11 April 2012

sastera alaf baru


Kala mata belum lagi mahu lena,sedang kemudahan internet ada bersama,otak pula penuh dengan perkara.Maka eloklah sekiranya bermain dengan bahasa.Berbicara tanpa suara.Berfikir.Berjiwa.Selagi hidup tanpa harapkan seadanya.Tetapi hidup penuh dengan makna.

Malam ini ingin pula lakukan beda.Untuk sekalian pembaca yang yang menjawab 'ya' kepada soalan saya.Yang kalau lurus fahamlah mereka,tapi andai di diselindung semuanya mula ternganga dengan mata terkebil-kebil.Dan biarkan yang lain mentafsir lalu itu jua yang diambil.

Perenggan ini ia bermula.jadi berwaspadalah anda semua.Kata hati semua sama.Bibir pula lain bicara sebab sangat bimbang akan nestapa.Andai hati dibiar berbicara bersama.Andai akal kekal diguna.Cis itu kerja sibodoh namanya.Ya sama, itulah yang saya terima.Tapi manis semua rasa.Tapi masam saya jua yang peram.

Ramai orang sedang bincang.Lagi ramai cakap belakang.Tapi bila didepan semua diam.Bukan setakat meluahkan tersimpan,malah untuk membuat muka masam juga bimbang.Padahal hati di dalam sedang berperang.Mahu putih bukan hitam.Mahu bintang bukan bulan.Mahu malam bukan siang.

Harap datang satu insan.Mungkin boleh dijadikan umpan.Untuk santapan semua hidangan yang sememangnya sedang dalam kelaparan.Namun tidak berani untuk menyatakan.Mungkin bimbang dijadikan sasaran dan tatapan sekalian jua seluruh alam.Jadi elok benar jika diam.Biar hidup macam binatang.Biar hidup macam ayam daging di reban.Sudah pasti akan ke tempat sembelihan.Tanpa sebarang usaha untuk
meneruskan kehidupan.Sebab sudah diberi makan.

Asyik saja mengumpat orang.Biar melintas betina mahu pun jantan.Biar pengkid atau pondan.Semua nak ditelanjangkan.Nak tahu saja apa yang milik orang.Padahal dari kecil lagi sudah diberitahukan.Yang itu semua adalah suruhan syaitan.Atau sebenarnya diri sudah pun jadi syaitan.Cepat-cepat la fikirkan.Supaya tidak berubah peranan.Dari khalifah kepada yang dilaknati tuhan.

Tahniah saya ucapkan kepada anda yang membaca entri ini sampai sekarang.Dan mungkin terpaksa ulang-ulang sebab tidak faham.Oleh kerana anda setia dan berusaha juga baca dan faham,biar saya terangkan.Sebenarnya saya banyak dengar rungutan tentang satu aktiviti yang dirancang.Rungutan di belakang.Ramai persoalkan kenapa begitu?Kenapa begini?Mengapa di situ?Mengapa di sini.Mana perbincangan dengan kumpulan.Tiba-tiba buat keputusan.Dan memaksa untuk setuju semua orang.Dan nanti berbangga diri kononnya buat kerja sorang-sorang.Tapi sebenarnya memang pun buat kerja untuk diri sorang.Sebab orang lain sebenarnya bukan berkenan pun untuk aktiviti yang dirancang itu.Kalau tidak,sudah pasti tiada cerita hangat dibelakang.Luahan hati setiap orang.


Selamat mendengar lagu.



Tiada ulasan: