tajuk entry aku yg terakhir(kepada pembaca setia aku la),iaitu aku balik kampung hujung minggu lepas.Lepas je kerja hari jumaat tu,aku terus bertolak balik kampung.Malam juga la sampai kat kampung.Dalam pukul 10 lebih kurang.Seperti biasa,mak aku akan bertanyakan adakah aku nak makan.Sebab dia tahu,semua anak2 dia tak akan berenti makan dalam perjalanan.Lagi satu,ni adalah rahsia rumah aku.Keluarga aku mesti akan menyimpan sedikit makanan makan  malam.Dengan kata lain,keluarga aku tak akan menghabiskan makanan malam kami.Ia adalah untuk sekiranya salah seorang dari ahli keluarga kami yang tiba2 muncul ataupun balik kampung.Macam aku.Sebabnya,budaya keluarga aku tidak memberitahu dahulu sebelum balik.Suprise la konon.Lagi satu mungkin sebab tak nak bagi mereka yang di kampung tu tertunggu-tunggu.Lambat sampai kan risau.Fikir lain.

Lepas makan tu,aku seperti biasa la.Bentang tilam dan tidur.Waktu malam agak berat la untuk mandi kalau di kampung aku.Maklum la,kampung aku tu berada di Banjaran Titiwangsa.Sejuk yang amat.

Esoknya(Sabtu) aku masih lagi dapat bangun seperti biasa.Alhamdulillah.Plan aku untuk hari ni agak besar juga.Kerana aku merancang untuk membawa mak dan adik2 aku ke Rantau Panjang.Kelantan.Sempena dengan aku yg dah pun ada sebuah kereta yg bonet(ruang letak barang2) yang agak besar berbanding dengan Myvi dan Viva.Lagipun mak aku sudah lama berkira-kira untuk pergi ke sana bila aku dah beli kereta.Nak beli periuk besar(saiz 50).Katanya kalau nak buat kenduri nanti takde la nak kena pinjam orang punya lagi.Betul jugak.

Seronok juga buat aktiviti macam tu sekali sekala.Kalau selalu tak tahan la.Penat,belanja minyak,makan. Kopak juga la.Tapi takpe,demi nak tunaikan permintaan seorang ibu.Kalau nak di bandingkan dengan jasanya pada aku selama ni.Tak terbayar beb

Sepanjang perjalanan tu bermacam benda la yang kami dan aku lalui.Seperti permandangan kampung2,hutan,air terjun dan ada juga aksi yg mendebarkan;sebuah kereta meluncur laju memotong kereta aku tanpa memberikan signal untuk memotong terlebih dahulu.Bukan tu je,Mengekori rapat di belakang kereta tersebut adalah sebuah kereta peronda polis.Rupanya mereka main kejar2.Gila bahaya.Macam dalam cite omputih je aku tengok.

Tapi adegan tu tak cukup mendebarkan lagi bagi aku berbanding dengan satu lagi situasi.Situasi yang membuatkan aku hampir nak patah balik dan batalkan perjalanan ke Rantau Panjang tersebut.Tapi aku gagahi juga la sebab dah dekat nak sampai destinasi.Situasi tersebut adalah kerja2 membaiki jalan.Fuh..Anda bayangkan la,dengan kereta aku yang berwarna putih tu.Lalu pulak atas tar cair yang baru mereka curah tu.Setiap butir pasir yg kena kat kereta aku tu membuatkan aku resah,berpeluh dan rasa seronok perjalanan tu seolah olah direntap.Aku hanya fikir bila la nak sampai.Macam mana la aku nak cuci tar tu.Boleh hilang ke tak.Dan macam2 lagi la persoalan.

 Tapi tu semua akan baik2 saja.Sebab niat aku adalah untuk mengembirakan mak aku.Dan hari tu pukul 12 malam juga la kami baru sampai ke rumah balik.Penat.Balik terus tidur.Mandi?tidak.Sejuk.

..............bersambung........................

29 Januari 2010

nak balik kampung.hehe

Kerana terlalu mengikut nafsu terlalu asyik dengan nikmat dunia.Terkadang kita terlupa dan terleka dan terus terleka.Namun,di akhirnya kita akan mula menyesali akan kealpaan kita di masa yang lalu.ceh.

Kata2 di atas tu sebenarnya mungkin tak bermakna apa2 pun untuk korang kalau terbaca blog ni.Sebab kata2 tu aku merujuk kepada gambar yang letak kat atas tu.Aku tujukan kata2 tu untuk encik katak dalam gambar tu.

Dari rauk wajahnya terbayang akan kepuasan.Yela,setelah dapat menikmati selera,dapat berehat dengan tenang sekali.Dengan suasana yang agak santai.Atas daun yang terapung di permukaan air.Layan perasaan.

Tapi dari sudut yang berbeza pula,mengikut posisi dan jua gesture badannya.Dan juga pandangan matanya,seolah menggambarkan ketidakselesaan yang dia alami.Terlalu kenyang.Mungkin dia sedang menyesali kerana makan terlalu banyak.Mungkin dia sedang berfikir,apa la akan jadi kalu dia jadi gemuk nanti(tangan pegang perut).Mesti dia fikir takut mudah dapat penyakit.Takut susah untuk menjalankan aktiviti.Susah nak dapat saiz baju kat kedai.

Tapi tu pun kalau dia boleh berfikir la.Sebab tu aku agak je.hehehe

Tapi jangan risau la en. katak ye.Gemuk comel hape?

ps/ hepi besday untuk my mantee.belajar rajin2 ye.

27 Januari 2010

Jadi la pendengar yg baik



Masa zaman sekolah menengah aku dulu,bagi aku merupakan era kegemilangan zaman remaja aku.Terutamanya masa di tingkatan 5(Berani).Kenapa aku berkata demikian?huh..

Sebab masa tu merupakan peralihan antara zaman kegelapan aku kepada suatu era baru.Macam yang berlaku kat eropah tu.Peralihan zaman feudal kepada zaman renaissance.Kenapa aku berkata demikian sekali lagi?huh sekali lagi..

Sebab sebelum tu aku bukanlah seperti sekarang ni(graduan).Dan tak mustahil jika tiada seorang pun yang pernah terfikir bahawa aku akan jadi seperti sekarang.Malah aku sendiri pun tak pernah terlintas.Sebab dalam keluarga aku,aku merupakan yang paling muda menamatkan zaman persekolahan.Aku mula berhenti sekolah di usia 12 tahun(darjah 6).Maka bermula la zaman gelap aku.Pada masa tu aku terlalu obses dengan lombong tinggal area kampung aku.Pagi je aku mula gi ke lombong tersebut.Hari dah senja baru aku balik  ke rumah.Zaman tu memang merupakan zaman gelap peringkat pertama.Sebab lepas tu aku sambung balik belajar di sekolah menengah.Dan sekali lagi aku berhenti sekolah di tingkatan 3.Mungkin pengaruh rakan sebaya,aku kembali ke era yang juga boleh dianggap gelap.Aku berhenti sekolah dan menjadi kutu lepak di kampung.Kerja kilang kayu.

Nasib baik aku cepat sedar,jadi aku sambung semula sekolah.Tapi agak lewat juga la,aku masuk tingkatan 4 pada usia 17 tahun.Aku mula melangkah ke era baru yang mungkin aku tak akan ulangi perangai seperti sebelum ni.Aku sudah tak lagi pergi ke lombong tinggal,aku sudah tak sanggup bekerja kilang kayu.

Bukan apa,kerja kilang kayu tu panas.Kalau kat lombong tu,lagi la panasnya.Tempat lapang.Tu la menyebabkan kulit aku jadi gelap.hehe..

Tapi bila dah masuk tingkatan 4 dan seterusnya tingkatan 5,aku dah mula cerahkan kulit.Almaklum la,hormon2 testoran pun dah mula merembes.Keinginan untuk kontrol hensem pun dah mula menjadi-jadi.

Dah mula ada awek.Dah meniti jalan2 glamour.Jadi pengawas.Siap jadi penyanyi nasyid lagi.Memang gemilang la masa tu.
.......................................

Di sebalik dunia glamour yang aku lalui tu,aku merupakan seorang 'pendengar yang baik'.Yang mana merupakan sesuatu yang perlu ada pada seorang kaunselor;Tu pun kata seorang kenalan aku dalam sebuah perjalanan.Dan seterusnya kami menjalinkan hubungan cinta selama hampir 3 tahun.Akhirnya putus jua.ceh.

'pendengar yang baik' tu dari zaman sekolah, sehingga la ke zaman universiti dan sehingga sekarang masih lagi aku praktikkan.Dan mungkin dengan cara itu juga la aku mempunyai ramai kawan rapat yang agak luar biasa.Tapi sebenarnya biasa je.Macam dengan Ida(hehe)

Kalau zaman sekolah tu,aku merupakan pendengar kepada awek aku la.Semua masalah dia,aku yang simpan.Guru kelas aku yang mengatakan aku merupakan seorang pendengar yang baik.Sebab masalah dia pun cerita kat aku.

Zaman U pula aku jadi pendengar kepada kawan2.Cerita sedih,serita gembira,cerita kelakar,cerita cinta dan cerita ntah pehapa pun ada.Tapi aku tetap setia mendengar.

Begitu juga di zaman kerja ni,aku jadi pendengar kepada rakan sekerja,pendengar kepada student.Dan aku akan teruskan menjadi seorang pendengar.Pendengar yang setia.Dan sehingga sekarang,aku tak pernah menceritakan cerita2 tersebut dengan orang termasuklah dengan si pencerita tersebut.

Bagi aku,untuk menjadi seorang pendengar yang baik,kita tak seharusnya ceritakan kembali cerita tu.Mungkin tu adalah rahsia.Mungkin tu adalah maruah.Mungkin tu adalah amanah.Yang pasti tu adalah suatu kepercayaan orang kepada kita.

p/s: tak perlu buat muka sedih kalau kawan cerita perkara sedih.tapi jangan pulak gelak.

25 Januari 2010

besday aku

maka lebih tujuhbelas jam aku berada dalam usia yg baru.Tahun baru la katakan.Dengan itu juga, maka makin tua dah la aku ni..Walaupun aku tetap rasa muda.Syukur alhamdulillah.Dapat lihat dunia lagi.Dapat makan kembung 3 rasa lagi.Dapat tulis blog la.hehehe.

"Demi masa,manusia berada dalam kerugian,melainkan yang beriman dan yang beramal soleh".
manusia memang tidak boleh lari dari berada dalam kerugian.Kerugian yang bersifat duniawi mahupun ukhrawi.Sebagaimana Allah beri kita peluang,beri kita masa.Namun kita masih lagi cuba tangguhkan masa.Kita abaikan peluang.Yg kita sediri tak pasti adakah peluang tersebut kita akan dapat sekali lagi.Rugi betul

Tapi bukan niat aku nak berceramah pada petang mulia ni.Lagipun bukan azam tahun baru aku pun untuk jadi seorang penceramah dalam blog.Aku jadi macam ni pun sebab mengenangkan hotlinkGift aku dapat hari je.Dia bagi peluang 1 hari panggilan percuma maxis ke maxis.Tapi aku tak buat panggilan pun.Tangguh.Nak tunggu lepas kerja la.Tak tau nak call sape la.Dan macam2 alasan lagi.Patutnya aku cuti hari ni,semata2 untuk call kawan2 yang pakai maxis.hehehe.

Apa2 pun,thanks la banyak2 kepada yang wish tu.
..........................
p/s:to all my mantee,belajar betul2 ye.jangan sia2kan peluang dan masa yang ada untuk belajar.

23 Januari 2010

Hati Seorang Kawan



Jalan2 di Zoo sekali sekala best jugak untuk dapatkan sedikit idea untuk berkarya.Dapat tengok binatang yang naif tu.Spontan.Comel.Tapi ada jugak yang aku memang xboleh tengok langsung.Geli.Tapi yang pasti ianya bukan seekor katak la.Sepertimana Mohd Adlil Baqi(Baqi) gelikan tu.Xfaham aku.

Petang tadi masa tunggu masuk waktu Asar,tu la plan aktiviti aku untuk hari ni.Nak solat cepat2 dan gi jalan2(zoo).Tapi rupanya tu sekadar plan saja.Sebabnya....

Xkan aku nak gi jalan sorang2 kat zoo tu.Dah macam yang terlepas pulak.Xpun macam suspek kes bunuh isteri hari tu.Jalan2 kat zoo sorang2.X pasal2 plak aku kena angkut nak soal siasat nanti.Jadi plan aku yang 1 ni dah terkubur.

Sebenarnya ni bukan yang pertama plan aku dilupakan.Beberapa minggu lepas aku ada rancang nak gi tengok wayang.Dah siap drive kononnya nak gi tengok wayang.Tapi bila mengenangkan aku yang sorang2 ni,rase macam xbest la pulak nak tengok wayang.Aku pun meneruskan la perjalanan aku ke sebuah Tesco berhampiran.Beli aiskrim,makan tepi kereta.Sambil kontrol hensem(tu semestinya).

Bukan apa,kalau la aku gi tengok wayang ke,zoo ke.Dengan sape aku nak berkongsi kalau ada aksi2 klakar ke,aksi2 pelik ke,aksi2 ekstreem ke dalam filem atau kawasan sekitar tu nanti.Xkan pulak aku nak tepuk belakang orang kat situ semata-mata untuk berkongsi semua tu.

Alangkah bestnya kalau aku ada kawan yang macam SpongeBob.Yang selalu sanggup berkoban untuk kawan2nya.Bestnya kalau ada kawan yang macam Petrick,yang selalu memahami kawannya.

p/s Hargailah kawan2 anda semua.
.....................................

Datang CC,layan lagu Kal Ho Naa Ho kat youtube sebenarnya pilihan seorang insan yang berada dalam kesunyian kerana tiada kawan2nya di sisi.(kalau ada kawan sebelah mesti kena kutuk siot)

Yang pastinya,aku merindui kawan2 aku.

19 Januari 2010

demi kasih sayang

Alhamdulillah.Walaupun dah pukul 4.00ptg.Sekurang kurangnya aku masih lagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba.Yang sebenarnya kita telah berjanji di alam rohani lagi.bahawa kita hidup di dunia ni adalah sebagai hamba.Menyembah tuhan Allah.Tapi mungkin agak sibuk dengan urusan duniawi,kita terkadang telupa.

Dah la agak lewat,ditambah pulak tidak khusyuk.Tak tau la berapa je markah yang aku dapat untuk hari ni.Memang solat adalah bagi aku suatu yang menenangkan jiwa.Aku akan hilang marah bila solat.Aku akan hilang sedih bila aku solat.Sebab aku akan rasa gembira bila mengadap Allah.Aku rasa aku bertuah.

Tapi tadi aku mungkin terlalu memikirkan akan sesuatu.Aku tak dapat merasai ketenangan solat seperti yang aku alami sebelum ni.Aku mengambil kesempatan ketenangan semasa solat untuk memikirkan hal dunia.Walaupun ianya adalah sebagai tanggungjawab aku juga sebagai insan.

Aku terfikir mana students aku ni.Kelas pukul 3.00,dah pukul 4.00 tak muncul muncul.diaorang tak nak belajar ker?diaorang tak rasa rugi ke bayar gaji aku tapi biarkan aku duduk je kat kerusi ni tunggu diorang.Aku sampai tangguhkan waktu solat untuk mengajar(alasan lambat solat kot).Tapi diaorang selamber je tak datang.Mungkin diaorang gi solat dulu kot.Tak adil betul.

Tu di raka'at yang pertama.Di raka'at yang kedua lain pula ceritanya.Dah datang kelas,dah ada peluang belajar,dah macam macam lagi.Tapi tak juga nak belajar.Main main.Baring baring.Diaorang tak fikir ke,takde orang yang akan jumpa diaorang kat mana mana dan ajar melukis.Melainkan dalam kelas lukisan.Yang diorang bayar ni.

Di raka'at ketiga aku cuba memikirkan cara mengatasi.macam mana untuk aku sedarkan mereka bahawa mereka sekarang ni berada dalam kerugian.Aku nak cuba bantu mereka.Sebab aku rasa duit yang mereka bayar untuk aku bukanlah sekadar untuk mengajar mereka melukis,sejarah,fotografi.Tetapi untuk mengajar mereka berfikir,jadi seorang insan.Manusia.
Aku tak mahu layan mereka seperti pengembala dengan sekawan lembu.Aku tak akan menakut nakutkan mereka seperti singa menakutkan dubuk.
Sebab semua yang di atas tu adalah suatu lumrah SEBAB DAN AKIBAT.sebab tak masuk kandang,lembu kena pukul dan sebagainya.Sebab tak menjauhi singa,dubuk kena makan.

Aku nak mereka berfikir dan menghargai masa,peluang,maruah.Walaupun maruah aku mungkin tercalar dengan pendekatan kasih sayang yang aku gunakan sekarang ni.Aku tak marah.Aku tau,kalau aku marah,mungkin akan menjatuhkan maruah mereka.Jadi aku biarkan saja.Aku pejam mata.Aku senyum.Ye kasih sayang.

Dan di raka'at yang ke empat,aku macam sudah dapat suatu cara penyelesaian masalah ni.Namun tahap keberkesanannya tu masih lagi dalam percubaan.Caranya adalah seperti sekarang ni la.Melalui BLOG ni.Aku tau,Students aku semua bijak bijak.

Boleh berfikir dengan rasional.Tapi mungkin perlukan dorongan yang kreatif.

cerita seorang lelaki bernama Pok Soh(Pak Soh@Yusuf)

Ceritanya bermula di sebuah kampung yang telah mengeluarkan salah seorang jejaka  kacak di negara kita ini.Akan tetapi lelaki kacak tersebut bukanlah yang memiliki nama Pok Soh sepertimana tajuk kepada cerita ini.

Kampung yang dimaksudkan tersebut adalah Kampung Mentara Baru.Sebuah kampung yang merupakan jajahan kepada Kampung Merapoh.Terletak dalam daerah Kuala Lipis.Negeri Pahang.Negeri pantai timur.Penjelasan ni sebenarnya untuk Dj Radio Muzik yang on air segmen Pilihan Bersama malam ni.Aku dalam perjalanan ke sini tadi,ada la dengar Radio Muzik dalam kereta kejap.Dj Dj tu baca permintaan lagu dari seorang peminat yang datangnya dari Merapoh.Tapi Dj tu tak tau Merapoh tu kat mana.Kecik ati betul aku dengar.

Kembali ke cerita Pok Soh.Beliau adalah seorang lelaki yang berasal dari negara jiran, iaitu Thailand.Namun beliau telah menetap di kampung Mentara Baru sejak dari usianya awal 30an sehinggalah usianya dalam lingkungan 50an.Hampir 20 tahun juga la beliau menjadi warga kampung ni.Banyak juga la jasa di kepada penduduk penduduk kampung.Terutamanya kepada golongan muda dan yang kurang muda di bulan puasa.Jadi port tak puasa.Nasib baik la aku ni iman tebal.

Namun begitu,Pok Soh ni disenangi oleh orang kampung.Mungkin kerana sikap dia yang senang kalau diminta bantuan.Seperti ada kenduri kendara dan sebagainya.Dia la yang akan datang awal untuk menghulurkan bantuan.Tapi aku rasa salah satu sebab dia datang awal tu sebab nak ponteng menoreh.Kalau datang lewat,pagi tu mungkin dia kena gi menoreh.

Pok Soh ni sebenarnya datang ke kampung ni adalah untuk bekerja dan mungkin juga untuk mencari tempat berteduh.Kerana sejak dia menjejakkan kakinya ke kampung ni,dia tak pernah pun balik ke kampungnya,di Thailand.Mungkin dia ada masalah keluarga ke,malah pengangkutan ke,masalah politik ke, itu semua tak tiada siapa tahu.

Di kampung ni,Pok Soh ni memegang jawatan sebagai Penoreh Getah sepenuh masa di kebun atuk aku.Banyak juga la jasa dia kepada atuk aku sekeluarga,kerana disamping dia menjalankan tugasnya sebagai penoreh,dia juga menebas semak dalam kebun getah tersebut,memberi makan kepada nyamuk nyamuk dan pacat pacat yang atuk aku bela dalam kebun tersebut.Dan banyak juga la pokok getah atuk aku yang jahanam sebab mungkin dia cuba explore teknik baru dalam bidang penorehan dengan melukis imej imej seperti ayam di batang pokok getah.

Tapi atuk aku tak kesah pun dengan tu semua.Sebab atuk aku pun bukan buat spotcheck kebun getah tu.
........................................

Hari berganti hari,musim berganti musim,tahun bertukar tahun.Pok Soh telah mula bencari pembaharuaan dalam hidupnya.Mungkin beliau ingin bertukar angin.Mungkin juga dia rasa kerjayanya sebagai penoreh di kebun atuk aku sudah tidak membuatkan dia gembira,dan mungkin juga dia mempunyai peluang untuk mencuba yang baru.Maka secara tiba tiba dia melepaskan jawatan yang di pegangnya selama hampir 20 tahun itu.

Tapi sekali lagi atuk aku tak kesah pun dengan semua tu.Atuk aku ada cucu yang baik.Yang selalu ada bila diperlukan.
..........................................

Pok Soh memulakan kerja di tempat baru.Tapi masih lagi jawatan yang sama dengan yang sebelum ni.Sebagai Penoreh Getah sepenuh masa.Tapi mungkin lagi baik berbanding semasa bertugas di kebun atuk aku.Dari segi lokasi penginapan,suasana kerja.Ya la,kalau dulu tinggal di pelusuk kampung tapi sekarang di tepi jalan raya utama(KL-KB) lagi tu.Pokok getah juga masih muda.Kebun baru.

Atuk aku tak kesah jugak.
.............................................

Bak kata lirik lagu,panas tak semestinya ke petang,mendung pun tidak berpanjangan.Pok Soh telah dikunjungi oleh sekumpulan orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai Pegawai Imegresen.Dan beliau pun tak mampu untuk menunjukkan dokumen sah yang membenarkan dia tanggal dan bekerja di Malaysia.Maka malam tu hilanglah Pok Soh dari kampung Mentara Baru sehingga ke hari ini.Mungkin dia dihantar pulang ke Thailand.

Yang ni atuk aku kesah.Katanya"elok elok duduk dalam kampung,pindah duk tepi jalan.Kan senang orang nak ambil.Kesian Pok Soh,sebenarnya Pok Soh tu ada lagi ke kampung kat Thailand tu.?setau aku,dia tak pernah balik pun"
...............................................

17 Januari 2010

Avatar



Penantian aku selama hampir 3 minggu tidaklah menghampakan.Sebab malam tadi akhirnya tiba saat yang di nanti nantikan tu.Aku nikmati apa itu erti keterujaan,kekaguman,kesopanan dan kesusilaan.

Bak kata si Gemuk(dia lagi),cerita Avatar ni umpama gula gula untuk mata.Tapi aku rasa kurang bersetuju sangat la dengan gula gula tu.Lagipun kenapa patut dia masukkan gula gula dalam mata kan.Nanti tak pasal pasal melekit je mata.Nak berkelip pun dah tak selesa.

Berbalik pada peristiwa malam tadi,setakat ni kalau nak dibandingkan dengan 3 filem besar yang aku tonton yang menggunakan teknologi CGI(Transformers,2012 dan Avatar).Aku rasa Avatar lah yang mampu buat aku teruja dari saat pertama tayangan dimulakan sehinggalah ceritanya selesai.Disamping kecanggihan teknologi,idea ceritanya lagi menarik berbanding 2 filem tersebut yang mana lebih menekankan teknologi visual berbanding ceritanya.

Sehinggakan aku dah rasa taknak tengok cerita Adnan Sempit.Sebab aku tau,kalau aku tengok cerita tu,aku akan bandingkan dengan cerita Avatar.Tak kira lah dari segi idea ke,teknologi ke dan banyak lagi la.Padahal memang tidak adil berbuat demikian.Kalau nak dibandingkan dengan cerita Laskar Pelangi mungkin boleh dikira adil kot.Tapi idea macam kalah teruk juga la Adnan Sempit tu.Mungkin.Sebab aku tak tonton pun lagi.Dan mungkin tak kan tonton.

Tapi yang pastinya,Avatar memang best.

16 Januari 2010

"keracunan blog"



Malam tadi selepas solat isyak dan makan malam,aku seolah olah menggigil gigil untuk ke CC area rumah aku di Ukay Perdana 3.Aku rasa aku pun sudah 'keracunan blog' la.Tapi aku berjaya untuk melawan 'keracunan' tersebut.
Lagipun aku bukan ada banyak idea sangat pun untuk diperkatan dalam blog malam tadi.Kalau setakat buka blog sendiri dan blog member aku tu,Si Gemuk;tapi beliau macam dah lama tak menulis.mungkin sibuk dengan kerja kot.entri terakhir beliau pasal isteri dia masak udang tu je.

Tapi mungkin juga aku nak sangat menulis malam tadi sebab sebelum aku balik kerja semalam,kami terpaksa menonton satu movie dari seberang(Indonesia).Aku tau,ramai antara kami berasa berat sangat untuk terus berada di Kolej selepas waktu kerja,sekadar menonton..Terutamanya mereka mereka yang ada tanggungjawad lain seperti sebagai isteri,sebagai ibu,sebagai suami dan sebagainya.Tapi aku tak kesah pun,sebab aku setakat ni takde lagi terikat dengan komitmen yang sebegitu.Layan je.Selagi aku boleh layan.

Berbalik pada movie tersebut,judulnya Laskar Pelangi.Secara peribadinya,cerita ini menghiburkan.Dari segi tema dan persoalan yang boleh dikira berat sedikit.Mengisahkan tentang memperjuangkan sebuah institusi pendidikan demi merubah dan mencapai cita cita.Pengorbanan,tanggungjawab,setiakawan dan nilai nila murni lain yang patut ada dalam setiap insan dikupas dalam cerita ini.

Teknik pengolahan secara kronologi dalam plot imbas kembali.Penggunaan latar masa dan tempat yang dapat menggambarkan mesej dengan berkesan.Latar tempat,sebuah perkampungan pinggiran pantai.Menggambarkan tentang kemiskinan dan kesusahan hidup sebuah masyarakat yang bergelut dengan meneruskan kehidupan dan mengejar cita cita.

Aku cadangkan tontonlah.Tak penting pun.Sekadar hiburan.Lagipun ni bukan cerita baru yang sedang ditayangkan di pawagam pun..

"hidup kita ini biarlah  banyak memberi dari banyak menerima"

babai...

15 Januari 2010


lima beradik yang menonton aksi Liverpool kelmarin.

14 Januari 2010

berakhir sudah suatu episod




Best btol masa ni(dalam pic).aku xyah fikir nak call student,nak isi borang TP(tangguh pengajian) student,nak belakon sibuk dalam office supaya tak nampak aku xde kerja.
.......................................................


Tapi untuk trip ke Pangkor DRG PTPL Ampang,aku dah mendahului anda semua.
.......................................


kekasih gelapku-ungu

Aku macam dilanda suatu perasaan sebelum tidur malam tadi.Semasa aku sedang  khusyuk  baca satu mesej (SMS) dari seorang kawan.Yang selalu aku chat sebelum tidur.Tapi malam tadi , ayat ayat kami agak berbeza dari malam malam sebelumnya.Dan aku juga telah buat satu keputusan yang aku sendiri sebenarnya tak sanggup lakukan.
 .....
Tapi kenapa tiba tiba benda ni berlaku yang membuatkan aku sakit dan marah.Pada saat aku bersedia untuk membalas dan menerima (sms).Di saat aku ambil feel melayan SMS dengan berbaring di tempat beradu aku.Tapi ainya datang secara tiba tiba sehingga membuatkan aku tidak dapat menikmati malam tadi seperti malam malam yang lepas.Yang pasti aku marah.Geram.Dan tidak kurang juga la perasaan risau.

Dia ingat aku ni apa kan?Aku agak kecewa la bila fikir balik apa yang dia lakukan pada aku, apa pandangan dia terhadap aku selama ni.Dia seolah olah anggap aku ni suatu tempat yang boleh senang senang hati je datang dan pergi.Macam lirik lagu 'datang dan 'pergi' dendangan dari kumpulan iklim.Aku ni manusia.MANUSIA!Ada perasaan.Ada deria rasa.Ada sakit.Ada sedap.Dia tak sepatutnya lakukan semua ni pada aku.Buat aku sakit.Bukan baru semalam je kenal.Aku pun selalu juga belanja makan,minum.tapi tak pernah la belanja tengok wayang dan karaoke semua tu.Bukan apa,macam tak sesuai la.Aku sape,dia pulak sape.

Tapi jika difikir kan secara positifnya,apa yang di buat kat aku malam td sebenarnya takde la teruk sangat.Dia mendekati aku tu mungkin sebab aku hensem ke,wangi ke,manis ke.Mana la tau.Aku pulak fikir bukan bukan dengan sedikit keterlanjuran layanan dia terhadap aku.

Tapi sebenarnya tak guna aku berleter panjang pasal tu.Aku yakin,dia tak faham pun bahasa aku ni.bahasa orang seni la katakan.

Kerana dia hanyalah seekor SEMUT..

Tapi kenapa ko masuk telinga aku ???

.....