27 Disember 2011

rojak sajak

rojak sajak

hari ini genap sudah tujuh tahun
andai aku tidak lagi kelihatan
hari ini genap sudah tujuh tahun
andai aku sudah tidak bercahaya
hari ini genap sudah tujuh tahun
andai bulan muncul sendirian
hari ini genap sudah tujuh tahun
andai aku sudah cukup dilupakan
hari ini genap sudah tujuh tahun

andai bersajak dapat meluahkan cinta
bangkit aku akan bersajak semata
andai menangis bisa hilangkan derita
bangkit aku akan menangis semata
andai ketawa mampu menyembuh luka
bangkit aku akan ketawa semata
andai menyanyi buat aku bahagia
bangkit aku akan menyanyi semata
andai menulis akan membawa aku ke syurga
bangkit aku akan menulis semata
kerna aku mahukan semuanya

sedang langkah kian sumbang
sedang harap makin kelam
sedang cinta terus dalam
sedang nafas hampir hilang
sedang mata mahukan pejam
                                   (bilik kerol)

KHAN YOUNIS
Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan

Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu

Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu

Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu

Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Maghrib Khamis
Dibasuhnya baju
Ampaian diluar jendela
Berinjat kakinya
Doakan rembulan

Keringkan jemuran
Rindu hanya satu
Esok solat Jumaat
Ingin doa mengadu
Diri yatim piatu

Malam pun larut
Khan Younis terlena dipintu

Belum pun subuh
Api menyambar
Lebur kaca jendela
Maut berjerubuh
Mayat masih disitu

Jari merah kecil
Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Erat mengengam baju
Basah airnya mandikan GAZA

Khan Younis doamu tulus
Khan Younis Khan Younis
                                             (Gaza)

16 Disember 2011

baca dulu

"Gambar apa pulak motivator sorang ni upload ni."Tanya anda dalam hati.
"takkan la resit gi beli barang pun nak masuk dalam blog".Sambung anda lagi.

Amboi bukan main pandai lagi saya menjangkakan apa fikiran orang apabila buka entri saya kali ni.Kata seseorang kepada saya "underestimate".Ala gurau-gurau je.Tak boleh gurau,pergi surau la.Sebab kalau kat surau pun bergurau,tu dah jadi kurang ajar.

Okey,kat atas tu sebenarnya gambar laporan kesihatan atau sistem badan saya.Maklumat tentang tinggi,berat,tekanan darah,BMI dan macam-macam la tu.Tengok la sendiri kalu nak tahu.Dan kalau secara saintifiknya,badan saya dalam keadaan normal.Anda bagaimana?Mestila normal juga kan?Haha

Ala kalau report kesihatan anda bukan macam saya pun,jangan ambil hati.Anda tetap best,sebab anda baca blog saya.Sebab bukan laporan kesihatan tu yang saya nak kongsikan dengan anda,tapi apa yang saya nak kongsikan dengan anda pembaca sekalian adalah;sesihat mana pun kita,senormal mana pun report kita.Bukan jaminan untuk kita masih bernyawa esok.

Sekian terima kasih dan selamat bermuhasabah diri.

13 Disember 2011

aku hari ini;syahdu

Saya begitu pasti bahawa orang kampung saya tak akan baca pun blog ni.Dan bukan blog ni saja,malah semua blog yang ada di dunia siber ni mereka tak baca.Sebab mereka lebih cenderung untuk pergi memancing berbanding ke CC untuk melayari internet sekiranya ada masa.Dan kalau sekiranya mereka ke CC pun sekadar untuk main game atau print borang tertentu sahaja.Jadi saya tak perlu risau akan disaman sekiranya saya menulis apa saja tentang orang kampung saya disini.

Tapi yang saya tidak la bercadang untuk menburuk-burukkan orang kampung saya.Itu macam memburuk kan diri sendiri pula.Jadi saya nak cerita tentang kehebatan orang kampung saya.Sepertimana hebatnya saya.Dan saya jarang dapat dengar dari kampung lain,walaupun hanya kampung sebelah.Mereka(orang kampung saya) lebih kreatif untuk menamakan sesuatu atau me'metafora'kan sesuatu benda.Tak tahu 'metafora'?Rujuk Kamus Dewan.

MOTOR KAMBING
~adalah gelaran yang diberikan pada motosikal jenis Yamaha atau Suzuki 110cc.Dan pernah hampir terjadi pergaduhan saya dengan budak kampung sebelah kerana menyapanya dengan "hai,datang sekolah demgan kambing ye hari ni?"Dan dia balas'"ko cakap motor aku kambing?".

PAK TOLOL
~gelaran untuk watak dalam filem yang  sentiasa bersama watak utama dan selalunya berperwatakan kelakar,bodoh-bodoh dan sebagainya.Dan saya tak pernah dengar kawan-kawan dari kawasan lain yang menggelarkan watak-watak tersebut sebagai "Pak Tolol".

DATSUN BAHULU
~nama ini diberikan pada kereta lama iaitu Datsun 1200,dan namanya adalah sempena bentuknya yang mirip dengan bentuk kuih Bahulu.Dan saya pernah dituduh cuba mereka-reka term bila saya cakap "tu Datsun Bahulu kalau kat kampung aku".

Itu saja untuk kali ini,dan untuk mengakhiri penulisan kali ini ingin saya beri sedikit mantera untuk diamalkan
terutamanya pembaca-pembaca saya yang bercita-cita nak jadi Rapper

~tubuh tegak bulu dada
soro sedak tuan semak
jalan jauh jakoh luah
timbul tepat air tohol
tenggele tepat air dale
batu putih belumut ijau~

8 Disember 2011

Rezeki dari ALLAH

Alhamdulillah.Syukur.Ya la,syukur dengan apa yang ada hari ni.Ada umur.Ada kerja.Ada apa-apa je lah yang boleh dianggap hak milik atau pinjaman sementara ni.Macam mata yang dipinjamkan oleh Allah,kalau Dia dah ambil balik,agak susah juga la mungkin.Buta tiba-tiba.Haru.Jadi marilah bersyukur.

Macam pelik ker bila saya menulis tentang bersyukur hari ni?Ai,macam nak cakap sebelum ni saya tak bersyukur pulak ye.Apa la anda ni pembaca-pembaca saya sekalian.Tak baik tuduh-tuduh orang tau.Sebab saya memang bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ni.Tapi saya tetap berusaha dan berharap saya akan dapat lebih dari apa yang dah saya ada sekarang.

Kalau boleh yang kecil sekarang,nak besar.Kalau sekarang ada satu,nak ada dua.Dan kalau ada dua,nak pula tiga.Dan macam tu la seterusnya.Kalau dah ada tiga,cuba dapat empat pula.Apa salahnya kan?.Ha tengok la tu,dah tuduh saya sekali lagi.Apa pulak isterinya?Ni cerita pasal rezeki la.Pendapatan.Gaji.Kalau 1k,harap dapat naik 2k,3k,4k.Takkan la nak dapat banyak tu je kan.

Bersyukur tu perlu,tu antara kita dengan tuhan.Tapi ingat,impian kena tinggi.Harapan kena besar.Baru usaha tambah kuat.Baru akan dapat hasil lebih.Kalau takde impian,takde harapan,mana nak ada usaha.Tapi kalau hanya ada impian dan harapan,usaha pula takde.Mustahil akan dapat hasilnya.

Salam motivasi dan marilah bersyukur dan berusaha.

29 November 2011

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah.Macam belum lewat sangat pun lagi untuk saya ucapkan selamat tahun baru kepada pembaca-pembaca saya yang beragama Islam.Amboi bukan main perasan punya ramai pembaca lagi,siap ada perasan ada pembaca dari kaum lain tu.Alah sekali sekala perasan apa salahnya kan.Bagi je la saya can ye.

Dan di tahun yang baru ni,semoga kita semua akan terus berada pada landasan kejayaan.Terus cemerlang kalau anda seorang pelajar dan pekerja.Terus untung kalau anda bos atau peniaga.

Tapi untuk berjaya atau cemerlang tu bukan datang bergolek wahai pelajar.Kalau saya tak tulis dan anda tak baca di sini pun semua orang tahu kejaya itu tak datang bergolek depan mata.Ia perlu usaha yang kuat.Niat yang jitu.Jadi cuba-cuba la muhasabah diri sikit,untuk tahun lepas,untuk semester lepas,apa sudah cukupkah usaha yang anda lakukan,apa sudah cukupkah kejayaan yang anda perolehi.Maka jadikanlah tahun lepas sebagai tauladan,pengajaran,titik sempadan dan teruskan usaha ke arah kejayaan sepertimana yang diharapkan.Bukan duduk berpeluk tubuh dan mengeluh sesalan,jangan hanya termenung mengharapkan yang secumpak akan jadi segantang.Ayuh bangun dan teruskan berjalan,teruskan perjuangan,mari mencapai kejayaan sepertimana yang dilaungkan dalam azan.Dan pastikan solat jangan dilupakan.

Sekian wassalam

24 November 2011

burung serindit

Disebabkan hari ni rasa kurang best,saya try cari sedikit inspirasi dengan melayari internet.Dan terlintas di fikiran tentang kampung halaman,teringat ketika melalui zaman kanak-kanak.Best juga bila dapat kembali ke masa lalu ni.Walau hanya kembali secara bayangan memori atau kenangan.Tapi tetap best.

Dan salah satu aktiviti yang saya lakukan adalah melastik burung.Burung Serindit.Oleh kerana saiznya yang comel,warnanya yang cantik,tingkahnya membuatkan ia jadi buruan.

Untuk melastik burung serindit,terdapat sepohon pokok jambu air di hujung kampung.Dan merupakan lokasi yang terbaik untuk dapat tangkap burung ini.Tapi sekarang pokok jambu tersebut mungkin sudah mati atau ditebang.Saya pu kurang pasti,sebab sudah lama saya tidak berpeluang untuk menjengah ke situ ketika balik kampung sekali sekala.Dan aktiviti melastik burung pun sudah tidak lakukan oleh kanak-kanak zaman sekarang.Mereka lagi suka melayan PS2,astro dan menambah peratus rayat yang mengalami obesiti di rumah masing-masing.

Motivasi hari ni,kita adalah dari pengalaman kita.Itu yang membezakan kita dengan orang lain.Pengalaman adalah ilmu.Jadi tuntutlah ilmu,bacalah buku,datanglah kelas.Itu semua kenangan.

23 November 2011

Nak jadi apa?buatlah pilihan anda

 
Aktiviti penulis semasa cuti di kampung sempena hari raya haji lepas.

Amboi hari ni intro siap letak gambar.Bukan setakat letak gambar,tapi siap mengaku diri seorang penulis lagi.Walaupun belum satu pun lagi buku dipublishkan,dah siap mengaku diri penulis.Tapi apa salahnya kan,sebab tu boleh jadi motivasi,mungkin dengan mengaku penulis tu akan mendorong diri betul-betul rajin menulis dan mencari idea untuk menulis.Sama juga dengan anda,apa salahnya kalau anda rasa anda bagus.Nanti mungkin dengan kata-kata tu anda betul jadi bagus.

Dan untuk entri kali ini,saya cuma nak tayang anak buah saya yang comel-comel ni je.Mereka ini lah anak buah yang saya ada setakat ni.Dini Humaira dan Zairul Haq.Anak kepada abang saya.Tapi dalam gambar ni saya kelihatan tak bersedia sangat bukan apa,sebab memberi arahan pada cameraman supaya cepat sikit.Maklumlah,budak-budak ni bukan boleh pegun pun.Sentiasa bergerak.Tapi tetap kacak kan.

Dengan itu,siap sudah penulisan saya untuk hari ini.Eh nak motivasi juga ye.Okay motivasi yang nak saya berikan pada kali ni adalah,kita akan jadi apa yang kita fikirkan.Ai tak percaya ye.Ha cuba la anda fikirkan anda seorang yang gila mulai pagi esok.Buat perangai macam orang gila.Tengok la apa jadi seminggu dua nanti,Paling kurang pun anda dah diwartakan gila oleh kawan-kawan.Jadi fikirlah anda seorang yang hebat dan bijaksana.Sebab anda aalah apa yang anda fikirkan.Sekian terima kasih dan salam motivasi.



18 November 2011

melentur buluh biarlah dari rebungnya

Untuk entri hari ni, Jumaat (18.11.2011).Padahal kalau tak tulis pun hari dan tarikh tu ia tetap keluar juga maklumat tentang bila post inii dipublishkan.Siap dengan jam lagi blogspot keluarkan.Saja nak bagi ada intro. Tapi saya tahu intro ni tak menarik pun.Intro ni tak mampu pun untuk menarik lagi ramai pembaca blog saya ni.Tapi takpe,sebab memang bukan semua orang bernasib baik.Bukan semua orang terpilih untuk menikmati hidup yang best.Dan bukan semua orang terpilih untuk dapat ilmu dari blog saya ni.Jadi anda yang membaca sekarang adalah insan yang terpilih.Tahniah.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa pergi solat Jumaat tadi.Mungkin ini boleh dijadikan sebagai suatu persoalan tentang nilai,tentang sistem,tentang budaya generasi akan datang.

Semasa sedang beratur untuk mengangkat wuduk, datang beberapa orang budak-budak dalam lingkungan umur 8 - 10 tahun.Saya hanya mengagak je la,mengikut fizikal mereka. Dan apabila mereka sampai di tempat orang ramai beratur,orang yang sedang mengambil wuduk sudah siap membasuh kaki.Dan budak tersebut terus saja ke paip itu dan mengambil wuduk.Tanpa mempedulikan orang yang beratur dari tadi.

Saya hanya memerhatikan saja gelagat budak tersebut.Tapi dimasa yang sama saya sudah mula bermonolog(bercakap dalam hati) serta terfikir-fikir tentang beberapa persoalan.Antaranya adalah,Kenapa budak-budak ni berperangai begitu?Macam mana didikan mereka terima selama ni?Adakah sistem pendidikan sekarang tak berkesan?Macam mana institusi keluarga mereka?Adakah mereka akan membesar dengan nilai begini?Dan macam-macam lagi persoalan.

Tiba-tiba budak tadi jatuh tergolek dek kelicinan lantai tempat wuduk itu.Saya senyum.Sebab dia dapat cash.Melentur buluh biarlah dari rebung.

17 November 2011

Anda baca,anda dapat

Ada kesempatan ni, update blog dulu la sebelum balik.Lagipun lepak ofis pun bukan dapat claim OT.Jadi tak boleh dikatogorikan makan gaji buta la kalau update blog time ni.Tapi kalau time kerja pun,jangan la kata saya makan gaji buta bila update blog.Sebenarnya ni adalah salah satu teknik saya mengajar juga.Sebab sepengetahuan saya sudah ramai pelajar-pelajar saya yang baca entri-entri saya ni.Syukur la.Boleh kongsi-kongsi ilmu.Kongsi-kongsi motivasi.Kan bagus kalau hidup bermotivasi.Yang untungnya diri sendiri juga.Yang untungnya anda juga kalau anda bermotivasi.Ada betul?Apa tak betulnya?

Cuba bayangkan anda langsung takde motivasi untuk ke kelas hari ni.Bayangkan saya langsung takde motivasi untuk datang kerja hari ni.Anda mungkin,bukan mungkin tapi sah ketinggalan satu topik untuk hari ni.Anda kehilangan markah untuk tugasan hari ni.Rugi kan?Saya pun sama,kalau saya takde motivasi untuk datang kerja hari ni,nasib tak baik kena bambu plus potong gaji.Rugi bang.

Jadi dengan itu,saya mengucapkan selamat bermotivasi.Jangan malas-malas la dik.Panjang sikit pun baca la.Jangan nak baca yang pendek-pendek je,yang ringkas-ringkas je,yang mudah-mudah je.Kalau dah ilmu lebih,kena la baca lebih sikit.Membaca kan jambatan ilmu.Semua orang akui.




15 November 2011

hidup bahagia

Salam bahagia pada semua.Apa?tak berapa bahagia?ala cakap je bahagia.Nanti bahagia la.Tu kan motivasi.Lagi pun anda sedang baca blog motivasi ni.Kalau takde motivasi jugak,baca sekali lagi.jangan malas baca(tajuk entri lepas).

Saya baru habis 1 kelas.Lukisan.Untuk pelajar semester 1.Tapi jelas di muka masing-masing macam tercari-cari jawapan kepada soalan apakah yang bakal berlaku untuk kelas ni.Adakah mereka akan disuruh menghasilkan lukisan,sedangkan mereka ada yang langsung tak pernah belajar melukis.Konflik dalaman tu,kalau diistilahkan dalam ilmu psykologi.Tapi takpe,saya akan cuba bantu konflik mereka semester ni.Lagi pun,mengajar adalah salah satu perkara yang saya lakukan yang membahagiakn saya.

Tapi sekarang ni,pengajar kena perlu lebih ikhlas dan kuat.Sebab zaman murid hormat cikgu,orang muda hormat orang tua sudah berlalu.Bila pelajar datang tanpa beri salam terus duduk.Bila teguran dianggap mengaibkan,bila hak asasi diperjuangkan melebihi nilai moral.Guru mesti kuat.

12 November 2011

Jangan Malas Baca

Salam.Apa khabar?Jawab la bagus.Jawab luar biasa bagus lagi bagus.Eh tapi mesti ada orang cakap saya tulis macam ni sebab meniru ayat Dr Tuah dari buku-bukunya yang saya baca.Itu pun kalau ada orang tahu saya baca buku-buku Dr Tuah.Mesti ada pun.Baca buku motivasi ni seronok.Tapi pelajar saya semalam terkejut bila saya cakap saya suka baca buku motivasi.Sah kena bebel nanti dia fikir.

Sebenarnya saya tak berapa kisah sangat pun kalau orang cakap meniru.Memang saya tiru pun.Anda pun boleh meniru.Tapi tiru la yang membawa kebaikan.Jangan tiru yang bukan-bukan.Jangan jadi sombong.Jangan malu tiru orang yang berjaya.Tapi malu jadi orang yang tak tahu nak buat apa.

Sejak akhir-akhir ni saya sudah dapat mengesan beberapa orang pelajar saya yang pernah baca dan sedang membaca blog saya ni.Jadi tu sebenarnya satu petanda yang bagus.Sebab mungkin mereka akan bertambah ilmu kalau terus membuka dan baca blog saya ni.

Dan ilmu yang pertama untuk entri kali ni adalah,saya nak bagitau bahawa, mengikut kajian yang telah dijalankan,purata rakyat malaysia hanya membaca dua jilid buku dalam setahun.Dua jilid buku.Dan itu sebenarnya sudah meningkat kalau dibandingkan dengan kajian pada tahun 1997,kerana pada masa tu purata rakyat malaysia membaca adalah hanya 2 helai muka surat sahaja setahun.Tapi saya harap keputusan kajian tu tak betul la.Sebab kalau banyak tu je yang dibaca,apa la nasib pelajar-pelajar kita.Macam mana nak dapat banyak ilmu.Kalau hanya dua buku saja yang dibaca setahun.Dah la membaca tu jambatan ilmu.Membaca tu yang menghubungkan kita pada ilmu.Harap pelajar saya rajin dan membudayakan amalan membaca.Baca blog saya ni pun jadi la.Ilmu juga ni.

Tadi saya sudah tempah 3 buah buku lagi.Kalau saya ada masa,saya kongsikan lagi ilmu yang saya baca.Selamat bermotivasi untuk semua

31 Oktober 2011

kelemahan diri vs tidak yakin pada diri sendiri

Lama tak mengarang(hati aku berbisik,lalu jari aku spontan menaip papan kekunci ini dan seperti yang dapat dibaca sekaranglah hasilnya).Dan apabila sudah lama tidak menulis,semestinya bersilih ganti idea-idea yang datang dan pergi menerjah ke benak fikiran.Ada yang mesih kekal dan meronta-ronta untuk diterjemahkan,ada juga yang telah lenyap begitu saja.Mungkin seperti sperma yang tidak disenyawakan.

Oleh kerana ada sesetengah idea ataupun kritikan yang terkesan oleh aku itu mempunyai isu atau tema yang sama,maka aku boleh gabungkannya jadi satu cerita atau satu kritikan.Contohnya untuk isu ini: kelemahan diri vs tidak yakin pada diri sendiri.

Dalam dua atau tiga minggu lepas ada satu hadiah yang hendak disampaikan kepada Datuk yang kononnya ikhlas dari kami(padahal "terpaksa" dari kami).Dan untuk membuat ucapan "ikhlas" dan tampal pada hadiah itu maka berlakulah sedikit huru hara kerana semua orang tidak mahu untuk menulis nota tersebut sebab berasakan tulisan mereka tidak cantik.Aku pun sama.Dan lebih yakin lagi untuk menyuruh orang lain yang menulisnya kerana yakin tulisan orang lain lagi cantik.Semua orang begitu.

Aku mula terfikir,kenapa semua orang lebih percayakan dan merasakan orang lain lagi bagus dari diri sendiri?Adakah mereka begitu pasti yang dirinya tidak bagus,tulisan sediri memang tidak cantik?kalau betul begitu pasti,kenapa tidak berusaha supaya jadi lebih baik?Jadi cantik.Jadi bagus.

.....................................

Dan situasi sebegitu sekali lagi berlaku depan mata aku.Sebenarnya yang  menarik aku menulis untuk entri ini.Ianya berlaku di suatu surau yang aku singgah untuk solat.Selepas selesai solat aku bersandar didinding melihat gelagat manusia.Dan mata aku tertumpu pada seorang lelaki dalam lingkungan 30-an yang baru lepas ambil wuduk.Dia berdiri tegak sambil menunggu seorang lagi sedang wuduk.Lelaki 50-an.Selepas selesai lelaki seorang lagi itu berwuduk,lelaki pertama tadi ajak berjemaah.

Dan yang membuatkan aku tertarik adalah,kedua-duanya tidak mahu menjadi imam.Dan mereka mengambil keputusan untuk berdiri saja di situ tanpa solat.Dalam lebih kuran 10 minit,muncul seorang remaja baru selesai berwuduk,dan remaja tersebut ditolak ke depan untuk mengimamkan solat itu.Dan ramai juga makmumnya petang tu.Solat Asar je pun.Bukan perlu baca kuat-kuat.

Dalam fikiran aku,apa masalah mereka itu?Tak kan la sampai tak boleh mengimamkan solat?Tak yakin kah?Tak tahu kah?Dan kalau tak tahu kenapa tidak belajar untuk tahu?

Sekian terima kasih

18 Oktober 2011

?(aku hanya hamba)

malam ini aku mati

hari ini masih lagi seperti semalam
yang hari semalam itu sama dengan hari sebelumnya
fikiran melayang di tempat yang sama
tempat segalanya bermula
tempat yang menjadikan hidup penuh tanya
tentang mengapa dan kenapa
tentang bila dan di mana
hati dan jiwa
bahagia dan lara

bumi berputar dan berlalu
dan pastinya putaran itu bawa bersamanya aku
walau aku tidak mahu
tapi ia tetap bersama ku
kekuatan ternyata bukan milik aku
tuhan lagi tahu apa yang berlaku
tuhan lagi tahu apa aku mampu
sedang aku kian bercelaru
aku juga tidak tahu
apa akan jadi dengan esok aku

saat lemas di lombong tinggal
aku gagah melawan mati
ego tidak mahu dikeji
sedang jasad telah diusung pergi
di situ jua tempat mati
langsung bukan di medan bakti
untuk bangsa mahupun diri

bersandar di kerusi empuk
tak tahu patut dongak atau patut tunduk
patut berdiri atau duduk
tapi telinga tetap tidak boleh tutup
gegendang tetap kena ketuk
hati pasti dirodok-rodok
fikiran kian berkecamuk
dan aku mula fikirkan esok
apa patut aku sudah tidak wujud
untuk esok esok esok esok esok

menggigil bagi menunggu mati
kosong jiwa ciptaan sendiri
kasih lahir dari hati
namun mungkin tiada siapa yang mengerti
bukan mungkin tapi pasti
sebab hati terlalu hakiki
mustahil terluah dengan kata mahupun laku
kerana hanya hati juga mengerti
hanya hati yang mengerti

air mata mengalir jua
tanda luka hati jiwa
.......

aku tetap berharap esok aku masih ada
hari ini mimpi cuma
aku akan tetap terjaga
semoga kuat andai derita
derita bukan aku sahaja
semua orang juga sama
ya Allah tolonglah hambaMu ini yang banyak dosa
ya Allah tolonglah hamba...


11 Oktober 2011

kalau lembu bisa bermonolog

kalau lembu bisa bermonolog

pasti manusia selalu jadi subjeknya
sebab manusia ciptaan istimewa
punya akal,punya segalanya
sehinggakan dilantik sebagai khalifah di bumi Allah

mengapa akal dibiar berpintal
otak hanya memberatkan kepala
selain merembes deria dan saraf motor
lain tidak digunakan jua

hari siang pun bagun jua
makan minum berak itu sahaja
hidung ditarik pun tidak mengapa
sebab aku lembu cuma

yang aku pelik manusia pun hidupnya sama
subuh bukan wajib untuk lembu saja
bukan untuk manusia yang konon istimewa
ditarik hidung pun mereka
dengan gaji yang tidak seberapa orang dah boleh buat ikut suka
mana maruah manusia

biarkanlah lembu bermonolog
sebab dia tidak berakal
yang berakal adalah manusia
walau orang pijak kepala
walau orang ludah ke muka
akal mengatakan "tak mengapa,ada la balasan untuk depa"

5 Oktober 2011

kenangan 2 hari MC

Demam walaupun hanya dua hari sudah cukup merimaskan hidup.Apa pun tidak selesa dirasakan,sehinggakan terjadilah perlakuan-perlakuan yang diluar normal/abnormal orang yang sihat.Contohnya seperti rajah di atas,haba yang terhasil di bawak ketiak dan juga dalam seluar terasa amat selesa untuk dinikmati saat itu.

Telan ubat dengan pisang
Bila demam,aku teringat satu tabiat orang kampung aku.Kebanyakkan mereka akan telan ubat menggunakan pisang berpandingkan air kosong.Tapi aku tak pernah pulak buat macam tu.Macam kelakar je.

Tujuan pisang digunakan adalah untuk mengurangkan rasa pahit ubat tersebut dan hanya rasa manis pisang.Dengan cara mengambil sepotong pisang dan diletakkan ubat ke dalam pisang tersebut.

28 September 2011

opera mini

hadir sebuah resah.

aku jadi bingung
fikiran pula buntu
tindakan tidak menentu
aku main pandai-pandai aku
buat ini itu
namun ia tetap begitu
ia meresahkan aku
ia mengelirukan aku
dan pastinya merosakkan malam ku
bukan bawa mimpi syahdu

resah kerna aku bimbang
resah kerna aku sesal
melangkah ikut kata mereka
melangkah bukan guna akal
tapi resah buat aku teroka
tapi resah buat aku ikhtiar
dan resah itu berlalu jua
hidup kini mula bersinar
dengan satu lagi pengalaman bersama
untuk aku ada di dunia yang fana

27 September 2011

nukilan abadi


musafir fana

bila pena dibiarkan berbicara
bila akal dibiarkan mengembara
bila hati bebas berkata-kata
bila cinta berputik
bila sayang berbunga-bunga
bila rindu pun bemula
bila dunia sudah tidak lagi nyata
bila semua telah bermula
bila itu juga ummat manusia harus bersedia
akan hari hampir tiba
akan masa berlalu jua
akan tamat sebuah cerita
akan mati satu jiwa
akan layu sekuntum bunga
akan terkubur sebuah cinta
akan hilang rindu dendam
sepi sendiri walau dibenci
sepi sendiri walau disayangi
sepi sendiri walau ditangisi
sepi sendiri walau diratapi
pergi tetap jua
pergi kembali padaNya
pergi ke alam abadi
pergi mengadap Ilahi
tiada lagi peri
tiada lagi puisi
tiada jua diri
tiada hingga ke akhir nanti

23 September 2011

generasi z

kalau awal bulan hari tu,saya ada mengatakan tentang kemajuan diri pada wall facebook,dan awal minggu ni saya meluahkan kegembiraan sebab dapat email guna handphone,dan hari ni selangkah lagi kemajuan yang saya telah dapat kecapi.iaitu tulis blog sambil jaga exam.

kebiasaannya saya hanya mampu berkarya dengan mengarang puisi atau sajak saja ketika jaga exam begini,tapi hari ini bukan sekadar itu mampu saya lakukan.

intronya agak panjang,tapi sebenarnya itu je la hendak diperkatakn di sini.tapi tajuk yang mengatakan generasi z itu sebenarnya merujuk kepada zaman atau keturunan manusia sudah sampai ke penghujungnya.

kehidupan yang berteraskn norma naluri dan nurani sudah dilemahkan oleh tkemajuan teknologi.contohnya tadi saya ke rumah kak shahida,tapi terlupa yang mana satu rumahnya.lalu saya keluarkan handphone dan call untuk dapat jawapan.bayangkan kalau zaman handphone belum jadi sebahagian dari hidup manusia,rumah tetap dapat cari,kenalan tetap dapat berjumpa.

dan budak-budak yang membuat bising di masjid dari mula khatib baca khutbah sehingga orang siap solat jumaat tu salah satu masalah generasi x-y dan generasi z.budak-budak sudah tidak pandai hormat suasana,tempat,majlis.ibubapa pula buat tak tahu saja.budak yang buat bising tu mesti ada ibubapa,bukan anak buluh betong.

dan itu saja untuk sesi jaga exam kali ini.sekian terima kasih.

22 September 2011

selagi masih ada

selagi masih ada

kala masih punya masa
jasad masih punya nyawa
maka peluang pasti masih ada
untuk memilih Syurga mahupun neraka

bait kata lesu cuma
indah bahasa berlalu sahaja
pesan terkubur dikala bermula
hati terkunci sekeras waja

(Auditorium;22 Sept 2011,9-11.30pg)

21 September 2011

bila kena jaga exam

makanan jiwa

puisi ini untuk aku
jika sajak pun,juga begitu
hidup ini milik aku
hidup aku milik tuhan ku
yang Maha Kuasa lagi Tahu
bilakah akan tiba saat mati ku

berdiri aku bukan untuk menongkat langit
bersimpuh aku bukan berputus asa
tidur aku harapkan jaga
kerna belum berani untuk mengadapNya
sedang diri terpalit sejuta dosa

satu pesan untuk mereka
juga pesan untuk saya serta kita
sang peragu penuh luka hidupnya
di dunia dan akhirat jua
yang meragui keESAan tuhannya

walau diperi sejuta bahasa
walau digema seantero semester
kata hati tersimpul jua
monolog jiwa dalam dasarnya
melainkan yang Maha Pencipta lebih mengetahuinya.

(bilik 201;PTPL Ampang.20.9.2011/2.30-5.30pm)

19 September 2011

Hikmah sebuah entri

"andai suatu ketika hati kita pernah hancur bagaikan kaca yang dibaling batu,tanpa disedari Allah telah menyediakan permata yang berharga untuk kita."

Mungkin menimbulkan sedikit persoalan kepada pembaca setia saya tentang ungkapan tersebut dicoretkan sebagai pendahuluan entri kali ini.Namun usah gundah,kerana ungkapan itu memang selalu digunakan oleh akal positif seseorang yang timpakan masalah atau dugaan.Tapi agak teruk kalau ungkapan itu adalah semata-mata ingin berlagak positif,sedangkan jauh di sudut hati sebenarnya meratapi,mendendami dan sebagainya.

Suatu pagi yang malang
Entah kenapa malam tadi aku terlupa untuk cas bateri handphone,jadi pagi tadi aku ambil keputusan untuk membawa saja charger ke opis.Sedangkan selama ini tak pernah pun aku bawa charger ke opis.Dan charger tersebut dimasukkan ke dalam paperbag bersama dengan markah coursework students yang telah diprint.

Semasa dalam perjalanan,hujan pula turun dengan renyai-renyai,jadi untu mengelakkan dari lama berada dalam hujan itu,maka aku lajukan sedikit motor supaya cepat sampai kolej.Paperbag yang tergantung di handle motor mula menari-nari dan seterusnya terbang secara tiba-tiba.Namun aku tetap juga berusaha untuk pusing balik dan dapatkan kembali barang-barang tersebut walaupun hujan mula lebat,tersalah masuk DUKE,dah lambat ke opis,aku tetap tegar.Tetapi setelah tiba kembali di tempat kejadian,semuanya punah.Paperbag pecah,charger hancur kena langgar kereta,coursework hancur kena hujan.

Dan minda positif aku tetap berkata ada hikmah di sebalik kejadian pagi tadi.Kenapa aku terlupa cas henset,kenapa aku bawa charger,kenapa aku bawa motor laju.Tetap ada pengajarannya.Yang pastinya aku dapat charger baru.Tapi beli sendiri la.Untuk kali yang ke-3.Pertama tertinggal kat kampung,kedua yang arwah pagi tadi dan tiga yang baru beli kejap tadi.

15 September 2011

baik aku menulis~

Masih lagi dalam suasana hari raya.Aktiviti bersilih ganti dianjurkan oleh setiap team.Jalan-jalan akan sesak pada setiap hujung minggu kerana ramai orang hendak menghadiri rumah terbuka dan juga majlis kahwin yang sememangnya rancak berlangsung.Itu adalah normal.

Dan saya pula,telah beberapa hari tidak berkesempatan untuk melawat dan menulis blog ini juga adalah normal apabila banyak aktiviti yang terpaksa disertai secara rela mahupun paksarela.Dengan markah coursework,dengan final project,dengan essessment portfolio,dengan apa yang akan mereka/anda(kalau student saya yang baca.ada-jujue) jawab dalam exam nanti.Itu juga adalah normal.

Beraya di Bt.3 Shah Alam
Kalau 2 tahun lepas,berlaku sedikit adegan air mata berlaku semasa berkunjung ke rumah tersebut.Namun kali ini keadaan agak lebih tenang dan ceria.Masa 2 tahun telah mengubah kematangan seorang hamba Allah untuk menghadapi ujian ke atas dirinya.Hilang penglihatan atau buta.Ujian yang amat besar kepada seseorang yang sebelumnya mempunyai penglihatan yang normal.

Menjadi positif dan bersyukur mungkin langkah yang terbaik untuk diri walaupun kadangkala melukakan.Sepertimana yang dilakukan oleh hamba Allah tersebut apabila memberi reaksi kepada soalan-soalan yang diajukan terhadapannya.Contohnya apabila ditanya adakah kawan-kawan lain datang melawat dia sejak jadi macam tu.Jawabnya dengan ceria "mana ada,semua senyap je".Tapi kalau dia bukan sudah berfikiran positif,besar kemungkinan dia akan terasa hati dengan soalan tersebut.Kerana jawapan kepada soalan itu adalah bermaksud dirinya tidak dipedulikan oleh kawan-kawannya.

Semoga dia dapat pulih seperti biasa.Dan semoga semua orang yang sakit akan pulih seperti biasa.







6 September 2011

SELEPAS RAYA

Seperti biasa la kot,bagi seorang blogger macam saya ni akan mengupdate blognya selepas berlakunya satu peristiwa besar seperti sambutan hari raya aidilfitri ni kan.Besar tu,sebagai meraikan kejayaan mengharungi sebulan bulan ramadhan.Bagi yang mengabdikan diri untuk beribadah tu lagi la manisnya kejayaan itu.Bagi yang hanya berpuasa saja,muingkin juga manis berbaju baru je la.

Dan apabila seorang blogger macam saya juga terlibat secara langsung dalam suasana perayaan seperti ini,maka akan ada beberapa perkara yang akan diperkatakan.(perasan blogger betul diri ini).

Purata kematian Ops Sikap-24 adalah 20 orang setiap hari
Agak cemerlang juga peningkatan purata angka kematian pengguna jalan raya di Malaysia.Kalau Ops Sikap 22,purata kematiannya adalah 16 orang sahaja.Dan untuk semalam 4 sept 2011,adalah 24 orang kematian direkodkan di atas jalan raya.Ini semua saya dengar berita kat TV malam tadi je.Kalau mereka tipu,tipu la juga saya ni.Tapi walau tipu ke tidak,ianya membuat saya terfikir dan menulis hari ni.

Memang bersesuaian dengan nama pun "Ops Sikap",sebab boleh dikatakan punca utama berlakunya  kelamangan adalah dari sikap pemanduan sendiri atau pun pengguna jalan raya lain.Kurang sabar,berlagak,ego,pentingkan diri,leka dan sebagainya.Dan semua itu adalah sikap.

Dan penguatkuasaan pula seolah hanya menggunapakaikan konsep menghukum semata,berbeza dengan konsep nasihat atau pencegahan seperti yang di ungkapkan semasa sesi intiview oleh stesen TV.Ini adalah kerana selama saya memandu pulang beraya tempoh hari selama 7 jam,hanya 3 kali saya berselisih dengan motorsikal peronda polis.Sedangkan tahun ini 10 ribu anggota dikerah untuk bertugas semasa Ops Sikap -24.Adakah mereka hanya sedang bersembunyi dalam semak bertemankan nyamuk untuk memerhatikan pemandu yang melakukan kesalahan dan seterusnya mengeluarkan saman ekor.Bukan berada di atas jalan raya untuk mencegah pemandu dari melakukan kesalahan yang mungkin boleh membawa kepada kelamangan.

Mungkin keterlaluan sekiranya saya mengatakan,konsep menghukum ini lebih memberi keuntungan kepada pihak kerajaan kerana dengan mengerah anggota yang ramai untuk mengeluarkan saman,maka secara tidak langsung akan meningkatkan lagi jumlah bayaran saman dan melebihi kutipan pada tahun lepas.Adakah itu yang menjadi targetnya,bukan mengurangkan kes kemalangan.

Teknik tunggangan motorsikal
Semasa dalam perjalanan balik kampung itu juga,saya tertarik dengan satu tekinik tunggangan seorang penunggang motorsikal.Malah saya sempat lagi terfikir akan melakukan perkara yang sama sekiranya saya menunggang motorsikal.Ketika menghadapi kawasan yang terlindung.

Apa yang dia lakukan adalah dengan berdiri semasa menunggang ketika memotong kereta sedang mendaki bukit.Tujuannya adalah untuk melihat kenderaan yang kemungkinan akan datang dari arah bertentangan.Namun sedang saya berfikir-fikir,tiba-tiba muncul sebuah motorsikal peronda polis dan penunggangnya juga melakukan teknik yang sama untuk melihat jalan yang terlindung itu.

Maka sekali lagi la saya terfikir,rupanya itu memang teknik tunggangan yang betul pun.Cuma saya yang tidak tahu.Mungkin masa krusus untuk mengambil lesen memandu dulu saya tertidur dalam kelas.

Moralnya adalah,jangan tidur dalam kelas..Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat.


26 Ogos 2011

ucapan dari : Saya (udi,jogho,leo dll )

Salam Syawal untuk semua
Oleh kerana hari ini adalah hari terakhir kerja,dan hari terakhir juga saya berpeluang mengupdate blog ni(harap jangan baca dengan tanggapan yang saya akan mati ye).Apabila balik ke kampong esok pagi,saya sudah tidak berpeluang lagi untuk menggunakan kemudahan internet seperti ini di kampung saya.Malah coverage untuk handphone pun kena panjat pokok kelapa baru clear untuk menghantar SMS atau call.

Jadi dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog saya ini.Dan untuk diri sendiri juga(sebab yang pasti saya yang baca entri ni di masa akan datang).Jika terkasar bahasa,tersalah ejaan,tersengaja sindiran,terbagi nasihat tanpa diminta,dan apa jua 'ter' lagi,saya dengan seikhlas hati memohon maaf dari kalian semua.

Jagalah keselamatan diri kepada yang akan menempuh perjalanan untuk balik kampong,begitu juga yang tak balik kampong.Sambutlah raya dengan gembira.Jangan main mercun.Jangan juga merempit.

p/s: Saya sayang anda :)
 
~ selamat hari MERDEKA juga ~
(bersama kita menghargai nikmat merdeka yang kita ada sekarang.Dan andai ada yang masih belum merdeka,anda punya akal kan?gunakanlah akal kalian dengan sebaik-baiknya.anda akan merdeka.)

24 Ogos 2011

#(0")x"--quarzoux


Di atas itu adalah poster kepada sebuah filem yang berkisahkan tentang pembunuhan bersiri bertajuk 'PERFUME'.Tujuan pembunuhan tersebut adalah untuk mengumpul haruman yang dihasilkan oleh setiap badan wanita cantik,seterusnya dikumpul dan digabungkan menjadi minyak wangi yang paling wangi di dunia.Begitulah sedikit sebanyak tentang cerita tu,nak lagi detail tengok la sendiri... 

Dan semestinya anda juga ingin tahu apakah kaitannya cerita tersebut dengan blog ini.Dan apakah motivasinya cerita pembunuhan bersiri tersebut kepada kita.Adakah kita patut menjadi pembunuh bersiri?
Bukan,tapi jadilah seperti lilin.Membakar diri untuk memberi cahaya kepada orang yang memerlukan.Sepertimana yang dilakukan oleh watak dalam cerita PERFUME yang mengorbankan dirinya untuk membahagiakan orang miskin.

22 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.25

Salam.Semoga dirahmati Allah selalu ya saudara saudari yang membaca blog saya ni.Yang anda la tu.Saya memang ikhlas mendoakan anda dirahmati,disayangi,dilindungi Allah selalu.Dari segi fizikal atau pun rohani.Jiwa.Sebab sejak akhir-akhir ni,banyak perkara yang diluar jangkaan berlaku kepada orang-oarang di luar sana.Seolah-olah manusia zaman ini sedang sakit.Sakit yang tidak dirasai oleh pesakitnya sendiri,inikan pula orang lain.Saya harap saudara saudari selamat.

Dua minggu yang lepas,Saya menonton rancangan NONA di TV3.Vanida Imran memang kekal cantik.Tapi saya bukan ingin bercerita tentan Vanida Imran pun di sini.Saya tertarik dan tersentuh dengan cerita seorang mangsa simbahan asid yang di inteview wartawan NONA.Memang kasihan dan memilukan bila melihat dan dengar ceritanya.Tentang kesakitan yang dialaminya.Terasa seolah-olah muka dibakar dan lebih sakit dari itu.Dan kesan dari simbahan asid itu menyebabkan wajahnya rosak sama sekali dan lebih kasihan adalah dia kehilangan penglihatan kekal.Apakah itu yang diinginkan oleh si pelaku perkara tersebut?Mana jiwa dia sebagai seorang manusia yang waras.Kecuali dia mengalami sakit jiwa yang tidak disedarinya sendiri.

Dan dua hari lepas,saya menonton berita pula.Juga di TV3,tentang ketidakpuasan hati seorang ibu apabila mahkamah menjatuhkan hukuman 8 tahun penjara dan 4 sebatan kepada seorang pelaku  yang didapati bersalah kerana telah menyimbah asid kepada dua orang anak lelaki wanita tersebut.Baginya ia tidak setimpal dengan kesan yang akan terpaksa ditanggung sepanjang hayat kedua-dua kanak-kanak itu.

Sebagai seorang insan,memang saya berasa amat kasihan terhadap mereka.Dengan tangisan kanak-kanak tersebut yang mengalami kesakitan dan kecacatan pada wajah.Mereka yang sebenarnya belum pun mengerti apa itu dosa dan pembalasan sehingga mereka diperlakukan begitu sekiranya ada melakukan kesalahan.Dan dengan tangisan mereka itu juga,membuatkan saya ingin menangis walau 3 hari 3 malam sekiranya ia dapat membantu mereka sembuh dan kembali seperti sediakala.Tapi itu tidak mungkin.

Jadi sebagai pembaca kepada blog saya ini,saya harapkan anda dapat mengawal dan menjaga jiwa anda dengan selamat.Kawalah amarah.Hiduplah dengan kesabarang.Bajai rohani dengan zikrullah.Hanya pada-Nya kita berserah.Semoga selamat dunia akhirat.Amin

19 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.24

Semasa buat diploma kat UiTM Machang,Kelantan
Salah satu perbezaannya adalah cuti hujung minggunya.Sebab Seperti yang semua orang tahu,negeri Kelantan adalah salah satu negeri yang bercuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu.Dan pada hari Jumaat,bagi ummat islam pula akan menunaikan solat Jumaat.Maka kalau ada aktiviti yang dirancang mestilah kena masukkan  slot solat Jumaat dalam agendanya.Di situ tercetuslah kekangan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berskala besar.Dan tercetus jugalah perasaan tidak puas hati dengan hari Jumaat berada dalam cuti hujung minggu.

Sekarang berkerja di Ampang,Selangor.
Lain pula ceritanya bila berkerja di negeri yang hari Jumaatnya bukan dalam hari cuti,hari berkerja.Sebab solat Jumaatnya pada waktu kerja.Kalau perjalanan solat Jumaat tersebut seperti biasa,tiada masalah sangat.Tapi kalau berjalan dengan yang bukan biasa,seperti khatib baca khutbah dengan emosi dan panjang berjela,berdoa sambil menangis.Solat pun dah tak berapa khusyuk sebab memikirkan lambat nak masuk kerja balik dan dah mula cakap imam tu macam-macam(dalam hati).Jadi rasa juga tak puas hati bila hari Jumaat masih lagi hari berkerja,nak beribadat pun tak khusyuk.

Begitulah ceritanya,sebenarnya kalau dicari ketidakpuasan hati memang di mana saja akan jumpa.Apa saja situasi boleh dicari titik perbezaan.Dan situasi itu juga sebenarnya ada titik bersamaannya.Syukur apa yang ada.Sebab ada orang yang sudah tiada peluang untuk solat Jumaat dan juga menjalankan amal ibadat yang lain.Selamat menjalani ibadat puasa kepada semua

18 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.23

Kepada anda pembaca setia mahupun pembaca secara tidak sengaja,mesti anda tahu apakah gambar yang saya upload di atas.Ianya sebiji gelas kan?Dan kalau gelas pun anda tak kenal lagi,Agak mustahil anda sudah pandai membaca karana hanya bayi,manusia pra sejarah,lembu dan sebagainya saja yang mungkin tidak kenal akan gelas.Orang gila pun tahu itu gelas.

Tapi yang mungkin anda tidak tahu adalah tujuan gelas itu dimasukkan dalam entri ini.Dan mengapa perihal gelas pula yang akan diperkatakan oleh saya kali ini.Gelas kaca.

Sebenarnya saya ingin anda membuat satu demonstrasi dengan menggunakan gelas sebagai subjek kajian.Anda hanya perlu mengambil sebiji gelas kaca,kemudian baling sepenuh hati ke arah dinding konkrit.Dan anda saksikan sendiri perubahan yang berlaku pada gelas tersebut ketikamana ia masih di tangan anda,semasa ia melayang setelah dilontarkan dan selepas ianya mengenai dinding.

Gelas itu pecah berkecai.Akibat dari terantuk ke dinding.Dan gelas itu sudah tidak berguna lagi sebagai gelas.Selepas ia pecah berkecai baru kita tahu yang gelas itu akan jadi sedemikian rupa.Baru kita akan rasa menyesal dengan apa yang telah kita lakukan.Tapi gelas itu sudah jadi korban.Sedangkan kita sebenarnya punya peluang untuk tidak baling gelas itu.

Begitu juga dengan kehidupan,kita ada peluang untuk tidak menghancurkan kehidupan kita ini selagi mana kita terus menggunakan akal,selagi kita terus guna peluang untuk kita terus hidup,peluang untuk belajar dan jadi cemerlang.

Jangan main mercun,nasihat adik-adik anda...


16 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.22

DIPLOMA KENDERAAN
Hari ni satu lagi perumpamaan baru diperdengarkan kepada para pelajar-pelajar saya yang dikasihi.Iaitu Diploma Kenderaan.Adalah untuk lari dari memperkatakan tentang Diploma Rekabentuk Grafik.Dan seterusnya memudahkan lagi memberi contoh-contoh yang mudah difahami mereka

Permasalahan dikalangan mereka adalah tentang kesedaran dan terlalu bersikap gelas yang dipenuhi air.Sikap tidak mahu menerima unsur-unsur lain yang dirasai kurang diminati dalam hidup mereka.Yang dimaksudkan di sini adalah tentang subjek-subjek yang mereka tidak suka untuk belajar.Sedangkan itu adalah pelengkap kepada krusus atau diploma yang mereka ambil.Belajar grafik tapi tidak suka subjek lukisan,pembungkusan,pengiklanan,fotoshop.

Bayangkan belajar untuk buat kereta,tapi hanya suka buat tayar atau pintu saja.Sedangkan kerusi,stereng,dan sebagainya juga penting pada sesebuah kereta dan merupakan pelengkap untuk ianya digelar kereta.Semenstinya diploma yang dimilik oleh pemegang Diploma Kenderaan tersebut tidak berguna ataupun tidak mencapai objektif krusus tersebut.Kerana pemegangnya hanya tahu buat tayar.Bukan sebuah kereta.Begitu juga dengan Diploma Grafik,kalau hanya tahu satu item saja dalam grafik.Hanya tahu ambil gambar,sebab ada subjek fotografi dalam grafik.Rugi sekali.

Dan sememangnya untuk menyedarkan mereka ini adalah dua perkara yang berbeza.Sedar akan kepentingan bagi setiap subjek,setiap masa,setiap kelas yang mereka lalui itu adalah ilmu.Dan selepas sedar pula,mereka juga perlu bertindak untuk mengubah keputusan atau pun hasil kepada objektifnya.Bukan sekadar sedar sampai menangis teresak-esak,tetapi tetap juga tidak buat apa-apa.Rugi.

Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.


15 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.21



"kalau saya mati,saya akan hidup seribu tahun lagi"
Mungkin anda tak pernah dengar ungkapan tu.Dan mungkin juga anda pernah dengar.Bagi siapa yang tak pernah dengar ungkapan tersebut,ia adalah ungkapan dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan diceritakan oleh sahabatnya iaitu Datuk Aziz Satar.

Mungkin ada benarnya tentang ungkapan beliau itu.Kerana sehingga sekarang,bakat dan filem-filemnya masih diterima masyarakat.Masih diminati.Walaupun kepada peminat yang lahir selepas kematian beliau.Seperti saya.Namun wataknya tetap hidup.

Tetapi disebalik pengagongan yang diberikan tentang bakat,tentang karya,tentang personaliti beliau itu sebenarnya masih ada kepincangan dan boleh diambil pengajarannya.Tentang P.Ramlee.Tentang penghargaan.Kerana semasa hayatnya,beliau bukan mendapat penghargaan seperti sekarang.Yang sehingga membawa kepada gelaran Tan Sri.

Beliau hanya dilayan seperti pengkarya-pengkarya yang lain saja semasa zamannya.Sebab beliau juga manusia biasa sahaja disamping ada sedikit keistimewaan dari segi bakat dan pemikiran.Itu yang mengheret beliau ke dalam dunia populariti yang seketika.Yang penuh dengan lakonan.Dan seterusnya menjatuhkan beliau ke tahap yang menyedihkan.Ramai yang tidak tahu tentang itu.Bahawa Allahyarham Tan Sri P.Ramlee semasa di akhir hayatnya melalui zaman kejatuhan yang menyedihkan.Yang sebenarnya memadam terus detik kegemilangan yang dikecapi beliau sebelum itu.Namun beliau diangkat kembali selepas kematiannya.

P.Ramlee pernah diboikot oleh semua wartawan dan cerita mengenainya langsung tidak ditulis di mana-mana artikel pada masa itu.Menghampiri zaman kejatuhannya,beliau ditawarkan untuk mengarah filem yang berwarna dan itu adalah merupakan impiannya.Namun tawaran tersebut ditarik balik dan diberikan kepada pengarah yang lebih muda pada masa itu.Jins Shamsuddin.Kekecewaan mula berputik dihati beliau.Ditambah pula lagi dengan penamatan kontrak bersama syarikat rakaman pada masa itu.EMI.Dengan alasan lagu-lagu beliau sudah tidak lagi mendapat tempat dihati peminat.Dan percubaan beliau untuk mendapat pinjaman pembiayaan dari badan-badan kerajaan dan bank tempatan bagi menghasilkan filem juga ditolak.Lagi membuatkan beliau semakin parah dengan kekecewaan dan juga masalah kewangan.Sehinggakan beliau pernah membuka kedai untuk orang bermain mahjong untuk mencari pendapatan.Sehingga ke akhir hayatnya,beliau semakin melarat dan hidup miskin dengan anak-anak dan isterinya,Allahyarham Datin Sri Saloma.

Begitulah sedikit sebanyak cerita mengenai seorang insan seni yang pada zamannya tidak dihargai,tapi di kenang dan diagong-agongkan selepas ketiadaannya.Dan sebenarnya itu adalah hakikat kepada kehidupan,manusia akan mula menghargai apa yang sudah berlalu.Pada sesuatu yang telah hilang.Pada orang yang telah meninggal.

Dan dibulan Ramadhan yang mulia ini,marilah kita menghargai insan-insan yang penting dalam hidup kita.Mari kita berbuat baik pada ibu dan ayah.Mari kita menghormati kawan-kawan.Percayalah,kita tidak akan menyesal dengan melakukan demikian.Mungkin kita akan menyesal sekiranya melakukan yang sebaliknya.

10 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.20

Kalau la ada pelajar  yang baca blog saya ni kan bagus.Kenapa bagus?Bagus la sebab saya nak menyatakan yang saya sebenarnya betul-betul harapkan mereka semua berjaya.Berjaya menggunakan peluang,menggunakan masa yang ada ini untuk tujuan yang betul bagi menentukan kejayaan di masa akan datang.Inilah motivasi.

Kalau dalam kelas,saya selalu nasihat,berpesan,nasihat lagi,pesan lagi.Langsung tiada tujuan lain melainkan untuk menyedarkan,memberi kesedaran dan seterusnya bertindak,bergerak ke arah kejayaan masing-masing.Sebab sebenarnya setiap orang yang berada dibangku sekolah,setiap orang yang berada di kerusi-kerusi kelas di mana-mana pusat pengajian adalah berpeluang untuk mengecapi kejayaan di masa akan datang.Saya ulang sekali lagi,setiap orang yang berada dibangku sekolah,setiap orang yang berada di kerusi-kerusi kelas di mana-mana pusat pengajian adalah berpeluang untuk mengecapi kejayaan di masa akan datang.

Siap ulang dua kali tu,nak bagi merangsang motivasi kepada anda pembaca entri saya kali ni.Bahawasanya anada mempunyai peluang yang cerah di masa akan datang,dengan syarat anda mula sedar dari sekarang.Bukan sekadar sedar,tapi bertindak.Bertindak.Berusaha.Memulakan langkah.Sebab setiap apa tu akan bermula dengan langkah yang pertama.Jadi mulakanlah langkah menuju kejayaan dari sekarang.Dari hari ini.Baca buku.Buat assignment.Jangan tunggu last minute,sebab hasilnya bukan menggambarkan kualiti sebenar anda.


3 Ogos 2011

bila dah macam-macam Vol.19



Siapa Leo Madrigal.
Merupakan salah seorang watak utama dalam drama bersiri Filipina iaitu Sanay Wala Nang Wakas yang dilakonkan oleh Diether  Ocampo. Watak Leo ni adalah seorang yang baik hati dan berseni (melukis masa sedih atau gembira).

Siapa Syamsudi
Seorang yang anda memang tak boleh jangka tentang apa yang akan dilakukan.Contohnya seperti memberhentikan kereta di tepi jalan semata-mata untuk dengar lagu yang dah lama tak dengar.Sebab kalau teruskan perjalanan nanti risau terputus siaran dan tak dapat dengar lagu tu sampai habis.Sebabnya lagi adalah antena radio kereta kena curi semasa parking kereta kat apartment.Tak guna punya pencuri!

Siapa anda
Tiada siapa pun yang tahu siapa secara anda hakikinya, sebab hanya anda dan Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati,apa niat,apa tujuan melalui apa jua yang anda tuturkan,apa yang anda bicarakan,apa yang anda persembahkan.Marilah jadi orang yang berguna pada diri sendiri dan berbakti juga untuk orang lain.Senyum..

2 Ogos 2011

untitle #

Hari tu aku tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat tv9,mereka bercerita kembali tentang filem cinta yang menjadi fenomena dan menjadi filem paling berjaya di dunia dari segi kutipannya.Filem Titanic.

Mereka menggamitkan kembali kenangan penonton-penonton yang sekitar tahun 1997.Iaitu ketika filem tersebut rancak ditayangkan.Tapi bagi aku adalah,kenangan yang diingati bukan saja tentang filem Titanic semata.Tetapi tentang usia.Tentang aktiviti ketika itu.Ketika mana aku masih lagi merupakan seorang budak kampung yang sejati.Tahap buta IT lagi.Menulis blog macam ni langsung tidak pernah termimpi.

Sambung selepas kelas,kalau ada idea lagi.Sekian wassalam.

1 Ogos 2011

1 Ramadhan 1432H

"Untung sabut timbul, untung batu tenggelam."
Aku tau ramai yang tak faham dengan pepatah tersebut.Apakah yang dimaksudkan dengan untung sabut timbul dan untung batu tenggelam tu.Dan kalau anda nak tahu,itu adalah bermaksud kehidupan kita sekarang.Bermaksud hakikat kehidupan di dunia ni.Hakikat kejadiaan sesuatu itu.Apa,dah tahu?
Bagus la kalau dah tahu.Saya tulis ni untuk yang kurang tahu lagi.

Hakikat kehidupan ini adalah setiap sesuatu itu ada betulnya.Ada kelebihannya.Ada pronya,di sebalik kontra yang diberikan orang lain ke atasnya.Tak faham?Ha, kan baru tau anda sebenarnya tak berapa faham.

Batu dengan sabut tersebut adalah contoh yang paling mudah untuk dibandingkan.Sebab bagi pihak sabut,dia akan berasa beruntung dan menganggap bahawa batu bernasib malang sekali kerana tidak dapat terapung di atas air.Namun sebaliknya pendapat batu.Kerana dia pula merasakan di lagi beruntung kerana dapat tenggelam di dasar sungai berbanding dengan sabut yang hanya terapung dan dibawa arus.

Jadi kesimpulannya adalah kita perlu menerima hakikat bahawa setiap pro dan kontra yang wujud itu adalah mempuanyai kebenarannya dan ia tidak salah untuk dipertahankan sesiapa saja kerana ianya adalah pendapat.Dan pendapat pula hanya akan dikeluarkan oleh proses pemikiran manusia yang berakal.Jangan takut memberi pendapat.

untitle #





Ramadhan kembali lagi
Setiap kali bulan puasa akan ada suatu perasaan yang aku kurang pasti apakah itu.Yang pasti bukan perasaan yang berkaitan dengan ibadah tersebut,tetapi perasaan yang lebih kepada memori,sentimental value.Mungkin terkenang zaman kanak-kanak.Mungkin aroma ayam goreng sebagai lauk sahur.Namun aku jadi sayu.Sedih.Dan keliru.

Namun apa pun,kepada yang membaca blog ini diucapkan selamat berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah lain.Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi makna yang sebenar kapada kita semua.

29 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.18

Saya rasa ada orang sedang buat research.
Hidup di dunia yang serba pantas dan tanpa sempadan dan maklumat ada di hujung jari ni,maka saya sarankan supaya kita menyokong kemajuan ini.Iaitu dengan ("apakah pula saudara ini cuba merepek hari ni"bicara anda dalam hati kan?) menyediakan sebanyak mungkin maklumat yang anda tahu.Supaya mudah sekiranya ada individu-individu yang yang ingin membuat kajian atau research mendapatkan maklumat.

Apa yang patut saya tulis saudara?
Kalau soalan yang sebegitu terdetik dalam hati anda semua,jawpannya adalah anda tulis la mengenai diri anda sendiri.Lagi elok sekiranya anda menulis perkara-perkara rahsia atau yang memalukan atau perkara yang menjatuhkan anda.Kerana di luar sana terlalu ramai kawan-kawan anda yang sedang mencari apa saja maklumat untuk memperkatakan tentang anda.Untuk menjatuhkan anda.Dan cerita yang negatif lagi mudah mereka terima berbanding cerita positif.Percayalah cakap abang ni Dik.Sokonglah mereka.Sediakanlah mereka dengan maklumat-maklumat diri anda di internet.Masukkan gambar sekali.

Ini nasihat pakcik Udi
Jadilah seorang manusia yang baik-baik.Dan janganlah menghancurkan diri sendiri.Jangan juga menghancur orang lain walau atas sebab apa sekali pun.Hiduplah dengan aman damai tanpa hasad dengki, fitnah, khianat, mengumpat dan sebagainya.Jagalah hati.Jagalah hati.Jagalah hati~

Selamat menunaikan ibadah puasa...


22 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.17

Puisi Sang Gagak

Apa dipeduli cakap orang
aku memang hitam
hitam aku tetap menawan
aku tetap dapat menikmati kehidupan
sepertimana kalian
kerna dunia ini milik tuhan
milik Pencipta seluruh alam

Aku jua bisa terbang
bukan terkurung untuk tatapan orang
kerna itu bukan tujuan ciptaan
kerna itu bukan impian kehidupan
kerna kehidupan adalah kebebasan
kerna kehidupan adalah kemerdekaan

Bila hari malam menjelang
semua gagak ketawa sinis
sebab Sang cantik juga hilang
hilang dalam gelap malam
hilang dalam pekat malam
sang cantik juga hitam
sehitam hati yang dibiarkan

21 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.16

Sahabat Sejati-UNIC


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

bila dah macam-macam Vol.15

masa itu aku

Aku melihat masa yang berlalu...
melalui sebuah jam dinding
dengan jarum saatnya seakan berlari
jarum minit yang setiap mengekori
dan jarum jam melangkah penuh misteri
namun mereka tidak pernah berhenti
mereka tidak akan menanti
sedang aku hanya memerhati
sambil berbicara dalam hati

masa ku lihat kian berlalu...
melahirkan resah mereka
sang pelajar yang sedang periksa
melahirkan resah aku
yang memikirkan hala tuju
apakah ingin teruskan berlagu
sedang mati kian menghampiri
sedang mati setia menanti
sedang mati itu pasti

Perang aku dengan masa...
monolog kini kian bebas
sebebas burung dari sangkar emas
sebebas agas selepas hujan
kerna akal dibiarkan berjalan
kerna akal dibiarkan terbang
kerna akal dijadikan teman
kerna akal dijadikan kawan



20 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.14

"Have You Ever Really Loved A Women

When you love a woman, you tell her that she's really wanted
When you love a woman, you tell her that she's the one
She needs somebody, to tell her that it's gonna last forever
So tell me have you ever really...really, really ever loved a woman "

Hari ni gua bukan menulis sajak bahasa english.Tapi itu adalah lagu yang dinyanyikan oleh Brian Adam.Dan saya ada sedikit peceritaan yang ingin dikongsikan bersama.Apa yang saya alami.Mungkin anda juga pernah alaminya.Tapi kurang berminat atau pun tiada peluang untuk memperkatakannya.

Dalam tahun 2004, iaitu ketika sedang belajar di UiTM.Lagu tersebut adalah merupakan salah satu lagu kegemaran saya.Dengan suara Brian Adam yang serak-serak basah tu.Lagu tersebut memang best.

Ceritanya,pada hari Khamis minggu lepas saya tiba-tiba menyanyi lagu tersebut dengan penuh perasaan sambil buat kerja kat office.Siap dengan pitching yang betul.Dan semasa dalam perjalanan pulang dari kerja,lagu tersebut dimainkan  dj dalam radio.Ajaib sungguh.

Sekian cerita saya hari ini.

bila dah macam-macam Vol.13

Solat ketika rumah blackout dan keadaan gelap gelita
Tak tau la anda pembaca pernah alami situasi begini.Menunaikan solat dalam keadaan yang gelap gelita.Dan solat itu pula dilakukan di bahagian yang terbuka, iaitu ruang tamu atau ruangan solat yang dapat dilihat oleh orang sekiranya keadaan terang.

Solat tersebut mungkin kurang khusyuknya dan dilakukan secara tergesa-gesa kerana  sebab-sebab yang tertentu.Takut gelap salah satunya.Takut kena cuit belakang (jadi imam).Biasa.

Tapi yang luar buasanya adalah bagi orang yang tak takut gelap,takut malu.Takut malu juga menjadi punca untuk melakukan solat dengan cepat.Takut lampu kembali menyala sebelum selesai solat.Sebab dia pun kurang pasti betulkah kiblat yang dia hadap, adakah dia hampar sejadah dengan betul.Bukan bersujud di bahagian kaki sejadah.Maka malu la nanti kalau lampu menyala sebelum sempat habis solat.

19 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.12

Dalam dunia ni kita ada 6 orang lagi kembar.Maknanya orang yang macam kita yang seiras dari segi fizikal,perangai, dan sebagainya adalah 7 orang.Selain kita yang di sini,maka ada seramai enam orang lagi kembar kita di luar sana bertebaran di mana-mana.Kita pun tak tahu.

Mungkin anda pernah terdengar tentang ni sebelum ni.Mungkin juga pernah terbaca.Dan kalau anda pernah terdengar atau terbaca,maka anda sangat bertuah.Kerana anda telah mendapat dua kali motivasinya.Dan sekiranya anda pertama kali mendengar di sini,anda juga bertuah.Sebab juga tak terkecuali untuk mendapat motivasi dari kembar-kembar anda sendiri.Teruskan membaca ye adik-adik.

Motivasinya dari kembar kita adalah,kita mesti berusaha lebih.Kalau kita belajar,mesti belajar betul-betul.Kalau kita kerja juga,mesti kena kerja betul-betul.Sebab kalau kita belajar main-main,kerja sambil lewa, mungkin kembar kita yang 6 orang lagi tu tengah rancak berusaha dan mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.Jadi tidak ke malu kita dengan kembar-kembar kita tu kalau kita gagal.Muka sama.Suara sama.Pendek kata semua sama.Tapi pencapaian aje yang tak sama.Sebab kita malas.

Jadi ayuh la berusaha dan jangan malas-malas.Buktikan pada diri dan kembar kita bahawa kita juga boleh berjaya macam mereka dan malah lebih lagi.Jadi jangan tunggu lagi.Sia-sia baca blog motivasi macam ni kalau tak termotivasi.Ayuh!

18 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.11

senja bila tiba

semua orang tahu
semua orang mengerti
semua orang mengakui
bila senja tiba,hari ini akan berakhir

namun tiada siapa peduli
bahawa malam setia menanti
malam akan tetap mengganti
malam menjanjikan mimpi
dan bila senja tiba,hari akan berganti lagi

hari ini akan di tinggalkan sepi
hari ini akan bersemadi dalam memori
hari ini tidak akan tiba sekali lagi
walau sejuta tahun ditangisi
kerana senja tiba jua hari ini

menutup mentari
merubah warna bumi
hasilkan monolog berseni
si musafir yang merentasi hari





15 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.10

apa yang kamu tahu

cerita tentang sesuatu
cerita tentang suatu
cerita tentang satu
semua adalah cerita

dari aku
dari kamu
dari dia
dari mereka
dan dari sesiapa saja

adalah kata kata yang terbit
dari monolog hati
dari kupasan akal
dari gelodak jiwa
dari emosi
dari apa saja



erti sebuah harapan

sebatang jalan
yang sibuk dengan kenderaan
berdiri seorang lelaki
membelakangkan selekoh tajam
yang menantikan seseorang
yang menantikan seorang
yang menantikan orang

selekoh tajam
yang langsung menghalang pandangan
tentang apa yang bakal datang

dikala hari masih siang
suasana juga terang
walau hanya satu pandangan
walau dengan seribu pandangan

namun sedikit
sedikit pun tidak terkesan
tidak merasa bosan

bagi dia
bagi lelaki itu
bagi kita
bagi mereka
bagi kalian
bagi semua
yang masih punya sebuah
HARAPAN







bila dah macam-macam Vol.9

(Ulu Yam,Selangor. water color. July 2011)

13 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.8

Seni adalah untuk semua.
Sememangnya penulisan untuk hari ini adalah berkaitan dengan aktiviti seni.Sebab semalam baru saja buat aktiviti outing ke Taman Rekreasi Ulu Yam.Melukis secara live kat sana.Dah tau kan Jujue?(sebab yang aku tau,Jujue baca blog ni.)

Berbalik pada aktiviti melukis di Ulu Yam semalam, secara objektifnya boleh rumuskan sebagai berjaya juga la.Sebab semua yang pergi berjaya melukis dan boleh dibawa balik hasil lukisan bersebut.Sebagai pengalaman pertama berhadapan dengan alam untuk dihayati dengan cara melukis memang mengujakan sepatutnya.Bagi mereka yang pertama kali la.Bagi aku pula adalah suatu kepuasan dan relaks.

Dan apabila apabila orang menganggap aku suka berfikir.
Memang betul berfikir dan bermonolog adalah perkara yang saya suka lakukan.Memerhatikan tingkah sekeliling.Membandingkan dengan yang lain.Menghayati.Meniru.Menghargai.Mengkritik.

Jadi semasa melukis semalam,sempat juga saya berfikir dan bermonolog mengenai tingkah.Tingkah laku manusia melinium.Yang hidup di zaman ini.Soal adat sopan,budi bahasa dan nilai-nilai murni yang lain sebenarnya sudah diundi keluar dari pemikiran setiap manusia.Menghormati orang lain seolah-olah tidak lagi relevan masa ini.

Dengan kawasan sungai di Ulu Yam tu sepatutnya tidak berlaku seperti yang dilakukan oleh sebuah keluarga yang terdiri dari pangkat datok,nenek,anak,cucu merampas tempat duduk kami kalau mereka masih lagi beradab dan menghormati hak orang lain.Dengan adanya barang kami di situ.Tapi mereka berjaya membuktikan bahawa zaman sekarang bukan masanya untuk menghormati orang lain.

Lebih biadab lagi apabila mereka mandi pula di kawasan kami buat aktiviti melukis itu tanpa sedikit pun rasa bersalah.Padahal keluasan kawasan kami ambil untuk melukis itu tidak sampai pun 10 kaki persegi.Ini bermakna,terlalu banyak lagi kawasan di Ulu Yam itu untuk mereka mandi selain di situ.

Begitukah cara orang-orang zaman sekarang mendidik anak-anak mereka.Dengan menunjukkan sikap tidak mempedulikan orang lain.Sikap mementingkan diri.Kesian generasi akan datang.
Aku hanya melukis,berfikir dan bermonolog.Itulah Aku

11 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.7

Selesai sudah misi BERSIH.Dan aku rasa misi yang boleh dianggap berjaya bagi mereka pihak penganjur.Sebab aku rasa penganjur memang sudah merangcang untuk kesudahan perhimpunan itu adalah begitu.Dihadiri oleh manusia.Mendapat liputan dan respon dari pihak-pihak yang tertentu dengan pelbagai nada.

Mungkin sekarang ni pihak penganjur sedang bergelak ketawa dengan telatah mereka yang melatah dan suka ambil kesempatan.Dengan mereka yang suka mengeksploitasi apa saja demi mendapat peluang berkuasa, membuat duit, membina empayar dan sebagainya.

Media adalah salah satu yang mungkin memainkan watak penting dalam membuat jenaka kepada pihak penganjur BERSIH.Sebab pihak media nampak sangat terlalu taksub untuk membuat liputan dan menjadi rangkaian yang terbaik.Dan sehinggakan perkara yang tidak perlu dilaporkan pun mereka perkatakan.Sampah bertaburan.Jalan jem.Peniaga rugi.

Temuramah dengan peniaga kain di pasar malam yang mengatakan mereka rugi RM10k untuk hari itu agak kelakar.Sebab setahu aku,kedai-kedai mereka tu orang keluar masuk je sebelum ni.Kalau kita lalu depan,sibuk tawarkan diskaun sebab barang tak laku.Tapi bila tak dapat berniaga,dah RM10k ruginya.Dah macam report orang hilang beg duit,mesti dalam tu ada 5,6 ratus cakap kat polis tu.

bila dah macam-macam Vol.6

Perjalanan ke Shah Alam dengan kak Ros di suatu senja.
Sempat berkongsi tentang pandangan-pandangan peribadi dan juga mungkin sedikit pengakuan tentang hati.Pada hemat kami dan dipersetujui bersama,hati memang ada satu tanggapan buruk pada setiap perkara.Terutamanya perkara yang tidak memihak kepada kita.Jauh di sudut hati,bagi kami ada tanggapan buruk yang terlahir dari hati.Tapi bergantung pada tahap penguasaan emosi dan kepercayaan terhadap individu untuk diperkatakan mengenainya.

Ini berbalik pada peluang kita memberi keselesaan kepada pihak lain.Pihak yang rasa langsung tidak terancam hidupnya.Budaya kita yang melatih diri untuk tidak membesarkan perkara yang dianggap kecil.Dan sekiranya itu yang dilakukan maka orang itu dianggap baik dan bertimbang rasa.Walaupun menafikan hak sendiri.

Tak perlu tengok isu yang besar,cuma pandang kiri dan kanan kita saja.Dan cuba fikirkan hak kita untuk menghirup udara yang bebas asap rokok.Sebab kita bukan seorang perokok.Tapi hak itu dinafikan dengan hembusan asap rokok oleh para perokok dan secara tidak langsung kita juga berhadapan risiko kesan dari rokok itu.Sebab kita mengamal budaya "Takpe".

Sekian terima kasih
Ucapan terima kasih bukanlah susah sangat kalau nak dituturkan.Namun Kementerian Penerangan terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membiayai perbelanjaan bagi mengadakan kempen "budi bahasa budaya kita".

Budaya berbudi bahasa dikalangan penghuni kota terutamanya terlalu kritikal.Mungkin terlalu sibuk dengan urusan masing-masing.Terlalu memikirkan hal sendiri.Sehinggakan hidup seolah-olah sekumpulan haiwan di taman negara.Saling berebut.Yang kuat dapat makanan.

Contohnya ketika berebut di atas jalan yang sedang jem.Bila dapat aje masuk ke laluan dengan cara berebut,buat muka selamber dan berlagak seolah-olah dia adalah seorang yang hebat sehingga dapat mencelah.Padahal orang yang bagi dia peluang.Apa salahnya kalau angkat tangan dan senyum.

8 Julai 2011

Baby Boy

Macam exited pun ada untuk fly ke Kuantan sekarang.Tengok orang baru.Anak buah ke-2 baru dilahirkan pukul 7.30 pagi tadi(waktu tempatan).

Mesti baby tu comel seperti mana Pak Ngah(Aku la tu) dia masa bayi dulu.Tapi bukan masa bayi saja,dah dewasa ni pun segak bergaya juga Pak Ngahnya.

Tapi apa-apa pun tahniah juga la untuk abang aku dan kakak ipar aku yang rancak membina keluarga bahagia dan semoga berbahagia selamanya.Dan tapi sekali lagi,bila la agaknya aku pula akan dapat menikmati rezeki Allah seperti mereka itu yang  memiliki sebuah keluarga bahagia dan anak-anak comel.

Namun apa-apa pun,bak kata pepatah "ada umur,ada rezeki".Jadi berusahalah dengan umur yang diberikan untuk mencari rezeki.Terutamanya rezeki ke jalan Allah.

Salam Jumaat.Wassalam

7 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.5

bila dah macam-macam Vol.4

Bersembang dengan En.Solihin.
Kami mengupas tentang berkerja dengan goverment sebagai Sub-topik perbualan kami.Menjadi tenaga pengajar di institusi-institusi pendidikan kerajaan adalah lebih memberi jaminan untuk masa akan datang terutamanya bagi pekerja muda macam aku katanya.Memang tiada sebab untuk tidak setuju dengan statement beliau itu.Pelbagai kelebihan dan keuntungan yang diberikan untuk pekerja-pekerja goverment berbanding dengan kerja di company yang mengejar keuntungan semata.Lebih teruk lagi sekiranya company yang bersikap terlalu selesa dengan sistem yang digunapakai mereka.Jadi mereka akan langsung tidak menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya.Sebab bagi mereka,seorang pekerja berhenti akan ada 10 lagi orang yang akan memohon kerja.Dan mereka akan bermula dengan bayaran yang paling minimun.

Bercakap dengan pegawai Bank Islam.
"kerja gov or swasta?Kalau swasta gaji RM3k dan ke atas saja layak untuk memohon Pinjaman peribadi."Ringkas dan padat statement yang terpacul keluar dari mulut pekerja bank itu.Tapi itu adalah hakikatnya bagi seorang pekerja swasta.Terutamanya yang bergaji kurang dari RM3k.Untuk menyimpan duit gaji bulanan agak mustahil,dan untuk membuat pinjaman dengan bank pula lagi mustahil.Jadi di manakah jalan untuk mereka yang berkerja dengan company swasta dan bergaji kurang dari RM3k sekiranya memerlukan sedikit lebih wang untuk sesuatu urusan?Ini masalah akar umbi yang perlu diselesaikan.

6 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.3

Bangun pagi,fikir malas nak gi kerja.
Bila bangun tidur je dah bermotivasikan malas,maka setiap langkah yang dilalui sepanjang hari ni akan berlangsung dengan motivasi malas la.Atau pun dengan kata lain,tak bermotivasi.Tu bagi orang yang berkerja.Bagaimana kalau anda seorang pelajar.Kalau anda bermotivasikan malas setiap hari untuk belajar?Jawabnya anda belajar dalam keadaan yang malas.Kalau belajar dalam keadaan malas,faham la sendiri apa hasilnya.Merugikan.Masa.Tenaga.Duit.Wang.Bla bla bla

Sudah la bermotivasikan malas,motor pulak meragam.
Meragam bukan kanak-kanak saja.Motor pun reti juga meragam.Bukan tak nak mandi atau tak nak makan nestum.Tapi tak boleh start.Naik berpeluh juga la pagi-pagi lagi.Tapi berpeluh pagi sememangnya memberikan aku sedikit lebih semangat dan motivasi positif.Pengalaman berkerja di kampong.Menoreh getah.Menebas dalam dusun.Itu adalah kerja-kerja aku dahulu yang menjanjikan berpeluh di setiap pagi sebelum aku meneruskan pengajian di UiTM.Jadi semestinya aku mempunyai lebih motivasi untuk tidak mengsia-siakan masa belajar untuk tidak lagi kembali menjalani rutin kehidupan kampong seperti itu.Walaupun hidup bebas seperti burung-burung yang berterbangan.

5 Julai 2011

bila dah macam-macam Vol.2

Baru lepas gi lunch dengan Khairul.Khairul adalah salah seorang pekerja di tempat aku berkerja sekarang ini.Maaf ya,sebab mengikut polisi syarikat ini,aku tidak boleh dedahkan aku kerja di mana.Terutamanya di internet.Mungkin mereka risau sekiranya aku ter'tulis apa-apa yang tidak menyebelahi atau pun statement yang tidak berpihak kepada keuntungan mereka di masa-masa akan datang.

Okey kita berbalik pada Khairul.Khairul memegang tanggungjawab sebagai computer's technician di tempat aku berkerja ini.Tempat yang tidak menggalakkan staff nya menulis,membuat kenyataan,berfikir untuk membuat kenyataan,berfikir untuk mempersoalkan apa-apa dasar yang diubah atau ditambah secara tiba-tiba oleh lembaga pengarah.Senang cerita sebenarnya company ini tidak menggalakkan staffnya menggunakan otak untuk berfikir sangat.Kalau nak berfikir pun,fikir la macam mana untuk memberikan keuntungan kepada company tahun ni supaya para lembaga pengarahnya dapat tukar kereta beramai-ramai dan beli rumah baru yang ada kolam renang air masin.huh

Tapi aku dan Khairul baru saja balik dari lunch di kedai lori(gelaran dari budak-budak kolej) hujung kampong yang merupakan menjadi lokasi pilihan pelajar-pelajar yang dari keluarga berpendapatan sederhana.Anak orang kaya mungkin tak berapa gemar masuk kedai macam tu kot.Panas.Panas.Juga sebenarnya menjadi pilihan pekerja-pekerja yang berpendapatan sederhana dan rendah.Ahli lembaga pengarah mana mungkin makan kat gerai macam tu.Panas.





bila dah macam-macam

Beberapa persoalan kritikal berjaya aku fikirkan, antaranya ialah;
  • memang orang suka rembat(curi) towel ker masa check out hotel?
  • agak-agak berapa peratus orang yang sembunyikan lauk masa makan di kedai.
  • macam mana semua perokok boleh cenderung merokok semasa berak
  • bila kebetulan menyanyi lagu yang lama tak dengar,tiba-tiba lagu betul-betul kedengaran di udara.Dan bila cerita kat orang,diorang cakap "ko dah dengar lagu tu tadi,tu ko nyanyi.Kebetulan konon".
  • tersalah beli perapi, padahal nak beli syampoo walaupun dah baca botol tersebut hampir 2 minit.
  • terletak tangan atas taik cicak walaupun kawasan tersebut seluas 20 kaki persegi.
  • rasa nak kentut ketika wudud masih ada dan semasa azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat bagi kawasan yang sama waktu dengannya.
  • kenapa masa aku nak menulis ni la orang sibuk lalu lalang?hampeh!!!

29 Jun 2011

perarakan BERSIH

Aku saja ambil risiko menggunakan perkataan BERSIH dalam entri kali ni.Dan aku berharap pihak berkuasa tidak ambil apa apa tindakan la terhadap Blog aku ni.Sebab aku tiada langsung akan cuba menyuntik kata kata hasutan dalam blog ni.Sekadar tumpang glamour perkataan BERSIH je.

Cuma ada la sedikit peringatan kepada muda mudi,sahabat sahabi,kawan kawi semua. Ummat Islam semakin ditindas sekarang ni. Muda mudi islam asyik mengejar artis pujaan saja,lagu pujaan,sukan pujaan,permainan video pujaan.Ya,memang anda selalu dengar ungkapan sebegini kan.Tapi anda menganggap ini semua hanyalah sebuah bebelan seseorang yang berlagak pandai semata.Anda tetap dengan apa yang anda lakukan sekarang.

Parlimen Belanda telah meluluskan untuk mengharamkan penyembelihan haiwan di negara tersebut.Jadi secara tidak langsungnya saki baki orang yang menganut agama Islam di Belanda akan menghadapi kesusahan untuk mendapatkan bekalan makanan yang halal.

Perancis mengharamkan wanita menutup aurat.Pemimpin pemimpin negara negara kafir sebenarnya ingin mengkafirkan rakyat rakyat mereka yang beragama Islam sehabis habisan.Cis marah betul aku.

14 Jun 2011

Folder Memori

"bersatu hati masa menyaksi
di puncak maya kitakan bersama
di persada pentas dunia
selamanya kita di sana..."

Adakah anda terfikir-fikir apakah lagu atau melodi untuk lirik di atas itu.Lagu apakah itu? Dan kenapa la saya tiba-tiba menulis lirik tersebut di sini.Yang sebenarnya itu adalah salah satu rangkap lirik lagu untuk sukan Komanwel Kuala Lumpur 98.

Dan tujuan saya menulis rangkap itu juga sebenarnya bukan untuk mengajak para pembaca untuk menjadi penulis lirik lagu patriotik ataupun untuk manjadi penyanyi lagu-lagu patriotik menggantikan penyanyi Roy itu.Dan jauh sama sekali untuk melobi sukan Komanwel 2014 di adakan di Kuala Lumpur lagi.

Tujuan sebenar adalah untuk menggamitkan memori pada tahun 1998.Yang mana pada tahun tersebut sukan terbesar pernah dianjurkan di Malaysia.Sebenarnya hidup dalam kenangan ini adalah suatu yang  menyeronokkan.Walaupun semua orang tahu,masa lalu adalah suatu benda yang paling jauh dan akan terus menjauhi kita setiap saat.Namun bagi orang yang tahu menghargai masa,ia akan mendapat kenangan manis dengan masa yang telah dilaluinya.Masa lalunya.Tapi sebaliknya kepada orang yang tidak menghargai masa,mereka akan terlepas suatu kenangan.Dan mungkin akan membawa kepada suatu penyesalan.Seperti kenangan negara kita menjadi tumpuan dunia, bermacam-macam acara dan budaya kita tonjolkan,kita pamerkan dan mungkin sekarang kita sudah tidak dapat dilihat lagi.

Kenangan Kuala Lumpur 1998 adalah salah satu folder memori dalam minda saya.Anda bagaimana?

7 Jun 2011

Kuliah selepas kelas

Pada suatu hari,aku pernah berjanji pada diri sendiri untuk cuba meng'update cerita di blog aku ni setiap hari.Bermula hari ini(hari tersebut).Tapi rupanya itu tidak berlaku sepertimana yang diharapkan.Sepertimana yang dijanjikan.Walaupun janji tersebut adalah pada diri sendiri.Janji tersebut dinafikan dengan alasan-alasan lain yang masuk akal.Kerana aku adalah seorang yang berakal.

Jadi kali ini,perihal AKAL yang akan menjadi intipati asas utama dalam penulisan saya tuan puan sekalian.Gaya penceramah la pulak rasa.Tapi takpe,sebab apa gaya sekalipun sekiranya kita menggunakan akal dengan betul,maka kita bukan tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.

"Rugi?"
"Ya,betul la tu dik.Rugi".Akal tu diberikan Allah kepada makhluk yang bernama manusia macam kita saja.Binatang tidak diberikan akal fikiran.Tumbuhan pun sama.Akar ada la.

Jadi janganlah bertindak sepertimana ciptaan-ciptaan yang tidak dikurniakan akal itu.Hanya mengikut naluri.Lumrah kehidupan.

Tapi sebenarnya mungkin kalau tajuk perbincangan kali ini tentang JANJI juga agak sesuai.
Tentang janji yang selalu dimungkiri walaupun janji pada diri sendiri.Guna alasan yang pelbagai untuk tidak menepati janji.Kambing hitam.Kambing putih,Kambing merah dam macam-macam lagi.

Tapi kalau balik kerja nanti singgah Giant beli ikan keli,daun kesum dan santan.Masak lemak ikan keli dan daun kesum.Goreng ikan masin.Huh.

16 Mei 2011

takziah untuk keluarga KAMARUDIN BIN SAARI

Sudah lima hari berlalu,baru hari ini aku berpeluang untuk menulis di sini tentang suatu perkara.Pemergian seorang kawan rapat pada suatu ketika dulu.Kawan yang mana kami membesar bersama,bermain  badminton bersama,bergaduh bersama,mengurat awek.Malah pernah di anggap sebagai terlalu akrab seperti bersaudara oleh jiran-jiran.

Kalau sebelum ni,aku hanya bersimpati bila melihat orang meratapi sebuah kematian.Melihat mereka sedih.Menangis.

Tapi kali ni,aku sendiri yang berada dalam situasi tersebut.Sedih.Menangis.Suatu perlakuan yang tanpa dikawal oleh minda.Dada jadi sebak.Mata jadi berair.Menangis dengan ikhlas.Tangisan kehilangan.Penyesalan.

Menyesal kerana tidak menghargai masa dan peluang.Masa hidup.Masa sihat.Peluang minta maaf.Padahal ajal yang akan menjengah di muka pintu tanpa memberitahu sesiapa pun sebelum kehadirannya.

Aku redha...Al-fatihah


3 Mei 2011

Takziah buat keluarga Osama

Salam satu Malaysia kepada pembaca dan juga pada diri saya sendiri.Sudah agak lama juga saya tidak menulis di sini.Ya memang lama pun,sudah sebulan.Kali terakhir adalah bulan lepas iaitu entri sempena pemergian Salmi dari PTPL ke dunia barunya.Tapi bukan beliau berlakon drama siri Dunia Baru dengan Elyana tu ya.Dia dapat kerja baru.hehe

Sehari dua ni,dunia disajikan dengan berita-berita kematian atau kehilangan nyawa manusia.Kematian anak lelaki Gaddafi,kematian Osama.

Kalau difikirkan,apa sebenarnya yang dikejar sekarang oleh semua orang.Sebuah kehidupan mahupun sebuah kematian?huh.sudah takde idea