20 April 2012

lama aku cari

Bila dengar lagu ni,sayu hati saya.Kenapa?Sebenarnya teringatkan bulan puasa tahun lepas.Sebab lagu ni digunakan sebagai lagu latar untuk iklan program Singgah Sahur di TV3.Program yang hanya bersiaran di bulan Ramadhan.

Setiap kali bila terkenangkan bulan puasa,hati jadi sayu.Saya pun tak tahu apa sebabnya.Tapi mungkin itu adalah salah satu keistimewaan bulan Ramadhan.Kalau bulan-bulan lain,takde pun rasa sayu bila dikenang.Malah sebenarnya tak ingat pun.

Kalau bagi orang yang beriman,mungkin mereka berasa sedih sebab bulan tersebut menjanjikan pahala yang berlipat ganda.Dan mereka berasa sangat sedih untuk berpisah dengan bulan Ramadhan.Tapi bagi saya yang mungkin imannya agak nipis ni,saya begitu sayu andai saya tidak lagi berpeluang untuk berada di bulan Ramadhan.

Dan bagi mereka yang telah pergi menemui tuhan di pertengahan jarak antara Ramadhan lepas dengan Ramadhan ini,semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.

19 April 2012

beza: kita dan mereka


Hari Isnin hari tu saya ada bertanyakan tentang salah seorang rakan sekerja(miss Manju) yang tidak kelihatan di opis pada hari tersebut.Dan jawapan yang saya terima adalah,"dia balik kampung, Bapa saudara dia meninggal".Saya hanya menerima jawapan itu dengan secebis rasa simpati dan berkata dalam hati,"sejak akhir-akhir ini macam selalu sangat dengar berita tentang kematian. Ayah student, saudara mara staff. Malah bukan lagi perkara yang mengejutkan bila didengar.Perasaan itu bila ianya tiada kaitan dengan kita.

Sebab masih di hari yang sama, ketika saya sedang bersiap untuk tidur.Dalam pukul 12 malam.Saya mendapat panggilan telefon dari jiran di kampung menyampaikan berita bahawa Paksu saya baru saja terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian,ai bukan lagi diterima seperti berita-berita kematian sebelum ini.Ia membuatkan saya mengigil,fikiran melayang-layang,sukar untuk saya membuat tindakan susulan.Terbayangkan sebatang tubuh yang sihat walafiat,gagah perkasa,bersemangat bila berbual,kini terbujur kaku dalam bangkai sebuah kereta yang menjadi nadi perjalanan seisi keluarga.

Selan beberapa minit,saya ambil keputusan untuk terus balik kampung bersama-sama dengan adik yang tinggal di Subang,dan abang yang berada di Sentul.Setelah selesai menjemput mereka berdua di rumah masing-masing,kami bertolak balik kampung lebih kurang pukul 2 pagi.Masa tidur untuk malam itu diganti dengan memandu sepanjang malam disamping fikiran melayang-layang dan terlebihnya simpati terhadap ayah kami yang tidak sihat di kampung.Bagaimana keadaannya apabila dikejutkan dengan berita sebegini ketika sedang lena tidur di tilam usangnya.Hancur dan amat memilukan.Adik bongsu yang sangat akrab kini pergi buat semalanya menemui Allah Pemilik seluruh alam.

Pukul 5.pagi kami tiba diperkarangan rumah.Ternyata apa yang dirisaukan kami tadi tiada sedikitpun menyimpang.Ayah mula beremosi apabila melihat kami tiga beradik muncul di hadapan.Kami tahu itu ketetapan,tapi juga tahu ianya amat menyedihkan.Bertenang selagi mampu bertenang.Menangislah jika ianya akan melegakan.Sebab yang pergi tidak lagi akan kembali.Walau untuk sehari.

Selapas solat subuh di masjid,menyampaikan berita kematian,berurusan dengan imam,menguruskan penyediaan kubur dan segalanya.Saya pergi ke hospital untuk berada di sana dan melakukan apa yang patut.Bacaan yasin sudah semestinya.Melihat jenazah arwah tiada celanya.Air muka tenang seperti tidur sahaja.Dan ketenangan itu jelas mengambarkan tiada apa perlu difikirkan lagi  setelah dijemput oleh Allah dan sepatutnya diterima dengan tenang oleh yang masih hidup.

Arwah selesai dimandikan,disembahyangkan dan seterusnya disemadikan dalam pukul 11 pagi.Sedekahkanlah Al-fatihah kepada arwah Samsudin Bin Seman.Sekian terima kasih

Ayah(kiri) masih lagi merderai air mata ketika imam membaca talkin kepada arwah.


16 April 2012

jangan baca

"Kalau ko pakai tie sebesar papan pun,panjang dua depa,siap cop PTPL atau MSU,kalau tak guna akal,aku nampak ko macam lembu juga."Bisik saya dalam hati dikala diajukan soalan kenapa tidak memakai tie.Sebab kalau perkataan itu diungkapkan di mulut, silap-silap sekarang ni pun sedang bertumbuk lagi.Atau pun dah ke balai polis.Atau kedua-duanya sekali.Macam baca akta pula.

Dan kerana kewarasan akal serta rasional,bibit bertelagah itu terputus begitu sahaja walau ditekan dengan beberapa lagi soalan susulan berkaitan dengan pemakaian tie tersebut.Akhirnya persoalan lain pula ditimbulkan untuk dijadikan bahan bakar kepada api persengketaan.

"Aku dengar ko kena bagi surat tunjuk sebab.Bila aku boleh dapat?Soalan susulan terpacur keluar.
"Aku takkan bagi,lagipun tempoh masa adalah dalam 3 hari saja selepas diminta berbuat demikian.Dan selepas 3 hari tindakan tatatertib akan dikenakan.Sekarang ni dah sebulan pun.Jadi kalau aku bagi sekarang,aku tetap kena tindakan tatatertib juga".Jawapan saya hanya secara spontan dan mengikut logik fikiran saya pada masa itu.Dan ternyata itu adalah bukan jawapan yang diinginkan oleh orang yang bertanya.

Setiap pertanyaan selepas itu juga hanya mendapat jawapan yang sinis kerana pada saya,tiada apa lagi jawapan yang sesuai untuk diberikan.Sebab penilaian yang bersifat subjektif akan terus berpanjangan.Walau saya tulis surat tunjuk sebab setebal quran sekalipun.Selagi penilaian lebih bersifat emosi,tiada apa yang telus.Jadi untuk apa saya tulis surat tunjuk sebab kalau kesan dari kesalahan tersebut terus akan dikenang dan dibawa ke meja penilaian sepanjang hayat.Bagai penagih yang telah insaf,lambat laun disebut orang juga.

memori rumah sewa time study




Sammy Simorangkir ~ Sedang Apa Dan Dimana




14 April 2012

hari yang bosan

Aktiviti yang dapat saya lakukan sepanjang hari ini agaknya ini saja la.Dengar lagu di youtube,main gitar,jawab soduku dan update blog.

Kenapa baru hari ini saya tulis macam ni,semestinya boleh ditafsirkan oleh pemikir-pemikir di luar sana yang berminat dengan hidup saya.Perasan public figure betul saya ni.

Sebenarnya saya boleh saja untuk tidak jadi seorang yang perasan macam tu.Tapi dengan syarat,jangan la asyik bincang pasal hal saya pula.Masa makan,masa kerja(lipat surat),masa hubungan intim dengan suami pun bayang saya apa hal.Perasan public figure la saya kalau macam tu.

Dan kalau menegur saya pun jangan la nampak diri tu baru lepas mengumpat saya.Macam tanya "hai pakai jam sekarang,sebelum ni tak pernah pun pakai jam".Untuk pengetahuan puan-puan,saya ada beli 3 jam.Kalau saya ada 3 jam,dan orang tak pernah nampak saya pakai jam tu maknanya apa?orang tu tak pernah pandang pun saya sebelum ni kecuali selepas dia melalui sesi mengumpat baru dia pandang saya untuk perhatikan semua yang ada pada saya.Bukan public figure ke macam tu?

Maka untuk menambahkan lagi hormon memikirkan tentang kehidupan saya ini;dari segi apa yang berlaku,apa yang saya fikirkan.Dan seterusnya membuat hipotesis yang akhirnya di putuskan sebagai kesimpulan untuk dibincangkan.

Jadi terimalah lagu ini.






12 April 2012

salam semua pembaca


Hari ni agak mengecewakan bagi saya.Sebab takde pun isu-isu yang best untuk diperkatakan dalam entri saya.Sebenarnya boleh je kalau saya nak mengucapkan selamat menunaikan umrah pada kat Yati,dan selamat bersara pada Mr David,tapi mereka baca ke blog saya?Rasanya tidak.Lain la kalau saya cerita tentang keburukan mereka(kalau ada),mesti ramai insan yang mulia akan mencadangkan mereka untuk baca blog saya ni.

Namun begitu,mengikut statistik yang dikeluarkan oleh blogspot, udi jogho dll telah dilawati sebanyak 35 kali oleh pembaca pada hari ini.Mungkin lawatan tersebut secara tidak sengaja,dan mungkin sengaja.Gambar di atas.

Dan kalau lah perkara kebaikan yang saya tulis,dan kebaikan juga yang pembaca faham,secara automatik 35 pahala telah saya dapat.Tapi kalau keburukan yang saya tulis,mungkin berlipat kali ganda dosa yang saya dapat.Al maklum la,keburukan lagi rancak tersebar berbanding kebaikan.Keburukan juga lagi senang faham dan dikenang berbanding dengan kebaikan.Bukan begitu pembaca sekalian?

Ha ada satu perkara yang tak best,esok ada program ke sekolah.Atas sebab apa kereta aku kena jadi jentera pengangkut barang.Kereta tu aku bayar sendiri.Dah la aku ni bukan kaki claim.(ni saya bercakap dalam hati aje)Anda rasa saya berkira ye.Kalau macam tu apa kata kumpul duit RM10 setiap orang,bulan ni bayar duit kereta saya.Kita tengok siapa yang berkira.Orang berakal semua berkira la bang.Yang tak berkira tu unta.

Sekian terima kasih.

11 April 2012

sastera alaf baru


Kala mata belum lagi mahu lena,sedang kemudahan internet ada bersama,otak pula penuh dengan perkara.Maka eloklah sekiranya bermain dengan bahasa.Berbicara tanpa suara.Berfikir.Berjiwa.Selagi hidup tanpa harapkan seadanya.Tetapi hidup penuh dengan makna.

Malam ini ingin pula lakukan beda.Untuk sekalian pembaca yang yang menjawab 'ya' kepada soalan saya.Yang kalau lurus fahamlah mereka,tapi andai di diselindung semuanya mula ternganga dengan mata terkebil-kebil.Dan biarkan yang lain mentafsir lalu itu jua yang diambil.

Perenggan ini ia bermula.jadi berwaspadalah anda semua.Kata hati semua sama.Bibir pula lain bicara sebab sangat bimbang akan nestapa.Andai hati dibiar berbicara bersama.Andai akal kekal diguna.Cis itu kerja sibodoh namanya.Ya sama, itulah yang saya terima.Tapi manis semua rasa.Tapi masam saya jua yang peram.

Ramai orang sedang bincang.Lagi ramai cakap belakang.Tapi bila didepan semua diam.Bukan setakat meluahkan tersimpan,malah untuk membuat muka masam juga bimbang.Padahal hati di dalam sedang berperang.Mahu putih bukan hitam.Mahu bintang bukan bulan.Mahu malam bukan siang.

Harap datang satu insan.Mungkin boleh dijadikan umpan.Untuk santapan semua hidangan yang sememangnya sedang dalam kelaparan.Namun tidak berani untuk menyatakan.Mungkin bimbang dijadikan sasaran dan tatapan sekalian jua seluruh alam.Jadi elok benar jika diam.Biar hidup macam binatang.Biar hidup macam ayam daging di reban.Sudah pasti akan ke tempat sembelihan.Tanpa sebarang usaha untuk
meneruskan kehidupan.Sebab sudah diberi makan.

Asyik saja mengumpat orang.Biar melintas betina mahu pun jantan.Biar pengkid atau pondan.Semua nak ditelanjangkan.Nak tahu saja apa yang milik orang.Padahal dari kecil lagi sudah diberitahukan.Yang itu semua adalah suruhan syaitan.Atau sebenarnya diri sudah pun jadi syaitan.Cepat-cepat la fikirkan.Supaya tidak berubah peranan.Dari khalifah kepada yang dilaknati tuhan.

Tahniah saya ucapkan kepada anda yang membaca entri ini sampai sekarang.Dan mungkin terpaksa ulang-ulang sebab tidak faham.Oleh kerana anda setia dan berusaha juga baca dan faham,biar saya terangkan.Sebenarnya saya banyak dengar rungutan tentang satu aktiviti yang dirancang.Rungutan di belakang.Ramai persoalkan kenapa begitu?Kenapa begini?Mengapa di situ?Mengapa di sini.Mana perbincangan dengan kumpulan.Tiba-tiba buat keputusan.Dan memaksa untuk setuju semua orang.Dan nanti berbangga diri kononnya buat kerja sorang-sorang.Tapi sebenarnya memang pun buat kerja untuk diri sorang.Sebab orang lain sebenarnya bukan berkenan pun untuk aktiviti yang dirancang itu.Kalau tidak,sudah pasti tiada cerita hangat dibelakang.Luahan hati setiap orang.


Selamat mendengar lagu.



6 April 2012

Siap la aku kali ni

Selepas lebih dua minggu satu topik hangat diutarakan ketika lepak minum di Rashid dan di postkan di blog ini,hari ini kami melepak lagi.Selepas waktu kerja.Macam biasa,kami bertiga saja.Saya,Khairul dan Din.Khairul yang akan order teh halia dan roti kosong,Din pula teh tarik,air suam dan roti garing kuah dal sambal.Dan saya selalunya tak konsisten sebab selalu berubah-ubah.Hari ni teh ais dan sup ayam,nasi putih separuh.Separuh kedai mamat,nasi kucing lagi banyak.Dasar buruh.

Mesti tak sabar para para pembaca saya yang budiman semua ni untuk mengetahui perbualan kami selanjutnya kan.Sabar ye.Sabar tu penentu kita ni kuat atau lemah.Kalau kita tak sabar dan cepat melenting tu tandanya kita lemah.Lagi teruk kalau nampak bodoh.Ulang lagi sekali ye,nampak bodoh.
Contohnya kalau orang cakap,"ah,buat aktiviti syok sendiri."Jangan melenting ye.Nanti nampak bodoh.

Okey kembali ke meja di Rashid.Din menceritakan pengalaman dia semalam.Ketika dia sedang teman kontraktor pasang lampu di PTPL.Dia menyaksikan kejadian jenayah ragut yang melibatkan mat rempit dan pemandu kereta(wanita).Kejadian di Jalan depan PTPL ketika jalan sedang sesak dengan kenderaan orang balik kerja.Sebuah kereta dipecahkan cermin dan mereka melarikan handbag yang diletakkan di tempat duduk penumpang kereta tersebut.Sebenarnya kejadian seumpama itu biasa saja,sebab saya pun pernah menyaksikannya secara live dan di lokasi yang sama.

Tetapi yang mengagumkan tentang kejadian kali ini adalah,selepas melarikan handbag wanita tersebut,mereka telah membuat pusingan U di traffic light dan seterusnya memecahkan cermin sebuah lagi kereta dan juga melarikan handbag.Betapa beraninya mereka.Betapa berpeluangnya mereka,betapa lekanya mangsa,betapa jenayah berleluasa.Mana pihak berkuasa.Jalan tu dah patut ada kamera serata tempat dah.

Ketua Polis Negara,sila bagi arahan untuk pasang kamera di seluruh Ampang.Budget minta dengan YAB Dato Seri Najib.Tak kan beliau berkira kot.Nak negara berkualiti,kena la berbelanja sikit.Sama juga dengan kompeni yang nak kualiti.Jangan fikir untung saja.

Siap la kali ni,kena umpat lagi la aku...

4 April 2012

dil hai tumhara

Pada umur saya 10 tahun,saya dapat seorang kawan baru.Keluarganya baru berpindah dan jadi jiran saya.Umurnya setahun lebih tua dari saya.Kami membesar bersama dan sering mendapat jolokan "kembar berlainan mak dan ayah" dek kerana keakraban kami berdua.

Melepasi zaman kanak-kanak,kami menempuh pula zaman remaja.Juga kami masih bersama dalam sesetengah aktiviti.Ini kerana hanya saya yang bersekolah.Kawan saya sudah tidak lagi bersekolah setelah berpindah ke kampung saya.Dan apa yang saya tahu pada masa itu adalah masalah kewangan sahaja.Dan sebenarnya di kampung saya kanak-kanak dan remaja tidak bersekolah adalah perkara biasa.Selain masalah kewangan,kesedaran tentang pentingnya pendidikan dikalangan ibubapa dan anak-anak juga menjadi faktor.

Tetapi rupanya ada cerita lain disebalik masalah kewangan yang saya tahu itu.Jawapan kenapa dia tidak bersekolah.Jawapan kenapa keluarganya berpindah ke kampung saya.Ianya bermula selepas ayahnya meninggal dunia.Beberapa bulan sebelum keluarganya buat keputusan untuk berpindah.Kerana setiap hari yang dilaluinya adalah dengan mengunjungi pusara arwah ayahnya saja.Dia tidak lagi ke sekolah.Dia juga tidak lagi membuat aktiviti lain melainkan hanya melawat kubur ayahnya.Ini merisaukan ibunya.Dan ibunya membuat keputusan untuk berpindah dari situ.

Kenapa klip vedio hindustan pula cerita ini ditulis?
Sebab dia terlalu meminati cerita hindustan dan memaksa saya untuk juga menonton cerita hindustan.Cerita hindustan pertama saya tonton adalah Kuch Kuch Hota Hai.Dan sampai sekarang saya tengok kalu ditayangkan di tv.Siap sebak lagi.

Pada usianya 30 tahun,tahun lepas iaitu 2011.Dia telah pergi buat selamanya.Dialah kawan saya
Al-Fatihah...


3 April 2012

jangan bunuh aku

Orang selalu cakap "dari fitnah,baik bunuh je".Tapi kalau saya la,baik fitnah,membunuh nanti kalau disabitkan kesalah di bawah akta 302 acara jenayah,boleh dihukum gantung sampai mati.Bunuh orang,kena bunuh balik.

Selamat petang.Saya tiada niat apa-apa pun untuk entri kali ni.Jauh sama sekali untuk menggalakkan para pembaca saya membuat fitnah secara aktif.Sebab antara dua pilihan tersebut,fitnah lagi selamat dari hukuman.

Entri petang ni saja untuk menemani ilustrasi yang saya hasilkan sementara menunggu turn untuk solat asar.Kalau hanya upload gambar saja,rasanya terlalu ringkas untuk satu post.Dan mungkin kalau ada yang 'ter'buka entri ini,ada juga yang dapat dibaca.

Lagu dalam kereta


Hari ni azam baru,tak nak lagi sindir-sindir orang dalam entri,terutamanya kepada pembaca-pembaca baru yang mungkin baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog.Internet.Bak kata seorang ustaz secara berlawak dalam kuliahnya "rukun Islam ketujuh".Maklumlah,sekarang ni orang lebih sencerung percayakan apa yang ada dalam internet dalam segenap hal.Buku-buku dalam library kekal keras sebab pelajar sudah tak buka buku untuk cari maklumat dalam pembelajaran.Sebenarnya satu masalah tu.Untuk kempen budaya membaca.

Berbalik pada sindir-sindir orang dalam entri,saya rasa tak untung pun kalau asyik sindir-sindir dan membangkitkan emosi orang.Jadi mulai sekarang saya akan sindir dan maki serta fitnah sekali supaya bukan emosi aje yang terganggu,tapi mungkin kewarasan dan pertimbangan juga akan hilang dan mereka akan jadi gila serta merta.

Hahaha jom dengar lagu dari animasi Tarzan

2 April 2012

jangan setan jadi kawan

Bismillahirrohmanirrahim.Hari ini sudah pun berakhir.Selepas peralihan siang ke malam.Senja.Senja juga adalah suatu waktu yang selalu dikaitkan dengan kecelaruan antara kejahatan dan kebaikan.Setan-setan,jin-jin jahat dikatakan mula berlegar dan mengganas di waktu senja dan membawa ke malam.Betul atau tidak saya pun tak tahu.Tapi itu la yang orang cakap dan saya pun sedang cakap.

Jadi untuk tidak bergelumang dalam kesibukan mereka (jin dan setan) itu,sebagai ummat Islam di Fardhu'kan untuk solat maghrib di rumah mahupun di masjid.Mengingati Allah setelah diberikan satu hari ini untuk menjalankan hidup di dunia.Dan tiada janji untuk esok masih lagi diberi peluang hidup sepertimana hari ini.Hargailah peluang Allah itu.Jangan terlalu hanya menghargai peluang yang diberikan oleh manusia.Sebab manusia yang konon memberi peluang itu pun belum tentu akan dihidupkan lagi esok.Allah Maha Kuasa.Semua rezeki datang dariNya.

Hakikat putaran roda kehidupan adalah satu lagi perkara yang perlu ditempuh.Sebab selagi bergerak (hidup) roda akan terus berputar dan apabila berputar, semua akan bertukar kedudukan.Atas akan ke bawah dan bawah pula akan ke atas dan begitulah seterusnya.Hidup jangan sombong,sebab mungkin bukan esok,mungkin bukan lusa tapi suatu hari nanti.Ke bawah tidak semestinya bankrap bang.Masuk kubur pun ke bawah juga namanya.Raja yang di sanjung pun masuk kubur dan dipijak juga atasnya.Jadi hidup jangan sombong.

Amboi berpesan-pesan pula saya di sini,lupa pula yang kalau entri nasihat macam ni sendiri baca saja.Lain la kalau entri yang boleh buat saya jadi 'kambing hitam' kepada kebodohan seseorang.Orang yang tak pernah baca blog pun,jadi pembaca dan follower lagi.Bukan itu saja,siap print dan laminate.Eh saja tuduh,takde kan.Apa ke bangang print penulisan yang tak best dalam blog saya ni.

oh mari