15 November 2012

saya ada entri baru

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. AKHIRNYA AKU BERKUASA
3. MESTI ENCIK AZMAN DAH TAU KAN?
4. PELUANG DATANG KEMBALI
5. SELANGKAH KE PINTU NERAKA
6. DERITA SEORANG WANITA BUJANG DI PTPL

Setakat ini hanya senarai isi kandungan saja dipamerkan.Dan senarai seperti yang di atas itu akan dimasukkan kemudian suatu hari nanti. Semoga sabar menanti kepada peminat-peminat saya di luar sana.



PENGENALAN


Bahagian ini adalah menceritakan secara sepintas lalu tentang setiap apa yang terkandung dalam sub-tajuk yang telah disenaraikan dalam isi kandungan pada entri yang lepas. Dalam sub-tajuk yang disenaraikan tersebut mungkin terlalu tergantung dan menjadi persoalan kepada pembaca-pembaca setia saya.

Tentang kekuasaan yang telah diperolehi, peluang,penderitaan juga persoalan yang ditandakan dengan tandas oal(?) dalam sub-tajuk itu membawa maksud-maksud yang tertentu yang mungkin akan memberi pendedahan yang boleh dipertahankan dengan mengatakan itu adalah suatu fitnah. Tapi untuk pengetahuan anda,saya mempunyai sumber yang paling dekat dengan maklumat yang disampaikan itu.

Selain dari sumber-sumber terdekat juga, cerita-cerita yang dituliskan adalah berdasarkan kebijaksanaan penulis tentang mengkaji sikap dan tingkahlaku manusia sekeliling yang tidak dipedulikan oleh kebanyakkan orang sehingga ianya meresap ke dalam masyarakat bagiakan suatu yang normal.Atau mungkin juga kerana tidak mempunyai kuasa,dan demi menjaga kepentingan diri sehingga ramai yang sanggup jadi buta,pekak,bisu dan sebagainya.

AKHIRNYA DIA BERKUASA

Kuasa memang diimpikan dan dikejar oleh sesiapa saja walau mereka menafikan akan perlakuannnya itu. Dan sebenarnya kuasa memang milik sesiapa saja.Namun harus diingat,sehebat mana sekalipun kuasa yang kita miliki tidak dapat menandingi kuasa yang dimilik ALLAH.

Sepertimana saya yang sudah memiliki kuasa sepenuhnya untuk melontarkan idea dan pemikiran-pemikiran yang sesetengahnya diakui oleh pembaca saya tentang kebenarannya pandangan saya itu. Dan jika dulu,saya menulis perkara-perkara seperti itu sudah semestinya tiada kerja lain boss saya melainkan hanya panggil saya mengadapnya meminta penjelasan dan seterusnya menurunkan tandatangan mengatakan mengaku salah.

Dengan kuasa,mereka bebas menentukan siapa salah dan siapa benar walaupun mereka sendiri sedang keliru dengan kebenaran dan sedang hati mereka sedang berkira-kira untuk meperbetul kan khilaf yang diperkatakan malah telah dipaksa pun untuk mengaku salah kepada sipemikir ini.

Bagi sub-tajuk ini,individu yang dimaksudkan merupakan seseorang yang saya pernah kenali dan perhatikan. Tentang perlakuannya terhadap orang-orang di sekelilingnya.Tentang usaha-usaha dia untuk mendapat kuasa yang mutlak sehingga tidak terkecuali dari melakukan perkara yang menjatuh nilai siviknya.

Bertentangan dengan norma dan adat yang dipupukdalam jati diri melayu. Menepis pernyataan bahawa bangsa melayu adalah satu bangsa yang kaya dengan norma dan pegangan sosio-budaya yang berlembut,tajam tidak membunuh dan sebagainya.





Tumbuh berpunca

Punca penuh rahsia

Tumbuh tidak melonjak awan

Memanjat tidak memijak kawan

Tapi melingkar penuh mesra



Rangkap itu mungkin langsung tidak relevan sekiranya ingin dipadankan dengan perlakuan oleh manusia yang saya maksudkan ini.Kerana dia mahu tumbuh sehingga menginjak awan di angkasa.Manakala untuk memanjat pula dia senantiasa memijak kawan dan menyusahkan orang sekeliling.Dan kemesraan?Penuh makna dan sangat merbahaya.

MESTI ENCIK AZMAN DAH TAU KAN?

Malu la kalau cakap
“saya tak tahu”.
Sebab sepanjang anda berada di situ,macam-macam kebodohan yang dilakukan akan diperkatakan kepada ahli akademik dan sekutu-sekutunya. Dan tidak mustahil juga disampaikan kepada orang-orang yang berada di luar PTPL Ampang.Seperti rakan-rakannya yang berada di PTPL seluruh Negara yang boleh dihubungi.

Anda juga patut tahu bahawa anda sedang ditikam dari belakang untuk menampakkan bahawa dia seorang yang hebat,prihatin,berbakat,setia kepada pemilik yang ternyata buta dengan tipu daya orang-orang di sekelilingnya yang sedang gilakan kuasa.

Reputasiandatelahdijatuhkanolehseorang yang tamak,ituandatakperlumenyangkalnya. Berkerjalahsebagaiseoranglelaki yang dayusdandipandangsinisselamanyaolehsekutu-sekutunya yang sedangketawasehinggamengalir air kencingdarikemaluanbusukmereka.

PELUANG DATANG KEMBALI

Bahagianiniadalahmerujukkepadamanusia yang memegangjawatan Head of School Unit.Keranakepuraanterhadapjanggut yang panjang,wajah yang bersih,penampilan yang kemas. Sebenarnyamenggilaigadis yang mempunyaikulitputih,tinggi,punggungbesar(terutamanyaketikamenaikitangga).

Cinta yang tidakberbalassebeluminiakanmendapatpeluanguntukbertautkembali. Mungkindenganpeluangkuasa yang diperoleh,makaakansebolehnyamenciptaseribusatu alasan untukbersama. Hati-hati la ye Shafi,lagipunandasudahberpunyakan.Hahahaha

SELANGKAH KE PINTU NERAKA

Mendapatjawatanbaru,bertambahlahpengabaiankepadasuamidananak. Makanuntukjawatanbaruini,mungkinucapan ‘takziah’ lagisesuaiberbanding ‘tahniah’.

Hentikanlahdariterusmengagungkankepadatuhan yang salah.Tuhan yang satuAllah,danselepas Allah pula adalahsuami yang patutdiperhambakan. BukanDato yang bukansesiapaitu.Minumsambilberjalan.Suapmakanankemulutdengantangankiri.

DERITA SEORANG WANITA BUJANG DI PTPL

…SAMPAH??...

2 November 2012

Buah Tangan

Sebagai intro

Setiap idea penulisan yang saya lakukan biasanya adalah berkaitan dengan apa yang berlaku berhampiran saya atau memang saya alami sendiri. Tentang apa yang inigin saya perkatakan atas tujuan tertentu.Orang atau organisasi yang berkaitan dengan saya adalah merupakan mangsa kritikan saya dulu,kini dan selamanya.

Dan kini,saya hanya tinggal bersama keluarga dan orang-orang yang saya tidak bercadang untuk mengkritik mereka di sini.Dengan sebab itu jugalah,sejak akhir-akhir ini sudah agak kurang entri-entri baru saya.

Takkan pula saya nak ceritakan tentang masalah didikan anak-anak yang salah, kasta dalam keluarga, tanggungjawab suami isteri, solat, hukum hakam dan sebagainya.

Kalau dulu saya bercerita tentang organisasi yang saya ada di dalamnya, yang saya tahu sistem pengurusannya, yang saya boleh agak apa perangcangannya, yang saya dapat mengkritik keegoannya, dan yang saya berpeluang untuk membetulkannya. Jangan risau,saya tidak akan berselindung organisasi mana yang saya maksudkan. PTPL Ampang dan MSU.

Jadi kalau ada pihak yang ingin mendapat maklumat secara telus mengenai organisasi ini,jangan tanya orang lain. Sebab mereka akan tipu anda. Sama seperti semasa mereka menipu proses MQA dan MyQuest. Begitu juga dengan menipu pelajar dan keluarga dangan kualiti yang sebenarnya langsung mereka tidak sediakan untuk pelajar-pelajar yang membayar yuran pengajian berpuluh ribu di pusat pengajian mereka.

Tukar cerita

Ketika baring-baring atas tilam pagi tadi, saya buka Berita Harian online. Apa yang tertarik oleh pandangan saya dalam banyak-banyak tajuk utama adalah tentang pengiktirafan cemerlang terhadap IPT tempatan. Yang dipanggil sistem penarafan SETARA. Mungkin bagi mereka yang bukan dalam bidang pendidikan agak asing dengan benda ni. Tapi bukan bagi saya. Namun saya tidak bercadang untuk menjelaskan apa itu SETARA di sini.

Apa yang saya ingin perkatakan adalah, saya tidak jumpa perkataan MSU dalam artikel dalam Berita Harian itu. Adakah sebab skrin handphone saya tidak cukup besar atau memang nama MSU tidak diperkatakan. Maklum saja,mereka memang tidak mementingkan kecemerlangan pun. Sedangkan penarafan SETARA adalah untuk yang cemerlang.

Dan itu juga sebenarnya suatu perkara yang baik,kerana sekurang-kurangnya tidaklah dicanang setiap kali majlis konvo dan sebagainya sehingga naik bosan staff yang dipaksa mendengarnya. Padahal sebelum itu,para staff dipaksa untuk menipu segala data supaya diiktiraf cemerlang. Buat malu staff pada diri sendiri saja. Kecuali bagi mereka yang betol-betol bodoh dan tiada rasa malu.

Publisiti

Malam tadi saya melalui jalan Seksyen 13 ke Tesco Extra Shah Alam, saya terpandang bangunan berhantu MSU. Kenapa saya kata berhantu? Sebab bangunan yang dibina dengan hasil usaha yang menipu dengan mengutip duit dari pelajar yang terpaksa berhutang sedangkan mereka akan keluar dengan keadaan yang naif saja apabila tamat pengajian nanti.

Padahal kalau duit yang dikutip itu dilaburkan sedikit untuk menambahbaik keperluan kolej-kolej PTPL bagi menjadikan sistem yang dicanangkan lebih baik. Sediakan prasarana,tenaga pengajar. Beri latihan dan gaji yang setimpal supaya pensyarah. Bukan memaksa para pensyarah untuk belajar dalam satu malam untuk mengajar pelar esok hari. Mana mutu dan kualiti yang dicanangkan?

Tapi apa yang saya fikirkan malam tadi adalah, supaya jaganlah MSU ini meletup atau terbakar. Sebab kalau itu yang terjadi,mereka akan mendapat publisiti murahan dan akan lagi berpeluang untuk menipu dengann lebih rancak lagi. Biarlah ia terus jadi bangunan hantu yang tiada pelajar terus kena tipu.

5 Oktober 2012

KEMBALI

Kembali bercerita


Tiba-tiba saya terkenang bulan-bulan terakhir di tahun 2010,apabila mendapat panggilan dari seorang ‘kawan’ lama. Sebenarnya bekas teman serumah.

Sepanjang kami tinggal bersama, masing-masing hanya menjalankan hidup sendiri dengan kerja dan urusan peribadi lain.

Aktiviti yang kadang-kadang dilakukan bersama cuma membaca surat khabar, bersahur (itu pun kalau masa dah nak imsak) dan berbuka puasa.

Namun walaupun begitu,secara peribadi saya berpendapat kami seperti satu keluarga yang berfikiran terbuka dan tidak mengganggu urusan hidup antara satu sama lain

Sehinggalah baru-baru ini dia menelefon saya untuk menjemput ke majlis kahwinnya. Namun oleh kerana lama tidak berhubung dan dia sudah menukar nombor baru,dia terpaksa memperkenalkan dirinya.

“hello,Udi. Ni aku, Azman.”

“Azman,Azman mana ye?”

“Azman, bekas hausemate ko dulu. Kita sewa kat Ukay Perdana. Apartment apa ntah,aku lupa. Tapi hari tu ko ada mesej raya kat aku”

“Hah!!!?”

Saya begitu terkejut dengan penjelasannya itu. Kerana selama ini saya mengenali dia sebagai AZUAN. Rupa-rupanya saya telah tersalah dengar namanya ketika kali pertama berjumpa dan berkenalan, atau dia memang cakap namanya AZUAN…

Apa-apa pun, selamat pengantin baru dan semoga berbahagia la untuk mereka.


Penulis bergambar dengan pengantin ASP Norazman dan Azlinda


Remaja bilik sebelah (Mohd Ahlam)

Oleh kerana cerita di atas itu tentang ex-hausemate,maka saya cuba untuk menjaga hati seorang lagi bekas teman serumah. Dia merupakan salah seorang pembaca blog saya ini,jadi entri ini boleh bermaksud sebagai penghargaan terhadapnya barangkali selain mengambil hati.

Memiliki nama gelaran sebagai GADUK. Ini juga sebenarnya mengelirukan saya ketika mula-mula kenal suatu ketika dulu. Kerana saya menyangkakan nama itu adalah KADUK,yang berasal dari cerita rakyat iaitu Hikayat Pak Kaduk.

Tapi sebenarnya ia tiada kaitan langsungg denga cerita itu, kerana nama tersebut adalah diambil dari jenama kain pelikat iaitu ‘Gajah Duduk’ dan digabungkan menjadi GADUK.

Namun cerita paling kelakar sehingga saya gelak sampai sekarang dari GADUK ialah cerita mengenai seorang kawannya semasa mula-mula masuk UiTM. Dimana kawannya itu melepaskan kentut ketika mereka berdua baru saja mendaftar masuk dan akan jadi rakan sebilik.

“Hang kentut ke?”

“Em,he he”. Dengan gaya malu-malu kawan barunya itu mengakui baru lepas kentut.

Dan untuk Ahlam(gaduk) dan Amy,selamat menyulami hidup bahagia bersama hingga ke akhir hayat.      


Kawan yang merbahaya 
 "Kalau kita nak tahu siapa kita,kita kena tengok siapa kawan-kawan kita". Mungkin anda pernah dengar ungkapan sebegitu, dan mungkin juga tidak. Dan ada juga ungkapan itu digunakan oleh penceramah motivasi keluarga dalam mengenali anak-anak remaja. Iaitu untuk mengenali anak-anak,perlu kenal kawan-kawannya.  

Namun di sini saya bukan bercadang untuk mengajar anda pembaca untuk mendidik anak-anak,kerana saya belum penuh ilmu di dada lagi untuk mengajar tuan-tuan. tapi saya mungkin dapat berpesan melalui pengalaman yang pernah dilalui dan diceritakan.  

Mencari kawan seramai mungkin itu sesuatu yang baik. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin anda akan mendapat kawan yang berperangai seperti salah seorang bekas kawan saya yang pernah berkerja di PTPL Ampang.  

Kerana kawan seperti itu,akan menjadi racun dalam hidup saudara saudari dengan perlakuannya yang suka mencari maklumat dan seterusnya mengadu domba demi politik untuk menjaga kedudukan dan kepentingannya di mata yang berkenaan. 

 Tindakannya itu sebenarnya telah banyak menyusahkan perjalanan hidup dan kestabilan geografi suasana kerja bagi orang-orang lain selain beliau kehilangan kepercayaan. 

 Tapi jangan risau kawan-kawan saya lain dan yang budiman,saya akan turun Ampang untuk mendengar luahan anda dan saya akan terus menjadi roh hantu dalam hidup mereka yang menindas.Hahahaha

20 September 2012

pesanan dari seorang Hero

"Awak cuba la call dia,mungkin dengan awak dia bagi muka"

Atau

"Takpe,biar saya bercakap dengan dia.Mungkin dengan saya dia segan sikit"

Atau

" ................."

p/s: andai ada sebarang permintaan,sila text saya.Mungkin saya akan buat pertimbangan untuk menghulurkan bantuan.Lupakan pengaruh dan penghormatan yang orang berikan pada anda.Saya tidak peduli itu semua.

11 September 2012

  
 Memandangkan blog saya ini semakin hangat dengan peningkatan pageviews mengikut stastik dari blogspot,jadi saya rasa perlu untuk saya meredakan kembali suasana yang hangat ini. Maka di bawah ini saya sediakan sebuah lagu. Selamat berhibur.


 




jangan soal.

8 September 2012

Saya Tak Profesional?

(profésional)
1. yg berkaitan dgn (bergiat dlm) bidang profesion (spt undang­-undang, perubatan, dll): golongan ~; ahli ~;
2. berasaskan (memerlukan dsb) kemampuan atau kemahiran yg khusus utk melaksana­kannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu: setiap pengurus atau eksekutif dlm satu-satu firma harus tahu mengurus secara ~;
3. melibatkan pem­bayaran dilakukan sbg mata pencarian, men­dapat bayaran: mereka perlu mendapat bimbingan seorang jurulatih tenis ~;
4. orang yg mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran, dan kemahirannya) sesuatu bidang profesion; memprofesionalkan menjadikan bersifat atau bertaraf profesional: persatuan bola sepak negeri itu tidak ketinggalan utk ~ pengurusan skuad negeri dgn melantik jurulatih asing; pihak pengurusan tertinggi jabatan memang serius dlm soal ~ jabatan dan anggotanya; keprofesionalan kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu.


Kamus Dewan Edisi Empat

Saya kurang faham dengan tuduhan bahawa saya tak profesional yang hangat diperkatakan oleh ramai orang di sana. Maksudnya di Kolej PTPL Ampang. Atau orang yang menyebut perkataan itu sekadar sebut dan tidak faham pun apa maksudnya. Sepertimana yang mereka lakukan dalam solat dan ibadah-ibadah lain,yang sekadar ikutan sahaja. Langsung tidak faham isi kandungannya.

Sebab kalau perlakuan saya dianggap tidak profesional,bagaimana pula dengan perlakuan orang lain di sekeliling saya. Adakah semua yang mereka lakukan itu saja "profesional"? Antaranya seperti berikut;

1. Setiap kali meeting atau perjumpaan staff,akan terpacul dari mulut bos,"saya hadap dia berubah". Padahal perjumpaan secara empat mata sudah berlangsung. Itu ker profesional?
2. Semua orang apabila terserempak,akan berjabat tangan dan mengucapkan Selamat Hari Raya. Tapi Fairul Nizan (PM SISE) tidak. Profesianal kah itu?
3. Nor Hayati (HOA) menyingkirkan 'Izaty dan melobi untuk Fazila(PM SBMP) naik pangkat,padahal tujuannya adalah untuk mengangkut budak tu ke hulu ke hilir memandangkan dia belum bersuami sehingga tidak disukai oleh arwah ibu Fazila kerana mengganggu anaknya apabila masa hujung minggu pun dirampas,datang ke rumah tanpa diundang,menelefon beratus kali setiap hari. Adakah itu profesional?
3. Minta surat tunjuk sebab dari saya yang tidak datang kerja sehari,sedangkan Fairul hilang 3 hari dan pura-pura gila,adakah dapat surat tunjuk sebab?Profesional?
4. Melarang staff rapat dengan saya.Itu profesional
5. Kecil hati sebab saya buat personal loan tanpa bagitahu bos.Profesional?
6. Guna duit kelab pelajar untuk kegunaan sendiri. Profesional?(anda selamat sebab saya tak sebut nama)

Dimudahkan cerita,saya memang tak profesional. Sama macam anda semua

29 Ogos 2012

MIDLEY STORY

"orang yang paling berani di sisi Allah adalah orang yang banyak bersabar"

Maka kalau anda berani,bacalah entri ini sampai habis dengan penuh kesabaran. Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin.

SUATU hari,di bilik 204 diadakan sebuah bengkel untuk kakitangan akademik kolej PTPL Ampang.Bengkel Mockteaching. Sementara menunggu semua staff akademik sampai,ketua akademik memberi kata-kata aluan,nasihat,peringatan,objektif program dan sebagainya kepada staff yang sampai awal.Sekejap tenang,dan sekejap beremosi. Dan sebenarnya begitulah selalu.


Dalam kata-kata aluan tersebut,tertangkap oleh halwa telinga tentang suatu persoalan antara pujian dengan sindiran. “saya pun pelik,staff kita diperlukan sangat oleh orang di sana walaupun saya dah cakap staff tu takde subjek FE semester ni”. Dalam hati mula terdetik persoalan,”aku ker yang dimaksudkan?Kalau aku,kenapa? Teruk sangatkah aku sampai nak sangat nama aku dimasukkan dalam senarai?Atau bagus sangatkah aku untuk urusan mereka?”. Dan akhirnya persoalan tersebut berlalu begitu saja dalam benak saya seoarang atau semua orang tanpa jawapan yang pasti.

Sehinggalah pada hari Bengkel Pemilihan Soalan Final di MSU,ketika Puan Kamisah datang ke meja saya dan berkata “datang jugak ye awak Syamsudi.Walaupun nama awak takde dalam senarai,saya nak jugak masukkan nama awak supaya awak datang”. Pada masa itu saya hanya senyum dan bertanya “kenapa saya?”. Dan sebenarnya ia juga jawapan kepada persoalan sebelum ni.



KEJAYAAN dari jalan atau tindakan yang salah ternyata tidak membawa keberkatan. Baca sekali lagi, kejayaan dari jalan atau tindakan yang salah ternyata tidak membawa keberkatan. Rasulullah pernah melarang seorang sahabat yang datang kepadanya sambil memuji-muji sahabat yang lain.Kerana perbuatan itu seolah-olah dia sedang membunuh sahabatnya itu.

Lebih kurang seminggu sebelum puasa tahun lepas,saya diangkat sebagai seorang hero kerana menjadi salah seorang individu penting dalam proses mendapatkan lesen dari MQA kepada PTPL Seremban,dan lebih-lebih lagi dengan jawapan menipu semasa menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh panel dari MQA. Tapi kenapa awak menipu? Mungkin itu persoalan yang timbul dari anda.

Bang,kalau saya tak menipu masakan MQA bagi perakuan kepada kursus yang ditawarkan di sana. Kalau saya tak menipu,macam mana kolej ni nak menjalankan perniagaan bang.Perakuan dari MQA tu penting. Kalau saya langsung tak bercakap, dan hanya sekadar muncul saja di sana pun sudah termasuk dalam kategori menipu. Menipu menunjukkan mereka(PTPL Seremban) cukup tenaga pengajar bagi kursus yang ditawarkan itu. Itu sudah boleh tergugat proses MQA untuk beri lesen perakuan.

Kesimpulannya adalah,hebatnya saya,heronya saya pada masa itu tidak membawa kepada keberkatan pun untuk diri saya. Untuk kerjaya saya. Sebab saya diangkat sebagai seorang hero menipu. Diangkat dari laluan yang salah.



PERNAHKAH anda terasa sayu bila mendapat RM200 secara tiba-tiba? Mungkin ya,dan mungkin tidak. Tapi andai situasinya begini; Anda memiliki ijazah sarjana muda dan berkerja yang bunyinya hebat didengar. Pensyarah. Balik ke kampung sekali sekala sahaja menjenguk keluarga kerana sibuk dengan kerja. Manakala orang yang menghulurkan RM200 itu pula adalah ayah anda yang berusia 63 tahun,kerja guna kudrat di kampung dan sekarang sedang menderita sakit. Untuk minta menghantarnya berjumpa doctor,terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi mengisi minyak kereta anda.

Orang tua itu bereaksi begitu simpati tatkala melihat slip gaji anaknya yang konon berkelulusan university,berjawatan penting. Pensyarah. Mengajar di IPT, yang merupakan gedung ilmu tertinggi zaman ini. Tapi rupa-rupanya,banyak yang orang tidak tahu. Anaknya hidup daif di kota dan berselindung di sebalik nama pekerjaan yang gah. Pensyarah.



AKU akui sebenarnya sedang dihambat igauan dari bayang-bayang sendiri. Hai tiba-tiba pula guna kata ganti nama diri dengan ‘aku’. Biasanya guna kata ganti nama ‘saya’. Tapi yang pastinya bukan persoalan tatabahasa mahupun kata ganti diri yang akan cuba disampaikan di perenggan ini. Tapi tentang diri sendiri. Tentang permasalahan. Tentang perasaan. Tentang ketakutan. Tentang keputusan. Tentang memutuskan.

Apa yang dimaksudkan dengan “dihambat igauan dari bayang-bayang sendiri” itu adalah mengenai situasi hidup saya sekarang. Apabila saya nekad untuk meninggalkan kerja yang memang secara jujurnya saya minat dan sangat sayang. Ini kerana petanda yang saya akan diundi keluar oleh tangan-tangan yang berkuasa semakin dirasai. Jadi sebelum saya diundi keluar,biar saya dulu yang mengundi mereka keluar dari geografi hidup saya. Mesti anda tak faham. Hahaha.

Sebenarnya begini,mengikut perkhabaran dari bayu yang bertiup,taufan akan membadai tidak lama lagi. Maka dengan itu,berkemungkinan apa-apa atau siapa-siapa yang mungkin tidak membawa keuntungan kepada organisasi akan dibiarkan pergi bersama taufan tersebut. Atau mungkin dicampakkan terus supaya tidak menjadi beban semasa mengahapi taufan itu. Mereka akan terus memegang erat barangan yang akan terus membawa keuntungan. Itu salah satu langkah yang bijak juga. Anda masih tak faham? Hahaha.

Baiklah. PTPL Ampang mungkin akan ditutup sebab kos operasi melebihi pendapatan kerana bilangan pelajar semakin berkurangan. Jadi,salah satu cara mengurangkan kos operasi adalah dengan mengurangkan staff. Jadi,untuk mengurangkan staff,maka kena buang staff. Untuk buang staff,kena buang yang sepatutnya,iaitu yang berAKAL. Sebab kalau dibuang yang tak berakal,mungkin dia akan bunuh diri sebab tak dapat kerja lain. Jadi pilihan yang paling sesuai sudah pastinya saya. Tak faham lagi? Anda memang bodoh.



SELEPAS melabuhkan punggung di kerusi opis berwarna biru yang ditarik keluar sedikit dari meja saya, saya terpandang sekeping kertas yang merupakan slip gaji bagi pekerja PTPL. Lantas saya membuka lipatannya untuk mengetahui milik siapa slip gaji tersebut. Sementara mencari maklumat pemilik,saya juga sempat melihat berapa gajinya. RM1,600. Gaji pokok,dan setelah ditolak EPF dan SOCSO,ada la RM1,4++ gaji bersihnya. Terdetik dihati saya,”sikitnya gaji dia” lalu saya letakkan kembali slip gaji tersebut di tempat asalnya tadi. Di bucu meja saya.

Ceritanya bersambung lagi. Selepas habis kelas,saya kembali lagi ke meja dan mendapati slip gaji tersebut masih lagi ada di situ. Lalu saya membaca nama pemiliknya sedikit kuat,untuk menarik perhatian empunya diri. Kerana pada masa itu,saya belum lagi ingat nama setiap orang memandangkan saya masih baru di situ.

Mendengar namanya dibaca,pemilik slip tersebut dengan terkejut berpaling dan merampas slip gaji dari tangan saya dan membuatkan saya terpinga-pinga. Lantas dia bertanya, “awak dah bukak belum?”

“saya tak bukak,saya baca nama kat depan tu je”. Penipuan pertama saya di PTPL. Tapi niat saya baik,saya tak mahu dia malu dengan saya sebab gajinya begitu sedikit. Sedangkan dia sudah kerja selama setahun pada masa itu.

Ceritanya tak berakhir di situ. 6 bulan kemudian,pihak MQA akan datang untuk membuat penilaian dan seterusnya meluluskan lesen bagi program Diploma Rekabentuk Grafik (DRG). Dalam taklimat persediaan menerima lawatan MQA tersebut,juga diperkatakan oleh bos tentang gaji.

“Kalau mereka(MQA) tanya gaji,jangan bagitau. Cakap aje cukup”. Pesan bos pada kami.

Saya mula teringat peristiwa staff yang begitu risau saya tahu gajinya yang sikit itu. Rupanya bukan dia sorang saja,bos pun risau pihak lain tahu yang PTPL ni bayar gaji pekerjanya terlalu rendah sehingga tahap malu untuk diketahui orang. Seolah-olah menjatuhkan maruah.

Tapi memang betul-betul malu,andai para pelajar tahu yang kami pensyarah mereka ni gaji hanya RM1,600 dan berlagak berjaya saja dalam kelas. Kalau anda tak percaya,tengoklah di parkir kereta dan berapa buah kereta import milik pensyarah PTPL. Pengetua PTPL Ampang pun pakai proton wira lusuh.


UNTUK ke sekian kalinya hari ini saya dapat klu kepada betulnya firasat yang berlegar di benak fikiran. Firasat yang mengatakan mata sedang memandang,hati sedang menaruh dendam dan fikiran sedang rancak merancang. Hanya menanti saya membelakangkan diri saja untuk diterkam atau terus menikam.



“ Kenapa perlu buruk sangka begini? Betul la tu tindakan mereka mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kesalahan yang dilakukan anda. Kenapa perlu mengatakan ada orang sedang menunggu peluang untuk menerkam atau menikam?”.

“Hei siapa kau?”

“Saya ni adalah pemikiran positif yang ada dalam diri anda. Yang akan merangsang motivasi dalam diri anda dengan mengatakan ‘takpe la,mungkin ada hikmah tu. Tak baik buruk sangka dan lain-lain’ padahal tu semua ayat-ayat orang bodoh yang lemah dan mudah mengaku kalah. Terima saja apa orang buat kat kita. Tapi dalam hati,menangis.”

Sambung balik perihal surat tunjuk sebab seperti rajah di atas. Saya hampir tergelak bila saya buka sampul yang mengandungi surat tunjuk sebab tu. Nampak sangat yang mereka semua ni bodoh. Nak tahu kenapa?

Sebab sebelum ni,surat tunjuk sebab saya dapat dari Ketua Akademik (HOA). Tapi hari ni,saya dapat surat tunjuk sebab dari Pengetua Kolej PTPL Ampang. Harap lepas ni saya tak dapat surat tunjuk sebab dari Programme Coordinator (PC) la. Persoalannya,adakah mereka semua sedang gilakan kuasa untuk menghukum sehinggakan setiap orang mahu keluarkan surat tunjuk sebab? Kerana setiap satu surat tunjuk sebab akan ditolak 10 point dari KPI nanti.



16 Ogos 2012

SALAM LEBARAN

Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku di atas kesalahan-kesalahan pada sesiapa yang berkenaan.
Dan untuk ke sekian kalinya,saya langsung tidak berniat melakukan kejahatan terhadap anda.
Namun sesuatu yang jahat itu terjadi jua kerana kelemahan saya sebagai seorang manusia.
Andai bersisa lagi kemaafan,saya memintanya.Namun andai maaf sudah tiada,saya redha..

14 Ogos 2012

Surat Letak Jawatan

Bangun tidur pukul 8.10 pagi tadi memang rasa berat amat untuk datang kerja. Namun,digagahi juga bila memikirkan tanggungjawab kepada pelajar. Ada yang terpaksa menaiki beberapa public transpot untuk sampai ke kolej. Selain itu,minat mengajar dan bercakap meluahkan idea juga menjadi penguat semangat untuk terus bangkit bersiap untuk datang kerja.

Tapi semua yang di atas itu terpadam apabila melangkah masuk ke dalam kelas pada pukul 9.00. Bilik 202,atau Bilik Lukisan. Dengan susunan mejanya,dengan kertas di atas meja,dengan kualiti hasil kerja yang dihantar dan sebagainya. Membuatkan jiwa tersentuh,hati berkata-kata; mereka(pelajar) tak pernah pun cuba untuk menjaga hati pensyarah mereka ini. Padahal sudah berulang kali diingatkan,dipesan,diberitahu supaya jaga kebersihan kelas. Susun balik meja dan kerusi selepas digunakan atau di alihkan. Lukis secara serius,jangan fikir cepat siap saja. Sebab saya sudah beberapa kali dikomplen sebab keadaan kelas ini. Tak kesiankah mereka andai saya dimarah pihak atasan kerana perbuatan mereka. Tapi semua tu langsung tidak memberikan kesan sedikit pun dalam benak mereka.

Patutlah dalam laporan survey untuk tiga semester lepas, saya penghuni kelompok terbawah. Rupanya saya telah buat kesilapan dalam teknik mendidik mereka. Saya memberi nasihat pada setiap kali sesi kelas. Pada hemat saya,mereka akan sedar dan jadi manusia yang berguna. Saya silap,layan mereka seperti manusia. Nasihat sebenarnya untuk merangsang akal. Sepatutnya saya layan mereka macam binatang. Bukan pendekatan nasihat.

Setelah menunggu selama 46 minit,barulah muncul seorang pelajar yang datang kelas. Pukul 9.46. Padahal kelas sepatutnya bermula jam 9.00 pagi. Ini satu lagi sikap yang saya tak mampu ubah melalui nasihat dan amaran. Kepentingan dalang kelas seolah diambil mudah. Seminggu nak raya,sudah balik kampung. Nak beli baju raya sampai tak datang kelas. Datang kelas ni seolah mengisi masa lapang saja. Sekiranya ada hal lain,walaupun tak penting maka hal tersebut lagi diutamakan.

Kesimpulannya,penulisan hari ini adalah meluahkan kegagalan saya mendidik selama 3 tahun berada di sini. Maka dengan itu,saya mengumumkan perletakan jawatan sekarang. Muktamad. Sekian terima kasih kerana membaca

10 Ogos 2012

kejadian semalam

“SAYA tak curi bang. Saya mari nak check duit gaji. Saya nak ambik helmet,sebab helmet saya kena curi”. Penjelasan dari suspek ketika saya melangkah masuk dan duduk di kerusi ala bos di bilik yang menempatkan suspek pencuri yang baru ditangkap oleh En.Syukri dan beberapa orang student. Mungkin dia nampak saya macam seseorang yang berpengaruh di situ,dengan muka serius dan bergaya mewah:kemeja hitam jalur putih,tie ada kerawang,jam tangan berjenama Crocodile,kasut kulit hitam jenama Bonia,mata coklat merenung tajam dan rambut panjang seperti model sambilan.


Tanpa mempedulikan penjelasan suspek itu,saya mengajukan soalan kepada En.Shariman yang berkawal dalam bilik tersebut bersama seorang student.”Mana korang tangkap dia?”. Dan jawapan dari En.Shariman tidak dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya kerana di masa yang sama suspek tersebut sedang memberi penjelasan yang sama seperti mula-mula melihat saya tadi.

Lalu saya menerpa ke arahnya seperti singa lapar lalu membelasahnya bertubi-tubi bagai dirasuk roh jahat sambil memberitahunya “aku masuk dalam bilik ni bukan nak dengar kau mengaku atau kau menafikan. Tapi aku masuk untuk belasah kau. Dah sebulan aku tunggu hari ni”. Sehinggalah saya dihalang oleh En.Shariman dan En.Syukri yang ada dalam bilik itu.

Setiap minggu yang lepas,mesti akan datang beberapa orang pelajar yang datang jumpa saya untuk minta melihat rakaman CCTV kerana barang mereka telah dicuri. Dan apabila melihat rakaman tersebut, wajah orang yang sama akan tertayang sedang rakus menyelongkar beg mereka dan mengambil apasaja barangan yang ada.

Melihat kepada kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh para pelajar yang menjadi mangsa perbuatanya tersebut,membuatkan hati saya membara dan mula menyimpan dendam. Kesombongannya yang mengulangi perbuatan mencuri di hari yang sama dan waktu yang sama setiap minggu lagi membuatkan dia diburu. Dan itu juga menyebabkan gambarnya tersimpan dalam poket seluar saya setiap masa. Dan saya akan tunjukkan kepada sesiapa saja supaya mereka kenal dengan buruan saya itu.

Dia juga sebenarnya sangat bertuah kerana,sejak saya hidup selama 30 tahun,dia orang pertama yang saya belasah tanpa perasaan simpati(masa kejadian tadi je,sekarang dah rasa kesian. Sakit tu. Sampai berdarah-darah). Tapi bak kata pepatah;terlajak perahu boleh diundur,terlajak laku buruk padahnya. Perlakuan pencuri tu sudah terima padahnya,tapi terlajak laku saya tadi entah apa padahnya. Wallahualam…

24 Julai 2012

Usap sampai lenguh

Aduh benci betul la kalau lama tak menulis ni.Mesti idea macam payah je nak keluar.Ayat pun susah nak susun walau sudah ada idea.Nak kritik or menyindir pun diri sendiri aje yang faham.Contohnya macam sekarang ni,ideanya adalah saya nak cerita tentang kejadian semalam.Salah seorang mak pelajar call saya pagi-pagi.Sebenarnya takde la pagi sangat pun.Sebab dah pukul 8.45 pagi.

Tujuan dia call adalah untuk memberitahu anaknya terlajak tidur.Sedangkan pagi semalam ada Ujian Amali yang perlu dihadiri oleh anaknya pada jam 8.30 pagi.Dia meminta saya memberitahu pengajar supaya membenarkan anaknya itu masuk ke bilik Ujian andai terlewat sampai kolej.Dan jangan terlalu bertegas dengan anaknya itu.Saya hanya mengiyakan saja.Dan buat apa yang diminta.

Pukul 9.30 pagi,sekali lagi dia call saya.Tapi kali ini dengan sedikit beremosi dan marah-marah.Sebab anaknya tadi tetap tidak dibenarkan untuk menduduki Ujian tersebut.Macam-macam yang dibangkitkan.Pihak pengurusan.Waktu yang dianjak.Nak gugurkan subjek sebab dah rasa akan faile.Dan saya menganggap itu sekadar provokasi pendek akal saja.Sehinggalah dia cerita perihal anaknya yang dah berubah;tak keluar malam.Oleh kerana bulan puasa,dan saya pula sedang menjalankan ibadah,maka saya dengar saja.Tu pun handfon  saya letak jauh je dari telinga.Malas nak layan.

Berceritalah dia tentang pantang larang berhadapan dengan anaknya itu.Anaknya itu tak boleh dimarah-marah,tak terima nasihat.Dia sempat cakap lagi,"En.Udi je faham perangai anaknya.Dia langsung takde masalah dengan En.Udi."Tapi saya cakap dalam hati,"saya bukan 'faham',tapi saya 'rasa'.Saya 'rasa' yang dia nak dilayan macam kucing Parsi.Dan saya takkan buat macam tu.Baik saya fikir benda lain.Dan untuk pelajar lain.

Dia juga cuba salahkan pihak kolej kerana menukar waktu operasi dengan alasan bulan puasa.Katanya kalau guna waktu biasa,mesti anaknya sempat untuk sampai dan dapat menduduki ujian itu.Pukul 9.30.Ni start pukul 8.30,sebab tu anaknya tertidur dan tak sempat sampai.

Saya hanya respon kepada emosi dia dengan satu ayat aje."anak puan sorang je yang masalah,budak lain semua dapat datang."Tapi ayat monolog saya pula,"anak puan tu yang taknak jadi manusia.Nak bercakap tentang 'kalau',kalau ujian tu bermula pukul 9.30,dia akan tertidur sampai pukul 10.00 pulak.Sama juga tak dapat masuk nanti.Jadi jangan nak menangkan anak sangat ye.Saya pun tak menangkan kolej ni.Tapi menyampah la pagi-pagi,puasa-puasa,ngantuk-ngantuk ni."

23 Julai 2012

"Sebagai salah seorang blogger yang beragama Islam,terasa janggal sekali jika tidak saya post entri sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Mungkin walau hanya uncapan "selamat berpuasa kepada semua,selamat bersahur,selamat berbuka,terawih dan juga ibadah-ibadah lain.Namun mungkin juga coretan luahan hati sebagai seorang hamba yang kerdil di muka bumi Allah ini."

17 Julai 2012

11 Julai 2012

Cerita di suatu pagi.

Cerita di suatu pagi.
"Gila betul si Polan tu"
"Kenapa kau tiba-tiba kata begitu?"
"Aku rasa macam dia tu songsang la"
"Pulak dah?"
"Kau tau, dia bla bla bla bla..."
"Haha aku tau.Eh aku dah agak pun.Tapi yang aku tak dapat agak adalah benda ni aku dengar dari mulut orang lain.Sebab sebelum ni aku dengar dari suara hati aku je yang bercakap.Tapi bagus la kalau orang lain pun dah perkatakan."
"Macam mana kau boleh agak tu?Tak kan pulak kau pun alami benda yang sama.Hehe"
"Bukan aku la.Bukan sorang aje yang kena.Dah ramai pun.Tapi semua diam.Ada yang dah kena teruk pun.Huh!!"
"La ye ke.Tapi kenapa ye?"
"Ntah.Tapi mengikut tuduhan aku,tu berkaitan dengan empayar.Tapi kalau aku silap,itu maknanya dia memang ada masalah jiwa la.Atau gila.Atau kedua-duanya sekali."
"Apa maksud 'empayar' tu sahabat?"
"Pengaruh"
"untuk?"
"Team"
"Tu je?"
"Ye la.Sebagai permulaan.Tapi bila dah terjebak,alamatnya dah tak peduli diri sendiri la.Jadi zombie.Kau nak?"

Tapi yang pastinya cerita pagi itu tidak berakhir begitu saja.Kerana ianya merupakan satu petanda lembaran baru akan dibuka sebagai topik empat mata.Cerita yang mungkin akan meruntuhkan sebuah angan membina empayar.Cerita yang juga mungkin akan mengaibkan kelalaian seseorang sehingga terperangkap.Atau mungkin juga cerita yang akan memusnahkan si Polan yang taksub memerangkap.

bagai sebuah kapal perang
namun beza apa di dalam
akal dibawa bebas melayang
meletup merebahkan diri
mati bukan mati
mati dengan erti
mati dengan bakti
aku belum bersedia lagi
hehe

3 Julai 2012

PTPL:Terus berjaya

Assalamualaikum.Salam sejahtera.Apa khabar?Dan yang paling penting motivasi penuh la hari ni ye.Tak mau motivasi separuh-separuh aje.kasi naik bagi penuh.Terutamanya bagi adik-adik yang sedang belajar tu.Jangan longlai saja.jangan jalan macam orang yang tengah tunggu hari nak mati saja.Semangat sikit.Ingat,menuntut ilmu ni seronok.Mau nya tak seronok,sebab lepas ni orang pandang kita sebagai seorang yang berilmu.Kalau belajar main-main,malu la nanti.Orang pandang bukan main tinggi lagi,padahal kita apa pun tadaaa.Belajar betul-betul.

Sama la juga dengan mereka yang berkerja tu.Akak-akak yang berkerja.Jangan la teruk sangat muka tu kalau ada masalah pun.Orang tengok pun takut.Elok ada satu masalah,jadi masalah lain pulak nanti.Cari kekuatan.Cari motivasi diri.Takkan nak terus macam tu aje kalau ada masalah.Kalau perlu bercakap,bercakap.Ya,bercakap ni akan merangsang otak kita untuk jadi lebih bijak dan kritis tau.Berbanding dengan kita hanya duduk diam saja.Tapi jangan la cakap benda yang bukan-bukan pula.Cakap la maklumat-maklumat yang ilmiah.Fakta-fakta yang tepat.Idea-idea yang bernas.Kalau cakap merapu saja,baik diam la pula saya rasa.

Pengalaman saya mengajar selama tiga tahu.Saya akan rasa lebih hidup dan otak saya lebih kritis apabila berhadapan dengan kelas yang pelajarnya memberi respon.Pelajar yang aktif.Mereka menjawab bila ditanya.Bertanya bila tak tahu.Ketawa bila ada perkara yang mencuit hati.Tapi kalau berhadapan dengan pelajar yang diam seribu bahasa,pegang pen dan buku nota.Senyum pun tidak.Bukan saya saja mati,kutu atas kepala pun turut mati tengok mereka.

Abang ni dah menulis entri motivasi balik?Dah tak jiwa kacau ke?Alamat bosan la blog ni nanti.Dah takde topik-topik kontroversi lagi la gamaknya nanti ni.

Hidup ni bagai berada di roda yang berpusing dik.Kalau masa dia berpusing dan meletakkan kita di atas,maka banyak la kelebihan kita.Dapat tengok macam-macam.Seronok.Tapi bila kita dah kembali ke bawah,jangan la gundah gulana sangat.Biarlah orang lain pula merasa di atas.

Tak faham ye?Baiklah,topik kontroversi akan ada.Rajin-rajin la baca kalau nak tau.Sekian terima kasih.

p/s: Andai bos baca,sebenarnya entri ini ditulis di rumah dan saya hanya tumpang internet opis untuk publish saja.

26 Jun 2012

Claim


Suatu ketika dahulu,ketika staff lelaki begitu meriah dengan macam-macam kerenah yang dipamerkan di sini.suka duka,hilai tawa dan tidak kurang juga keluh kesah tentang masalah.Kebanyakannya masalah serupa saja.Masalah si A,si B mahupun si C.

Namun saya hanya mampu mengukir senyum tawar dan memahaminya serta sedikit simpati jua.Apabila pada pertengahan bulan,akan terdengarlah satu soalan biasa.

“Claim dah masuk belum,kau dah check?” Tanya A umum.

“Aku dah check pagi tadi,tapi takde lagi”.B jawab pantas.

“Adoi aku dah sakit ni”.Lantas A mengeluh hampa.

Saya hanya mampu membisu saja tatkala mereka sedang membincangkan tentang claim dan masalah kewangan mereka itu.Mungkin juga kerana saya tidak terlibat dengan masalah seperti mereka pada masa itu.Tapi sempat juga saya bermonolog

“Kesian mereka.Gaji tidak dapat menampung perbelanjaan untuk sebulan pun.Jauh sama sekali nak hidup senang.Tambah lagi mereka yang merokok”

Saya siap salahkan tabiat merokok mereka itu lagi yang menyebabkan salah satu faktor masalah kewangan mereka.Dan saya bersyukur kerana saya bukan salah seorang daripada jumlah statistik perokok kebangsaan.Seterusnya dapat mengalihkan perbelanjaan itu ke tempat yang lebih memerlukan.

Kemudian,masa pun berlalu.Staff lelaki sudah tidak semeriah dulu.hilai tawa,keluh kesah juga sudah tidak didengari dari mereka.Si A,si B sudah tiada lagi.Tapi baru saya tahu,bukan merokok yang membuatkan mereka itu ada masalah kewangan.Keperluan yang menyebabkan mereka sesak.Gaji rendah yang menyebabkan mereka susah.Yang menyebabkan saya turut resah.

“Claim dah masuk”.Seorang staff membuat kenyataan ketika sedang lepak minum selepas waktu kerja petang semalam.

“Harap masuk la claim aku tempoh hari,dapat la menampung hidup sampai hujung bulan”.Bisik hati kecil ketika disampaikan perkhabaran tentang claim itu.



Kerdipan bintang tampak segar
Sesegar mata semua pelajar
Malam kian larut
Surut mananti pasang
Namun satu rangkap pun tidak terhasil
Puisi rintihan jiwa
Sajak sedang derita
Kerna resah sudah membawa reda
Bagai langit yang terbentang
Bagai bintang berkedipan
Tiada punah keindahannya
Saat melintas si kapal terbang
Di ruangan angkasa Gold Coast





22 Jun 2012

"Dia dah kembali ke kehidupan lama dia ker?"
"Sape?"
"Ko tau sape aku maksudkan"
"Kau memang takde topik lain ye kalau jumpa aku?"
"Ala ni topik paling hangat antara kita.Takkan nak bincang topik remeh temeh macam lepak dengan orang lain tu.Pasal anak panjat pintu la,anak menangis malam tadi la.Bosan la"
"Em ntah la.Aku pun tak tahu nak komen apa.Tapi apa yang aku nampak,macam tu la.Kembali ke kehidupan lama"
"Tapi tu bukan kehidupan yang teruk ker?"
"Sape tau.Aku je yang nampak teruk sebelum ni.Aku je sebelum ni yang cakap kehidupan dulu dia tu macam teruk la.Macam zombie la.Terpaksa hidup untuk orang lain la.Takde life la.Memang la dulu dia tak nafikan.Tapi aku rasa dia sangat merindui kehidupan macam tu"
"Ya la kan?"
"Aku sepatutnya tak peduli dah.Bukan sekarang je,dari dulu lagi sepatutnya aku tak mempudulikan apa yang berlaku.Tapi ntah la, kenapa terdetik dihati aku untuk menyibuk.Dah tu sekarang ni jadi masalah pulak kat aku.Salah satunya masalahnya macam sekarang ni la,ko duk tanya aku itu ini.Tapi aku mungkin boleh jawab apa yang aku nampak je la"
"Aku sebenarnya sedar juga,tentang kehidupan dia tu.Tapi aku macam orang lain,daripada menolong,baik bercakap belakang.Rasa lagi selamat"
"Em tu la,aku pulak pilih untuk tidak bercakap belakang.Tu tanda aku hormat seseorang.Aku tak minat bercakap tentang hal orang belakang.Nanti akan hilang kepercayaan andai dia tahu kemudian hari"
"Em ya la.Tapi andai dia betul-betul kembali ke kehidupan lamanya memang takde sape dah dapat tolong ke,nasihat ke,halang ke.Kan?"
"Kenapa?"
"Ya la,dulu ko nak nasihat dia ko guna alasan kepentingan terhadap keluarga dia.Suruh dia sedar yang keluarga tu jangan diabaikan.Tanggungjawab dia bukan sekadar untuk bekerja dan sediakan keperluan semata,tapi lebih dari itu.Dia perlu luangkan masa untuk mereka.Tapi sekarang ni kalau orang nak nasihat dia alasan macam tu dah takde guna dah.Lagipun sape nak nasihat macam tu.Tak untung untuk mereka pun.Baik nasihat supaya bekerja bersungguh-sungguh,majukan kompeni.Tolong orang sampai tak sempat makan.Atau jangan fikirkan hidup sendiri langsung.Lagi untung orang yang nasihat tu."
"Wah banyak jugak ko observe ya?"
"Setakat yang aku tahu"
"Tapi betul la kata ko tu.Dulu aku nasihat dia,jangan abaikan keluarga.Sementara mereka masih ada,penuhilah keperluan mereka.Keperluan mereka bukan metarial.Tapi masa.Luangkan masa.Sekarang ni nak beri masa kat sape lagi dah.Jadi memang takde alasan yang konkrit la untuk nasihat dia melainkan terus je jadi hamba sampai mati"
"Tapi kesian la dia"
"Ko tak kenal dia,dia sangat degil.Kalau dia kata hitam,hitam la.Kalau putih,putih la.Biasa la,orang perempuan sekarang.Belajar tinggi.Rasa pandai sangat.Sebab tu la jugak sekarang ramai wanita tak kahwin.Kahwin sekejap jadi janda.Sebab degil"
"Wah dah jauh pergi topik ni.Dah cerita pasal masalah gender pulak.Berat sebelah pulak tu.Padahal lelaki lagi degil"
"Lelaki memang patut degil la.Nak jadi pemimpin kena degil"
"habis tu perempuan pun ada yang jadi bos jugak"
"Ya,jadi bos dan derhaka kat suami.Mati jadi ahli neraka"

20 Jun 2012

"Minum?"
"Teh halia"
"Sama"
"Makan?"
"Tak"
"Ko busy ker?
"Ah takde lah.Macam biasa je"
"Muka penat semacam"
"Ooo tu otak aku yang busy,kena bertugas lebih sikit.Fikir macam-macam"
"Biasa la jadi otak manusia,kena la berfikir.Jadi otak binatang rileks.Untuk terus hidup je"
"Kalau takde otak,mampus la"
"Kenapa ko tiba-tiba muncul?"
"Ada je.Ko yang macam culas sikit.Susah nak sembang"
"Cis macam ada hal je,nak 'sembang'"
"Takde la,muka makin kusut nampak"
"Ai,usha nampak?"
"Mau nya tidak,nak tengok senyum pun dah susah sekarang.Nak dengar suara nyanyi lagu hindustan jauh sama sekali la"
"Ala aku nyanyi dalam hati dah sekarang.Ko tak dengar ker?"
"Hehe"
"Gelak?"
"Apa masalah ko?"
"Selama aku kenal ko,ko jenis yang tak tanya masalah orang direct macam ni.Dah berubah ye?"
"Direct ker?
"Ala hidup ni memang akan ada masalah.Cerita pun apa orang boleh buat supaya masalah tu selesai.Silap-silap dapat nasihat je.Tu pun nasihat yang tak memihak kat aku.Lagi sakit hati"
"Memang la,tapi kalau diceritakan, orang cakap boleh melegakan sikit"
"Melegakan?Aku rasa kalu cerita masalah lagi meresahkan.Risau nanti orang yang kita cerita tu pegi cerita kat satu dunia.Tu jadi melagakan pulak"
"Kena cari orang yang betul la"
"Tapi kalau semua tak betul?"
"Termasuk aku"
"Mungkin"
"Ko kejam"
"Ko lagi kejam sebab cuba mempengaruhi aku supaya bercerita,sedangkan ko pun tak berani nak jamin agar ianya terus tersimpan andai cerita aku ini nanti adalah sebuah rahsia"
"Ye ko betul.Eh budak tu macam mana?"
"Budak?"
"Ala yang buat ko macam orang gila ni la"
"Ooo.Ntah la,aku pun dah tak berapa boleh baca sangat fikirannya"
"Dah takde instinct ye dengan dia?
"Ntah la,aku pun tak tahu.Aku rasa aku boleh baca,tapi ko tau je la kan situasinya sekarang.Jadi aku cuba untuk tak buat otak aku banyak kerja sangat.Nanti apa-apa jadi,aku juga yang susah"
"Tapi dulu ko memang hebat membaca fikirannya kan?"
"Tu dulu.Eh sebenarnya aku pun tak tahu,betul ke apa yang aku terjemahkan tu.Sebab selama ni,dia je yang mengesahkan tu betul.Silap-silap sebab nak jaga hati aku.Wallahu Alam.Aku pun dah tak tanya"
"Em betul jugak kan,mungkin selama ni ko memang dah salah pun.Tapi dinafikan sebab demi menjaga hati.Tapi apa-apa pun,seeloknya ko teruskanlah kehidupan ko sekarang.Biar je dia dengan kehidupan dia.Bunyi macam kejam kan?Tapi itu lah hakikat dan jalan terbaik aku rasa.Kalau kata ko sayang dia,dengan melepaskan dan biarkan dia bebas  itu lagi menjelaskan yang ko sayang dia.Memang la agak payah untuk dia melaluinya.Tapi payah mana pun,dia sedang lalui juga.Sama macam ko juga,ko sedang lalui juga kan.Walau pun tanpa dinasihati oleh sesiapa sebelum ni"
"Memang pun"
"Em dia macam terantuk jugak la kan?Eh,yang tentang arwah mak dia tu macam mana?"
"Ntah la.Senang cerita,aku rasa macam aku ni malaikat maut je.Sebab rasa dibenci sangat"
"Dahsyatnya ko, fikir sampai macam tu sekali"
"Melampau ker?Aku terkilan ko tahu?Sampai sekarang,aku tak tahu time bila dan di mana arwah menghembuskan nafas terakhir.Sebab aku langsung tak diberi peluang untuk bercakap tentangnya.Sedangkan arwah tu adalah seorang yang aku kenal.Seorang yang aku peduli.Seorang yang aku fikirkan dalam beberapa hal.Tahlil pun aku dicadangkan untuk tidak hadir.Ko boleh bayang tak?Memang ko tak boleh bayang"
"Lagi dahsyat"
"Habis tu ko rasa,dapat tak untuk aku tidak memikirkan itu semua sepanjang hidup aku?Sekarang apa cadangan ko yang bernas untuk aku?Atau ko hanya akan jadikan cerita aku ini jawapan kepada soalan-soalan orang lain yang mungkin nanti bertanyakan apa masalah aku?Dan ko pun berbangga dengannya kerana ko mengetahui cerita ini lebih dulu dari mereka?Sorry aku terlalu mengikut emosi sehingga tidak menjaga hati ko"
"Takpe.Aku yang salah,buat ko fikir balik semua"
"Takpe,ko tak salah"
"Aku tahu"
"?"


18 Jun 2012

15 JUN 2012/10:58:58 a.m

Kemuncak debaran bagi mereka yang melapor diri sebagai pelatih baru PDRM hari ini bukan kepalang lagi. Dan salah seorang daripada mereka adalah Mohd Al-Bakri (seseorang yang pernah di ceritakan dalam salah satu entri blog ini) yang juga turut melapor diri di PULAPOL jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kegembiraan yang terpancar diwajahnya ketika menerima Surat perlantikan dua minggu lepas dan mengetahui bahawa dia akan dihantar ke PULAPOL Kuching,Sarawak untuk menjalani latihan selama tiga bulan, kini kian bertukar ke reaksi resah. Segala persediaan secara fizikal atau material telah dilakukan. Namun persediaan secara mental,hanya dia yang tahu. Bagaimana menepis momokan masyarakat tentang perjalanan latihan unit berunifom tersebut. Juga bagaimana untuk hidup jauh di negeri orang, siap merentasi Laut China Selatan lagi itu. Sesungguhnya mental mesti kuat.

Dia tiba di Hentian Putra dari kampung petang semalam masih lagi bermuka tenang. Kami pergi beli barang di Jalan TAR, beli baju melayu di Carrefour, potong rambut dan makan malam. Sup gearbox. Kami juga sempat bebicara tentang masalah keluarga. Tentang mimpi saya malam kelmarin. Sedikit merisaukan kami. Walau kami tahu mimpi hanya mainan tidur.

Pagi tadi, selepas dia kejut saya dari tidur, dia terus pergi mandi. Saya mendapati semua sudah siap dilakukan. Gosok baju,kemas barang dan sebagainya. Ternyata dia sebenarnya tidak dapat tidur lena malam tadi. Selepas mandi dan pakai kemaja putih dan seluar sled hitam, dia siap melakukan pumping 26 kali di hadapan saya. Dan sebenarnya itu adalah salah satu cadangan saya padanya untuk badan kelihatan tegap.

Fikirannya mula melayang-layang saya rasa apabila kami dalam perjalanan ke PULAPOL. Apabila semasa singgah untuk membeli tie di Ampang Point, dia tersepak batu bata devider parkir di situ sehingga mencalarkan kasut kulit berkilat baru dibeli malam tadi. Itu menandakan bahawa dia berada dalam keadaan gelisah dan tidak fokus. Cadangan saya untuk bersarapan juga ditolak, katanya bimbang nanti lambat sampai. Yang pastinya, hati dia terlalu risau sehingga mematikan selera makan. Walau perut lapar.

Dalam perjalanan saya yang banyak berkata-kata. Berpesan apa saja yang mungkin sudah didengarinya sebelum ni, tapi sebagai abang saya rasa ingin juga berpesan. Hadapi apa saja yang datang. Walau susah mana,walau payah mana. Fikirkan sudah ramai orang yang melaluinya dan berjaya bertahan. Jadi dia kena termasuk dalam kumpulan yang berjaya bertahan,bukan tergolong dalam kalangan segelintir mereka yang kecundang.

Setelah sampai di kawasan padang tempat berhimpun, saya sempat bertanya soalan padanya.

“Apa kamu rasa sekarang?”

“Aku rasa berdebar-debar yang terlampau. Memikirkan apa yang bakal berlaku lepas ni.” Jawabnya jelas.

“buatlah yang terbaik” Sekali lagi saya berpesan.

Setelah melalui permukaan padang bola belum siap di PULAPOL , saya parking kereta betul-betul di hadapan konopi tempat berkumpulnya ahli keluarga yang menghantar pelatih. Tapi mungkin konopi itu bertujuan untuk perkara lain,kerana tiada pula kerusi di sediakan kalau betul untuk ahli keluarga yang datang.

Para pelatih semuanya ditemani oleh sekumpulan ahli keluarga yang ramai. Ada yang bersedia dengan bakul bekal picnic serta tikar semata-mata mahu menghantar ahli keluarga mereka. Dan tidak kurang juga dengan drama air mata yang dimainkan oleh kaum ibu menandakan berat hati melepaskan anak-anak mereka pergi jauh dari mereka.

Namun kami hanya dua beradik saja yang muncul pagi tadi. Dia(pelatih) dan saya (ahli keluarga pengiring) yang muncul tertinjau-tinjau mencari direction apa yang sepatutnya dilakukan. Setelah beratur dan mendengar taklimat ringkas dari anggota yang bertugas,maka secara rasminya Mohd Al Bakri Bin Ismail melapor diri sebagai pelatih. Selepas bersurai dari beratur melapor diri, semua diminta untuk menaiki trak yang telah disediakan. Mereka meninggalkan rombongan keluarga terkontang kanting di situ dengan seribu satu perasaan.

Oleh kerana terlalu risau,takot,bimbang,resah,fikiran melayang-layang dan segala macam, dia telah membuatkan saya hanya dapat melihat dia melangkah pergi manaiki trak tanpa sempat berjabat tangan bersalaman pun. Saya mula bermonolog,”nasib baik la Ma(ibu kami) tak datang,kalau tidak mesti dia asyik terbayangkan saat ini,saat anaknya melangkah pergi tanpa menoleh memberi lambaian ”. Tapi jauh di sudut hati, saya mendoakan dia selamat pergi dan selamat pulang.

Saya sangat mengakui, kasih sayang,peduli,harapan,kasihan dari setiap ahli keluarga kami bukan ditunjukkan melalui perkataan,perbuatan atau apa saja. Persaudaraan kami adalah secara roh dan jiwa. Secara hakikat seperti kata pepatah orang putih,”darah lebih pekat dari air”.

13 Jun 2012

Suatu pagi saya berasa sangat resah setelah bangun dari tidur. Kerana tidur saya dikunjungi oleh satu mimpi yang sedikit mengganggu fikiran dan menimbulkan persoalan.Mimpinya adalah

ketika saya melalui dihadapan rumah seseorang yang saya kenali, kelihatan orang ramai sedang mengusung keluar dari rumahnya sebuah keranda siap berpayung.Saya tertanya-tanya adakah itu sebuah mimpi atau kenyataan,sehinggalah saya tersedar dari tidur.

Namun demi menjaga hati,saya tidak perkatakan langsung mimpi tersebut kepada sesiapa kerana bimbang akan disampaikan kepada yang yang berkenaan. Lagipun, mimpi adalah benda yang tidak pasti. Bercakap tentang kematian,nanti disalah tafsir mendoakan pula.Maka saya hanya berdiam diri saja.

Bertanya khabar.Ingin terus menasihatkan seperti selalu mungkin tidak terkesan apa-apa.Jadi saya harap tiada penyesalan yang terbuku dalam hati selamanya.


11 Jun 2012

hati yang sebenar patut dijaga

hati yang sebenar patut dijaga


pada suatu hari
seorang hamba termanggu
di sebuah kerusi
sedang memikir sesuatu
tentang hati

tapi sayang
kerana hati orang
yang sedang difikirkan
yang ingin diterjemahkan
mungkin diselesai permasalahan

lalu dipanggilnya mengadap seseorang
diajukan pandangan
diluahkan perasaan
diminta bantuan
supaya masalah diselesaikan

lalu berlalu bawa tugasan
walau ada satu persoalan
apa benar hati orang bermasalah
atau hati dia yang sudah punah
hati dia yang parah

bila tugas dilaksana
semua mulut ternganga saja
lalu muka ditunduk juga
berfikir apa isinya
selain yang hanya tersurat semata

ada jawapan kalangan ramai
ini angkara seseorang saja
ini angkara hati juga
hati yang sebenar patut dijaga
bukan asyik fikir khilaf manusia

Sri Aman

Sri Aman


Sri Aman
hanya satu daerah
tiada dalam nota sejarah
malah mungkin tiada siapa kesah

hijau bumi penuh segar
jernih sungai bukti damai
bayu bertiup hampa
sayu menikam jiwa

hati terdetik bila
nama Sri Aman ke telinga
fikiran melayang jua
ke tanah kenyalang sebenarnya

menganti diri merintih
menghayati memori pedih
sang pencinta kedamaian
sang pengenang silam

andai ada peluang datang
apa mungkin sampai Sri Aman
berkubur mati
biar terus kekal abadi

burung besi tiada lagi
saat melangkah setiap pagi
segala telah pergi
tinggal kini tinggal sendiri

mahu dikenang atau dilupakan
semua beza tidak ketara
malah sangat sama saja
sebab tetap bukan dimilik jua


 
Al-fatihah kepada Sam atau Syamsuar Hasyim,penyanyi utama kumpulan D'Lloyd.

Seandainya ada yang tersentuh dengan lagu-lagunya dan membawa kepada keinsafan,mungkin ia akan jadi satu pahala dakwah untuknya di sana.

6 Jun 2012



sedang akar belum bercambah
segala sudah mula berubah
kongsi mungkin akan pecah
angkara emosi marah
angkara jiwa resah
angkara hati parah


5 Jun 2012

LUKA,KECEWA,HAMPA,SEDIH...EGO

" Tadi Khalil datang cari awak,lama dia tunggu.Baru sekejap balik"

Mak saya terus menyampaikan pada saya  bila nampak saya muncul depan pintu rumah pada suatu senja. Dan pernyataan tersebut tidak mengganggu saya langsung pun pada masa itu. Sehinggalah keesokkan harinya bila seorang jiran pula sampaikan berita kepada saya.

"Khalil dah meninggal subuh tadi, dilanggar keretapi"

Saya mula longlai dan fikiran melayang-layang. Mengagak tentang apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh arwah sebelum pemergiaannya. Adakah dia ada permintaan.Adakah dia ingin menyatakan harapan. Setiap malam saya harapkan untuk datangnya suatu mimpi yang mengundur masa. Supaya dia dapat cerita apa tujuannya.

Dan dia betul-betul datang suatu malam.

Saya harapkan itu semua hanya berlaku sekali saja dalam hidup saya. Memikirkan terkilan seorang yang akan pergi buat selamanya. Memikirkan apa sebenarnya harapan dan permintaannya pada saya. Dan seterusnya kembali mengharapkan mimpi. Mimpi yang belum pasti.

Namun kini, ia terjadi lagi.




25 Mei 2012

cerita selepas mati

Seandainya sekarang saya sudah pun meninggal dunia. Dan sekarang ini juga adalah penulisan saya selepas mati akibat dilanggar kereta, saya rasa saya nak cerita tentang satu perkara. Iaitu perkara yang sebenarnya merupakan petanda yang saya mungkin akan mati.

................

Sudah dua hari berturut-turut saya melakukan perkara yang sama. Dan saya mula fikir untuk menceritakannya. Tapi apa gunanya,sebab benda belum berlaku lagi.

Ketika saya berhenti ditengah-tengah jalan untuk membelok di simpang masuk ke rumah saya sejak dua hari yang lalu, saya terasa umur saya sudah tidak panjang lagi. Kerana saya rasa akan dilanggar kereta-kereta yang dipandu laju dari arah belakang saya.

Dengan keadaan motorsikal saya yang lampu signalnya sudah tidak berfungsi dan cermin sisi juga sudah tidak ada, saya hanya berserah saja kepada takdir Ilahi.

Namun apabila saya terasa mungkin akan dilanggar, saya terus memecut motor masuk ke simpang dan sebenarnya juga membahayakan. Kerana mungkin saya akan dilanggar dari hadapan atau saya sendiri yang akan terbabas ke longkang.

Tapi  itu semua cerita kalau saya sudah mati selepas hari ini. Saya ingin bagitahu pembaca dan kawan-kawan saya, bahawa saya sudah pun terfikir tentangnya. Dan saya rasa semua orang yang telah meninggal dunia juga mempunyai perasaan atau rasa yang sama. Merasa sesuatu akan menimpanya, tapi dia tidak menceritakan kepada sesiapa kerana merasakan itu adalah mengarut saja.

Tenyata mati bukan satu perkara yang sanggup dihadapi lagi, apabila saya cuba untuk drive datang kerja. Tak bawa lagi motor yang side miror dan signal yang tidak berfungsi itu. Tapi itu juga tidak menjaminkan bahawa saya tidak akan mati hari ini.

wasalam...

16 Mei 2012

Lelaki Gemuk


Sekali lagi saya printScreen dan publishkan dalam entri blog saya.Dan bagi pengikut saya,mungkin mereka sudah tahu apakah pernyataan di atas itu.Dan bagi pembaca baru,itu sebenarnya statistik yang dikeluarkan oleh Blogspot.com terhadap aktiviti yang berlaku pada mana-mana blog yang berdaftar dengan mereka.Sebagai seorang penulis jurnal peribadi macam saya ni,56 orang pembaca dalam sehari suatu angka yang boleh meningkatkan motivasi untuk menjadi penulis dengan lagi serius.

Dulu saya sebolehnya tidak mahu penulisan-penulisan saya dibaca oleh sesiapa.Sebab bagi saya,apa yang saya tulis hanya sebagai diari semata.Bukan untuk dikongsi dengan sesiapa.Sebab ianya kebanyakan kata hati.Tapi kini,saya rasa kata hati bila diluahkan dan dipublishkan akan dapat merubah sesuatu.Antaranya adalah persepsi manusia.

Seperti apa yang saya fikirkan,saya suka,saya benci dan sebagainya.Contohnya Saya amat benci kepada orang lelaki gemuk yang bodoh(lembik).Kerana mereka akan lebih busuk dari lelaki kurus yang tak mandi.Lelaki gemuk akan bertambah menjijikan apabila dia berkelakuan macam pondan pada pandangan saya.

Ini sebab semasa zaman belajar di universiti dulu terlalu ramai golongan pondan yang gemuk dan menjijikan itu.Dengan bau-bauan seperti di pokok hujung kampung yang berhantu ia membuatkan mereka seperti sebuah puaka.

Tapi kawan saya yang gemuk pandai,merupakan salah seorang yang saya kagum atas muka bumi ini.Minggu lepas saya baca surat khabar,siap jumpa gambar dia bersama Censelor UiTM terima anugerah pelajar cemerlang.Itu adalah salah seorang orang gemuk yang saya tak benci.


15 Mei 2012

andai malam itu sepi

Kepada Muhammad Aqip.
Berbaktilah kepada agama(Islam),mangsa(melayu) dan negara dengan jujur dan ikhlas dari hati anda.Sesungguhnya hanya anda saja yang tahu sedalam mana naluri keikhlasan perjuangan anda selama ini.Semoga berjaya dalam pelajaran dan hidup.

Dan untuk pengetahuan pembaca entri saya yang lain,perenggan di atas itu adalah respon saya kepada beliau yang telah membaca blog saya dan meninggalkan komen.Saya sebenarnya amat menghargai masa yang diberikan oleh sesiapa saja untuk membaca blog ini.Kerana ini adalah cara saya berkomunikasi buat masa ini.Saya menyampaikan pendapat,meluahkan perasaan,menyatakan kasih dan sebagainya.

Andai malam itu sepi
sepi lagi diri ini
andai bulan itu berseri
biar aku terus sepi
asalkan punya jati diri
sebab ia milik abadi

biar bicara tujuh purnama
alam semesta seluruh bergema
namun kata tersimpul jua
hanya senyum penuh makna
diluah mungkin bawa bencana
ditelan hingga hujung dunia

14 Mei 2012

Ada benda nak dicerita

Assalamualaikum.Jawab.Sebab kalau tak jawab nanti jatuh dosa pula.Agak sepi blog saya beberapa hari kebelakangan ini,mungkin memberi sedikit kekecewaan kepada follower saya yang membuka blog saya ini dengan niat setiap hari.Sebab kalau yang bukan tanpa niat tu,mungkin tiada apa kesan pun.Kerana mereka memang tiada keinginan untuk tahu pun apa yang bakal tercoret di sini saban hari.

Untuk memberi jawapan kepada persoalan mengapa saya tidak menulis atau mengupdate entri dalam beberapa hari ini sebenarnya berkaitan dengan beberapa sebab yang tertentu.Salah satunya adalah tentang masalah jiwa saya.Dan satu lagi masalah tentang persekitaran saya.

Masalah jiwa,saya sedang menghadapi masalah peribadi yang agak kritikal dan tragis sehinggakan otak saya agak sukar untuk merembes atau menterjemahkan pemikiran-pemikiran yang lain yang berlegar disekeliling saya pada masa sekarang.Andai saya menulis,mungkin saya akan terkongsi cerita sedih saya pada khalayak yang bagi saya hanya menunggu masa saya untuk menjadi ejen publisiti percuma.

Dan masalah persekitaran pula,adalah tentang kerusi empuk yang saya duduk sekarang ini.Andai terpandang oleh sepasang mata mahupun sebelah mata saja akan aktiviti saya ini (mengupdate blog) pada waktu kerja,nescaya peninglah kepala bos saya untuk memikirkan jawapan kepada persoalan "buat apa akak nak simpan lagi budak tu?".

Mereka semua fikir,masalah yang timbul semua ini adalah berpunca dari saya semata.Mereka tidak sedar yang mereka hidup dengan membutakan mata,memekakkan telinga.Mereka tidak sedar bahawa ada insan yang sedang menderita menghadapi hidup yang semua orang hanya pandang sinis saja.Mereka juga tidak pernah bayangkan seperti saya,yang mungkin rambutnya sudah tiada sebab terlalu banyak perkara yang difikirkannya.Tapi yang pasti rambutnya masih ada.

4 Mei 2012

sang derita

sang derita

biar aku pejam mata
menghayati lara sepenuhnya
menikmati beban jiwa
yang langsung tidak mampu diluahkan melalui kata-kata
sebab ia tanpa pembuka
tiada isi jua penutupnya
namun ia ada apabila aku pejam mata

andai mampu dikongsi derita
lama sudah kalian mendengarnya
sayangnya tiada langsung rasa percaya
untuk derita akan reda apabila ia diutara
malah mungkin lagi tercela
walau yang datang itu siapa
malainkan tuhan yang Esa

hari ini begini cara
mungkin esok sudah berbeza
tapi mungkin juga sama
asalkan aku rasa lega
sebab aku tidak pernah lupa
setiap derita yang datang melanda
dan setiap musibah menimpa dirinya

dari mula zaman remaja
gelap alam meninggalkan usia
tanpa penjelasan yang nyata tentang kenapa? dan mengapa?
hanya melangkah seadanya
mengharap cahaya kian terang
supaya mudah terus berjalan
ingin hidup dengan aman

apa yang dibimbang kini sudah tiba
ia bagai satu doa yang dikabulkan Pencipta
bencana yang meresahkan semua
semestinya aku yang akan merasa jua
apa mampu lagi ditempuhinya
atau dia akan kecundang secara jiwa
dan kembali hidup dengan simpati "sudah takdirnya"?

posisi aku sungguh berbeza
walau dipejam mata sesaat cuma ia sudah menjelma
menusuk seluruh ruang rasa
mendambakan juga sedaya usaha
agar malamnya bertemankan cahaya
sebenarnya itu tidak memada
kerana lebih elok jika malam langsung tidak menjelma


Nasihat Ramadhan
Album :
Munsyid : Nadamurni

http://liriknasyid.com/

bulan ramadhan bulan bertuah
bulan ibadah bulan mujahadah
bulan rahmat bulan maqfirah
bulan al quran dan lailatulqadar

besar ramadhan dgn puasa
diwaktu malamnya tambahkan ibadah
bacalah al quran bykkanlah sedekah
terwaih kerjakanlah walaupun sunnat

pelihara mata jagalah telinga
kawalah lidah dari yg sia-sia
fikirkanlah yg mendatangkan faedah
hubungkan hatimu dgn Allah

zikir selawat doa panjatkan
pahala ramadhan diganda-gandakan
jgn lupakan jgn lalaikan
ramadhan tiba setahun sekali

bulan ramadhan bayarlah fitrah
untuk membersihkan hati dan diri
sebagai bantuan kpd yg susah
agar mereka gembira dihari raya

Allahu ya Allah
kepada Mu kami beriman
kerana Mu kami berpuasa
di bulan ini bulan yang mulia
kami mohon rahmat ya Allah
ke ampunan Mu wahai Tuhan

banyakkan iktikaf disepuluh hari terakhir
lailatulqadar berlaku dimalam itu
kitakan mendapat pahala yg besar
seperti beribadah seribu bulan

2 Mei 2012

Wanita ditahan cuba rasuah polis RM1,900 di Kelantan
Zai
14 Februari 2012

BACHOK - Seorang wanita cuba merasuah anggota polis bagi melepaskan suaminya daripada ditahan kerana disyaki memiliki dadah seberat 31 gram di Kampung Telaga Papan, Pasir Puteh semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan Supt Amran Ramli berkata dalam serbuan ke sebuah rumah di kampung itu petang semalam, polis menemui dadah jenis heroin yang dianggar bernilai RM21,000.

"Isteri suspek cuba merasuah anggota kami sebanyak RM1,900 bagi melepaskan suaminya daripada ditahan kerana memiliki dadah seberat 31 gram," katanya.

Beliau berkata suami wanita terbabit yang berumur 39 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Wanita itu pula diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut, katanya kepada pemberita di Balai Polis Gunong di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun adalah antara 168 orang yang ditahan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di sini.

Polis turut merampas 58 biji pil kuda dipercayai untuk pasaran tempatan, katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua 168 yang ditahan itu positif dadah jenis Metaphetamin.

Operasi yang bermula petang semalam hingga hari ini di dua kawasan tumpuan iaitu Bekelam dan Kampung Kuchelong itu melibatkan 110 anggota polis bersama 16 pegawai dari seluruh negeri.- Bernama



20 April 2012

lama aku cari

Bila dengar lagu ni,sayu hati saya.Kenapa?Sebenarnya teringatkan bulan puasa tahun lepas.Sebab lagu ni digunakan sebagai lagu latar untuk iklan program Singgah Sahur di TV3.Program yang hanya bersiaran di bulan Ramadhan.

Setiap kali bila terkenangkan bulan puasa,hati jadi sayu.Saya pun tak tahu apa sebabnya.Tapi mungkin itu adalah salah satu keistimewaan bulan Ramadhan.Kalau bulan-bulan lain,takde pun rasa sayu bila dikenang.Malah sebenarnya tak ingat pun.

Kalau bagi orang yang beriman,mungkin mereka berasa sedih sebab bulan tersebut menjanjikan pahala yang berlipat ganda.Dan mereka berasa sangat sedih untuk berpisah dengan bulan Ramadhan.Tapi bagi saya yang mungkin imannya agak nipis ni,saya begitu sayu andai saya tidak lagi berpeluang untuk berada di bulan Ramadhan.

Dan bagi mereka yang telah pergi menemui tuhan di pertengahan jarak antara Ramadhan lepas dengan Ramadhan ini,semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.

19 April 2012

beza: kita dan mereka


Hari Isnin hari tu saya ada bertanyakan tentang salah seorang rakan sekerja(miss Manju) yang tidak kelihatan di opis pada hari tersebut.Dan jawapan yang saya terima adalah,"dia balik kampung, Bapa saudara dia meninggal".Saya hanya menerima jawapan itu dengan secebis rasa simpati dan berkata dalam hati,"sejak akhir-akhir ini macam selalu sangat dengar berita tentang kematian. Ayah student, saudara mara staff. Malah bukan lagi perkara yang mengejutkan bila didengar.Perasaan itu bila ianya tiada kaitan dengan kita.

Sebab masih di hari yang sama, ketika saya sedang bersiap untuk tidur.Dalam pukul 12 malam.Saya mendapat panggilan telefon dari jiran di kampung menyampaikan berita bahawa Paksu saya baru saja terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian,ai bukan lagi diterima seperti berita-berita kematian sebelum ini.Ia membuatkan saya mengigil,fikiran melayang-layang,sukar untuk saya membuat tindakan susulan.Terbayangkan sebatang tubuh yang sihat walafiat,gagah perkasa,bersemangat bila berbual,kini terbujur kaku dalam bangkai sebuah kereta yang menjadi nadi perjalanan seisi keluarga.

Selan beberapa minit,saya ambil keputusan untuk terus balik kampung bersama-sama dengan adik yang tinggal di Subang,dan abang yang berada di Sentul.Setelah selesai menjemput mereka berdua di rumah masing-masing,kami bertolak balik kampung lebih kurang pukul 2 pagi.Masa tidur untuk malam itu diganti dengan memandu sepanjang malam disamping fikiran melayang-layang dan terlebihnya simpati terhadap ayah kami yang tidak sihat di kampung.Bagaimana keadaannya apabila dikejutkan dengan berita sebegini ketika sedang lena tidur di tilam usangnya.Hancur dan amat memilukan.Adik bongsu yang sangat akrab kini pergi buat semalanya menemui Allah Pemilik seluruh alam.

Pukul 5.pagi kami tiba diperkarangan rumah.Ternyata apa yang dirisaukan kami tadi tiada sedikitpun menyimpang.Ayah mula beremosi apabila melihat kami tiga beradik muncul di hadapan.Kami tahu itu ketetapan,tapi juga tahu ianya amat menyedihkan.Bertenang selagi mampu bertenang.Menangislah jika ianya akan melegakan.Sebab yang pergi tidak lagi akan kembali.Walau untuk sehari.

Selapas solat subuh di masjid,menyampaikan berita kematian,berurusan dengan imam,menguruskan penyediaan kubur dan segalanya.Saya pergi ke hospital untuk berada di sana dan melakukan apa yang patut.Bacaan yasin sudah semestinya.Melihat jenazah arwah tiada celanya.Air muka tenang seperti tidur sahaja.Dan ketenangan itu jelas mengambarkan tiada apa perlu difikirkan lagi  setelah dijemput oleh Allah dan sepatutnya diterima dengan tenang oleh yang masih hidup.

Arwah selesai dimandikan,disembahyangkan dan seterusnya disemadikan dalam pukul 11 pagi.Sedekahkanlah Al-fatihah kepada arwah Samsudin Bin Seman.Sekian terima kasih

Ayah(kiri) masih lagi merderai air mata ketika imam membaca talkin kepada arwah.


16 April 2012

jangan baca

"Kalau ko pakai tie sebesar papan pun,panjang dua depa,siap cop PTPL atau MSU,kalau tak guna akal,aku nampak ko macam lembu juga."Bisik saya dalam hati dikala diajukan soalan kenapa tidak memakai tie.Sebab kalau perkataan itu diungkapkan di mulut, silap-silap sekarang ni pun sedang bertumbuk lagi.Atau pun dah ke balai polis.Atau kedua-duanya sekali.Macam baca akta pula.

Dan kerana kewarasan akal serta rasional,bibit bertelagah itu terputus begitu sahaja walau ditekan dengan beberapa lagi soalan susulan berkaitan dengan pemakaian tie tersebut.Akhirnya persoalan lain pula ditimbulkan untuk dijadikan bahan bakar kepada api persengketaan.

"Aku dengar ko kena bagi surat tunjuk sebab.Bila aku boleh dapat?Soalan susulan terpacur keluar.
"Aku takkan bagi,lagipun tempoh masa adalah dalam 3 hari saja selepas diminta berbuat demikian.Dan selepas 3 hari tindakan tatatertib akan dikenakan.Sekarang ni dah sebulan pun.Jadi kalau aku bagi sekarang,aku tetap kena tindakan tatatertib juga".Jawapan saya hanya secara spontan dan mengikut logik fikiran saya pada masa itu.Dan ternyata itu adalah bukan jawapan yang diinginkan oleh orang yang bertanya.

Setiap pertanyaan selepas itu juga hanya mendapat jawapan yang sinis kerana pada saya,tiada apa lagi jawapan yang sesuai untuk diberikan.Sebab penilaian yang bersifat subjektif akan terus berpanjangan.Walau saya tulis surat tunjuk sebab setebal quran sekalipun.Selagi penilaian lebih bersifat emosi,tiada apa yang telus.Jadi untuk apa saya tulis surat tunjuk sebab kalau kesan dari kesalahan tersebut terus akan dikenang dan dibawa ke meja penilaian sepanjang hayat.Bagai penagih yang telah insaf,lambat laun disebut orang juga.

memori rumah sewa time study




Sammy Simorangkir ~ Sedang Apa Dan Dimana




14 April 2012

hari yang bosan

Aktiviti yang dapat saya lakukan sepanjang hari ini agaknya ini saja la.Dengar lagu di youtube,main gitar,jawab soduku dan update blog.

Kenapa baru hari ini saya tulis macam ni,semestinya boleh ditafsirkan oleh pemikir-pemikir di luar sana yang berminat dengan hidup saya.Perasan public figure betul saya ni.

Sebenarnya saya boleh saja untuk tidak jadi seorang yang perasan macam tu.Tapi dengan syarat,jangan la asyik bincang pasal hal saya pula.Masa makan,masa kerja(lipat surat),masa hubungan intim dengan suami pun bayang saya apa hal.Perasan public figure la saya kalau macam tu.

Dan kalau menegur saya pun jangan la nampak diri tu baru lepas mengumpat saya.Macam tanya "hai pakai jam sekarang,sebelum ni tak pernah pun pakai jam".Untuk pengetahuan puan-puan,saya ada beli 3 jam.Kalau saya ada 3 jam,dan orang tak pernah nampak saya pakai jam tu maknanya apa?orang tu tak pernah pandang pun saya sebelum ni kecuali selepas dia melalui sesi mengumpat baru dia pandang saya untuk perhatikan semua yang ada pada saya.Bukan public figure ke macam tu?

Maka untuk menambahkan lagi hormon memikirkan tentang kehidupan saya ini;dari segi apa yang berlaku,apa yang saya fikirkan.Dan seterusnya membuat hipotesis yang akhirnya di putuskan sebagai kesimpulan untuk dibincangkan.

Jadi terimalah lagu ini.






12 April 2012

salam semua pembaca


Hari ni agak mengecewakan bagi saya.Sebab takde pun isu-isu yang best untuk diperkatakan dalam entri saya.Sebenarnya boleh je kalau saya nak mengucapkan selamat menunaikan umrah pada kat Yati,dan selamat bersara pada Mr David,tapi mereka baca ke blog saya?Rasanya tidak.Lain la kalau saya cerita tentang keburukan mereka(kalau ada),mesti ramai insan yang mulia akan mencadangkan mereka untuk baca blog saya ni.

Namun begitu,mengikut statistik yang dikeluarkan oleh blogspot, udi jogho dll telah dilawati sebanyak 35 kali oleh pembaca pada hari ini.Mungkin lawatan tersebut secara tidak sengaja,dan mungkin sengaja.Gambar di atas.

Dan kalau lah perkara kebaikan yang saya tulis,dan kebaikan juga yang pembaca faham,secara automatik 35 pahala telah saya dapat.Tapi kalau keburukan yang saya tulis,mungkin berlipat kali ganda dosa yang saya dapat.Al maklum la,keburukan lagi rancak tersebar berbanding kebaikan.Keburukan juga lagi senang faham dan dikenang berbanding dengan kebaikan.Bukan begitu pembaca sekalian?

Ha ada satu perkara yang tak best,esok ada program ke sekolah.Atas sebab apa kereta aku kena jadi jentera pengangkut barang.Kereta tu aku bayar sendiri.Dah la aku ni bukan kaki claim.(ni saya bercakap dalam hati aje)Anda rasa saya berkira ye.Kalau macam tu apa kata kumpul duit RM10 setiap orang,bulan ni bayar duit kereta saya.Kita tengok siapa yang berkira.Orang berakal semua berkira la bang.Yang tak berkira tu unta.

Sekian terima kasih.