11 April 2015

"Biar la dia tidur"

Pada 11 March 2015, iaitu genap sebulan berlalu pada jam begini terjawablah segalanya apa yang telah tertulis olehNya terhadap usia seorang lelaki bernama Ismail Bin Seman.Terjawab jugalah segalanya, akan status kami adik beradik, ma dan semua orang. Iaitu jawapan bahawa, ada yang bertukar status jadi yatim, jadi balu, jadi bekas kawan, jiran, rakan sekerja, musuh dan sebagainya status-status yang ada.

Saat begini hanya jasad kaku terbaring dan diratapi kami sekeluarga tanda kasih,namun redha. Kerana kami sedar,kami hanya diberi pinjam sementara saja hidup ini.Kesedihan memang tidak dapat lari dari peristiwa kematian. Bilamana kami sedar bahawa tubuh yang kaku dihadapan kami itu tidak akan bangun lagi walau satu detik sekalipun selepas ini.Yang bangun, bercakap, berjalan, senyum, marah, menangis hanya dalam kenangan masing-masing setiap kami. Itu juga berbeza antara satu sama lain dikalangan kami ahli keluarga.

Jam 7.42 pagi, mesin yang membaca denyutan nadi telah menunjukkan bacaan  angka kosong(0), itu bermakna ayah yang tidur sejak petang hari sebelumnya itu tidak akan bangun lagi. Doa kami supaya dia kembali jaga sudah berakhir. Bisikkan kami supaya dia mendengar dan sedar dari tidurnya itu sudah tidak bermakna.

Malamnya, kami berkampung di keliling katil hospital.Sangat memilukan apabila tiba saat membaca Yaasin pada orang yang tersayang begitu.Kerana dengan bacaan itu,jelas menggambarkan tiada apa lagi perlu kami harapkan melainkan ketentuan Allah yang Maha Kuasa ke atas sekalian alam ini.

Bila dapat keputusan bahawa hayat ayah sudah berakhir,memang tidak mengejutkan pun kerana kami memang sedia maklum keadaannya akan berakhir begitu.Namun serentak dengan itu juga terasa kehilangan yang teramat.Cuma pada masa itu,apa yang ada dalam fikiran adalah untuk menguruskan keadaan sebaik mungkin.Urusan pengebumian akan dilaksanakan dengan sempurna.Aku mengambil tugas untuk memandikan ayah buat kali terakhir.Biarlah kami anak-anak berbakti untuk kali yang terakhir ini.

Masa memandikan jenazah ayah, jelas kelihatan sakit-sakit(kulit)yang selama ini ada pada badan-badan arwah semuanya sudah sembuh.

Waktu van jenazah tiba di perkarangan rumah,jenazah dibawa masuk ke dalam rumah buat kali terakhir.Sekilas terpandang melalui tingkap, Iz(adik paling bongsu keluarga kami) sedang duduk di atas motosikal yang diletakkan di bawah pokok di penjuru laman rumah. Hanya menyeka air mata,menyembunyikan tangisnya.Dia merupakan pemegang status anak yatim dalam keluarga kami selepas ini.Tangisnya menggambarkan akan sedihnya dia apabila kehilangan seorang ayah,yang merupakan tempatnya bergantung,menumpang kasih,menunaikan permintaannya selama ini.

Jenazah ayah dibaringkan di ruang tamu penjuru kiblat rumah kami.Tempat itu juga sebenarnya ruangan solat bagi keluarga kami suatu ketika dulu,namun kini ruangan solat sudah berpindah ke bilik masing-masing.Tempat dibaringkan arwah ayah itu dulu juga, tempat ayah mengajar aku bersolat,ajar baca Quran, tempat aktiviti keluaga di waktu malam sementara menunggu tidur suatu masa dulu.Ini kerana rumah kami hanya ada ruang tamu dan dapur sahaja dipermulaan pembinaannya.

Selepas solat zohor,kariah kampung berserta penduduk dari kampung-kampung sebelah,kami mohon untuk mengadakan solah jenazah untuk arwah ayah.Mohon semua mendoakan arwah ayah tenang menghadap Allah,diampunkan dosanya,dirahmati oleh Allah,diberatkan timbangan pahala kebaikannya selama ini.

Jenazah dibawa ke kuburan, dan di kebumikan. Aku tidak melepaskan tanggungjawab terakhir aku untuk membawa arwah ayah ke dalam liang lahadnya.Sebab hanya itu saja peluang untuk aku menyentuh ayah,mengangkat ayah.Selepas ini aku tidak akan ada lagi peluang untuk itu semua selama lamanya sehingga aku sendiri menghadap Ilahi.

Selama ini,sejak aku mula ingat. Hanya ayah seorang saja ayah yang aku ada. Aku membesar, tiada langsung detik yang tidak ada ayah dalam memori aku selama ini. Dalam meniti perjalanan hidup sebagai manusia, menimba pengalaman menanam padi, mengukur hutan untuk diteroka menjadi kebun sehingga sekarang, mengusahakan kebun pisang bagi menghantar Nazan(abang) belajar, kerja di ladang sawit, malah turut bersama ayah semasa berkerja sebagai security di Serdang.

"Udi,cepat la mari,misi(nurse) kata ayah bukan tidur ni.Dia dah koma sebenarnya". Itu merupakan panggilan telefon dari Ita(kakak sulong) yang berjaga di hospital sementara kami balik sebentar ke rumah pada petang hari sebelum pemergian ayah kami.

"Udi,mu bertolak dah ker.Cepat la,doktor kata ayah ni memang sudah takde apa yang boleh dibuat dah". Faridah(adik) call masa aku masih lagi kat Johor tiga hari sebelumnya.

"Udi,mu sampai bila.Nazan tak kelik ker?" Ayah bersuara sebaik melihat aku berdiri di birai katilnya.

"Esok lusa dia balik la tu, ayah jangan bimbang kat dia, yang penting ayah kena sihat,orang nak bawak ayah ke rumah orang beli kat Johor tu". Aku balas dengan sebuah harapan

"Ayah.orang mintak maaf kalu ada salah silap orang dengan ayah selama ni"

"Ayah maaf dah semuanya". Masa tu bercucuran air mata ayah

Aba(adik) yang sedang duduk leka menghadap handphone di penjuru dinding terkejut dan bingkas bangun apabila situasi itu berlaku.

p/s : Ba,itu la sebenarnya yang berlaku malam tu,masa ayah menangis tu sebelum aku balik tu.






 

22 April 2014

PTPL atau MSU?

Salam,hai...Itu la ayat pertama yang dirasakan penulis(saya) untuk memulakan penulisan setelah sekian lama tidak meng'update blog ini.Selain tidak mempunyai masa,sebenarnya saya juga tidak cukup teknologi untuk membuka dan menulis blog ini selalu..Ayat macam sedang bagi alasan pada seseorang aje,padahal baca sendiri je nanti.Tak mengapa,sebab memang begitu pun hakikatnya kepada blog ini.Takde follower mahupun pembaca.

Apa yang bermain di kepala ni sejak minggu lepas,dan terasa untuk menulis di sini adalah beberapa topik.Ceh! siap bertopik tu...Padahal nanti melencong je ke lain dan kalau ada yang terbaca pun,langsung tak faham apa.Itu juga sudah menjadi kebiasaan.

Selamat pengantin baru pada Shafi dan pasangan Isp Azlie.Eh tiba-tiba pula bagi ucapan kat mereka.Tapi tak salah kot,sebab saya ucap selamat.Bukan tak selamat.Tak kan la mereka akan cari dan dakwa saya.Lagipun sehingga hari ini saya masih lagi anggap Shafi tu kawan saya,walau pun mungkin dia menganggap sebaliknya.Okey cukup sampai di situ.Titik.

Berbalik pada topik yang saya ingin perkatakan di intro tadi.Ini tentang mantan majikan saya.PTPL dan MSU.Mungkin mereka sedang menjalani kehidupan seperti biasa,mungkin lebih baik atau mungkin lebih teruk.Itu saya tidak ambil tahu.Dan kalu mereka menjalankan hidup seperti biasa,maknanya majikan sedang mengugut para staff untuk menutup kompani sekiranya bilangan pelajar baru terus tidak meningkat.Kalau mereka menjalankan kehidupan seperti biasa juga bermakna,dato presiden akan terus menganggap pemandu lori adalah pekerja yang paling hina dan sekiranya mereka(pemandu lori) berjaya menghantar anak ke PTPL atau MSU itu sesuatu yang hebat.Dan Kalau masih menjalankan kehidupan seperti biasa lagi,bermakna merekatidak mementingkan akademik pada kolej mereka,tetapi mementingkan keaktifan dalam akativiti bersuka ria sepanjang pengajian.Itu semua kalau masih seperti dulu.

Namun oleh kerana apa yang saya tahu adalah suatu masa dulu,dan janji saya bahawa sekiranya saya sudah tidak lagi bekerja di kompani itu maka saya tidak akan cadangkan sesiapa untuk belajar,hantar anak ke situ itu masih valid.Sebab minggu lepas,ada satu keluarga bertanyakan tentang MSU pada saya dan meminta cadangan saya tentang kolej tersebut.Maka jawapan saya,pergi la belajar kat tempat lain.Di situ bukan gedung ilmu,tetapi pusat hiburan.


Masa sudah tamat,saya kena sambung kerja.Sekian terima kasih.Salam


12 November 2013

Apa sebenarnya


Pernahkah saudara sekalian bayangkan satu situasi begini berlaku kepada orang yang terlalu sayang pada anda.

Deringan telefon mengejutkan suasana sunyi
“hello”
“Hello,assalamualaikum”
“waalaikumussalam,Sape ni”
“Maaf,awak kenal Sipolan Bin Sipolan?”
“Ya,dia abang saya.Kenapa?”
“Maaf,dia baru saja meninggal.Tolong hubungi ahli keluarga yang lain.takziah.”

***
“Hello”
“Sipolan dah mati”
“Bila?Kenapa?”
“……..”
“…”

Dan Sipolan bin Sipolan itu sebenarnya nama kita sendiri.Agaknya apakah perasaan mereka yang mendapat berita malang tersebut.Dan apa pula perasaan kita pada waktu itu.Sedangkan kita langsung tidak bersedia dengan keadaan itu.Kita sibuk merencana pelbagai pelan untuk terus kaya,berduit,memiliki apa saja yng diinginkan.

Malam tadi,selepas solat Maghrib,saya berasa sangat sayu.Bila satu khayalan spontan melintas difikiran saya tenteng sebuah kematian saya sendiri.Saya terbayang bertapa terperanjatnya adik saya yang berada jauh di pedalaman Serawak bila mendapat berita yang abangnya ini telah meninggal dunia.

Hampir menitiskan air mata membayangkan suasana itu,namun dikejutkan oleh isteri dengan soalan
“abang,are u ok?”
Bingkas saya dari lamunan dan seterusnya menunaikan solat Isya’.

Saja mengomen


Kalau la hidup ni semudah drama-drama slot Akasia kt TV3 tu kan senang.Walaupun banyak juga endingnya yang menyakitkan hati seperti Cinta Jannah tu.Ntah apa-apa punya cerita.Watak semua takde kesudahan.Macam tak belajar sastera pulak si penulis skripnya tu.Tema dan persoalan,sebab dan akibat semua tidak berjaya digarap.

Macam pandai pula rasa tiba-tiba ni.Komen hasil kerja orang lain yang dah bersusah payah hasilkan.Tapi apa salahnya kan,hak mengomen dan bercakap itu samarata.Bukan  satu pihak je yang berhak,macam apa yang berlaku pada kerajaan kita sekarang ni.Terasa seolah Malaysia ni tak merdeka pun lagi.Bila rakyat hanya boleh dengar apa-apa dari kerajaan saja.Suara dari lain yang tidak berpihak atas apa yang dilakukan oleh kerajaan dibisukan.Baik mereka tarik hak untuk bercakap.biar mereka saja yang bercakap.

Tapi kalau saya punya kuasa untuk menghentikan orang dari bercakap tanpa menyinggung perasaannya,sudah lama saya lakukan pada seorang ibu ni.Sebab sepanjang masa dia hanya menyuruh anaknya mandi saja.Sedangkan anaknya itu sudah tua bangka.Dan padahal anaknya itu juga sebenarnya tidak pernah pun terus pergi mandi apabila disuruh sebegitu.

Bila diamati dengan situasi itu,jelas terbukti bahawa cara didikan anak sebenarnya ramai orang tidak tahu.Mereka terlalu bersikap seperti gelas yang dipenuhi air.Tidak mahu menerima pengetahuan lain selain dari memberi makan pakai,kasih sayang,jaga perasaan dan emosi.

Anak merupakan seorang raja,ketika mereka berumur 0 hingga 6 tahun.Pada usia ini setiap keperluan dan kehendak anak-anak mestilah ditunaikan demi tumbesaran mereka.Walaupun mereka meminta untuk bermain pasir di halaman rumah.Namun dengan pengawasan.Seperti seorang raja katakan.
Seterusnya umur 6 hingga 12 tahun,status raja mereka mula ditarik perlahan-lahan.Mereka akan diturunkan tahta dan menjadi golongan yang diperintah pula.Maksudnya mereka harus mengikut perintah.Mereka akan dipaksa belajar.Sebab itu juga dalam islam menyarankan,anak yang berumur 8 hingga sepuluh tahun mesti menunaikan solat dan boleh dipukul sekiranya mengingkari.

Selepas dipaksa untuk belajar dengan asas-asas kehidupan,umur 12 hingga 17 tahun pula menjadi zaman peralihan.Iaitu antara kawalan dan juga berdikari.Jadi yang terbaik pada usia ini,mereka memasuki asrama.Kerana di asrama,mereka akan mula berdikari dalam sesetengah hal seperti menguruskan hidup.Mencuci pakaian,belanja keperluan peribadi dan juga berkawan.Tetapi itu semua masih lagi dibawah pengawasan pihak sekolah dan juga ibubapa.

Dan 18 hingga 21,mereka melanjutkan pengajian yang lebih tinggi.Jauh dari keluarga.Begitu juga bagi yang tidak meneruskan pengajian masing-masing.mereka mula keluar untuk mencari pengalaman berbekalkan pembelajaran-pembelajaran di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah berasrama tadi.Selama tiga tahun mencari pengalaman,dan seterusnya mereka akan keluar pada umur 21 tahun sebagai manusia dewasa yang mula matang sedikit demi sedikit.
 
Tapi sebenarnya siapa peduli dengan itu semua.Kalau saya perkatakan ini pada ibubapa,mungkin akan dibalas dengan kata-kata yang kurang enak didengar saja.Maklum lah,gelas yang dipenuhi air.Mana akan terima air lain lagi.

21 Ogos 2013

post review;PTPL Ampang Penipu

Tiba-tiba rasa nak review balik entri-entri lama,dan memang tidak sia-sia juga penulisan-penulisan sebelum ini. Kerana post yang paling banyak kali dibaca adalah yang bertajuk 'PTPL Ampang penipu'. Untuk pengetahuan tuan-tuan sekalian,bukan saya yang mengulang baca sebanyak lebih dari 300 kali itu. Sebab kalau saya yang baca balik,sudah pasti saya akan delete atau edit balik supaya entri tersebut akan lagi menarik atau terus tak wujud.

Sebenarnya entri tersebut dibuka banyak kali mungkin juga sebab tajuknya lebih direct,berbanding dengan entri-entri lain yang berkaitan dengan PENIPUAN yang dimaksudkan. Sebab pada masa saya menulis entri-entri lain itu,saya masih lagi salah seorang pekerja di PTPL yang seringkali memaksa pekerja-pekerjanya menipu. Menipu dalam semua hal/perkara.Tapi ni tak tipu ye..

Penipuan untuk mendapatkan lesen dari MQA,penipuan untuk mendapat gred kualiti dari MyQuest,penipuan dokumen untuk mendapat KPI yang tinggi,penipuan subjek,penilaian,aktiviti dan banyak lagi yang saya pun tak mampu untuk menghitungnya dengan jari-jari yang ada.

Yang lagi membosankan tugas menipu yang diarahkan oleh pihak kolej PTPL ni adalah apabila,akan diadakan solat hajat secara beramai-ramai di dewan supaya segala usaha(penipuan) diberkati dan dipermudahkan olehNya.

Tapi mungkin penipuan itu juga yang diperlukan oleh sesetengah keluarga untuk menghantar anak-anak mereka supaya mendapat segulung sijil atau diploma atau ijazah,dengan tahap kebodohan yang dimiliki oleh keturunan mereka.Andai penilaian dibuat secara betul dan telus,mungkin ramai yang lingkup.Mungkin je okey..

Kepada pihak pemantau kolej swasta,berkerjalah dengan telus dan jangan biarkan intergriti anda semua jatuh hanya kerana rasuah yang tidah seberapa itu.

13 Ogos 2013

KAMI MOHON MAAF

Sementara menunggu waktu balik kerja yang penuh dengan kemalasan hari ni(sebab masih lagi dalam mood raya),maka aku amik kesempatan untuk update blog. Hehehe

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin (di bulan Syawal pulak.Sebab entri hari tu dah ucap,tapi xde gambar)

Kepada kenalan kenalan kami(aku dan isteri) harap sudi maafkan kesalahan kami sepanjang mengenali anda semua.

Sekian terima kasih.

2 Ogos 2013

Entri pendek

Selamat hari Jumaat kepada semua yang membaca. eh macam tak perlu  je ucapan tu kan?sebab tak semestinya korang terbaca entri ni pada hari Jumaat kan. Mungkin hari ahad,hari raya atau hari Hol. yang sebenarnya sampai saat ni aku tak tau lagi apa maksud hari hol yang ada kat kalendar kuda tu. Padahal dah cukup tua kot aku atas muka bumi ni.

entri ni sebenarnya bukan nak bercerita tentang hari hol pun sebenarnya,tapi aku saja nak berkongsi apa yang sedang aku lakukan selain menaip. Ya,aku sedang dengar radio Hotfm(muzik paling hangat). Selain lagu raya silih berganti dimainkan,lagu 90 an juga dimainkan.Baru saja lepas lagu Butakah Cinta-kumpulan Spring.

Apa yang terbayang dalam fikiran korang kalau dengar lagu tersebut?Tapi mungkin jugak anda tak terbayang apa-apa pun.Maklum la anda bukan seorang yang banyak imaginasi.Hehe.Tapi kalau aku pulak,bila dengar lagu tu akan terbayang masa aku tingkatan dua.Naik bas gi sekolah(lagu tu selalu dipasang dalam bas.Teringat makan keropok lekor kat kantin.Dan yang menyayukan fikiran adalah,terbayang ketika itu usia masih muda.Sekarang dah tak semuda itu.

Salam.Itu saja entri aku.Nak gi solat Jumaat le.